CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 11927|Reply: 18

Keselamatan/Kemalangan Ditempat Kerja : latest- 2 mati dihempap mesin kuari -

[Copy link]

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 1-4-2008 06:13 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

31 Mac, 2008
Standard Keselamatan Di Tapak Pembinaan Perlu Dipertingkatkan
Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Tapak pembinaan boleh dikategorikan sebagai zon berbahaya bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga orang awam di sekitar atau berhampiran kawasan tersebut.

Rata-rata pekerja di tapak pembinaan terdedah kepada bahaya atau risiko antaranya akibat ketinggian tempat kerja, barang-barang yang dikendalikan, elektrik, motor, objek tajam yang bergerak, lif, kimia, habuk, bunyi bising dan ruang yang terbatas.

Kebanyakan tapak pembinaan tidak dapat memisahkan sepenuhnya bukan pekerja atau orang awam. Tapak pembinaan jalan umpamanya pada kebanyakan masa perlu membenarkan trafik menggunakan laluan tersebut.

Kompleks membeli belah atau bangunan awam yang lain pula tidak boleh ditutup apabila sebahagian daripada bangunan-bangunan tersebut menjalani pengubahsuaian. Ini menyumbang sedikit-sebanyak risiko kepada orang awam dan bukan pekerja.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia (Standards Users), Datuk N. Marimuthu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pemaju, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan banyak pihak lain mempunyai peranan penting dalam mengurangkan kemalangan.

"Sasarannya harus kematian sifar di tapak-tapak pembinaan dan juga mana-mana tempat kerja," beliau memberitahu Bernama sebagai mengulas laporan akhbar mengenai kematian seorang pemuda akibat terjatuh ke dalam lubang ketika memasuki kawasan yang sedang diubahsuai di sebuah kompleks membeli belah terkemuka di sini baru-baru ini.

PERTIMBANGAN KESELAMATAN


Kemungkinan berlakunya kecederaan melibatkan orang awam bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kedudukan tapak kerja pembinaan dengan kanak-kanak atau pihak lain yang kurang kesedaran tentang bahaya, contohnya sekolah atau taman permainan.

Jumlah serta bentuk bahaya di tapak pembinaan termasuk tempoh kerja pembinaan dijalankan perlu diambil kira di samping pembinaan pagar keselamatan atau ciri-ciri lain yang boleh mengelakkan kemalangan.

"Apa yang kita inginkan ialah tapak pembinaan dipastikan berada dalam keadaan selamat sekiranya dicerobohi oleh orang awam," kata Marimuthu.

Beliau menyatakan beberapa contoh pencegahan termasuk memagar lubang yang dikorek, menutup lubang, mengadakan tanda amaran, mengunci pintu masuk tapak yang dipagar dan menugaskan pengawal keselamatan sekiranya perlu.

"Pendekatan kejuruteraan atau prosedur lain yang benar-benar berkesan bagi mengelakkan orang awam daripada menceroboh tapak pembinaan boleh juga dipertimbangkan," tambahnya.

STANDARD KESELAMATAN

Menjelaskan lebih lanjut tentang standard keselamatan untuk orang awam sewaktu operasi pembinaan, Marimuthu berkata ianya perlu juga mengambil kira objek yang jatuh daripada membahayakan keselamatan orang awam.

"Gunakan penghadang atau jaring, ambil langkah berwaspada untuk melindungi orang awam daripada kren, kenderaan bermotor atau sebarang jentera dan peralatan. Beri ingatan kepada orang awam tentang kesan bunyi bising, peralatan pembinaan dan pastikan laluan berhampiran tapak pembinaan boleh dilalui dan selamat.

"Simpan bahan yang berbahaya, kaji kawasan yang hendak digerudi atau digali lubang serta adakan pelan bertindak kecemasan di tapak pembinaan," tambahnya.

HARAPAN STANDARD USERS

Menurut Marimuthu, apa yang diharapkan oleh Standard Users ialah supaya industri pembinaan atau pengilangan dapat mengawal perjalanan industri masing-masing.

Setakat ini, katanya, perkara yang menjadi kebimbangan besar ialah hakikat ramainya bilangan pekerja asing yang diambil bekerja oleh industri pembinaan di mana kecederaan yang dialami mereka tidak dimasukkan ke dalam statistik yang disediakan oleh DOSH.

Keadaan itu, katanya tidak memberikan gambaran yang tepat mengenai tahap keselamatan dalam industri pembinaan di negara ini.

