CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Long Gafar Pahlawan Berpengaruh Kelantan -

[Copy link]
Post time 6-5-2008 01:52 PM | Show all posts

Reply #20 Jiman's post

trima kasih...jiman..
harap sesape yg ada byk info pasal salasilah kelantanese ni..ceritala...
moga dapat tambah pengetahuan...
thx ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 02:17 PM | Show all posts
ikan kekachang ialah iakan alu-alu...




[ Last edited by  Lloni at 6-5-2008 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:07 PM | Show all posts

Balas #20 Jiman\ catat

naper la saya rasa nak gelak jekk baca psl ikan kkacang ni..
kalo camtu rupa ikan kkacang bukan takat turunan awak ja tak leh make
saya pong takut nak make
tngok belang ikan tu pong takut
nak make jauh skali
entahkan jnis ike ada racun cam ike buntal
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:13 PM | Show all posts

Reply #22 Lloni's post

saje nak tnya lagi...ada tak arwah tok awok..berpesan yg lelain...
sorila..for some of those mungkin nampak cam soalan saya ni bodoh..
pesanan org tua ni cam lawak je kan...
tp lps baca u all nyer posts ni..dan segala history ni...mmh..saya baru boleh
relatekan kenapa arwah tok..cukup berpesan dan menjaga pesanan org tua2 dulu2..
dan minta kami semua kalau boleh ikutla...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:09 PM | Show all posts
@Lloni
thanks Lloni.. tadi tu lost jap sbb tak sure namanya dalam BM
memang ikan kekacang = barracuda = ikan alu2

@arizly_sha
ikan ni takde racun..
goreng pun sodap~!
kalau tanya kat kaki pancing, mmg ikan ni biasa la didaratkan
saiznyai agak besar actually..




@milay
kadang tu memang dengar macam lawak atau tak ada logika..
tapi pesanan2 gini kan orang selalu kaitkan dgn 'sumpahan' atau 'perjanjian' atau 'pantang'
contohnya macam sumpahan pak kaduk (kat perak) tu
yg sumpah keturunannya sendiri supaya jangan menganiaya & memakan ikan tapah..
contoh je la.. aku bukan keturunan pak kaduk! hahaha
tapi sumpahan gini bukan tertakluk pada makanan aje
contoh yg lain macam.. sumpahan sultan mahmud (mangkat dijulang) tu
orang2 bentan akan muntah darah kalau pegi kota tinggi selama 7 keturunan
sekadar contoh aje.. kebenarannya? kena tanya kat keturunan/orang yg terlibat
kena rajin tanya & kaji la kalau benar2 nak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 12:16 AM | Show all posts

Reply #25 Jiman's post

tu la...mmg la.....kita yg muda2 ni rasa cam x logik je tp..
bila aku pk2 ngan aku tgk plak..apa yg terjadi sekitar family yg mmg tak follow ni
mmg ada kesanla.....
sebenarnya..bukan susah kan ..benda yg elok tu ikut je la...
elok jugak ye..belajar sejarah family ni..thxla ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 04:51 PM | Show all posts
keturunan dia guna nama tengku juga ya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by milay at 6-5-2008 08:59 AM
tongkatali...atau sesape jer yg boleh jawab..saya nak tompang tanya..
after reading the link given
nape ye takleh makan ikan kekacang ..tu..sbb saya ingat arwah tokwan
pesan takleh makan ikan  ...


KENAPA TAK BOLEH MAKAN IKAN KEKACANG...
Asal-Usul Keturunan Long Gaffar
Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan Sang Nila Utama. Menurut adat perpatih, anak lelaki perlu keluar mengembara bagi mencari untung nasib. Kisahnya bermula apabila tiga orang putera raja bersaudara
keluar mengembara menuju ke Tanah Melayu. Lalu mereka bertiga menaiki kapal layar diiringi oleh
para pengikutnya. Walau bagaimanapun, di tengah perjalanan kapal layar mereka telah dipukul oleh ribut taufan. Ini menyebabkan kapal layar mereka musnah dan karam. Kesemua anak kapal dan pengikut putera raja berkenaan dikatakan mati kecuali tiga orang putera raja berkenaan. Namun mereka bertiga tidak lagi bersama dan masing-masing hanyut dibawa arus.


Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.

