CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9036|Reply: 57

goldwing : satu legenda

[Copy link]
Post time 1-3-2008 05:53 AM | Show all posts |Read mode
Legenda Goldwing - Termewah  dalam sejarah

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Honda Goldwing telah meletakkan penanda aras baru bagi standardindustri motosikal yang direka untuk menjadi ikon mewah, berprestij danelit.


GOLDWING sarat dengan teknologi terkini bagi sesebuah
motosikal paling mewah.



Apakah yang membuatkan anda kagum pada sebuah motosikal? Ia memiliki sistem audio built-in, pacuan shaft belakang dan juga gear undur yang kelihatan amat macho sekali.

Pada era awal tahun 90-an, jika tidak silap harga yang dibayar untuk memiliki motosikal mewah tersebut ialah RM90,000.
Honda Goldwing telah meletakkan penanda aras baru bagi standardindustri motosikal yang direka untuk menjadi ikon mewah, berprestij danelit. Ia juga adalah projek awal Honda yang mengubah industri motosikaldengan mencatat sejarah paling panjang dalam rangkaian model mereka.

Motosikal ini secara asasnya telah mula dibina pada tahun 1975. Iajuga sebuah motosikal yang direka untuk pasaran motosikal touring.

Honda membuat kejutan dengan memperkenalkan sistem sejukan cecairpada model pertamanya yang dikuasakan oleh enjin 999cc empat silindersebaris. Ia juga menggunakan sistem pacuan shaft selain BMW, hanya Honda yang memiliki sistem sedemikian.

Selain itu, jurutera Honda membuat kejutan paling besar denganmeletakkan kotak gear motosikal ini di bawah enjin dan bukannya dibelakang.

Ia adalah teknologi pertama yang digunakan pada sebuah motosikalketika era penggunaan bahan api, krisis petrol dan era kemelesetanekonomi dunia seakan-akan cuba membunuh masa depan motosikal ini.


PAPAN pemukanya dilengkapi dengan audio binaan dalaman dan sistem navigasi.

Dengan sambutan yang menggalakkan, kod G1000 pada model pertamanyamenerima model kedua GL1100 yang juga motosikal pertama menggunakansuspensi udara dan aksesori seperti penghadang angin yang besar, bekassimpanan beg serta barang yang berkapasiti besar.

Ia turut dikenali dalam beberapa edisi khas seperti Interstate danAspencade. Teknologinya terus diperbaharui pada model GL1200 dan padapenghujung 80-an, kemudiannya model GL1500 diperkenalkan dengan enjinenam selinder sebaris, terbesar untuk produksi motorsikal komersiolketika itu.

Pada tahun 2001, Goldwing menerima satu lagi pembaharuan denganenjin dan kerangka baru menerusi kod nama GL1800. Penarafan baru inisekali gus meletakkan Goldwing sebagai motosikal paling mewah pernahdihasilkan dalam sejarah.

Setiap tahun, motosikal ini menerima pembaharuan dan teknologi yang pelbagai demi mengekalkan statusnya sebagai touring mewah.

Ini termasuklah, sistem pancitan bahan api moden yang dikawalkomputer sofistikated, kerangka lebih ringan berbanding model GL1500,sistem Brek AntiKekunci (ABS) yang dipertingkatkan, malah beberapaversinya dilengkapi dengan beg udara.
Itu belum termasuk aksesori seperti sistem navigasi pada papaninstrumentasi, sistem audio tanpa wayar pada model 2008 dan jugapelbagai peralatan premium yang lain.

Untuk membahagikan model tersebut kepada beberapa pasaran, beberapa versi telah diperkenalkan.

Malah ia menjadi lebih istimewa apabila anda memiliki sebuahmotosikal yang dihasilkan oleh pengeluar terbesar di dunia. Pertama,enjin 1832cc yang direka dengan talaan khusus untuk perjalanan jauh.

Anda tidak akan memperoleh 200hp untuk 1800cc Goldwing. Ia tidakdireka untuk litar lumba atau bersaing dengan ZX14 atau Hayabusa.

Enjin enam selinder sebarisnya memiliki 'hanya' 118 kuasa kudadengan 125 paun/kaki tork. Enjin ini direka untuk menjadi 'lembut' dansenyap. Jadi kuasanya lancar pada sebarang putaran enjin, hasildaripada penggunaan bebola galas enjin aloi dan pelaras aci-sesondolautomatik.

