CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5252|Reply: 13

mengandung luar rahim???

[Copy link]
Post time 12-3-2008 01:08 PM | Show all posts |Read mode
assalamulaikum..hai semua..bleh tak sesapa yg ada info mengenainya ceritakan kt sini..apa yg menyebabkan jd ngandong luar rahim ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 01:26 PM | Show all posts

Reply #1 mek_kedah's post

ada... tapi save dlm thumb... cuba cr website x jump lah... panjang sgt artikel tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 01:33 PM | Show all posts
"Bagaimanapun, dalam kes kandungan luar rahim atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai kehamilan ektopik, zigot menyematkan dirinya di tempat lain (tertanam di luar rahim)."

"Tiub fallopio
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 01:59 PM | Show all posts
hmmm...
actually nak tahu jugak, simptom2 mengandung luar rahim ni??
ade sapa2 blh tolong??
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 02:50 PM | Show all posts
*Tanda-tanda klinikal

Pada mulanya, kehamilan ektopik mungkin kelihatan seperti kehamilan normal sahaja. Tanda dan gejala awalnya juga sama seperti kehamilan lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 05:33 PM | Show all posts
napa akak? akak bimbang ker? pernah kena? pernah tengok org kena? saya pernah, tapi kan akak oi, yg  penting kalau sakit jer perut and you know you tak period just have a check, and kalau pakai IUD pun kena jejaga jugak ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #6 mbhcsf's post

sakit kat bahu mcm mana plaks?aku sakit kat bahu..perut tak sakitt...bc kat bbcenter ckp sakit bahu..tatau le sakit bahu berserta sakit perut ke haper..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:18 AM | Show all posts
kalau sakit perut...pegi chechk.... terutama kalauu rasa-rasa cam nak mengandung...kalau lambat trace membhayakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #7 honeybee1802's post

"sakit kat bahu mcm mana plaks"


Ni yg dipanggil referred pain
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #9 zerozone's post

angin rupernyer..hikhikhik..aku nih freak out sgt ler...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:34 AM | Show all posts
saya baru lepas operate kerana mengandung luar rahim 3 mei lepas...ni baru dapat kluar spital
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:35 AM | Show all posts
simptom yang saya alami memang sama seperti yang diceritakan di atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:17 AM | Show all posts
sesiapa yang pernah kena eptopic jom ler sembang tentang eptopic ni....eptopic saya ni lambat dikesan...hingga dah raptured dr kata...dah pecah so kena buang salur sebelah kanan
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 10:03 AM | Show all posts
Mengandung di luar rahim



KANDUNGAN di luar rahim membawa risiko tinggi kepada nyawa ibu dengan kebarangkalian agak rendah kandungan mencapai tempoh penuh kandungan dengan selamat.

UNTUK persenyawaan biasa, pertemuan di antara benih telur dan sperma berlaku di tiub fallopian. Telur yang difertilisasikan ini sepanjang tiub fallopian akan bertambah bilangan selnya sehingga ke satu bentuk yang dinamakan blastosis, dengan bilangan selnya di antara 70 hingga 100. Penanaman blastosis berlaku di endometrium di dalam rahim puan, ianya akan membesar. Mengandung di luar rahim berlaku apabila penanaman (implantasi) terjadi di tempat lain selain dinding dalaman rahim, kadar tumbesaran kandungan terbantut dan perlu didiagnosa dan dirawat dengan segera.

Tentulah apabila puan terlepas haid bulanan yang sepatutnya dan ujian air kencing menjadi positif, persoalan yang timbul, apakah kandungan ini berada di dalam ataupun di luar rahim?

Langkah untuk mengesan kandungan di luar rahim:

1) Terdapat rungutan yang lazim sekiranya kandungan puan di luar rahim.

2) Cara mendiagnosa kandungan luar rahim.

3) Kaedah perawatannya.

Kebanyakan kandungan di luar rahim berlaku di tiub fallopian, namun begitu, implantasi juga boleh berlaku di tempat-tempat lain seperti di rongga abdomen, ovari dan sebagainya. Disebabkan ruang untuk membesar terhad di dalam tiub fallopian, tiub tersebut boleh pecah dan menyebabkan pendarahan yang banyak dan ini menggugat nyawa. Keadaan ini genting serta getir dan rawatan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa.

Sekiranya dikesan awal dan tiub masih lagi utuh dan tidak pecah serta tahap hemodinamik puan yang stabil,mungkin puan boleh dirawat dengan ubat ataupun sekiranya pembedahan diperlukan, pembaikian serta restoratif tiub dapat dilakukan.Ini penting sekiranya puan masih ingin menambah bilangan ahli keluarga pada masa hadapan. Sekiranya tiub terpaksa dikorbankan, bermakna puan hanya bergantung pada satu tiub untuk keupayaan reproduksi.

Mereka yang berisiko

Sekiranya puan terdedah kepada hubungan kelamin, bermakna puan berisiko untuk mengandung di luar rahim. Statistik di barat menyatakan mengandung di luar rahim berlaku setiap 50 ibu mengandung. Kebelakangan ini, insiden mengandung di luar rahim meningkat.

