CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123
Return Post new threads
Author: myra03

PERIUK TEKANAN aka PRESSURE COOKER

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 18-12-2012 06:57 PM |All posts
Sy guna multifunction pressure cooker beli dr amway... Saya suka terutamanya kalau masak mee bandung; boleh tumis, didihkan dan guna high pressure terus... Pastu boleh buat fungsi warm san reheat... Kalau terdesak gas abis tu pun saya guna periuk ni jugak... Heheheh
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan" ~riwayat B ...
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 11-1-2013 08:50 PM |All posts
Ayah saya guna jenis Prestige, dibeli di Langkawi 20 tahun lalu. Ianya dari aluminum . Ada pemberat di atas tudung periuk tersebut dan bila memasak, kena bagi dia berdesir dan bergerak2. Jika terlalu panas ianya berbunyi menakutkan. Bila terlampau panas, safety valve tercabut dan kuah memancut keluar sampai ke siling. Prestige brand popular di UK, alat ganti amat senang di online, atau kedai barangan dapur di UK.

Saya pakai WMF PERFECT PLUS buatan Jerman. Mula2 pakai 4.5liter tapi dah dihadiakan untuk adik yang baru berkahwin. 6.5liter paling sesuai untuk keluarga. Walaupun size 8.0 liter lebih berguna, ianya susah nak dikendalikan (berat, tinggi sangat, susah nak simpan). Kalau 3.0 liter terlalu kecil.

Brand WMF macam kereta BMW/Mercedes, memang cantik dan berkualiti. Ia paling senyap dan paling senang nak basuh sebab komponen tangkai dan safety valve senang ditanggalkan dengan tangan jer.  Gasket dia tebal dan bermutu tinggi. Setiap komponen ada dijual online. Di lantai periuk terdapat lapisan besi "transtherm" setebal 1cm dan sangat berat. Ianya untuk sebaran suhu sekata dan boleh digunakan untuk semua jenis dapur (api gas, hot plate, induction). Cuma harus berhati2 jangan diketuk2 atau dijatuhkan terutama ketika panas memasak sebab ianya boleh tertanggal ( kalau tangan Sang Kelembai apa benda pun rosak). Periuk ni amat mahal, maka ia digunakan dengan amat cermat.

Terdapat selak kunci pada tangkai periuk ini. Periuk ini tidak boleh dibuka dibawah tekanan. Tekanan perlu dibiarkan turun sendiri, atau disiram dibawah paip di sinki. Jika selak kunci ditarik, wap akan keluar kearah hadapan. Pastikan safety valve bersih dari minyak beku/kerak2 yang melekat jika ada. Tekanan tak akan naik jika safety valve tersumbat. Di atas tangkai ada penunjuk tekanan yang besar dan senang nampak, bila ada tekanan, penunjuk akan naik, jika dah turun, tak ada tekanan lagi.

Masak dengan periuk tekanan amat cepat dan menjimatkan gas/letrik. Bubur nasi siap 15 minit. Rebus kentang tak dipotong 7-10 minit. Kari kambing tulangnya jadi lembut. Mula memasak guna api biasa sampai mendidih. Kemudian wap akan berhenti keluar. Api perlu diturunkan pada paling kecil apabila penunjuk tekanan/suhu mula naik. Masa memasak dikira selepas wap berhenti keluar. Siapa yang tak pernah guna rasa pelik sebab cepat sangat masak, tapi teknik memasak kurma kena ubah sikit sebab bila wap air terperangkap, kuah akan jadi "cair". Cara guna WMF http://www.youtube.com/watch?v=XhVTM25EBQE

Selain pressure cooker, ada lagi satu periuk dipanggil "low pressure cooker" seperti Tefal Wikook. Tapi Wikook hanya 4 liter, dan masa memasak lambat sikit dari pressure cooker biasa. Periuk brand lain ada macam2. Ada yang sampai nampak canggih sangat, ataupun risau susah nak cari sparepart.