FIZIKAL model keluaran Honda ini memang menyerlah.

Ia kemudiannya diselarikan dengan sistem kawalan bahan apielektronik Keihin PGM-F1 kepada dua badan pendikit 40mm. Semua inidikawal oleh sebuah kotak komputer pintar dengan menggunakan pemetaan 3dimensi untuk campuran bahan api ke kemasukan selinder.

Bukan itu sahaja, pemetaan tersebut dilakukan pada setiap silinderlantas menjadikan campuran bahan apinya adalah yang paling teliti.

Kemasukan oksigennya dipertanggungjawabkan kepada Rotary Air Control Valve (RACV) sementara pam cecairnya dikecilkan saiz dan diletakkan di belakang enjin.
Pam tersebut tidak lagi dikawal secara suhu automatik, sebaliknyapengesan khas diletakkan pada crackshaft untuk mempercepatkan prosespemanasan enjin.

Kotak transmisinya digandingkan dengan sistem klac hidraulik bebas penyelenggaraan serta 5 gear dengan overdrive.
Model baru ini juga didatangkan dengan tiga warna berbeza iaitumerah metalik, putih mutiara, titanium dan hitam bersama merah metalikgelap.

Honda juga menggunakan sistem navigasi yang dicipta secara in-house yang digelar Honda Satellite Linked Navigation System, lengkap dengan peta untuk negara-negara terpilih.

Sistem ini diintergrasikan bersama arahan bersuara yang didatangkanpada fon kepala tanpa wayar dan pelbagai menu kawalan yang lebihergonomik.




Kebanyakan suis kawalannya kini diletakkan pada bahagian sisi yanglebih mudah dicapai. Ia diselitkan dengan elemen lampu amber suramuntuk lebih mudah dilihat pada waktu malam.

Tidak seperti model sebelumnya, sistem beg udara baru pada Goldwingini menepati ciri piawai industri dengan komputer khas yang diletakkansecara bersebelahan untuk mengesan sebarang impak kemalangan.

Beg udara ini juga hanya mengambil masa 0.015 saat untuk meletup apabila diperlukan.
Reka bentuk Goldwing sememangnya sukar dinafikan kehebatannya.

Perbezaan amat ketara dapat dilihat pada model ini kerana iamenggantikan model GL1500 untuk tempoh 13 tahun terdahulu. Lampu model2008 ini lebih bulat.

Warna badannya lebih meluas tanpa jalur warna yang ketara pada kotakbelakang dan sisi. Bahagian keluli yang dahulunya dibalut hitam matikini digantikan dengan salutan kromium yang meluas.




kalo aku tak dapat brabus.. dapat naik goldwing pun  aku redha..  macho moto ni... aku teruja lak!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 06:03 AM | Show all posts
ujan lebat ... abis basah, lecun
kene cari tmpt teduh .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2008 06:24 AM | Show all posts

Reply #2 fly_in_d_sky's post

hahahaa  ko nih!!!   saje aje ek     kalu bawak awek aku pastikan dia pakai T Shirt putih wokey...   LMFAO..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 09:03 AM | Show all posts
Tidak seperti model sebelumnya, sistem beg udara baru pada Goldwinginimenepati ciri piawai industri dengan komputer khas yangdiletakkansecara bersebelahan untuk mengesan sebarang impak kemalangan.

Beg udara ini juga hanya mengambil masa 0.015 saat untuk meletup apabila diperlukan.
Reka bentuk Goldwing sememangnya sukar dinafikan kehebatannya.


sistem beg udara ni sama ke cam yang kete punya???kalau eksiden le katakan....beg udara tu akan hentam muka rider atau camner yek????sure tercampak nyer...Eeerr.....tak paham le teman..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 1-3-2008 06:03 AM
ujan lebat ... abis basah, lecun
kene cari tmpt teduh .....
  


walau rega nyer RM300K sekalipun....hujan basah gak kan...lencun..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 02:25 PM | Show all posts
Dulu Boon Siew pernah bawak masuk model ni kat Mesia, tak silap haku sekitar 1989-1990. Model tahun 1989 tu memang betul2 model klasik evergreen nyer.