Tiub fallopian yang abnormal memberikan risiko yang tinggi untuk implantasi kandungan yang abnormal. Kejadian tiub fallopian abnormal berlaku di kalangan mereka yang mempunyai faktor risiko berikut:

1) Mempunyai jangkitan di organ rahim, tiub fallopian dan juga organ-organ pelvik berhampiran. Secara kolektif, jangkitan ini dipanggil jangkitan keradangan pelvik.

2) Sejarah lampau mengandung di luar rahim.

3) Sejarah kemandulan.

4) Sejarah pembedahan di pelvis dan juga abdomen.

5) Endometriosis

6) Penyakit tularan seksual.

7) Pembedahan yang melibatkan tiub fallopian seperti sterilisasi tubal. Keadaan ini menyebabkan pergerakan telur yang telah difertilisasi terencat dan implantasi berlaku di tempat lain.

8) Merokok

9) Mengandung pada umur yang lanjut.

Pendiagnosaan serta

rungutan lazim

Ada yang mengandung di luar rahim tetapi tidak mempunyai rungutan. Ada pula yang tidak tahu yang beliau mengandung. Lazimnya simptom-simptom yang dialami serupa dengan simptom mengandung seperti mual,loya,letih tidak bermaya dan sebagainya.Kerana itulah pentingnya syak wasangka terhadap mengandung sekiranya puan terdedah pada hubungan kelamin.Ujian air kencing serta pemeriksaan ultrasound awal seeloknya dilakukan. Ini bertujuan supaya dapat menyelamatkan tiub fallopian serta menambahkan kebarangkalian kejayaan mengandung pada masa hadapan.

Mungkin simptom-simptom berikut timbul sebelum puan tahu yang diri puan mengandung. Sekiranya puan berjumpa dengan doktor, pemeriksaan lanjutan boleh dilakukan seperti:

1) Pemeriksaan bimanual melalui faraj.

2) Pemeriksaan petanda vital seperti tekanan darah dan juga denyutan nadi.

3) Pemeriksaan ultrasound, lebih elok sekiranya pemeriksaan ultrasound dilakukan melalui faraj.

4) Pemeriksaan darah untuk tahap biokimia hormon human chorionic gonadotropin(hCG). Ujian ini akan dijalankan secara berkala dan sekiranya peningkatan parasnya diragui, mungkin puan berisiko untuk mengandung di luar rahim.

5) Ujian pencairan berganda air kencing, cara ini lebih cepat keputusannya jika dibandingkan dengan ujian darah. Setiap pencairan mempunyai nilaian hCG berpadanan dengan minggu serta kemajuan kandungan. Mengandung di luar rahim serta keguguran menyebabkan paras hormon hCG tidak berpadanan dengan usia kandungan.

Puan mungkin perlu berada di wad untuk diamati supaya diagnosa dapat dipastikan serta kaedah rawatan yang sewajarnya.

Rawatan

Berdasarkan kestabilan petanda vital dan juga tempat berlakunya implantasi abnormal, rawatan mungkin secara pembedahan ataupun tanpa pembedahan.

Tanpa pembedahan

Sekiranya puan stabil dan saiz kandungan kecil dan masih utuh, ubat methotrexate, sejenis ubat anti neoplastik kanser digunakan. Ubat ini menyebabkan sel-sel berhenti bilangannya, menyebabkan kandungan berhenti dan diserap oleh badan puan. Bukan semua dapat menerima kaedah perawatan ini. Mereka yang menyusu badan serta masalah kesihatan lain tidak dibenarkan perawatan secara kaedah ini.

Biasanya ubat ini diberikan sekali sahaja, dan proses penyerapan kandungan memakan masa sehingga 4-6 minggu.Darah puan diamati paras hormon hCG sebelum,selepas tiga hari dan juga selepas seminggu. Paras hormon ini sepatutnya menurun dan sekiranya keadaan sedemikian tidak berlaku, puan dinasihatkan menjalani pembedahan.

Mungkin dalam tempoh tersebut, puan perlu berada di wad untuk diamati perkembangan petanda vital badan.

Methotrexate adalah satu ubat yang merbahaya, semasa dan juga seketika selepas perawatan, puan dinasihatkan supaya mengelakkan daripada:

1) Meminum alkohol

2) Vitamin yang mengandungi asid folik

3) Ubat tahan sakit jenis NSAID(non steroidal antiinflammatory drugs)

4) Hubungan kelamin(hentikan sementara).

Kaedah tanpa pembedahan mungkin menyebabkan puan mengalami sakit-sakit di bahagian abdomen dan mungkin juga pendarahan faraj. Juga simptom-simptom lain seperti loya-loya dan muntah-muntah, kekerapan membuang air besar dan juga pening-pening. Beritahu doktor serta jururawat sekiranya puan dirawat secara tanpa pembedahan dan tiba-tiba mengalami kesakitan abdomen yang amat sangat ataupun tahap kesakitan bertambah, pendarahan melalui faraj bertambah, rasa pening serta macam nak pitam dan juga degupan jantung dirasi bertambah. Mungkin implantasi abnormal ini pecah dan berdarah, kaedah rawatan lain perlu dilakukan.

Rawatan melalui pembedahan

Terdapat dua cara pembedahan, iaitu secara pembedahan terbuka dan juga secara laparoskopik. Apa jua kaedah pembedahan ini, tujuan asas mereka adalah untuk membuang implantasi abnormal yang berlaku, menghalang pendarahan selanjutnya dari pada memudaratkan nyawa puan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.370714 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list