CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1694|Reply: 0

IKS: RM4.5b disediakan tahun ini

[Copy link]
Post time 5-6-2008 04:39 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM4.5 bilion kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada tahun ini melalui 198 program pembangunan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah ini akan membabitkan peruntukan bagi pakej terbaru IKS bagi membangunkan perniagaan dan meningkatkan nilai tambah produk serta perkhidmatan IKS pada masa depan.

''Pakej terbaru ini juga akan memfokuskan kepada pemasaran dan promosi, akses pasaran dan kewangan serta latihan,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran SMIDEX 2008 dan Konvensyen IKS Asia Timur yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut beliau, berbanding tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan sumber kewangan kepada IKS sebanyak RM3.7 bilion yang mana programnya menumpukan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran, pembangunan modal insan, teknologi dan inovasi serta pemasaran dan promosi.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM607 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui 36 program pembangunan perniagaan.

Selain itu, Muhyiddin menjelaskan bahawa, kerajaan juga telah meningkatkan jumlah peruntukan untuk tiga skim geran IKS berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Kata beliau, peruntukan itu melibatkan geran padanan untuk memulakan perniagaan dinaikkan kepada RM100,000 berbanding RM40,000 sebelum ini, geran padanan bagi peningkatan pemprosesan dan produk serta pembelian mesin dan peralatan naik kepada RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.

Selain itu, geran naik taraf pula ditingkatkan sebanyak 80 peratus daripada 50 peratus sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, para peminjam dan penerima geran IKS kini dikehendaki menghadiri latihan dalam pengurusan kewangan berkuatkuasa 1 Jun ini.

Jelasnya, melalui pendekatan tersebut, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif dari kalangan syarikat IKS perlu menghadiri latihan berkenaan sebelum geran atau pinjaman tersebut diagihkan kepada mereka.

Mengenai peningkatan sistem penyampaian yang telah ditingkatkan pula, Muhyiddin berkata, Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) telah memulakan pengagihan geran kepada IKS melalui pindahan dana secara elektronik sejak bulan Mac tahun lalu.

''Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 1,777 pembayaran telah dilaksanakan melalui kaedah berkenaan dengan dana bernilai RM115.1 juta,'' ujarnya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... mi&pg=ek_02.htm

hopefully this is not just berita. kerajaan dh announce tu so mari kita semua rebut peluang ini.

anyway kt kl convention centre ada SMIDEX kan? smpi jumaat. sapa yg dh pegi ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.447715 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list