Sekarang ni Naza pulak yang pulun bawak masuk Honda Gold Wing ni... :@ dah la harga sekarang ni mahal nak mamposs sampai tak masuk akal, financing pun susah dan kebanyakan motor besar ni pulak Naza yang pulun walaupun ada banyak pengedar sah yang lagi relevan macam Hong Leong (Yamaha), Boon Siew (Honda), Suzuki Assemblers Malaysia (Suzuki) etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2008 02:49 PM | Show all posts
Last year masa aku gi Singapore kawan aku Jay kat sana bawak aku jalan2 kota singa naik motor besar dia almost mcm goldwing gak.. siap pasang stereo  kuat2 lak tu......  giler  best naik moto besar ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 04:07 PM | Show all posts

Reply #6 Squall-Leonhart's post

memangla harga dia tak munasabah langsung sekarang ni...

punyala cukai....

naza ni patut tutup je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 04:10 PM | Show all posts
haritu aku pegi tengok moto ni yang baru kat nazabike pj, harga lebih seratus ribu berapa puluh tah..

goldwing 90k, tahun bape tu...

yang lama design tak lawa, banyak kotak2... baik beli motor vfr, cat putih, letak siren...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 06:16 PM | Show all posts
pepehal pun Yamaha Lagenda gak ttp lagenda.. pasal name dia Yamaha Lagenda.. btol tak kengkawan!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2008 07:42 PM | Show all posts

Reply #10 dragger's post

[/quote][quote]
epehal pun Yamaha Lagenda gak ttp lagenda.. pasal name dia Yamaha Lagenda.. btol tak kengkawan!!


Beto!!    nah amik seposen!!



Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:02 PM | Show all posts
ade wiper tu... x tahan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:02 PM | Show all posts
korang rase.. duk depan ke blakang best ??? hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:23 PM | Show all posts
Dok mana2 pun sedap... tapi nak bawak motor ni kena ada kuderat yang cukup kuat nyer, pasal kalau motor Gold Wing tu jatuh tergolek nak angkat dier balik tu punyalah azab, sampaikan nak kena ada sekitar 3 orang baru la bleh angkat motor tu. Even orang putih pun, time bawak kat area bersalji pun satu azab jugak tuu, gitu gak kalau bawak kat jalan yang berlumpur. Tapi motor ni memang menjanjikan kemewahan kepada tuan punya dier, even motor BMW pun tak dapat nak lawan nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by dragger at 1-3-2008 06:16 PM
pepehal pun Yamaha Lagenda gak ttp lagenda.. pasal name dia Yamaha Lagenda.. btol tak kengkawan!!

Hmm yela tu... kalu camtu cuma kerabat2 Yamaha Lagenda (SR Lagenda, Lagenda 110 dgn Lagenda Z) jer la satu2nya motor lagenda dalam sejarah motor, hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 1-3-2008 07:42 PM


Beto!!    nah amik seposen!!

http://i24.ebayimg.com/02/i/000/ae/e0/c651_2.JPG



tenkiu.. tenkiu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 2-3-2008 02:24 PM

Hmm yela tu... kalu camtu cuma kerabat2 Yamaha Lagenda (SR Lagenda, Lagenda 110 dgn Lagenda Z) jer la satu2nya motor lagenda dalam sejarah motor, hehehe...


ye la kot.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 1-3-2008 05:53 AM
Legenda Goldwing - Termewah  dalam sejarah

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Honda Goldwing telah meletakkan penanda aras baru bagi standardindustri motosikal yang direka untuk menjadi ikon mewah, ...

mapiau ader moto nie 2 bijik kat umah.. kaya betul budak mapiau nieh
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 08:59 AM | Show all posts
sbb tu polis amik kursus nak bawak moto besau2 ni kan... bayangkan kalau silap teknik nak angkat moto besa yg jatuh... bole patah pinggang ooo.... peluh jap...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 1-3-2008 09:04 AM


walau rega nyer RM300K sekalipun....hujan basah gak kan...lencun..


kadang2kan medang... bukan sebab harga.. tapi sbb minat mengatasi segalanya... takat hujan sikit tarak hal...

ada orang yg mampu.. duit byk.. tapi kalo dah tak minat mmg depa takkan beli punya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100360 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list