CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8081|Reply: 5

classic / vintage cars

[Copy link]
Post time 3-2-2008 04:29 PM | Show all posts |Read mode
2008/02/03
A haven for classic cars
By : Marc Lourdes



Rozilawati Basir with a Rolls-Royce Silver Shadow
she inherited from her father, the late Tan Sri Basir Ismail.


SHAH ALAM: Welcome to  the autobank a storage facility for priceless vintage cars.

Antique cars that will be stored in theautobank will include Mercedes-Benzes, seen here at one of thesoon-to-be converted autobank storage areas at the Nationwide Express headquarters in Shah Alam
Scheduled  to begin operating in three months, it will also provide restoration and refurbishment services.

The brainchild of classic car enthusiasts Rozilawati Basir and DickAng, and affiliated to local courier company Nationwide Express, itwill be called the Nationwide Classics autobank.

The idea,said Rozilawati, came about when she saw how the 10 vintage cars herfather, the late Tan Sri Basir Ismail, owned were damaged due toimproper storage.

"We put two and two together and decided to go for a niche market," she said.
    Rozilawati said autobanks were available in Europe, Australia and the US.  Nationwide Classics would be Malaysia's first.



Spread over 10,000 sq ft at the Nationwide Express operations centre inSection 15, Shah Alam, the autobank will be able to store 44 cars.

She said the autobank would ensure safe and secure long or short-termcar storage, carry out "nut and bolt restorations", organise classiccar events and rallies and arrange specialised land, sea and airtransportation.

"We will also 'exercise' the stored vehiclesregularly by driving them around the compound so that the cars will beready any time the owners want to take them back," said Rozilawati, whois also Nationwide Express chief executive officer.

"We areplanning, depending on demand, to install a dehumidifier chamber fortemperature and humidity control to arrest rust and leather molding inthe vehicles.

"We have fully qualified personnel here. It isnot a big operation as we only have four staff. But it is lean, meanand very specialised," she said, referring to the restoration work theautobank would be handling.

"We will do the basicdeconstruction work here, but most of the parts will be outsourced toexperts. Then, we will reassemble everything here," said her partnerand Nationwide Classics executive director, Ang.

Rozilawati,who owns 10 classic cars, including three Rolls-Royces, fiveMercedes-Benzes, a Jaguar and a 1934 Lagonda Rapier, said agroundbreaking ceremony would be held today to introduce the service tovintage car collectors.


best nya ada vintage cars ni ek... tapi  kalau rosak spare part mesti susah...  aku nak sangat beli merc yang lama tu.. kat usa punya lah murah.. tapi tax nak bawak balik 100%  masa tu.. mahal nye!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 04:31 PM | Show all posts
nice.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:30 PM | Show all posts
Very niche business she has. Simpan motosikal klasik boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 06:17 AM | Show all posts
how about this one ??....... sekadar mencuci mata

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 04:09 AM | Show all posts
Gemar klasik dan vintaj
Oleh SUBASHINI RAJANDRA


Ia bukan sahaja memberikan nilai sentimental kepada pemiliknya. Melihat besi-besi yang lusuh menjadi jentera klasik yang mengkagumkan, ia sukar diungkap dengan kata-kata.


LOGO kereta mewah, Rolls Royce.

BAIK yang datang dari negara seberang hinggalah kepada peminat fanatik tanah air, tidak ada sesiapa yang berdiri di Dataran Merdeka ketika itu memiliki kedudukan lebih tinggi daripada individu di sebelah mereka. Tidak kira sama ada individu itu bergelar datuk, pengarah urusan syarikat multinasional atau seorang penjual kereta, kesemuanya merasakan diri mereka sama taraf kerana gemar mengumpul kereta vintaj dan klasik.

Bersempena sambutan Formula 1 Grand Prix Malaysia ke-10, acara Kuala Lumpur Kereta Vintaj & Klasik yang ke-6 ini turut menerima peserta dari negara Singapura.

Kira-kira 80 buah kereta vintaj dan klasik berbaris cantik di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi seawal pukul 6 pagi.
Kelihatan orang ramai membanjiri lokasi ini untuk menyaksikan sendiri dan menyentuh kereta-kereta lama yang sudah berusia melebihi 80 tahun.

Tinjauan kami  mendapati kebanyakan pemilik kereta klasik ini 'melekat' pada hobi unik itu selepas menerima galakan kawan-kawan. Ada juga yang menjadikannya sebagai hobi selepas terpengaruh dengan hobi bapa mereka suatu masa dahulu.

Menerusi pemilihan spesifikasi warna yang tepat mengikut warna asal model vintaj atau klasik pada zaman kegemilangannya, para pemilik jentera ini sanggup mengharung perjalanan jauh untuk mendapat jaminan terbaik daripada apa yang telah dilaburkan untuk memenuhi hobi ini.

"Sukar untuk saya menggambarkannya dengan kata-kata ketika kali pertama melihatnya. Memandangkan ia seakan seperti 'cinta pandang pertama', saya gagal untuk menidakkannya," ujar Jalil Soo, bekas pengarah di Straits Link Ship Agencies & Management Pte Ltd.