Seterusnya, Tok Nik yang tidak tahu arah tuju itu meneruskan pengembaraannya seorang diri di tempat yang begitu asing
baginya. Di dalam pengembaraannya, beliau dikatakan telah bersahabat dengan orang bunian. Oleh kerana lama perjalanan, beliau dikatakan telah bertukar rupa dan menjadi sangat hodoh bagaikan rupa seorang orang asli.


Setelah lama mengembara, Tok Nik tiba di satu tempat yang bernama Bendang Saring. Kebetulan pada masa ketibaannya ada keramaian bagi memilih menantu. Raja negeri berkenaan mengisytiharkan sesiapa yang boleh mengambil dan membawa turun satu pelepah
dari pokok saring yang tinggi, akan dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Nang Cayang
dan seterusnya akan diberikan sebahagian daripada negeri Bendang Saring. Pada mulanya pertandingan tersebut dibuka kepada putera-putera raja dan para pembesar sahaja. Namun, tidak ada dari kalangan mereka yang berjaya membawa turun satu pelepah dari pokok tesebut,


Seterusnya pertandingan tersebut diisytiharkan buat kali kedua dan pada kali ini ianya terbuka kepada semua rakyat jelata. Seorang demi seorang rakyat mengadu nasib, namun semuanya gagal. Akhirnya, Tok Nik memberanikan diri mencuba nasib kalau-kalau dapat menurunkan
pelepah pokok saring. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Tok Nik dan dari situlah beliau dikenali dengan nama berkenaan. Melihatkan rupanya yang hodoh, orang ramai yang hadir
mengejek dan mentertawakan beliau. Tindakan orang ramai itu tidak diendahkan oleh Tok Nik dan beliau seterusnya tampil menyatakan hasratnya. Beliau menyatakan dua permintaan iaitu sebilah kapak dan seberapa banyak paku yang boleh. Setelah permintaannya dipenuhi, beliau mengambil kapak dan setimba yang penuh dengan paku
lalu memanjat pokok berkenaan. Sambil memanjat, beliau mengambil kapak tersebut, lalu memukul paku ke batang pokok
saring bagi dijadikan tangga.


Akhirnya beliau sampai ke pucuk pokok saring dan beliau dapati terdapat tiga pelepah, sedangkan yang diminta hanya satu pelepah sahaja. Lantas beliau teringatkan kepada
abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka. Beliau kemudiannya menetak dahan pertama, lalu bermohon kepada tuhan jika beliau adalah keturunan raja berdaulat, minta supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana abangnya berada supaya mengetahui bahawa beliau masih hidup. Pelepah itu kemudiannya hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di suatu tempat yang dikenali sebagai Gangga Negara di Kedah. Cahaya pelepah itu dikatakan berwarna putih (perak).


Selepas itu, Tok Nik menetak pula pelepah yang kedua dan bermohon kepada tuhan supaya pelepah itu sampai kepada adiknya walau di mana beliau berada supaya dapat diketahui hidup atau matinya. Lalu pelepah itu hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di negeri Ayuthia. Pelepah itu dikatakan mempunyai cahaya keperangan (tembaga).

Akhir sekali, Tok Nik menetak pelepah terakhir dan memohon kepada tuhan supaya ianya jatuh ke pangkal pokok bagi membuktikan kejayaannya. Setelah pelepah tersebut jatuh, Tok Nik turun ke bawah menggunakan tangga yang telah dibuat semasa memanjat pokok tersebut. Tok Nik telah diisytiharkan sebagai pemenang, lantas Raja Bendang Saring memanggil Tok Kadi, lalu dikahwinkan Tok Nik dengan puterinya yang bernama Nang Cayang sebagaimana yang telah dijanjikan.

Pada mulanya, puteri tersebut enggan dikahwinkan dengan Tok Nik memandangkan rupanya yang hodoh. Oleh kerana sudah dijanjikan sebelum pertandingan itu diadakan, Raja Bendang Saring pun mengahwinkan puterinya dengan Tok Nik. Pada waktu malamnya, puteri Nang Cayang bersembunyi kerana enggan tidur bersama Tok Nik. Tok Nik membiarkan perlakuan isterinya itu dan pada waktu tengah malamnya, disebabkan terlalu panas, Tok Nik bangun untuk mandi. Sebelum mandi, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu menampakkan rupa beliau yang sebenar. Rupanya dikatakan sangat tampan, tidak seperti yang dilihat sebelumnya. Setelah selesai mandi, Tok Nik menyarungkan kembali pakaiannya dan rupanya kembali bertukar menjadi hodoh. Tindakan Tok Nik itu diperhatikan oleh khadam raja, lalu dikhabarkan kepada Raja Bendang Saring.


