CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28290|Reply: 36

Kisah-Kisah Jutawan/Usahawan : Dalam dan Luar negara...mari berkongsi

[Copy link]
Post time 24-4-2008 07:28 AM | Show all posts |Read mode
klu dah ada thread ni momod leh movekan....

sekadar berkongsi cerita...utk kwn2 sume..

J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib baik, tidakteratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia masuk keuniversiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia masukperkhidmatan diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik dengankekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya. Perusahaan minyakini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia rasa diaterpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat untuk setahundan cuba menjadi usahawan minyak.

Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang laindan kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya berpegang kuatkepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia meminjamkan wangkepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit. Getty yang masih mudaadalah seorang yang berani tetapi bukan terburu nafsu. Dia tidakmelibatkan diri dalam projek yang memerlukan wang tunai yang banyakkerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-projek awalnya gagaltetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga minyak pertama. Dia mulakaya ketika umurnya baru 23 tahun.



Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Diaberbuat sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawatelaga itu akan menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telahmengumpulkan data-data. " Semua perkara mempunyai unsur nasibnya. ",dia berkata, dan " Anda harus berani hidup bersama nasib anda.". Orangbernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang beranidengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik. Nasibbaik mungkin menyebabkan nasib baik.

Untuk bertindak berani ikutilah panduan ini :

Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas menuju ke arah sesuatuyang baru apabila peluang keemasan tiba. Bezakan antara keberanian danperbuatan terburu-buru. Kalau anda melaburkan seluruh wang simpanananda untuk satu-satu projek yang berkemungkinan besar akan merugikananda, ini adalah perbuatan yang terburu-buru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 07:29 AM | Show all posts
Datuk Low Boon Sie

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 07:32 AM | Show all posts
bila lahh kita nak berbau jutawan, kalau tak jutawan separuhjutawan pun dah ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 07:33 AM | Show all posts
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu TanSri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenalbukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursasaham. Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau.Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempatketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbarperdagangan Business Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah.Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliaudikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuashati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaikitaraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralihke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehinggamenjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya diMalaysia. Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikanPelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalamtempoh singkat.

Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yangtelah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 jutadi Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dankebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan SriSyed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekasPerdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokohkorporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimanaTan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal ertikegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yangdilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soalpembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat danprojek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramaiterutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalamperniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah,menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendahdiri dan tidak gemarkan publisiti.


Terimakasih

http://www.formulakekayaan.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 24-4-2008 07:32 AM
bila lahh kita nak berbau jutawan, kalau tak jutawan separuhjutawan pun dah ok


bila dah sampai tahap ribuwan mesti nak kejar ke tahap jutawan....dapat bau2 bacang pon dah ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 07:41 AM | Show all posts
harap xde pengiklanan jutawan segera di buat disini...harap maklum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 08:29 AM | Show all posts
Boleh tak cerita pasal jutawan wanita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2008 08:33 AM | Show all posts
klu sesapa yg ada kisah2 usahawan/jutawan leh post kat sini...tp klu kat sini dah ada jutawan...leh citer kisahnya sendiri..leh kita kongsi sesama...utk panduan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2008 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by faridali at 24-4-2008 07:29 AM
dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang.


bas berharga rm200....
mcmana ruper bas tu erk...

tq far kerana share kisah kjayaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 08:46 AM | Show all posts
x jadi jutawan, dpt jadi ratusribuwan pun syukur alhamdulillah......
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 09:08 AM | Show all posts
Change to Grow - Pn Azlina Abdullah.. Pengasas DNavechee & DCL

"Biarlah apa orang nak kata, saya tetap yakin pada diri sendiri dan tahu apa yang saya buat. Untuk berjaya kita perlu berani menanggung risiko dan sanggup berhadapan dengan realiti. Dalam perniagaan tiada jalan mudah"

Sememangnya, jalan menuju ke puncak bukanlah perkara yang mudah. Anak keempat daripada tujuh adik beradik ini telah memulakan kerjaya sebagai guru sandaran.

Pada awal pekerjaan, Azlina tidak menafikan kerjaya sebagai guru agak menyeronokkan. Namun keadaan itu hanya seketika sahaja. Wanita berasal dari Kota Baharu, Kelantan ini menganggap dunia perguruan ini tidak serasi dengan jiwanya. Minatnya lebih terarah untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan menguji kewibawaannya.

