CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28314|Reply: 36

Kisah-Kisah Jutawan/Usahawan : Dalam dan Luar negara...mari berkongsi

[Copy link]
Post time 3-5-2008 10:15 PM | Show all posts

PENGENALAN MENGENAI PENGASAS DAN PENGERUSI EKSEKUTIF :
DR.NOORDIN DARUS

Ada pepatah yang mengatakan "Seseorang itu tidak boleh memilih situasi yang diingininya, tetapi dia boleh memilih untuk berfikir, dan secara tidak langsungnya dapat mewujudkan situasi yang diinginkan". Pepatah ini cukup bermakna bagi DR. NOORDIN DARUS dan ia memahaminya dengan sangat mendalam sekali.
Sebagai pengasas kepada WORLDWELLNESS NETWORK Sdn. Bhd (WorldWellness), beliau berdedikasi untuk membawa kesejahteraan/kesihatan kepada masyarakat melalui produk "YIN dan YANG", program-program kesihatan dan peluang perniagaan. Beliau bukan sahaja yang pertama di Asia yang memperjuangkan kesejahteraan, beliau juga adalah pengasas dan konsultan kepada beberapa program kesihatan seperti "SIHAT SEPANJANG HAYAT" dan "LANGSING SEPANJANG HAYAT". Beliau juga merupakan pengarang kepada beberapa buah buku seperti "MUTIARA ILMU HIDUP SIHAT SEJAHTERA, "WELL FOR LIFE" dan "AIR OH AIR".
Pendekatan beliau didalam mencegah penggunaan ubat-ubatan dan cara pemikiran yang baru mengenai cara pengurusan diri dari segi rohani dan fizikal telah membuatkan beliau sentiasa diburu sebagai pensyarah, penasihat dan penceramah jemputan. Tidak dilupakan beliau juga seorang usahawan yang berjaya.
Tetapi tidak semuanya berjalan dengan lancar pada awal-awal permulaan untuk DR.NOORDIN DARUS. Secara jujurnya, perjalanan beliau dipenuhi dengan pelbagai cabaran, salah satu diantaranya yang benar-benar menduga beliau adalah apabila beliau telah disahkan menghidap kanser. Keinginan beliau untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera dengan cara mencegah penggunaan ubat telah diduga apabila pada tahun 2001, beliau sendiri telah disahkan menghidap kanser darah.
Apabila kebenarannya telah terbukti, tidak dinafikan beliau sangat terkejut, risau dan takut. "Ketika semua orang sedang tidur, saya masih lagi berjaga sehingga ke pagi memikirkan berita yang disampaikan kepada saya tengah hari tadi yang telah merubah segala-galanya". Buat pertama kali dalam hidup saya, saya berdoa kepada Tuhan supaya memakbulkan permintaan saya untuk diberi peluang hidup sekali lagi.
Ianya seperti satu keajaiban. Tetapi ia lebih disebabkan oleh keinginan yang sangat kuat iaitu hidup lebih lama. Disebalik ketenangan, kelembutan dan sifat rendah dirinya, beliau adalah seorang pejuang. "Pemberontakkan dalam cara yang positif", ujar beliau. Sifat positif itu wujud sejak dari zaman kanak-kanaknya disebabkan oleh pengalaman pahit yang datang daripada keluarga berpecah-belah.
"Ketika saya berumur 3 setengah tahun, kedua ibu bapa saya telah menyerahkan saya kepada datuk dan nenek saya", ujar budak kampung, yang berasal dari Kubang Semang, berdekatan dengan Bukit Mertajam di Pulau Pinang. "Ianya mengelirukan saya tetapi lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri seperti kanak-kanak yang lain".
Jauh dilubuk hati, ianya bukanlah sesuatu yang mudah buat NOORDIN yang masih kecil. Beliau sangat keliru dan marah. "Saya terpaksa berpura-pura bahawa saya menyukai ibu bapa saya ketika kami berjumpa dibeberapa acara. Sementara itu datuk dan nenek saya tidak memahami kenapa saya sangat berat hati untuk berjumpa dengan mereka", terang DR.NOORDIN.
Semakin beliau membesar, sifat memberontak dan menentang itu membawa kepada sesuatu yang positif. "Saya tidak mahu menjadi seperti pelajar-pelajar yang lain dan saya menyertai pelbagai jenis kelab, persatuan dan juga mengambil bahagian di dalam sukan walaupun saya tahu saya tidak berapa mahir didalam sesetengah acara sukan itu", ujar beliau. Secara kebetulan beliau telah menjadi ketua didalam sesetengah kelab yang beliau sertai. Selain itu, beliau juga mampu bersaing dari segi akademik dengan pelajar Cina didalam kelasnya. "Ini kerana rakan-rakan saya telah memberitahu saya bahawa saya tidak mampu untuk mengalahkan rakan-rakan Cina didalam kelas saya," ujar beliau ketika mengenang kembali cabaran yang telah diberi.