"Negara kita semakin bergantung kepada pekerja asing dan pengecualian data tersebut mungkin memberikan kita gambaran palsu bahawa semuanya selamat dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan segera," hujah Marimuthu.

Standards Users, katanya berharap DOSH, CIDB dan dua kementerian (Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerjaraya) di mana mereka beroperasi dapat memastikan agensi penguatkuasaan masing-masing menggunakan sepenuhnya kuasa berhubung dengan tapak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Beliau juga meminta pihak berkuasa berkenaan untuk memaju dan melaksanakan standard mandatori untuk mengaudit serta menilai pencapaian keselamatan tapak pembinaan serta membawa pemaju dan pemilik bangunan ke muka pengadilan apabila tapak yang tidak selamat menyebabkan kecederaan dan kematian di kalangan orang awam.


"Hentikan sikap melindungi pemaju dan pemilik tapak yang sedang dibangunkan. Undang-undang sepatutnya menghukum pemilik dan pemaju dan bukannya mencari kambing hitam. Meletakkan tanggungjawab ke atas pemaju dan pemilik tapak yang sedang dalam pembinaan akan memastikan insiden lampau (seperti insiden yang menyebabkan kematian Dr Liew Boon Horng pada awal 2006 di Plaza Damas dan dua pekerja di Pavilion Kuala Lumpur pada 2007 tidak berulang," tegas Marimuthu.

PROGRAM UNTUK ORANG AWAM


Marimuthu juga berpendapat bahawa CIDB yang banyak melaksanakan program membangun keupayaan untuk pemaju dan pekerja perlu memasukkan sama isu kesedaran dan penghargaan keselamatan awam ke dalam program-program tersebut.

Beliau menjelaskan orang awam mempunyai hak untuk mengharapkan keselamatan di tapak pembinaan terutamanya jika mereka berada di kawasan berkenaan sewaktu operasi kerja-kerja pembinaan sedang berjalan umpamanya di kompleks membeli belah dan di sekitar rumah kedai.

CIDB dan DOSH, katanya perlu bekerjasama dengan pertubuhan, lazimnya bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian jaringan yang baik dengan orang awam.

"Kedua-dua pihak ini boleh menekankan betapa pentingnya untuk mengenalpasti isu-isu keselamatan serta menepati standard keselamatan bukan sahaja untuk tapak pembinaan tetapi juga tempat kerja lain seperti hospital dan stesen minyak," katanya.

-- BERNAMA

----------------------------------------------------------------------------


ramainya mungkin tak berapa perasan tapi telah ramai buruh2
yang bekerja di tapak2 pembinaan yang mati akibat kecuaian
atau pun jentera yang dah kokak... rosak, lama.. dan tidak
mengampil pot sangat tentang keselamatan masing2..

just less than a week ago.. tak silap 3 buruh indon or bangladeshi
mati akibat terjatuh dari crane and worse is - depa tak pakai hard helmet
or gloves or any safety jacket... etc.. kalau kita naik building yang tinggi
benda2 macam tu wajib dikenakan.. -  

kemalangan di tapak pembinaan.. bukan sahaja melibatkan kerugian
berjuta-jutaan.. tapi kehilangan nyawa yang kita boleh avoid...
kids kehilangan bapa.. isteri tiada tempat pergantungan hidup..
company menanggung rugi.. tu belum termasuk lagi ancaman tempat
kepada orang ramai juga..

jangan pandang remeh tentang perkara ni.. kalau sesiapa yang encounter
such scenario.. kena raise up the matter..  kalau kita sendiri bekerja di tempat
sebegini.. jumpa supervisor.. kalau suami kita kerja di environment begini..
nasihat dan jangan biarkan saje keadaan begini.. gotta do something about it -

pada yang bekerja di tapak pembinaan tu.. MESTI kena ambil peperiksaan dosh
or niosh untuk pastkan tahu apakah ciri2 keselamatan yang perlu...


[ Last edited by  dexa at 17-10-2008 06:30 PM ]
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 1-4-2008 06:43 AM |All posts
Apa2 pung saya lebih utamakan keselamatan diakhirat . Dunia ni jambatan jer .

