CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28347|Reply: 36

Kisah-Kisah Jutawan/Usahawan : Dalam dan Luar negara...mari berkongsi

[Copy link]
Post time 24-4-2008 09:08 AM | Show all posts
Change to Grow - Pn Azlina Abdullah.. Pengasas DNavechee & DCL

"Biarlah apa orang nak kata, saya tetap yakin pada diri sendiri dan tahu apa yang saya buat. Untuk berjaya kita perlu berani menanggung risiko dan sanggup berhadapan dengan realiti. Dalam perniagaan tiada jalan mudah"

Sememangnya, jalan menuju ke puncak bukanlah perkara yang mudah. Anak keempat daripada tujuh adik beradik ini telah memulakan kerjaya sebagai guru sandaran.

Pada awal pekerjaan, Azlina tidak menafikan kerjaya sebagai guru agak menyeronokkan. Namun keadaan itu hanya seketika sahaja. Wanita berasal dari Kota Baharu, Kelantan ini menganggap dunia perguruan ini tidak serasi dengan jiwanya. Minatnya lebih terarah untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan menguji kewibawaannya.

Justeru, Azlina tidak teragak agak untuk beralih ke dunia baru yang lebih mencabar. Dia menimba pengalaman di sebuah syarikat guaman pula. " Selama tujuh tahun saya bekerja di situ, saya banyak berjumpa dengan orang yang berjaya dan berada. Timbul rasa cemburu apabila melihat mereka berkereta mewah dan berpakaian berjenama. Melihat keadaan itu saya mula berfikir kenapa aku tak boleh berjaya seperti mereka."

"Saya mula membuat analisis dan membaca buku buku tentang rahsia kejayaan. Saya membina satu semangat untuk mencipta nama dan mahu berjaya seperti orang lain. Dorongan untuk berniaga sememangnya telah wujud dalam sanubari."

Mungkin tuah saya bermula dengan penglibatan saya dalam MLM. Dalam tahun 1996 saya telah nekad berhenti kerja dan melibatkan diri sepenuh masa dalam MLM. Saya buat apa yang orang berjaya buat. Ada 3 asas kejayaan yang perlu kita lakukan sekiranya ingin berjaya iaitu

1. Pilihan yang betul

2. Buat cara yang betul

3. Dan buat betul betul

Saya lakukan dengan bersungguh sungguh, saya tidak pedulikan apa orang nak cakap, saya tetap teruskan impian saya. Akhirnya dalam tempoh 6 bulan sahaja saya mampu memperolehi pendapatan 4 angka dan masuk bulan ke 8 pendapatan saya mencecah ke 5 angka.

Tapi - "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, akhir tahun 1996 syarikat yang saya bernaung bermasalah lalu saya terpaksa mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama berbincang dengan suami untuk membuka syarikat jualan langsung sendiri.

Akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk menimba ilmu sebaik mungkin di dalam beberapa buah syarikat jualan langsung yang lain. Dan untuk itu saya dan suami berhijrah dari KB ke KL dan bekerja di salah sebuah syarikat jualan langsung.

Setahun saya menimba banyak ilmu dan selok belok tentang pengurusan dan penubuhan syarikat, maka awal tahuin 1998 bermulalah penubuhan syarikat jualan langsung saya sendiri yang dikenali sebagai DCL (De Classic Life (M) Sdn Bhd)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.420312 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list