View: 13158|Reply: 355
|
Kes Isteri Benarkan Suami Kawin ke4: Latest- Mahkamah Luluskan -
[Copy link]
|
|
Sepakat tiga madu - Benarkan suami kahwin kali keempat
Oleh MANIRAH OTHMAN
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0516/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg)
MOHAMED NOR keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu
semalam sambil diiringi isteri kedua, Khalthom Dollah (dua dari kiri), isteri
pertama, Wan Rukiah Mat Yusof dan isteri ketiga, Noraini Daud.
KUALA TERENGGANU - "Kami bertiga sepakat membenarkan suami berkahwin lagi malah anak-anak pun setuju bapa mereka kahwin lagi."
Demikian pengakuan tiga isteri yang bermadu ketika ditanya hajat suami mereka, Mohamed Nor Awang, 57, untuk berkahwin kali keempat yang permohonannya didengar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Walaupun mahkamah keberatan meluluskan permohonan pemandu lori itu untuk berkahwin lagi, namun tiga isterinya sanggup 'berjuang' mempertahankan keputusan suami mereka.
Malah isteri pertama, Wan Rukiah Mat Yusof, 52, isteri kedua, Khalthom Dollah, 39, dan isteri ketiga, Noraini Daud, 40, sama-sama hadir di mahkamah bagi menyatakan sokongan mereka.
Wan Rukiah seorang suri rumah sepenuh masa manakala dua madunya, bekerja sebagai penoreh getah.
Ketika perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Sheikh Ahmad Ismail, ketiga-tiganya bersetuju tanpa syarat membenarkan suami mereka berkahwin dengan seorang kerani, Suzi Sulong, 34, dari Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, yang dijadualkan 23 Mei ini.
Sheikh Ahmad beberapa kali bertanyakan isteri-isteri Mohamed Nor tentang kesungguhan mereka merelakan suami berkahwin lagi dan rahsia Mohamed Nor menjaga keharmonian rumah tangganya walaupun sudah mempunyai 18 orang anak berusia empat dan 34 tahun serta empat cucu.
Mohamed Nor membalas, beliau hanya berlaku adil kepada isteri-isterinya yang tinggal berdekatan di Merchang, Marang dan tiada petua khusus yang digunakan.
Sheikh Ahmad kemudiannya berkata, beliau pelik dengan kes itu kerana sepanjang menjadi hakim, itu kali pertama beliau melihat tiga isteri membenarkan suami berkahwin lain malah isteri pula yang kuat menyokong.
Walaupun selepas mendengar hujah lelaki itu dan isteri-isterinya, Sheikh Ahmad berkata, mahkamah masih berat untuk memberi keizinan kepada Mohamed Nor berkahwin seorang lagi dengan alasan beliau hanya berpendapatan RM1,500 sebulan.
"Saya musykil kenapa bagi suami berkahwin lain, tak sayang suami ke? Kalau ikutkan saya, payah (susah) nak luluskan (permohonan Mohamed Nor) sebab pendapatan beliau hanya RM1,500 sebulan. Macam mana nak sara anak yang ramai?,'' katanya.
Menurut Sheikh Ahmad, berdasarkan syarak, mahkamah tidak boleh beri keizinan kepada Mohamed Nor berkahwin lagi kerana dibimbangi tidak mampu menampung perbelanjaan dan berlaku adil.
Tambahan lagi, katanya, usia Mohamed Nor telah meningkat tetapi mahkamah menggunakan budi bicaranya dengan memberi peluang kepada Mohamed Nor untuk mengemukakan alasan yang lebih kukuh.
Beliau kemudiannya menetapkan Ahad ini untuk keputusan permohonan tersebut dan mengarahkan Mohamed Nor membawa bakal isteri keempatnya itu bersama wali ke mahkamah pada hari tersebut selain bukti-bukti yang menyatakan kemampuannya daripada segi kewangan.