Tapi kan lebih baik selamat di dunia dan di akhirat
SESUNGGUHNYA BERILAH DAKU PETUNJUK YA TUHAN KU . KAUM KU MEMUSUHI APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI. AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 1-4-2008 08:14 AM |All posts
mcm ni pn blh jd isu...
dah ckp ke iman kau nak selamatkan kat akhirat....
Reply

Props Report

eva  

Fighter

Dark Witch

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 1-4-2008 08:46 AM |All posts
dexa.. i agree with you sepatutnya majikan menitik beratkan mengenai keselamatan pekerja dan org awam.

kat sini dah banyak kali majikan kena sue sbb tak pentingkan keselamatan pekerja. pekerja nie ibarat investment utk employers coz dorang nie mostly dah terlatih dan pandai buat kerja. kalau hilang tenaga terlatih tu kan dah jd satu masalah utk train newbie.

kat my place, the latest news about health n safety nie, ada seorang jointer nie terjatuh dr scrapfolding  dadn hilang ingatan. He managed to get pampasan sebanyak lebih kurang
1

View rating log

you might be right, BuT you'll NEVER win the battle
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 29-4-2008 11:54 PM |All posts
Kemalangan tempat kerja turun

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA 28 April - Kadar kemalangan di tempat kerja di negara ini pada 2007 menurun iaitu sebanyak 56,321 kes berbanding 58,321 kes pada 2006.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr. Ir Johari Basri berkata, daripada jumlah itu sebanyak 38,657 kes berlaku di tempat kerja manakala 17,683 kes lagi dalam perjalanan untuk bekerja.

Kata beliau, kedua-dua bentuk kemalangan itu turut menunjukkan penurunan berbanding 2006 iaitu masing-masing men- catatkan 40,617 kes dan 17,704 kes.

''Walaupun kes kemalangan di tempat kerja menurun namun majikan dinasihatkan supaya meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam kalangan pekerja,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Perkeso, Dr. Mohd. Azman Aziz Mohamed.

Sehubungan itu, Johari berkata, JKKP bersama Kementerian Sumber Manusia dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah mengarahkan para majikan untuk memberikan latihan keselamatan berterusan kepada pekerja bagi mengenal pasti risiko kemalangan.

Kata beliau, pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan ke atas majikan bagi memastikan tidak ada majikan yang ingkar bagi arahan tersebut.

''Jika didapati kemalangan berlaku disebabkan kekurangan latihan, majikan terbabit akan diambil tindakan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

"Jika disabitkan kesalahan, majikan boleh didenda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara," katanya.

Menurut Johari, sebanyak 2,729 siasatan telah dijalankan sepanjang tahun lalu dengan 4,873 notis dikeluarkan kepada majikan, 215 (majikan) dikenakan kompaun serta 108 daripadanya telah didakwa di mahkamah.

Pada majlis itu, mereka yang terlibat dalam kemalangan ketika bekerja menerima sumbangan dan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso).

Perkeso memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion pada tahun lalu bagi tujuan itu berbanding RM959 juta pada 2006.

Seramai 800 peserta terdiri daripada majikan dan pekerja menghadiri majlis itu bagi mendengar taklimat keselamatan, motivasi dan berkongsi pengalaman yang dianjurkan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia; JKKP; Perkeso dan NIOSH.

------------------------------------------------------------------------------------------------

bagus sangat adakan courses latihan keselamatan pada pekerja2 -
especially pada safety officers - ambil niosh cert  dan tahu apa ciri2
keselamatan di tempat kerja  - especially pekerja2 di construction places -

however keselamatan dalam menjalankan tugas bukan tertumpu kepada
construction areas only but it is wider range.. even in the office places -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 30-4-2008 04:59 AM |All posts

selamat?

3 maut lori rempuh kantin
28 APRIL 2008 - BERITA HARIAN



JOHOR BAHRU: Tiga pekerja asing kilang mengeluarkan komponen komputer di Kawasan Perindustrian Tebrau 4, di sini, maut ditimpa dinding konkrit kantin selepas sebuah trailer terbabas dan merempuh bangunan itu, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Zainal Baharom, berkata dalam kejadian jam 4.10 pagi itu, trailer dalam perjalanan dari Jalan Firma 2 ke Jalan Kangkar Tebrau, hilang kawalan lalu terbabas merempuh dinding kantin kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, 11 pekerja asing yang sedang makan ditimpa dinding konkrit menyebabkan seorang wanita warga Vietnam dan dua lelaki, masing-masing warga Bangladesh dan India maut.

Wanita Vietnam itu dikenali sebagai Ha Tai Le, 20, lelaki India pula dikenal pasti sebagai Kasi Venkatesan, 30 dan pekerja Bangladesh itu ialah Sho Had Mia, 25 tahun.