Justeru, Azlina tidak teragak agak untuk beralih ke dunia baru yang lebih mencabar. Dia menimba pengalaman di sebuah syarikat guaman pula. " Selama tujuh tahun saya bekerja di situ, saya banyak berjumpa dengan orang yang berjaya dan berada. Timbul rasa cemburu apabila melihat mereka berkereta mewah dan berpakaian berjenama. Melihat keadaan itu saya mula berfikir kenapa aku tak boleh berjaya seperti mereka."

"Saya mula membuat analisis dan membaca buku buku tentang rahsia kejayaan. Saya membina satu semangat untuk mencipta nama dan mahu berjaya seperti orang lain. Dorongan untuk berniaga sememangnya telah wujud dalam sanubari."

Mungkin tuah saya bermula dengan penglibatan saya dalam MLM. Dalam tahun 1996 saya telah nekad berhenti kerja dan melibatkan diri sepenuh masa dalam MLM. Saya buat apa yang orang berjaya buat. Ada 3 asas kejayaan yang perlu kita lakukan sekiranya ingin berjaya iaitu

1. Pilihan yang betul

2. Buat cara yang betul

3. Dan buat betul betul

Saya lakukan dengan bersungguh sungguh, saya tidak pedulikan apa orang nak cakap, saya tetap teruskan impian saya. Akhirnya dalam tempoh 6 bulan sahaja saya mampu memperolehi pendapatan 4 angka dan masuk bulan ke 8 pendapatan saya mencecah ke 5 angka.

Tapi - "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, akhir tahun 1996 syarikat yang saya bernaung bermasalah lalu saya terpaksa mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama berbincang dengan suami untuk membuka syarikat jualan langsung sendiri.

Akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk menimba ilmu sebaik mungkin di dalam beberapa buah syarikat jualan langsung yang lain. Dan untuk itu saya dan suami berhijrah dari KB ke KL dan bekerja di salah sebuah syarikat jualan langsung.

Setahun saya menimba banyak ilmu dan selok belok tentang pengurusan dan penubuhan syarikat, maka awal tahuin 1998 bermulalah penubuhan syarikat jualan langsung saya sendiri yang dikenali sebagai DCL (De Classic Life (M) Sdn Bhd)
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:08 AM | Show all posts
bila baca kisah org yang berjaya ni semangat pun berkobar-kobar nak berkaya jugak...hehehe.....

edit: berkaya = berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:01 AM | Show all posts

SURMIZUKI

surmizuki adalah seorang yg kurang siuman ( kurang senyum ) yg juga bernasib baik bila terjumpa emas di hulu kelantan... yg dikutipnya dan di anggap mainan ketika nak tido... tapi bila kawan2 baik dia mengatakan permainan itu adalah sangat berharga dia pun terus bangun tido... pegi jualll ... maka dia pun dapat duit tu... dia pun beli aiskrim.... dia makan abis...





buhiihhuhuhu... sory..just gurau2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 07:11 PM | Show all posts

Reply #13 sinar_inspirasi's post

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 11:13 AM | Show all posts
Jutawan2 Univestgroup taknak berkongsi di sini ker

Cetalah kisah benar anda seorang Unit Trust consultant  di sini..bley jadi pembakar semangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 01:22 PM | Show all posts

Reply #15 throttlebody's post

kirawang...... kongsi sikit pengalaman anda....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2008 06:17 AM | Show all posts
silakan2...


pra jutawan pon leh share jgk kat dlm ni..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:18 PM | Show all posts

jutawan?

sape x nak jadi jutawang?
semua mahu..namun takdir tak menyebelahi semua...
kalu sebulan simpan RM1000,1000 bulan baru jadi jutawan..1000 bulan?fuyyo....lamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:01 PM | Show all posts

Reply #18 saatcham's post

sebenarnya tak sampai pun seribu bulan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 05:51 AM | Show all posts
semalam lepak dgn sorg jutawan dr kelantan...low profile...bermula dr bisnes serunding daging...berniaga di ekspo...pastu beralih ke bisnes printing...dgn management yg teratur...dia dpt jadi jutawan sblm umur 35...dgn aset berjuta2...

harap 1 hari nanti makin ramai anak melayu jd jutawan sblm umur 30...Insyallah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.116676 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list