CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12212|Reply: 35

Shabery Cheek

[Copy link]
Post time 15-5-2008 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Azman Mahmood
                              

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, mengibaratkan perbuatan pembangkang menawarkan ganjaran jutaan ringgit dan jawatanuntuk mempengaruhi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat partiseperti pelacur yang kehausan pelanggan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, perbuatan itu membuktikan sikap tidak bermoral serta corak kepemimpinan pembangkang yang amat rendah.

"Ada pemimpin parti tertentu saban hari merayu dan meramalkan kononnya ada (Ahli Parlimen BN) berminat datang kepada mereka dengan cara tidak bermoral, tetapi tindakan mereka itulah yang sebenarnya kemuncak kepada corak kepimpinan paling tidak bermoral."
        
"Maaf saya katakan, jika ada orang sanggup melanggani pelacur, orang itulah sendiri pelacur paling besar. Itulah sifat dan taraf moral yang ada pada pemimpin yang saban hari merayu dan mencari pelanggan untuk mendapatkan kepuasan kehidupan politik mereka."

"Saya percaya di kalangan (Ahli Parlimen BN), tiada pelacur politik kerana sikap seperti itu sentiasa kita tolak," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja ke The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini semalam.

Beliau diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan Pengurus Besar Bernama, Datuk Azman Ujang.

Dalam lawatan itu, beliau diberi taklimat mengenai operasi akhbar oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar. Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail dan Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mustapa Omar.

Mengulas dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat, Ahmad Shabery berkata dalam dunia politik moden setiap wakil rakyat bertanggungjawab terhadap pengundi mereka dan tidak mungkin sanggup menggadai maruah serta mengkhianati amanah yang diberi."

"Ini soal maruah kerana tindakan sedemikian bukan saja mengkhianati pengundi mereka, malah simbol yang mereka bawa. Mereka tahu mengkhianati harapan rakyat ialah perbuatan tidak bermoral dan saya percaya ia tidak berlaku," katanya.

Beliau berkata, walaupun ada pandangan tegas dikemukakan Ahli Parlimen BN, termasuk dari Sabah yang mahu kerajaan memberi perhatian serius kepada pembangunan di negeri itu, ia bukan bermakna mereka sanggup menyertai parti lain.

"Saya ada berbincang dengan mereka (Ahli Parlimen BN dari Sabah) dan tiada seorang pun yang mengeluarkan pandangan tegas itu mahu melompat parti atau sebagainya."

"Jadi, isu kononnya mereka mahu lompat parti tidak timbul dan saya ingin tegaskan bahawa kami ada maruah. Mereka (pembangkang) jangan anggap kami ahli politik atau pemimpin murahan yang boleh ditawarkan dengan wang atau pangkat," katanya.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080515001833/Article/index_html

[ Last edited by  tumpanglalu74 at 16-5-2008 09:19 AM ]

Related collections:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2008 03:11 PM | Show all posts
Pada aku la.  Apa gunanya mana2 pihak menang pilihanraya kalau org boleh lompat parti...  

Takde makna menang kalau nak menanggung susah hati selama 5 tahun.  Tiap2 kali menang dok saspen je takut org lompat parti.  

Sampai la kalah pilihanraya baru la senang hati..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 03:15 PM | Show all posts
elehhh, kalau la MP Pakatan Rakyat y lompat masuk BN. msti diorg ckp, tindakan bijak, terpuji..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 03:20 PM | Show all posts
Mana boleh.. Kan Shabery Cheek dah kata sape lompat parti sama cam pelacur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 03:25 PM | Show all posts

Reply #4 tumpanglalu74's post

skrg mmg la die ckp cmtu.
tp kalo ada MP pmbangkang nk masuk BN, msti dialu2kan punye..
takkanla diorg xmau terima, kan BN adalah parti pemerintah paling relevan n cmerlang kt mesia, xkan la die x trima kalo org nk sertai die..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 15-5-2008 03:25 PM
skrg mmg la die ckp cmtu.
tp kalo ada MP pmbangkang nk masuk BN, msti dialu2kan punye..
takkanla diorg xmau terima, kan BN adalah parti pemerintah palingrelevan n cmerlang kt mesia, xkan la die x trima kalo org nk sertaidie..