“Seorang lagi lelaki dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), manakala tujuh menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI). Siasatan mendapati pemandu trailer terbabit tertidur dan dia ditahan di Balai Polis Sentral untuk membantu siasatan,” katanya.



Mangsa yang dirawat di ICU dikenali sebagai Hwang.

Zainal berkata, pemandu itu, seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang saksi yang juga pekerja kilang sama, Abu Tahir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira lima minit selepas beliau beredar dari kantin untuk kembali ke tempat kerja.

“Saya ke kantin kira-kira jam 3.45 pagi bersama tujuh rakan dan naik semula 20 minit kemudian. Ketika menaiki tangga, saya dengar bunyi kuat dari kantin.

“Saya nampak keadaan kelam kabut dan pekerja kilang membantu mengalihkan batu yang menghempap beberapa mangsa. Bagaimanapun, tiga pekerja sudah mati kerana dihempap dinding konkrit yang besar.

“Saya amat bernasib baik kerana baru beredar dari kantin. Jika tidak kami turut mengalami nasib sama,” katanya.
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 1-5-2008 08:28 PM |All posts
01 Mei, 2008
Keselamatan Tempat Kerja Sektor Awam Akan Diaudit

JOHOR BAHARU, 1 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan diarahkan untuk mengadakan audit keselamatan ke atas tempat kerja sektor awam bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat untuk pekerja sektor tersebut.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata audit itu perlu dibuat agar pihak majikan menyediakan segala langkah dan keperluan keselamatan, mengikut dan mematuhi syarat yang ditetapkan dan garis panduan yang telah disediakan oleh jabatan itu.

" Setiap bidang memerlukan penyediaan keselamatan yang khas seperti jabatan kimia, orang yang kerja di makmal dan jururawat di hospital. Asas-asas keselamatan pekerjaan itu berbeza antara satu sama lain tetapi jabatan mempunyai standard dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh majikan yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2008 anjuran Kesatuan Pegawai Kastam (Semenanjung Malaysia) cawangan Selangor dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini Khamis.

Tanpa memberitahu bila audit itu akan dibuat, beliau berkata sebelum ini terdapat pandangan bahawa kerajaan hanya menumpukan kepada tahap keselamatan pekerjaan di sektor swasta sahaja, menimbulkan kebimbangan pekerja sektor awam mengenai tempat kerja mereka.

Dengan audit tersebut, keselamatan pekerja sektor awam di tempat kerja juga akan terjamin seperti pekerja di sektor swasta, katanya.

Ditanya mengenai dakwaan 70 hingga 80 peratus pekerja asing di estet-estet diabaikan majikan mereka, Dr Subramaniam berkata masalah tersebut adalah rumit kerana ramai antara mereka bukannya digaji sendiri oleh estet terbabit.

"Ada di kalangan mereka tidak bekerja secara langsung dengan estet tetapi dengan ejen yang membuat kontrak untuk membuat kerja bagi pihak estet, ini menjadikan perkara ini rumit," katanya.

Beliau akan membangkitkan perkara tersebut dalam pertemuan dengan pihak Persatuan Pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) dalam masa dua minggu lagi.

Dr Subramaniam juga berkata beberapa estet dikenalpasti menghadapi masalah tersebut dan akan membuat lawatan ke estet terbabit tidak lama lagi, bermula di Johor.

Tanpa memberitahu jumlah atau nama estet yang terlibat, beliau berkata tindakan akan diambil terhadap majikan sekiranya terdapat asas terhadap aduan yang dibuat ke atas mereka oleh pekerja-pekerja asing itu.

-------------------------------------------------------------------------------

seriously ramai majikan memang tak hiraukan employees depa
punya safety  - nak2 yang pekerja contract tu -
perkeso tak ada insuran tak ada  apa pun tak ada -
kalau mati ditimpa concrete ke - mati cam tu aje la -

tak kiralah sector awam ke  atau sector swasta - nyawa employees
tak ada nak beza nya sama ada orang tu kerja kat mana -

so memang patut kena audit tempat2 kerja mereka to ensure their
working environment is safe - ada niosh certs  etc -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 1-5-2008 08:50 PM |All posts

Reply #6 Jiman's post

namanyer jek kemalangan...

mmg tak terduga... tgh makan pun bleh mati dihempap konkrit (lori pulak penyebab) bukan dek tertelan buah keras ke hape...

kalau semua pihak ambil berat...kemalangan dapat diminimumkan... ada sesetengah co...depa lokek nak keluar duit beli peralatan keselamatan tp bila co dah beli, ada mamat tak mahu pakai plak....depa kata "tak macho kak pakai safety shoes...dok nayang lagi sneakers dia yg blm tentu dpt melindungi kaki biarpun cantik dan mahal harganya...

