View: 3427|Reply: 13
|
Kisah wanita yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW
[Copy link]
|
|
Aku benci,benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu mendengar namanyalagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti namanya ituakan sampai ke telinga ku ini", mengeluh seorang wanita tua sambilmembawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niatberpindah dari negeri itu.
Wanita tua itu tetap bernekaduntuk berpindah dari negeri itu memandangkan dia tidak sukakan seorangmanusia mulia. Di mana-mana orang bercakap tentang diri si mulia itu.Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam panasmatahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat mengheret karung yangpenuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan karung itu jelaskelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak dia telahmembulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. Yang diainginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendangtelinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buakdi dalam dada wanita tua tersebut.
Melihat keadaanwanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati seorang pemudauntuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut "wahai makcikkemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan sayamembawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itupun berkata "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), dimana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar namasi Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeriini ".
"Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karungini, sehingga makcik sampai ke tempat tujuan" pemuda itu menawarkanbantuan kepada wanita tua tadi.
Sepanjang perjalananpemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita "kurang baik" dancercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun yang baikmelainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itusepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun. Pesanwanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolongkudikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barangku ini,ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang membantukumelainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan kepadamudengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dariMuhammad (s.a.w)". "Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) sebelumini ?" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu dengannya"jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan meminta izinuntuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.
"Wanitajenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan telahbersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun mengucapkanterima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalahkandirinya. "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?"
"MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)" jawab pemuda itu dengan lembut.
Wanitatua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia tidakpercaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamuMuhammad ?, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satuberita baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkansemuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemudayang baik hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifatkasih. Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimanaorang musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulahsatu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami ?. Kalau benarkamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadualla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masaitu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allahdan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w)..
"sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik"
"siapa(manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah akhlakdan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan rahimNyapada kamu tanpa mengira siapa kamu.
* orang yang kikir(bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di sebut dihadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad (s.a.w).
Rasulullahsaw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencariilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (SahihMuslim) |
|
|
|
|
|
|
|
selawat dan salam untuk nabi kita.....
harap cerita ini dari sumber yang sahih...... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh dijadikan panduan hidup
tunjukkan akhlak yang baik walaupun terhadap musuh |
|
|
|
|
|
|
|
pernah dgr citer nie..
selawat dan salam untuk nabi MUHAMMAD S.A.W |
|
|
|
|
|
|
|
Salawat Keatas Junjungan Nabi Muhammad SAW |
|
|
|
|
|
|
|
Sallallahu alaihi wasallam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas orang yang sentiasa menghidupkan Sunnah Rasulullah (sallallahu alaihiwasallam). |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh, terharu aku baca..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mr_evergreen at 15-1-2011 08:01
org musyrikin Makkah pernah tuduh Nabi S.A.W ahli sihir,padahal mereka sebenarnya yg syirik.
penah dituduh gila,abu jahal & lahab (baPak sedara dia sendiri) penah cuba nak 805 bunuh Baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
sallahahu alaihi wassallam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat”.(HR.Muslim No 2699) |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal bergenang airmata aku ni bila baca pompuan tua tu mengucap bila tahu yang menolong dia tu Rasulullah? apasal hah?? |
|
|
|
|
|
|
|
meremang bulu roma pash bile bace citer nih..
rindunya pada Rasullah S.A.W.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal bergenang airmata aku ni bila baca pompuan tua tu mengucap bila tahu yang menolong dia tu Ras ...
tondu Post at 18-1-2011 14:24
aku pun sama.tersentuh hati aku.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|