Yg aku heran tu, bukan ke pengundi mengundi sesape pun psl parti mana yg diwakilinye?  Dah elok2 org undi, nak pi tukor parti lain pulak.  

"Un-di i-ni.  Kdg2 tak ada logika.."

[ Last edited by  tumpanglalu74 at 16-5-2008 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2008 03:50 PM | Show all posts
sedap nye mulut si sabery ni bercakap...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 11:46 PM | Show all posts
oooooooooo... mmg cenggitu ek prangai pelacur...? aku tatau laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2008 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by gwenrocks at 15-5-2008 03:50 PM
sedap nye mulut si sabery ni bercakap...........



Sedap lagi telinga aku dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 09:38 AM | Show all posts
kadang2 org besar2 nie cakap x guna akal fikiran....ikut suka ajer nak cakap aper...janji dpt bagi pendapat walaupun merapu meraban.

Bosanla
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 10:22 AM | Show all posts
Korg.  Betol ke kes santau melalui fon call tu?

Since Shabery Cheek ni Menteri Penerangan, I hope boleh la kita berbincang psl kes ni kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 10:29 AM | Show all posts
saberi cek sama bangan dgn mentor dia ZAM cendol
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 10:49 AM | Show all posts
BOSAN LA NGAN SABERY CHIKEN LITTLE NIH.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 12:12 PM | Show all posts
Pada saya Shabery Cheek nie x nampak sgt  karismanya. mcm saya yg tak sekolah tinggi ni je gaya percakapannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by lionsleepin at 16-5-2008 10:22 AM
Korg.  Betol ke kes santau melalui fon call tu?

Since Shabery Cheek ni Menteri Penerangan, I hope boleh la kita berbincang psl kes ni kat sini.



Hahhaha!  Aku dah tgk dah sms tu.  Tapi baik pecaye drpd tak pecaye langsung.  Nanti kat Sijil Kematian tulih - Sebab kematian: Menjawab panggilan telefon.  Wakakakaka!

[ Last edited by  tumpanglalu74 at 17-5-2008 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 08:33 AM | Show all posts

AHMAD Shabery Cheek bersama sebahagian pemilik kereta kawalan jauh ketika melawat tapak Karnival Mini HDN 2011 di Laman 1 Malaysia, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2012 10:36 AM | Show all posts

MUHYIDDIN Yassin menunjukkan buku Transformasi Pendidikan Vokasional sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Dr. S. Subramaniam, Ahmad Shabery Cheek, Mohd. Shafie Apdal dan Abdul Ghafar Mahmud pada majlis pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia di German-Malaysian Institute, Bangi, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 11:07 AM | Show all posts

AHMAD Shabery Cheek (tengah) bersama sebahagian daripada 500 belia yang menyertai gotong-royong membersihkan kawasan kampung di Kuala Kemaman, Terengganu, kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:16 AM | Show all posts

KUALA TERENGGANU, 14 Jan -- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (dua, kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM2 juta sumbangan kerajaan negeri kepada Pengerusi Panel Majlis Perundingan NGO, Long Abdul Rahman (kiri) selepas merasmikan Konvensyen NGO's Negeri Terengganu di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Biro Pengundi luar dan NGO's Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan).
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 04:07 PM | Show all posts

KEMAMAN, 15 Jan -- Menteri Belia dan Sukan merangkap Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) menyerahkan wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 kepada seorang warga emas, Fatimah Embong, 64, sewaktu majlis penyerahan wang BR1M di Bandar Chukai di sini hari ini.Seramai 2,000 penduduk bagi kawasan Parlimen menerima wang BR1M yang mula diagihkan kepada penduduk yang layak bermula hari ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.068022 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list