[ Last edited by  dexa at 9-5-2008 08:07 PM ]
1

View rating log

kalaulah boleh berpatah balik...
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 1-5-2008 08:58 PM |All posts

Reply #8 nazurah's post

lagi satu --

yang menyedihkan juga bila kemalangan
di construction site for example - tapi yang
jadi mangsa passersby yang kebetulan lalu
kat kawasan yang tak 'selamat' tu -

teringat kisah satu kereta ni - masa saya kecil2 tu -
dia lalu kat jalan bukit bintang kat depan bangunan
LTAT - masa tu bangunan ni baru nak bina -

KABOOM - crane jatuh atas kereta amoi ni yang kebetulan
driving passing by - masa crane yang longgar screw tu tengah
berpusing bawa concrete - (she died instantly)

people always refer it as being at wrong place at the wrong
time -- but how could it being at wrong place - she hafta
pass that road --  

the mistake definitely the safety of that construction area -
and the equipment used -


[ Last edited by  dexa at 9-5-2008 08:08 PM ]
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 1-5-2008 09:05 PM |All posts

Reply #8 nazurah's post

nak buat camana, kadang2 tu sikap pekerja tu sendiri kan
kelengkapan keselamatan dah ada, tapi taknak guna, taknak pakai
"alaaaa, takkan jadi punya", "alaaaaa, InsyaAllah tak pape"
punya la yakin benda takkan jadi, ingat kebal ke apa?
pastu kalau la kemalangan tu jadi jugak, maka start la pulak ayat standard :
"benda dah jadi, nak buat camana?", "dah takdir.."
takdir memang la takdir, tapi kalau sendiri taknak elakkan
tu tak kira macam menzalimi diri sendiri ke? menganiaya diri sendiri ke?
orang macam ni just selfish tau.. dia tak fikir pasal orang2 kat sekeliling,
tak fikir pasal orang2 yg sayang dia, kawan2, keluarga dia, anak2 dia
cuba kalau ada pape jadi, pastu mati.. camana dgn keluarga? anak2?
just selfish & plain stupid.. pastu : TAKDIR.. huh..

[ Last edited by  dexa at 9-5-2008 08:08 PM ]
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 1-5-2008 09:07 PM |All posts

Reply #9 dexa's post

oh..sy ingat kes ni dex...

apapun sy doakan semua pekerja binaan ini selamat... termasuklah buah hatiku nun di JXB sana...

syarikat wajar memastikan segala peralatan keselematan diperiksa sebelum dan sesudah kerja. jangan lokek keluarkan duit utk menambahbaik sistem keselamatan atau menukar peralatan yang dah 'kokak' tu...

jgn fikir nak gulung duit aje, keselamatan diabaikan... kalau dah berlaku kemalangan, silap2 gulung tikar pulak..

[ Last edited by  dexa at 9-5-2008 08:09 PM ]
kalaulah boleh berpatah balik...
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 1-5-2008 09:20 PM |All posts
Originally posted by nazurah at 1-5-2008 09:07 PM
oh..sy ingat kes ni dex...

apapun sy doakan semua pekerja binaan ini selamat... termasuklah buah hatiku nun di JXB sana...

syarikat wajar memastikan segala peralatan keselematan diperiksa s ...


yea.. kita doakan sesiapa yang kerja kat construction site especially -
selamat  -

sebab tu safety officer in every construction places is one of the
most important guy to ensure no delapidation, quality of the
equipment...  as well safety officer ni kena equipped dengan
niosh cert -

keselamatan juga perlu dititikberatkan kat petrol station...
especially sebab depa dealing dengan very dangerous substance --

~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 2-5-2008 06:42 AM |All posts
Wujudkan unit bomba sukarela di kilang
UTUSAN MALAYSIA


Abdul Ghani Daud (kiri) menyerahkan buku serah tugas
kepada timbalannya, Rizal Amir pada majlis serah dan terima tugas
Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Perak yang baru di Perak, kelmarin.