Pada keesokannya, satu perancangan telah diaturkan oleh Raja Bendang Saring untuk mencuri pakaian Tok Nik semasa beliau mandi. Pada malamnya, seperti malam sebelumnya, Tok Nik bangun untuk mandi dan sebelum itu, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu diletakkan di satu tempat. Sebagaimana yang telah dirancangkan, semasa beliau sedang mandi, pakaiannya itupun dicuri oleh khadam raja, lalu dipersembahkan kepada raja. Raja Bendang Saring kemudiannya menitahkan supaya pakaian itu dibakar api.

Setelah selesai mandi, barulah
Tok Nik sedar bahawa
perlakuannya telah diintip dan pakaiannya telah dicuri. Oleh itu, Tok Nik terpaksa membuka rahsia dirinya yang sebenar. Lalu diceritakan kepada ayahanda mertuanya tentang asal-usul keturunannya yang berasal dari Pagar Ruyung dan peristiwa yang membawa beliau ke Bendang Saring. Selepas peristiwa itu, barulah puteri Nang Cayang mendekati suaminya Tok Nik dan hiduplah mereka berdua dengan bahagia. Sebagaimana yang telah dijanjikan juga, ayahandanya telah memberikan sebahagian dari negeri Bendang Saring untuk dirajai oleh Tok Nik dan puteri Nang Cayang. Setelah ayahanda mertuanya meninggal dunia, Tok Nik dilantik menjadi Raja negeri Bendang Saring. Selepas itu beliau dikenali sebagai Tok Nik Bendang Saring. Pasangan itu dikurniakan seorang putera yang juga dikenali sebagai Tok Nik (Tok Nik Raja Reman).
Setelah beliau meninggal dunia, beliau dimakamkan di Gua Kasut yang terletak di Kampung Jaha di Jalor (Yala).
Manakala kubur Tok Nik Raja Reman pula terdapat di Kota Bharu Reman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 05:03 PM | Show all posts
MisteriPengembaraan 3 Putera Raja
Kisah asal-usul keturunan Long Gaffar dikatakan bermula dengan pengembaraan tiga orang putera raja dari Pagar Ruyung yang tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, kerana riwayat lisannya
(VLG)
hanya menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di mana menurut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka saudara-saudaranya yang lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, 揫i]untung sabut
timbul dan jika untung batu tenggelam. Mereka terpaksa meredah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang lengkap dengan segala peralatannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka, ke rana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera mereka dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepada Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahuinya, tiba-tiba seekor `ikan ke kacang抂/color] yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana baginya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang dirinya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya.


1.2 Bendang Saring.梉/b]Setelah berihat seketika sambil bersyukur kepada Allah di atas ke selamatan yang dikurniakan Allah kepadanya, baginda terpaksa meneruskan perjalanan nya tanpa dua saudaranya itu. Dengan menyerah diri dan masibnya kepada Yang Maha Esa berjalanlah baginda, masuk hutan keluar hutan, masuk padang keluar padang, malah naik bukit turun bukit, lama kelamaan sampailah ia ke `Bendang Saring抂/b], iaitu suatu wi layah negeri yang terletak di antara Yala (Jala) dengan Patani (Selatan Thailand).