Oleh itu beliau telah merancang strategi dengan menggunakan gambarajah peta minda, kad memori, 'wall reminders', gambar visual tanpa menyedari betapa berkesannya teknik-teknik ini. "Saya telah mewujudkan teknik sendiri dimana ketika itu tiada Stephen Covey atau Tony Buzan untuk membantu saya ", ujar beliau. Pada tahun itu dia berjaya mendapat tempat pertama.
Untuk menjadi lain daripada yang lain, beliau telah menceburkan diri di dalam bidang Seni walaupun ketika itu beliau berada didalam aliran Sains, "Saya telah menyertai kelas seni dan sekaligus menyertai pertandingan lukisan. Saya menghargai masa ketika saya menyertai pertandingan melukis di tahap negeri, dimana saya telah melukis gambar Perdana Menteri. Dengan hanya menggunakan dakwat Cina dan melukiskan lakaran garisan tiga orang Perdana Menteri terdahulu, saya menyerahkan hasil kerja saya pada hari terakhir pertandingan itu dan saya menang!" Beliau juga telah menewaskan beberapa pelukis terkenal Pulau Pinang.
Sehingga ke hari ini beliau masih gemar melukis (walaupun pada masa yang sama beliau bermain golf) dan hasil lukisannya menghiasi dinding dirumahnya. "Saya sentiasa ingin menyertai apa-apa pun walaupun saya tahu saya tidak begitu mahir atau tidak mempunyai bakat," ujar beliau sambil mengatakan bahawa cara beliau berbeza daripada yang lain. Bukti menunjukkan bahawa impak yang kuat terhadap seseorang itu apabila ditinggalkan sejak kecil lagi akan mengubah dirinya ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, arwah datuk dan nenek beliau telah memainkan peranan yang penting didalam membentuk beliau menjadi seorang kanak-kanak yang lebih daripada biasa.
Beberapa tahun kemudian beliau tamat pengajian di Universiti Malaya dan beliau melanjutkan pelajaran di London sebagai Pakar di dalam bidang Perubatan Sukan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sains Sukan dan Perubatan di Majlis Sukan Negara Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Presiden Persatuan Sukan Perubatan Malaysia. Sepanjang karier beliau, beliau menyedari bahawa kerjaya beliau merupakan "JALAN MATI" dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan kerjaya atas usaha sendiri.
"Saya telah memulakan satu program yang dinamakan Fitness 2020 dimana ia menekankan kecergasan didalam badan korporat tetapi ia sukar untuk dijual. Ia mengambil saya masa selama sembilan bulan sebelum saya mendapat tawaran kerja yang pertama. Di dalam keadaan terdesak saya merelakan program saya dibeli oleh badan kerajaan dan saya sebagai konsultannya", beliau berkata. Tetapi kemudian beliau mula menyedari bahawa beliau tidak selesa bekerja dibawah pengawasan pihak tertentu. Program beliau kemudiannya diambil alih oleh mereka di dalam satu kes mahkamah.
"Saya meneruskan kerjaya saya sebagai usahawan dan berjanji tidak mahu bekerja untuk sesiapa lagi," kenang beliau. Tetapi perjalanan beliau masih lagi gelap. Sekali lagi beliau telah ditimpa musibah didalam perniagaan. Ia merupakan suatu masa yang sangat tertekan dalam hidup DR.NOORDIN DARUS. Di dalam banyak-banyak perniagaan yang beliau ada, hanya WORLDWELLNESS NETWORK yang masih berdiri kukuh.
"Saya sudah bersedia untuk memasuki satu fasa baru bersama-sama WORLDWELLNESS NETWORK sehinggalah sampai satu hari dimana hidup saya seakan-akan musnah", ujar beliau ketika mengenang kembali zaman beliau ditimpa penyakit kanser. Bertempur untuk hidup merupakan satu perjalanan yang sangat panjang, perit dan amat sukar, tetapi Dr.Noordin telah berjaya mengatasi masalah ini. Beliau mengenang kembali apa yang beliau katakan kepada diri sendiri pada masa yang mencabar itu "Saya sudah bersedia untuk menghadapi segala cabaran didalam kehidupan ini dan kehidupan selepasnya. Terima kasih kepada Tuhan kerana telah memberi saya satu undangan untuk ke syurga." Tetapi belum sampai masanya lagi untuk beliau pergi.
Selepas mengharungi segala cabaran, DR. NOORDIN telah berjaya mengatasinya dan telah belajar pelbagai perkara sepanjang kehidupannya. Tetapi perkara ajaib boleh terjadi kerana beliau sentiasa berfikiran positif. "Selepas semua yang terjadi saya telah sampai ke satu tahap dimana saya ingin meninggalkan sedikit cebisan hidup saya untuk dijadikan sebagai iktibar walaupun hanya sedikit."
"Jika anda fikir kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan" - DR. NOODIN DARUS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 06:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.192921 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list