IPOH 1 Mei - Sebahagian besar pemilik kilang di negeri ini didapati lebih mementingkan kawalan keselamatan barangan daripada keselamatan premis dengan tidak mewujudkan unit bomba sukarela di tempat masing-masing.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Abdul Ghani Daud berkata, sehingga kini, banyak pemilik kilang di Perak mengambil ringan saranan jabatan itu supaya mewujudkan unit bomba sukarela di premis mereka.

Katanya, mereka mungkin menganggap tugas mengawal dan memadam kebakaran merupakan tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat semata-mata.

''Sepanjang tiga tahun berkhidmat di Perak, kilang-kilang perindustrian yang menubuhkan unit bomba sukarela boleh dihitung dengan jari dan apa yang berlaku memperlihatkan pihak terbabit lebih mementingkan keselamatan barangan.

''Dalam aspek keselamatan barangan, mereka sanggup mengupah pengawal keselamatan dengan bayaran yang cukup tinggi tetapi tidak mahu 'melabur' sedikit untuk menubuhkan unit bomba sukarela. Janganlah kedekut dalam isu ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah dan terima tugas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak antara beliau dan Mohammad Din Rajad di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Perak di sini semalam.

Mohammad Din yang sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka menggantikan Abdul Ghani yang bakal menjadi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.

Menurut Abdul Ghani, sikap pemilik kilang yang terlalu berkira untuk memperuntukkan masa kepada kakitangan menjalani latihan kebakaran boleh mengundang padah dan merugikan perniagaan masing-masing sekiranya berlaku kebakaran.

''Bagi saya, sikap pemilik kilang yang mahu menjimatkan kos itu merupakan 'pendekatan' yang merugikan.

''Sekira berlaku kebakaran di kilang, bayangkan berapa banyak kerugian boleh dikurangkan dengan adanya unit bomba sukarela di tempat mereka," katanya.

Abdul Ghani berkata, pihaknya sentiasa bersedia melatih unit bomba sukarela yang ditubuhkan oleh mana-mana pihak tanpa dikenakan sebarang bayaran.

'' Pemilik kilang cuma perlu menghubungi kita untuk mengadakan latihan ini dan saya percaya inisiatif sedemikian tentunya akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," ujar beliau.

---

tahap kesedaran tentang keselamatan memang sangat la kureng..
ok kot cadangan gini.. at least dapat kawal kebakaran sementara tunggu bomba pro mai
rasanya ada gak orang yg tak tau pun camana nak guna pemadam api yg sembur2 tu
patut buat kursus intensif yg asas2 la : camana nak bertindak bila ada kecemasan
kalau belajar camana nak bagi rawatan kecemasan pun okay..
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 9-5-2008 06:50 AM |All posts
Tiga mahu pasang kabel maut diseret BMW
Oleh Petah Wazzan Iskandar

PETALING JAYA: Tiga sekeluarga yang bekerja dengan kontraktor pemasangan kabel Telekom, maut apabila dirempuh dan diseret sebuah kereta sejauh kira-kira 100 meter di Kilometer 13, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta BMW berkenaan dikatakan terbabas sebelum merempuh mangsa yang sedang mengorek jalan bagi memasang kabel berhadapan Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Mangsa, Mukhdar Abdullah, 54, dari Ampang serta menantunya, Muhd Yusri Nordin, 31, dari Hulu Langat dan anak angkatnya dikenali Angger, 19, dikatakan mati di tempat kejadian. Pemandu kereta itu, Jeffrey Lee Siew Wai, 21, turut terbunuh.

Mayat mereka dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk bedah siasat. Seorang lagi pekerja, Ganang Setiawan, 25, yang menjadi pengawal lalu lintas terselamat.

Ganang ketika ditemui berkata, kereta berkenaan terbabas ketika melalui selekoh di kawasan itu dan merempuh mangsa sebelum melanggar pokok.

Timbalan Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya, Asisten Superintendan Zulkifli Che Lah, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk kemungkinan pemandu itu mabuk.

------------------------------------------------------------------------------------


tak sure macamana nak bayangkan kat mana mangsa mengorek jalan
nak kabel tu  sebab tahap keselamatan perlu ada bila nak memasang kabel
kat tengah jalan tu..(or tepi jalan) ... kalau boleh dilanggar senang2 begitu
rasanya tahap safety tu tak ada --
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 9-5-2008 08:04 PM |All posts
Womans fingers cut
By MARTIN CARVALHO

MALACCA: The Malacca Special Welfare Unit (Pembela) will query the management of a company in Krubong, which failed to look into the welfare of an employee after she lost parts of her fingers in an accident here recently.