1.2.1Pesta Memilih Menantu.梉/b]Setibanya di sana didapati rajanya mempunyai seorang puteri yang bernama Neng Cayang. Puteri ini amat cantik dan menjadi rebutan ramai di kalangan putera-putera raja di seluruh pelusuk negeri.Raja Bendang Saring berfikir bagai mana cara terbaik untuk memilih bakal suami puteri kesayangannya itu. Lalu terlintas di fikiran baginda akan pokok saring yang menjadi sempena nama negeri baginda. Pokok Saring, sejenis pokok kipas yang amat tingggi ini, rupa-rupanya telah memberi ilham ke pada baginda untuk mengadakan pesta memilih menantu kelak dan sekaligus pokok ini juga dijadikan asas dan syarat utama pertandingan, di mana baginda ingin mengadakan pertandingan untuk memanjatnya. Oleh itu Raja Bendang Saring bertitah 揵arangsiapa yang berjaya memanjatnya dan dapat pula mengambil barang sepelepah daunnya maka dialah yang akan dijadikan me nantu raja kelak dan 10 buah negeri dalam taklukan baginda turut menjadi hak miliknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 05:04 PM | Show all posts
1.2.3Kasih Saudara Melebihi Segala.--Akhirnya,ia berjaya sampai kepuncaknya dan apabila dilihatnya pokok saring itu hanya ada tiga pelepah sahaja telah mengingat kannya ada tiga bersaudara yang semuanya menjadi mangsa bahtera karam di laut sehingga tidak lah terfikir langsung untuk memenangi pertandingan memanjat pokok setinggi itu untuk menjadi menantu raja. Beliau terus teringatkan akan abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka, adakah masih hidup ataupun sudah mati. Oleh itu, sambil menetak pelepah yang pertama
beliau berseru dan berdoa kepada Tuhan 揫b]Jika benar dirinya adalah keturunan raja yang berdaulat mohon supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana sahaja abangnya berada ..!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 05:05 PM | Show all posts

Reply #28 tongkatali's post

citer lawak per ni..muka pun bole tukar cantik hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by gasing_pakoh at 7-5-2008 05:05 PM
citer lawak per ni..muka pun bole tukar cantik hodoh


seseorang yang boleh berubah wajah atau dengan lebih tepat wajahnya ada ketikanya boleh nampak tua dan ada ketikanyan nampak muda memang ada saya pernah lihat....tapi hanya bagi yg mencapai 'tahap' tertentu saja...itu semua dengan kuasa Allah swt. tidak mustahil...


p/s : apa nak pelik...zaman sekarang caranya dgn pakai botox supaya nampak muda...zaman dulu ada cara dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by gasing_pakoh at 7-5-2008 05:05 PM
citer lawak per ni..muka pun bole tukar cantik hodoh


Lawok la "gasing" ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:05 AM | Show all posts

betul ke cerita ni?

Perang Kota Kubang Labu 1 :

Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu (dari keturunan Jembal) yang bernama Long Pandak membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas(Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu Long Gaffar dibunuh kerana dituduh berzina dengan Long Gaffar kerana memiliki "kain Cindai" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh Long Gaffar. Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh Long Gaffar semasa lawatannya ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa ketiadaan Long Pandak.

Puteri Neng Mas telah dibunuh dengan kejam, dimana mayatnya telah dibelah perut dan diikat di atas belakang gajah yang bernama "Neng Malai" yang dihadiahkan oleh oleh Raja Legeh. Peristiwa inilah yang membangkitkan kemarahan Raja Reman dan Raja Legeh


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 10:43 AM | Show all posts

Salasilah Long Gaffar :

Maharaja Srimat Trailokyaraja (Maharaja Imbang Jaya - 1233)
↓
Maharaja Suran
↓
Raja Tilam
↓
Raja Sakranta
↓
Sultan Mahmud Jiddah
↓
Raden Mas Ariya (Hang Tuah dikatakan pernah berguru dgn baginda - Hikayat Hang Tuah)
↓
Putri Selindung Bayu (berkahwin dgn zuriat keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sayyid Husain Jamadil Qubra - moyang kepada Wali Songo - rujuk nota tambahan di bawah)
↓
Sayyid Ali Nurul Alam
↓
Sultan Maulana Sharif Abu Abdullah
↓
Wan Abdul Muzaffar
↓
Sultan Abdul Hamid Syah..

Sultan Abdul Hamid Syah ada 3 putera :
- Datu’ Nik Ibrahim
- Sultan Nik Badr Us Salam
- Nik Ali @ Fakeh Ali

[ADA PENDAPAT LAIN YANG MENGATAKAN BAHAWA JURAI KETURUNAN SELANJUTNYA ADALAH DARI KETURUNAN FAKEH ALI, DAN BUKANNYA SULTAN NIK BADR US SALAM]
↓
Sultan Nik Badr Us Salam (putera Ke2 Sultan Abdul Hamid Syah) mendapat seorang putera yang bernama Wan Daim.
↓
Wan Daim pula memperoleh 3 putera iaitu :
- Tuan Sulong : mempunyai putera bernama Long Pandak yg menjadi raja Kota Kubang Labu (Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan)
- Long Bahar (Raja Jembal) : mempunyai anak bernama Long Sulaiman, dan Long Sulaiman pula mempunyai anak bernama Long Yunus (Moyang kepada Sultan Kelantan sekarang)
- Raja Long Nik (Datu’ Pujud) : raja negeri Reman (kini : meliputi Yala, Grik & Hulu Kelantan)
↓
Raja Long Nik (Putera ke3 Wan Daim) mempunya 4 putera :
- Long Nuh
- Long Man
- Long Abdul Rahman (Raja Legeh)
- Long Gaffar (pengasas sebenar negeri Kelantan moden setelah berjaya mengalahkan kerajaan Kota Kubang Labu dalam dua peperangan sekitar tahun 1760-an)



