CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 12802|Reply: 15

Petanque (Pay Tong) - Baling Bola Logam -

[Copy link]

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 12-4-2008 06:43 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Membaling bola logam
Oleh ADHAM SHADAN

Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling ikut cara mana yang anda suka tetapi jangan sesekali mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.




MUNGKIN tidak ramai antara kita yang mengenali permainan ini. Walaupun ia sudah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 1990-an, namun jika ada yang menyebut nama permainan ini sekarang, pasti ada yang menggaru kepala kerana tidak dapat membayangkannya.

Petanque (disebut pay-tong) kedengaran aneh bunyi sebutannya. Namun, itulah nama yang diberikan kepada permainan yang berasal dari Perancis ini. Menggunakan bola-bola yang diperbuat daripada logam, ia mungkin mirip beberapa permainan rakyat.


Sukan itu kini telah pun mempunyai kejohanan peringkat dunia dan turut tersenarai sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan SEA sejak tahun 2001 lagi.

Di pentas Asia Tenggara, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos merupakan antara negara yang terlebih dahulu menerima pengenalan permainan ini ekoran pengaruh Perancis di kebanyakan negara itu. Permainan ini menjadi begitu popular di Thailand dan telah dipromosi sendiri oleh Puteri Srinagarindra yang dikatakan bermain petanque hampir setiap hari.

Negara itu sudah menikmati permainan ini sejak ratusan tahun lalu. Malaysia pula baru diperkenalkan dengan sukan ini pada penghujung tahun 1989 oleh Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz

Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempopularkan sukan ini. Hakikatnya, terdapat sekumpulan masyarakat kita yang semakin mula meminati permainan balingan bola logam ini. Ada yang menjadikannya aktiviti riadah dan rekreasi selepas penat bekerja.

Sebagai contoh, di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Hulu Klang, Selangor, boleh dikatakan hampir setiap petang, mereka akan mengisi ruang gelanggang petanque. Bukan sahaja mereka yang bergelar atlet negara datang bermain tetapi juga orang awam.



Jika diamati, sukan ini ada persamaan dengan permainan guli yang popular dimainkan kanak-kanak satu ketika dahulu. Ini kerana ia dimainkan secara membaling dengan menetapkan arah sasaran. Strategi memperoleh matanya pula menyerupai sukan boling padang.


Biasanya sukan ini dimainkan di atas permukaan berpasir. Namun, ia juga boleh dimainkan di apa-apa jenis permukaan lain.

Menurut Leftenan Kolonel Ahmad Zulkifle Mohd. Zain yang merupakan jurulatih sukan petanque bagi Sukan SEA 2007, permainan ini lazimnya melibatkan kategori perseorangan, beregu dan bertiga. Bagi kategori perseorangan dan beregu, setiap individu diberikan tiga biji bola atau disebut boule manakala bagi kategori bertiga, setiap individu diberikan dua biji boule. Berat bola logam yang dibenarkan ialah dari 650 gram hingga 800 gram dengan lilitan antara 70 hingga 75 milimeter.

"Terpulang kepada pemain untuk menggunakan bola dalam berat tertentu . Ia bergantung kepada keselesaan mereka. Apa yang penting, bola tersebut mestilah daripada 12 jenama yang dibenarkan," ujar Ahmad Zulkifle ketika ditemui Kosmo! di Kompleks Sukan MSN Taman Keramat baru-baru ini.

Jelasnya, petanque kebiasaannya dimainkan dengan sebuah jack dibaling terlebih dahulu dalam gelanggang berukuran 15 meter x 4 meter. Balingan mestilah berjarak antara enam hingga 10 meter.

Sasaran para pemain adalah untuk menghasilkan balingan bola logam yang mendekati jack tersebut. Jika seorang individu atau sebuah pasukan berjaya menghasilkan bola yang paling hampir dengan jack, pasukan lawan akan terus membaling bola yang ada dalam simpanan mereka sehingga berjaya memintas kedudukan bola pasukan itu. Jika berjaya, pasukan yang satu lagi pula akan berusaha memintas dan begitulah seterusnya.


Biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa yang terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan membuat ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack.

Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan kehabisan bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya memperoleh 13 mata.

"Permainan ini boleh tamat dalam masa beberapa minit atau berlarutan sehingga berjam-jam. Ia bergantung kepada strategi. Mahu masuk atau pukul?" terang Ahmad Zulkifle merujuk kepada strategi permainan, sama ada mahu sekadar membaling bola tersebut mendekati jack atau 'memukul' bola lawan agar bergerak jauh dari jack.

Peraturan permainan ini tidak susah. Anda boleh baling cara mana pun, asalkan kaki anda tidak terangkat ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud 'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.

Sungguhpun permainan ini biasa dikaitkan dengan mereka yang berusia, namun ia sebenarnya sesuai dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

"Ia bahkan sesuai dijadikan aktiviti keluarga. Semua peringkat usia boleh memainkannya. Untuk permulaan, mereka perlu keluarkan sedikit duit untuk membeli bola.