Special assistant to the Chief Minister, S. Mahavedan, said Pembela and the state Labour Department would visit the company here to verify the complaint.

We want to know why there was no insurance coverage for the victim owing to the nature of her job,
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 15-10-2008 06:27 AM |All posts
Tuntut pampasan jar ik.elingking putus

KUALA LUMPUR - Charlie Elabu pernah menjadi salah seorang seorang pekerja kesayangan majikannya suatu waktu dahulu.


CHARLIE menunjukkan jari k.elingkingnya yang putus
dalam pertemuan dengan kami di Kuala Lumpur semalam.


Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas dia ditimpa kemalangan di tempat kerja 15 tahun lalu.

Kemalangan di kilang besi itu menyebabkan jari k.elingkingnya terputus dan mendakwa hingga kini dia tidak pernah mendapat pembelaan termasuk wang pampasan.

Charlie, 37, terputus jari k.elingking setelah mesin pembuat lubang besi di kilang tempat kerjanya iaitu sebuah syarikat pembinaan mengalami masalah pada April tahun 1993.

"Sejak jari saya terputus, sukar untuk saya menjalankan kerja-kerja yang memerlukan kete- litian kerana hanya mempunyai empat jari sahaja di tangan kanan," katanya yang ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.


Sejak peristiwa hitam itu, beliau telah beberapa kali menghubungi syarikat pembinaan tersebut untuk menuntut pampasan, namun hanya janji kosong sahaja diperoleh.

Ujarnya lagi, tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan majikannya itu, beliau bertindak mengadu nasib kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan untuk menagih pembelaan.

Sementara itu, anak saudara Charlie turut menerima tempias nasib malang apabila mendakwa tidak mendapat pembelaan setelah terlibat dalam kemalangan di tempat kerja di sebuah kilang besi di Hulu Langat, Selangor.



CHICKONEY menunjukkan kesan
kecederaan pada kepalanya.


Chickoney Changgai, 22, memberitahu, beliau yang cedera di kepala sehingga terpaksa tinggal di hospital selama 10 hari serta menjalani pembedahan membuang sebahagian tempurung kepala kerana terkena cangkuk besi di kepala turut tidak mendapat pembelaan.

Jelasnya, majikan di tempat kerjanya menyatakan faktor pekerja baru menjadi halangan untuknya mendapatkan pampasan bagi kecederaan dialami.


***********************************************************************************

kalau dari segi undang2 memang patut majikan bagi pampasan...
mungkin menerusi SOCSO - dan sebagai employee kena pastikan
yang majikan kita membuat bayaran socso every month - kerana
kecederaan dan kemalangan di tempat kerja sangatlah common -
dan tu semua sebagai protection pada kita dan keluarga kita juga -

hopefully both of them will get the reimbursement for their
injuries -  tak boleh biarkan majikan2 ni  ambil ringan dan buat
derk aje... bila sihat - okay bayar gaji, bila cedera kat tempat
kerja, fired.. dan tak bagi kerja lagi, kalau kat oversea saman macam ni
boleh libatkan juta2 dollars -


[ Last edited by  dexa at 15-10-2008 06:28 AM ]
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 17-10-2008 06:36 PM |All posts
Dua lelaki Indonesia mati dihempap mesin kuari
17/10/2008

KAJANG 17 Okt. C Dua lelaki warga Indonesia mati selepas dihempap mesin pengangkut di kuari di Kilometer 18, Hulu Langat dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, tiga pekerja pengangkut pasir berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, timbunan pasir di kuari itu dikatakan tiba-tiba runtuh ke atas mesin pengangkut sebelum menghempap sebuah lori.

Salah seorang daripada tiga pekerja berkenaan sempat terjun dari lori berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Manakala dua orang lagi rakannya terperangkap di dalam timbunan pasir.

Mayat kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 3 petang ini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakarudin Che Mood yang ditemui di sini hari ini mengesahkan kejadian itu. - Utusan


******************************************************************************

few things will be raised -
adakah depa legally kerja sana -
kalau tak legal - memang mati tanpa ada apa2 pampasan la
pada keluarga depa -

second - kalau legal pun - adakah
majikan depa ni buat insurance pada mereka
sebab bila kerja kat construction place -
insurance kena ada - it is very dangerous -
ramai yang cedera even cedera bawa mati -
banyak kes dah -

kalau bukan warga indon pun.. warga malaysia juga
memang kena ambil berat pasal ni -- make sure
employer kita bayar socso - jangan buat2 tak tahu
or procrastinate benda2 begini -

lastly - takziah pada keluarga malang ini -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 17-10-2008 06:40 PM |All posts
ayuh amalkan....