Nota tambahan :
Sayyid Husainn Jamadil Qubra merupakan nenek moyang kepada semua Syed, Syarifah, Nik, Wan, Long, yang berada di Kelantan, Patanni (Selatan Thailand), Raden di Jawa. Beliau adalah keturunan Arab, susur galur beliau adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Beliau belayar ke Nusantara daripada India. Tujuan beliau ialah untuk berdakwah. Pada masa itu, Islam sudahpun ada bertapak di Nusantara, namun tidaklah menyeluruh. Beliau singgah di Sumatera, Melaka dan terus ke Kelantan/ Patanni.

Dalam manuskrip simpanan Istana Sultan Kelantan ada menyebut dengan jelas salasilah Sultan Kelantan dan Sayyid Husain Jamadil Qubra. Bagaimanapon, identiti beliau telah dipadamkan oleh penjajah Inggeris. Buku sejarah di sekolah tidak menyebut nama beliau. Pihak penjajah telah memadamkan identiti sebenar kerabat Istana. Yang tinggal ialah sejarah orang Melayu yang lemah dan primitif. Sehinggakan kini orang enggan percaya bahawa di Malaysia ini merupakan tempat di mana cucu cicit Nabi Muhammad bermastautin dan meneruskan dakwah islam mereka.


sesiapa yg lebih arif, harap betulkan kalau ada kesalahan kat mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 04:11 PM | Show all posts

baru2 ni saya discussed dengan kawan satu kerja -
tup tup  kitorang rupanya mungkin bersaudara -

anyway - mostly pada orang kelate kalau nak tahu lebih
lanjut tentang salasiah keluarga / family tree - boleh
jumpa dengan Ku Deen - sebab Ku Deen ada banyak
senarai family tree orang kelate ni --

keluarga saya - campur campur -
dari China, India, Kelantan, then Thai - kat Pattani, Narathiwat
then ke Perak - Taiping and Changkat Jering -

saya masih dalam proses penyiapan my family tree dari zaman
datuk saya punya datuk - till the youngest generation sebab
saya punya task ialah kena buat pembentangan family tree masa
family day kami kat langkawi nanti -

it would be a great fun -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by edan at 11-5-2008 10:43 AM
Maharaja Srimat Trailokyaraja (Maharaja Imbang Jaya - 1233)
↓
Maharaja Suran
↓
Raja Tilam
↓
Raja Sakranta
↓
Sultan Mahmud Jiddah
↓
Raden Mas Ariya (Hang Tu ...




begitulah lebih kurangnya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 01:29 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 11-5-2008 04:11 PM

baru2 ni saya discussed dengan kawan satu kerja -
tup tup  kitorang rupanya mungkin bersaudara -

anyway - mostly pada orang kelate kalau nak tahu lebih
lanjut tentang salasiah keluarga / f ...



Ku Den tu ialah Tg Ahmad Ritauddin ke...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 06:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 11-5-2008 04:11 PM


baru2 ni saya discussed dengan kawan satu kerja -
tup tup  kitorang rupanya mungkin bersaudara -

anyway - mostly pada orang kelate kalau nak tahu lebih
lanjut tentang salasiah keluarga / family tree - boleh
jumpa dengan Ku Deen - sebab Ku Deen ada banyak
senarai family tree orang kelate ni --

keluarga saya - campur campur -
dari China, India, Kelantan, then Thai - kat Pattani, Narathiwat
then ke Perak - Taiping and Changkat Jering -

saya masih dalam proses penyiapan my family tree dari zaman
datuk saya punya datuk - till the youngest generation sebab
saya punya task ialah kena buat pembentangan family tree masa
family day kami kat langkawi nanti -

it would be a great fun -



dah buat ke pembentangan tu.... kat atas skali dalam salasilah tu sapo dia ???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.676837 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list