Memiliki jentera antiknya pada harga RM12,000 kira-kira 20 tahun lalu yang ditemuinya di sebuah bengkel di Seksyen 17, Petaling Jaya, Jalil memberitahu, beliau menghabiskan masa selama tiga tahun sebelum dapat menikmati hasilnya.

Isterinya yang tidak begitu mengetahui tentang selok-belok dunia kereta vintaj, turut seronok melihat peralihan yang dilalui oleh kereta Blue Triumph TR3A (1960).


RAKAMAN detik-detik acara kereta vintaj dan klasik yang
ke-6 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Dalam tempoh tersebut, hampir setiap bulan, beliau berulang-alik ke Pulau Pinang untuk mengikuti perkembangan kereta Triumph. Perbelanjaannya mencecah lebih daripada RM100,000.

"Ini hanya anggaran tetapi nilai sebenar tiada siapa yang tahu," katanya ketika menceritakan tentang kereta buatan British itu.

Selepas Triumph, Jalil beralih kepada kereta Dodge Dart GT (1965) buatan Amerika. Kereta ini dibeli lima tahun lalu. "Kedua-dua kereta vintaj ini adalah sebahagian daripada harta pusaka yang tidak boleh diganti. Ia bukan sahaja satu pelaburan tetapi mengundang ghairah yang memuncak pada setiap kali saya memandunya," katanya yang berseloroh apabila memberitahu beliau mempunyai dua 'teman wanita' dari negara berlainan.

Jalil pernah memandu Blue Triumph TR3A dengan kelajuan 160 kilometer sejam menuju ke Ipoh dan memori indah itu sebati dalam kenangannya. Masih belum berasa puas, tidak hairanlah kenapa Jalil meluahkan hasrat untuk menambah unit kereta klasik itu pada masa depan.

"Saya tidak mahu kereta Mini Cooper atau Volkswagen yang sudah bertimbun di atas jalan raya. Saya lebih tertarik kepada kereta klasik yang jarang ditemui dan datang dalam pakej yang kurang menarik. Kalau dah elok, tak ada cabaran," ujarnya.
Tambahnya lagi, biarpun beliau merupakan pemilik ketiga, namun, ia tidak memberi masalah kepadanya untuk menjaga kereta itu dengan baik.

"Saya banyak membaca majalah dan katalog tentang kereta supaya tidak ketinggalan dalam soal penyelenggaraan dan penjagaan di rumah," katanya.


Rata-rata para pemilik kereta vintaj mahupun klasik pantang ditanya, "Berapakah nilai kereta ini sekarang?". Manakan tidak! Bayangkan sesebuah kereta itu dibeli dalam 14 bahagian terpisah dan dipasang semula dalam tempoh bertahun-tahun. Jadi, mampukah anda memberi satu tanda harga yang tetap?

Bagi David Joseph yang merupakan seorang lagi peminat kereta vintaj dan klasik, kegemaran itu meresap daripada naluri ayah yang mahir membaiki kereta sejak dia masih kecil.

Ketiga-tiga adik-beradik lelaki Joseph mempunyai empat buah kereta jenis Triumph TR3 (1957), Opal GT, BMW Bauer dan Fiat 850. Adik bongsunya memiliki sedozen motosikal klasik buatan British dan Jepun.

"Kami tidak sampai hati menjual kenderaan klasik ini. Tujuan pameran ini adalah supaya orang ramai sedar kepayahan yang dilalui dalam memasang dan membaiki kereta-kereta ini."

"Kereta TR3 ini, saya temui di sebalik himpunan almari dan kotak terbuang kira-kira dua tahun lalu. Nasib baik 'badannya' tidak terjejas teruk. Ia cuma perlu dibaikpulih dan dicat dengan warna British Racing Green iaitu ton warna asal yang popular pada tahun 1957," ujar David yang memberitahu adiknya, Douglas Joseph merupakan pemilik bengkel Douglas Garage yang terkenal dalam membina badan kereta vintaj dan klasik di Subang Jaya, Selangor.

Seperti lukisan Mona Lisa yang amat berharga, David ternyata jarang memandu kereta TR3. Beliau yang mengetuai Jabatan Lepas Jualan di syarikat Fiat, melakukan pemeriksaan kerap bagi memulihara keadaan asal keretanya. Pada pameran ini, kereta TR3 miliknya meraih tempat kelima bagi kategori Kereta Klasik.
Dengan kepakaran pengadil yang berwibawa di peringkat antarabangsa, markah diberi berasaskan kepada keadaan mekanikal, kesahihan produk dan enjin, casis serta pengubahsuaian bahagian dalaman kereta.

Beberapa markah tambahan dikutip apabila pemilik diajukan soalan untuk menilai sejauh mana kefahamannya berhubung kereta itu.


TELATAH sebuah keluarga yang tertarik pada sebuah kereta klasik.

Pada sebelah petang, kereta-kereta ini berkonvoi menuju ke Putrajaya dengan didahului oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Borhan Hakim.