"Saya berharap, lebih ramai pemain pelapis daripada golongan muda ditonjolkan dalam sukan ini memandangkan ia turut dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma)," katanya.

Menurutnya, permainan petanque sebenarnya lebih dikenali di negeri-negeri Pantai Timur kerana ia mula diperkenalkan di situ.

Ahmad Zulkifle juga sempat menyuarakan hasratnya untuk mengajar orang ramai bermain petanque.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk bermain permainan ini. Tidak kira mereka yang sudah berusia mahupun pelajar sekolah, datanglah ke sini. InsyaAllah, saya boleh ditemui di sini setiap petang," katanya.

Dalam kunjungan Kosmo! baru-baru ini, suasana di gelanggang petanque di Kompleks Sukan MSN Taman Keramat agak meriah. Walaupun hujan renyai-renyai, mereka masih meneruskan permainan.

Minat mendalam mereka terhadap permainan itu membuatkan ada di antara mereka berseloroh dengan berkata: "Kalau demam sahaja, kami tidak turun ke gelanggang."

Bagi seorang pemain yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Hajar, dia menggemari permainan itu setelah mengalami kecederaan pada tulang belakang.


SEKIRANYA berlaku pertikaian jarak, hakim teknikal akan membuat ukuran.

" Saya memang aktif bersukan. Apabila tulang belakang cedera, saya lebih cenderung bermain permainan ini.

"Bagi saya, permainan ini sesuai dimainkan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan banyak tenaga. Apa yang perlu hanya fokus dan ketajaman fikiran.

" Saya sedar permainan ini tidak begitu popular. Sehinggakan saya terpaksa membawa bola petanque ke pejabat untuk memperkenalkannya kepada kawan-kawan," katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

saya tak pernah main petanque ni tapi tengok orang main ni sokmo
kat pusat sukan kg pandan tu... sebab kadang2 saya training lari
kat sana balik kerja - mesti ada orang main baling bola logam ni -
satu hari nanti nak participate gak..  sebab nampak fun betul -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 13-4-2008 05:47 PM |All posts
ahaaa...petanque.....
1st time tau masa tahun 1995..
sekolah rendah kat terengganu..
masa tu sukan ni datang dari thailand..
sebab tu kelantan dan terengganu cepat amin game ni berbanding kompo...
tapi sayang..lepas beberapa tahun..
sejak pengetua/pentadbiran sekolah bertuka..
takde orang nak jaga...
gelanggang pon sudah hancur...

tahun lepas ada main petanque untuk OPU...
main simpanan saja..dapat main 1game..
kami dapat tempat ke 4..
sayang tak dapat gi final....
tapi overall karnival tu opu kami la menang..wee....
kire menyumbang point la walopon game yang ku imain tu kalah..haha...
lawan kat BGA cheras...
coach player malaysia sea 2001.....
tahun ni nak try main volleyball..
harapharap dapat....



hem..dexa runner ker?
1

View rating log

http://www.kembaraanakmuda.com/
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 14-4-2008 09:21 PM |All posts

Reply #2 hetrek's post

whoaaaa best baca cerita awak!!-
thanks for sharing.. and nice pic..
ada few cowboys kat situ eh...

yes - i am a runner -
baca la thread running tu -
ramai gak runners kat sini -
neo pun runner juga..

akughi dan reuk - depa tu marathoner lagi!!
kuat lari depa tu sebenarnya --


btw - memang masih lagi ramai main petanque ni
kat pusat sukan kg pandan.. --  saya rasa nanti
mesti popular balik petanque ni --- given times -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 24-4-2008 08:59 PM |All posts
seronok main petanque ni...
tak leh lepas bila dah mula main
kerana yang Maha Esa, maka hadirlah aku di sini.....
"The world we have created is a product of our own thinking.It cannot be changed without changing our thinking...-Albert Einstein-"
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 25-4-2008 02:43 AM |All posts
micha pn pnh wakil sekolah main pentanque nih. sronok. siap ader topi khas ala2 lawn ball lg.
charismatic, sophisticated, but broken hearted.....
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-3-2009 07:47 AM |All posts
Kontinjen petanque intai emas



IMBAS KEMBALI... Aksi pemain petanque negara,
Saiful Baharin Musmin pada Sukan SEA 2007 di Korat.


SETELAH gagal dalam empat percubaan, skuad petanque negara tidak mahu kempunan lagi untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA di Vientiene, Laos hujung tahun ini.

Setiausaha Persatuan Petanque Malaysia, Kamaluddin Niat berkata, pada tema- sya di Laos nanti, kontinjen petanque negara akan menampilkan atlet muda yang kini dalam persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka tahun depan.

"Dalam program persediaan ke Sukma, prestasi mereka lebih konsisten. Ini kerana mereka lebih banyak menghadiri latihan berbanding atlet-atlet senior.

"Saya difahamkan, semua atlet negeri yang terlibat dalam Sukma tahun depan sedang giat menjalani latihan intensif dan banyak bakat baru yang lebih berkemahi- ran dan mempunyai konsentrasi tinggi telah dikenal pasti," kata Kamaluddin semalam.