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 30-1-2013 01:31 PM |All posts
aku nya tak tau brand apa tp tulisan arab beli kat kedai pinggan mangkuk..tp stainless steel..8 liter RM 125 kalau tak silap mmg berbaloi sbb dapat cepat..tuhari rebus kulit lembu@belulang pun dlm 2 jam jer dh empuk..kalau alumminium murah lagi rasanya
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 1-2-2013 09:28 PM |All posts
dulu tak silap beli buffalo agaknya dlm 600.00, tu pun special price dr kawan, Tp yg tu bagi mak sbb beli sebelum kahwin....lamanya.
since dok Langkawi pakai Tefal tu murah je, RM100.00 tak sampai sbb saizpun yg kecil aja
http://blingblingsstories.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-2-2013 11:49 AM |All posts
tgk cari2 pressure cooker yg b'kualiti n murah.
sesapa tau kt mana ada offer?
Produk Minda JuzQ30, Call 019-7294000.
Pengasas Dr Tengku Asmadi.
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 28-2-2013 03:30 PM |All posts
m_ardiana posted on 28-2-2013 11:49 AM
tgk cari2 pressure cooker yg b'kualiti n murah.
sesapa tau kt mana ada offer?

kat Langkawi yg paling popular Tefal tu, harga agak berpatutan. Sy bukan nak sgt sbb masa bujang dulu dah beli satu yg mahal tp saya tinggalkan pd mak, kami keluarga kecil tak perlu sgt tapi gatal tgn nak beli sbb geram tengok pelancong local dok memborong tu..last2 ambik yg best buy, RM55.00. Tak tahu berapa liter tp utk rebus sekilo dua daging bolehlah
http://blingblingsstories.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-2-2013 03:37 PM |All posts
cmf_blingblings posted on 28-2-2013 03:30 PM
kat Langkawi yg paling popular Tefal tu, harga agak berpatutan. Sy bukan nak sgt sbb masa bujang d ...

lately nie ank2 aku suka mkn nasi goreng daging.
klo rebus daging 2-3 jam baru empuk.
klo ada periuk tekanan nie, mungkin tk sampai sejam dh empuk.
nk ke langkawi tu kena pikir 10x sebb aku nie jauh di selatan.
ataupun tunggu AA wat sale n baru berbaloi gi sana... hehehee...
Produk Minda JuzQ30, Call 019-7294000.
Pengasas Dr Tengku Asmadi.
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 28-2-2013 03:45 PM |All posts
m_ardiana posted on 28-2-2013 03:37 PM
lately nie ank2 aku suka mkn nasi goreng daging.
klo rebus daging 2-3 jam baru empuk.
klo ada p ...

sekarang ni tgh hot pasal pemanggang ajaib tu, sini murahlah 70++, kat luar sana dalam 160.00 sebiji.
http://blingblingsstories.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-2-2013 03:51 PM |All posts
cmf_blingblings posted on 28-2-2013 03:45 PM
sekarang ni tgh hot pasal pemanggang ajaib tu, sini murahlah 70++, kat luar sana dalam 160.00 sebi ...

yg nie pun bagus... aku dh beli ngan cosway. RM159 klo tk silap.
kalo nk bakar2 ikan or ayam, guna nie ajer. cepat masak n minyak pun guna cikit ajerr...
murahnyer kt sana. alamatnyer klo nk ke sana, kena sediakn duit berguni2 laaa... heheheee..
Produk Minda JuzQ30, Call 019-7294000.
Pengasas Dr Tengku Asmadi.
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 28-2-2013 03:55 PM |All posts
m_ardiana posted on 28-2-2013 03:51 PM
yg nie pun bagus... aku dh beli ngan cosway. RM159 klo tk silap.
kalo nk bakar2 ikan or ayam, gun ...

Jgn lupa jgn bawa baju banyak, beli suit case besar isi barang2 semua
http://blingblingsstories.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 25-4-2013 12:08 PM |All posts
Sape ada pressure cooker Prestige? baru beli dgn org2 yg jual brg dari UK tu..belum sampai lagi..tak sabarla nk guna..ada timer tak pressure cooker ni??
i love cooking!!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 29-5-2013 11:12 AM From mobile phone |All posts
Ada sebijik kat umah...tP jd tukun sbb x tau guna...hehehhe
Lpas ni siap laaa memang akan ku lenjan habis2san!!!!
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 29-5-2013 12:07 PM |All posts
buat perhiasan je kat rumah
x tau bila nak guna
dapat free masa beli induction cooker
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 20-6-2013 01:01 PM |All posts
Teringat 1st time guna dlu, time raya haji, uat sup tulang. ltak pressure cooker kt dapur kering, smentara g menumis2  n masak2 kt dapur basah. skali dngar bunyi kuat dr arah dapur kering, trus berlari ke sblh. kecoh serumah kejap. rupanya pressure cooker kuarkn stim n kuahnya pn dh tersembur kuar. haru tul. x psl kne g brsihkn dapur tu
Reply

Props Report

123
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 1-11-2014 01:01 PM , Processed in 0.117765 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top