SAFETY FIRST
Apa harus ku bilang wowwwww gitu?
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 13-8-2009 11:47 PM |All posts
Tragedi gas ammonia bocor beri peringatan usah abai keselamatan

TRAGEDI kebocoran gas ammonia yang meragut enam nyawa di kilang memproses ikan di Tanjong Karang, Selangor pagi kelmarin mendedahkan betapa pentingnya aspek penjagaan keselamatan di tempat kerja.

Sama ada majikan atau pekerja, kedua-duanya perlu mengambil berat perkara itu demi manfaat bersama. Dalam isu membabitkan keselamatan, tiada pihak boleh dikecualikan. Tanpa mengira saiz sesebuah organisasi, ia tidak harus menjadi ukuran tahap piawaian keselamatan yang diamalkan.

Soal kemampuan kewangan bukan alasan untuk sesetengah majikan mengabaikan garis panduan keselamatan bagi kakitangan masing-masing. Semua pihak perlu mengambil langkah kolektif memastikan insiden kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan ke tahap minimum. Malangnya, walau pun amaran demi amaran dikeluarkan, kejadian berpunca daripada kelalaian manusia, terus berlaku.

Jika komitmen dan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik, insiden malang seperti yang berlaku di kilang memproses ikan di jeti persendirian di Kampung Bagan Pasir itu, pasti dapat dielakkan. Walaupun siasatan punca kejadian itu masih dijalankan, tidak keterlaluan untuk menyimpulkan wujud banyak kepincangan dalam prosedur keselamatan operasi kilang itu.

Bermula dengan penggunaan sistem penyejukan buatan sendiri di tempat simpanan baja kilang itu hingga kepada prosedur operasi standard (SOP) pengendaliannya, jelas bahawa aspek keselamatan diabaikan. Sebab itulah apabila kebocoran gas berbahaya seperti ammonia itu berlaku, ia memberi kesan besar sedangkan kilang seperti itu sepatutnya mempunyai sistem amaran yang baik dan kakitangan yang bekerja dalam persekitaran berisiko seperti kolah penyejukan baja, dibekalkan peralatan pernafasan lengkap.

Kerajaan sudah mengambil banyak langkah meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja termasuk dengan menubuhkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh). Untuk memastikan matlamat sebenarnya dicapai, semua pihak harus sanggup menggembleng tenaga dan sumber.

Pelbagai syarat dan garis panduan untuk membantu organisasi menjaga keselamatan persekitaran tempat kerja dirumus. Bagaimanapun, ia tidak akan membawa sebarang makna jika hanya dipandang sepi. Ketika semakin banyak organisasi menyambut baik usaha itu, masih ada yang culas dan memberi pelbagai alasan untuk tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Kelompok ini, biasanya pengusaha kecil berpendapat, langkah mematuhi piawaian keselamatan hanya membazirkan wang dan mengurangkan keuntungan. Mereka seolah-olah menafikan hakikat bahawa aset terbesar sesebuah organisasi ialah sumber manusia, justeru ia harus dijaga sebaiknya. Memang objektif utama perniagaan adalah keuntungan, tetapi ia harus diraih secara bertanggungjawab dan beretika.

Mengetepikan nasib pekerja bukan caranya apatah lagi dalam kes seperti di Tanjong Karang yang turut memberi risiko kepada persekitaran kerana kebocoran ammonia memaksa penduduk berdekatan mengosongkan kediaman mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam usaha mengejar kemajuan, budaya positif seperti jaminan keselamatan di tempat kerja perlu diterapkan. Tragedi malang yang meragut enam nyawa di Tanjong Karang harus dijadikan iktibar kepada semua pihak supaya tidak sekali-kali mengabaikan keselamatan di tempat kerja.



...sbb tu penting kalu ada perkeso... walau depa bagi tak ler banyak mana (byk mana lak ko bayar kan...) tapi kurang2nyer dapat gak duit... buat beli ikan sayur kalu kena laid off beberapa bulan.....   kalu kerja ngan factory mmg kena amik insuran sbb ko tak leh nak bau malang tuh.....


p/s   mod leh update ekk  mod...
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 1-11-2014 04:39 AM , Processed in 0.132198 second(s), 26 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top