Sejak dilancarkan pada 2003, input daripada pengadil dan pemilik kereta lain membantu mempercepatkan evolusi kereta vintaj dan klasik di Malaysia.


BARISAN kereta vintaj dan klasik yang membanjiri Dataran
Merdeka pada hujung minggu lalu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 04:42 AM | Show all posts
Pertikaian definisi klasik
Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk mengklasifikasikan jentera vintaj dan klasik. Adakalanya ia menimbulkan pertikaian.



PEMILIK kereta vintaj dan klasik boleh mengamalkan
beberapa tip penting untuk memanjangkan jangka hayat
kereta masing-masing.

Jika diimbas sejarah penerimaan kereta vintaj atau klasik, keterangan istilah ini kurang jelas sekalipun banyak pihak termasuk dari Britain dan Amerika Syarikat (AS) mempertikaikan tempoh masa pembuatan jentera ini. Secara amnya, kereta vintaj jatuh dalam kategori tahun 1919 hingga penghujung tahun 1930.

Bagi orang AS, mereka beranggapan bahawa penamatan pembuatan kereta vintaj berakhir lima tahun lebih awal iaitu pada 1925. Ini kerana itu adalah tempoh kereta pra-klasik. Tempoh vintaj ini dilihat sebagai transisi dunia automobil memandangkan pengeluaran kenderaan pada ketika itu tidak dapat dilihat sehingga tahun 1950-an.

Sementara itu, kereta klasik pula pada kebiasaannya merujuk kepada kereta lama tetapi sekali lagi, konsepnya terlalu longgar dan luas sehingga dibahaskan oleh beberapa buah kelab kereta klasik terkemuka dunia seperti Kelab Kereta Klasik Amerika, Concours d'Elegance dan sebagainya. Mereka menegaskan bahawa tahun 1948 merupakan tahun terakhir pengklasifikasian kereta klasik.

Bagaimanapun, pada acara Kuala Lumpur Kereta Vintaj dan Klasik yang ke-6, standard pengklasifikasian diseragamkan mengikut kesesuaian semasa agar tidak berlaku percanggahan yang ketara.

Dalam konteks Malaysia, Pendaftaran Kereta Vintaj Malaysia dan Singapura (MSVCR) menetapkan mana-mana kereta yang dihasilkan sebelum tahun 1949 adalah kereta vintaj, kata Setiausaha Kehormat MSVCR, Douglas Fox.

Ini diikuti dengan kereta klasik yang dikelaskan bagi tempoh 1950 hingga 1965, kereta moden klasik (1966-1982) dan satu lagi kategori khas untuk kereta klasik Amerika (sehingga 1982).

"Spektrum pembahagian ini cukup munasabah. Walaupun tahun ini tiada penyertaan dari Thailand, namun standard ini sesuai diaplikasikan pada wakil negara Singapura yang turut serta," kata Fox yang menambah pengadilan dibuat secara telus dengan markah penuh sebanyak 50 mata dipecahkan kepada persembahan enjin, sistem suspensi, pandangan luar dan dalam serta lain-lain.

"Standard ini perlu dikekalkan supaya ia tidak mengganggu pencapaian skor. Di samping itu, pengadil juga memeriksa keadaan kereta sesudah sampai di Putrajaya. Pemeriksaan ini untuk memastikan kenderaan tidak mengeluarkan banyak asap tetapi mesra alam. Pemarkahan ini juga mengambil kira kereta yang terkandas separuh jalan," jelas Fox lagi.

Dalam pada itu, pemilik kereta vintaj dan klasik boleh mengamalkan beberapa tip penting untuk memanjangkan jangka hayat kereta masing-masing. Sebaiknya, jauhkan kereta daripada suhu yang terlalu sejuk (membeku) dan sinaran matahari secara langsung kerana ia adalah penyebab utama kerosakan bahagian luar kereta.

Jika kereta ini disimpan di dalam garaj, pastikan badan kereta ditutup agar tiada habuk meliputi bahagian luar kenderaan, selain mengelakkan serangga membiak di atas kusyen.

Seperti kulit manusia, fabrik lembut memerlukan kelembapan dari semasa ke semasa. Bahagian dalam kereta yang dilindungi dengan bahan kulit perlu dijaga termasuk bahan getah. Untuk itu, sapukan cecair pelembap untuk menjadikannya lebih kuat dan tahan lama.

Pakar kereta vintaj dan klasik mengesyorkan supaya bahagian dalam kereta ditukar dengan alat atau perkakas asli dari tahun, model dan syarikat pembuatan yang sama. Ia bagi memastikan nilai kereta klasik atau vintaj tidak jatuh.

Selain itu, lindungi enjin kereta antik daripada gasolin yang mengandungi kandungan etanol yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan hakisan pada besi. Pasang alat penapis air dan minyak serta simpan ekstra penapis dalam kereta. Adalah penting untuk memandu kereta klasik atau vintaj secara berkala untuk membersihkan karpekpekor, injap dan mengitar minyak secara efisien untuk ketahanan. -
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.210815 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list