"Kalau bakal isteri tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan nanti, saya tidak akan benarkan Mohamed Nor untuk berkahwin lagi. Tetapi jangan pula kahwin lari, nanti lebih banyak kesulitan yang akan timbul,'' tegas Sheikh Ahmad.
-------------------------------------------------------------------------------------------
pada saya - kalau isteri2 dia dah benarkan.. dan dia boleh berlaku
adil - mahkamah patut benarkan.. dari segi pendapatan.. mungkin
all the wives juga chip in... - sebab kalau nak dikirakan rm1500 bukannya
banyak untuk tanggung 3 isteri apa tah lagi 4... tapi kalau isteri kata
okay... -- hakim tak patut pulak tanya - tak sayang suami ke?? soalan
kambing aje pada saya... setiap orang - cara kasih sayang pun different -
so persoalan sayang ke tidak saya rasa irrelevant - cuma yang paling penting
kat sini lelaki tu boleh bagi nafkah lagi dan berlaku adil... mungkin pendapatan
kerja rm1500..tapi dia ada pendapatan lain yang boleh bantu dia...
still - kenapa nak kawin lagi ye - mungkin niat dia nak menolong isteri yang
ke empat tu... mereka aje la yang tahu kenapa... persoalan kat sini bukan
nak tanya kenapa nak kawin lagi... tapi sama ada boleh kawin lagi ke tidak
regardless wives dia benarkan... so kita tengok la apa hakim nak cakap nanti -
[ Last edited by dexa at 30-6-2008 06:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
syarak ada tetapkan berapa pendapatan sebulan untuk tampung 4 bini ker? bukankah itu subjektif? |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik ni senyum smpi ke telinga sbb dpt kawen lg ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 babel's post
Ok la tu . Semua isteri dah bersetuju . Apa hak hakim nak menghalangnya ? Nabi pun berkahwin 4 . Itu pun senantiasa mengikat batu kat perut .
Kawin la cepat2 .![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dah madu 3 pun, agaknya bini bini tu pun dah malas nak fikir..
kahwinlah pakcik oii..
jgn nanti dah tua tak mampu nak bagi anak makan sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la tadi pun baca gak ... sengih sampai telinga...
rasanya hakim tu buat judgemnet amik kira psl keadaan semasa yg harga semakin mahal utk makan or education dan benda2 lain yg asas.. rm1500 kalo kat KL sorang wife pun lumtentu cukup.. mungkin di kampung cukup tapi kalo empat org ermmm kena pk byk kali gak ..
bukan apa, nnt anak2 jugak yg jadik mangsa.. sian kalo kurang berkemampuan nnt utk di hantar ke pusat pengajian tinggi .. kalo stakat makan pakai isteri2 tu maybe tak berapa kisah la kan .... |
|
|
|
|
|
|
|
kembang idung pakcik neh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 TarzanSiam's post
Arituh ada sorang nie (my relative lah), dia nak apply utk berbini dua, tapi pegawai agama tak bagi sbb gaji dia kecik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 babel's post
Takper... lagipun ramai pompuan kat Malaysia nie membujang sampai ke tua. Lelaki pun ramai jadi GBT, maka haruslah org yg mampu mcm dia utk kawin lagi. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ischae's post
Gay, bisex & transexual. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Klu la smua ppuan mcm ni, aman dunia............ |
|
|
|
|
|
|
|
Andaian: 3 bini tu dah tak larat nak layan nafsu seks suami. so lebih baik benarkan pucuk baru layan. |
|
|
|
|
|
|
|
contoh suami yg baik....pandai melayan isteri....isteri pun sayang kat suami....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Yayay! Aku dapat Kawen Baru!
|
|
|
|
|
|
|
|
malu2lak pakcik ni wartawan nak intebiu dia |
|
|
|
|
|
|
|
hensem ler pakcik tu...patut murah rezeki
|
|
|
|
|
|
|
| |
|