Pada kejohanan petanque peringkat kebangsaan seperti Terbuka Terengganu yang baru berakhir minggu lepas, prestasi atlet pelatih Sukma dilihat melepasi prestasi peserta yang jauh lebih berpengala- man dan pernah mewakili negara.

Kamaluddin berkata, pendedahan kepada latihan intensif dan selain jadual latihan yang lebih terancang di bawah program persediaan Sukma 2010 membolehkan prestasi atlet-atlet terbabit meningkat dengan mendadak.

"Sebenarnya ramai atlet senior yang mempunyai pekerjaan tetap, jadi mereka tak boleh bagi komitmen penuh untuk latihan," katanya.

Tambah Kamaluddin, pihaknya telah mempunyai senarai atlet-atlet pelatih Sukma 2010 yang berpotensi dan satu pertandingan akan diadakan hujung bulan depan untuk memilih senarai akhir atlet- atlet yang bakal berlepas ke Laos.

Bagaimanapun katanya, bilangan atlet hanya akan ditentukan apabila maklumat lanjut berkaitan penghantaran kontinjen diketahui daripada negara tuan rumah, Laos.

Sejak acara petanque diperkenalkan pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia hanya memenangi dua pingat perak dan lapan pingat gangsa.
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-3-2009 07:48 AM |All posts

Reply #6 dexa's post

ah... lupa nak komen.. saiful baharin ni.. ada iras2 rupa
saiful bahari yang kes DSAI tu... eh....  ada la sikit2 macam
serupa muka dia -  gs -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 20-3-2009 12:00 PM |All posts
Kalau terrer main guli adakah secara automatiknya akan terrer main petong ni?
FB: Dreamy Treat Bakery Studio
Bakery Class & Products
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 21-3-2009 11:51 AM |All posts
Originally posted by RedDevils at 20-3-2009 12:00
Kalau terrer main guli adakah secara automatiknya akan terrer main petong ni?



aku maen guli  mmg wokeyyyy ajer... tapi aku bajet  petong ni  aku hancussssss mate!!!  
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 22-3-2009 02:44 AM |All posts
hohohooo... dulu aku penah main utk skolah aku sempena hari koperasi peringkat wilayah kl...
Be nice to people on your way up, because you'll meet them on your way down...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 27-3-2009 11:57 PM |All posts
dah lama saya tertanya apa jenis sukan sebenarnya ni..rupanya baling bola logam ala2 boling jugak la nampaknya cuma main kt padang n guna bola logam yaa
April08104[1].jpg
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 2-4-2009 12:39 PM |All posts

Balas #11 NoraHay_08\ catat

aik... baru tau ker?
The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 3-4-2009 06:25 PM |All posts

Reply #12 karambunai's post

ya baru tauw koz tk pernah tengok pun sebelom nih cara ia dimainkan..ekk sukan ni mencabar & memenatkan ke sbb nampak biasa je cara main tuh...sekadar bertanya
April08104[1].jpg
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 11-4-2009 05:26 PM |All posts
Selain daripada kriket satu lagi sukan/ permainan yang sya tahu main ialah Petanque. saya main pun dulu di maktab kerana pada masa itu ia baru sahaja diperkenalkan dan disebabkan Pengetua (masa tu masih pengetua belum naik taraf pengarah sebab masih status maktab) nak permainan ini dimainkan semasa kedatangan pengetua maktab lain sempena KAGUM . yang paling best semasa pensyarah maktab perguruan Thailand datang melawat ke maktab kami. so aku and the team la yang handle depa ni.

namun ada juga yang tak suka dengan sukan ini dan ia digelarkan sebagai sukan orang tua, sukan sakit pinggang, game makan-makan dan sebagainya. namun tak kisah la. selagi masih mahu turun utk paling tidak mengeluarkan peluh itu kan bagus daripada dok bersukan dalam bilik sahaja.
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 11-4-2009 05:31 PM |All posts

Balas #13 NoraHay_08\ catat

nak kata tak penat...penat juga tapi tak la sepenat main bola sepak ke ragbi ke yang nak kena berlari ke hulu ke hilir. tapi keluar juga peluh.

permainan ini kira mencabar minda sebab matlamat kita nak placing bola tu sedekat yang mungkin dengan jack (bola kecil warna merah tu) dan kalau ada bola lawan yang dekat dengan jack, kita pula cuba utk jauhkan bola lawan dan kalau boleh nak ambil tempat bola lawan tu. so kena guna skil sama ada nak pukul/hentam bola lawan ke atau apa sahaja cara yang sesuai.

Permainan ini agak santai malahan ada juga disediakan makan ringan atau minum dan pemain boleh makan dan minum sementara tunggu turn.
1

View rating log

Reply

Props Report

Post on 25-9-2010 10:32 AM |All posts
bola besi tuuuuu
dru*hell
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-7-2014 11:33 PM , Processed in 0.130424 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top