CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 12648|Reply: 13
Print Previous Next

Kembung Perut, Pedih Hulu Hati, Loya Dan Muntah Semasa Hamil

[Copy link]

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Jump to specific floor
1#
Post on 27-6-2008 03:30 PM |View author' posts |DESC

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Masalah ini dipercayai ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnyaberlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan.Masalah ini turut berlaku di trimester ketiga kehamilan.
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah ini berpunca daripada deriarangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan asiddalam perut, yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibuhamil hilang selera makan, menyebabkan angin berkumpul danmengakibatkan kembung. Difahamkan juga, akibat kelemahan deriarangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.
Amalkan petua berikut untuk mengurangkan masalah ini...
  • Elakkan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir.
  • Elakkanmakanan yang menyebabkan angin antaranya seperti bawang, kobis,keledek, ubi kentang, pisang, pucuk ubi, nangka, kacang dan minumanbergas
  • Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  • Makan secara perlahan-lahan.
  • Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  • Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  • Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  • Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi dalam kandungan.
  • Jangan baring, tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
    Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  • Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  • Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dengan air dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  • Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing gum yang bersifat alkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  • Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.
  • Makanlahnasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicapberserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama iniberupaya membantu mengurangkan rasa loya, disamping menjauhi penyakitgastrik
Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah dan kembung yang serius, dapatkan pemeriksaan kesihatan.

Share On:

Reply

Props Report

Rank: 2

2#
Post on 30-6-2008 12:48 PM |View author' posts

Reply #1 zahliahani's post

tq, very good info. Saya mmg tgh suffer masalah ni. rasa mcm nak nangis pun ada. Ingatkan makan masam2 bole kurang rasa mabuk, rupa2nye makin teruk jdnye. Skrg yuz mmg minum air halia utk redakan mabuk ni. tq
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

3#
Post on 30-6-2008 12:49 PM |View author' posts
tuh kalo pg jupe doc cte masalah tuh doc kata angin/gastrik..
duajiwasatuhati.blogspot
Facebook : Butterfly Boutique
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

4#
Post on 30-6-2008 01:05 PM |View author' posts

Reply #2 yuzzy's post

minum air halia leh legakan muntah2 n pening2 ke? camne nk buat ek? klau guna serbuk halia madu yg jual kt kedai jamu tun bole ke ek?
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

5#
Post on 30-6-2008 11:49 PM |View author' posts

Reply #4 talapia's post

ada gak terbaca psl halia blh kurangkan loya n muntah2 nih....
try gak, tp kalau tgh mabuk tu, semua xleh telan
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

6#
Post on 1-7-2008 08:45 AM |View author' posts
kalau pedih hulu cam ner ekk...maya dah 31 weeks..selalu sgt pedih hulu hati
berakhir 4 thn penantian..lahirnya...Ahmad Farish Irsyad ~!08/09/08
http://afishamaya.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

7#
Post on 1-7-2008 09:18 AM |View author' posts
semalam aku terlebih makan kot..tapi tak gak cuma makan bersilih ngan minum air sejuk..sudah nya perut aku senak sgt...nak bernafas pun susah...jadi aku minum eno halia...mlm tu mcm baby kat dlm bergerak2..takut lak jd apa2
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

8#
Post on 1-7-2008 09:53 AM |View author' posts

Reply #6 maya1311's post

klau pedih ulu hati (heart burn) ni sebab asid dlm perut kita naik semula ke esofagus... tu yg pedih perit.. esp klau baru lepas makan mende pedas. perghh... nk menangis rasanye.

solution dia... cari something yg alkaline utk neutralkan acid tadi tu. paling senang... susu. susu segar tu.. ready je dlm fridge. agak2 mula pedih tu... cecepat minum sket2... jgn minum bebanyak.. sket2 tp kerap.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

9#
Post on 1-7-2008 09:54 AM |View author' posts

Reply #7 bobbie80's post

bole ke minum eno ek? smlm mintak hubby carikan serbuk halia tu... tp tak jumpa. dia belikan eno je. tak berani lak nk cuba. siksa betul time muntah2 camni. semua bende tak kena...
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

10#
Post on 1-7-2008 10:56 AM |View author' posts
Originally posted by talapia at 1-7-2008 09:53 AM
klau pedih ulu hati (heart burn) ni sebab asid dlm perut kita naik semula ke esofagus... tu yg pedih perit.. esp klau baru lepas makan mende pedas. perghh... nk menangis rasanye.

solution dia ...

haah ari tuh heart burn aku minum susu plain ah..no sugar...kalo ltk gula tak ilang2 le senak..
baghu lepas uwekk..aku le pandai sgt order milo ais pagi2.. neway kalo mual2 pening2 instead of ltk minyak angin (aku takleh..lgk pening)..aku amik limau nipis,ptong..cium bau diaaa...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

11#
Post on 1-7-2008 01:19 PM |View author' posts
haah la kan...blh ke minum eno?lia perut mmg kerap kembung.sampai x larat nk jalan...tp x tau ape punca angin tuh...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

12#
Post on 2-7-2008 10:41 AM |View author' posts
Originally posted by zahliahani at 1-7-2008 01:19 PM
haah la kan...blh ke minum eno?lia perut mmg kerap kembung.sampai x larat nk jalan...tp x tau ape punca angin tuh...


aku tak tau...cuma mlm tu tak tahan sgt susah nak nafas coz perut senak hehehehe....pastu baby kat dlm mcm gerak2 ...esok pagi dah okey....huhuhu taubat tak nak minum lg....
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

13#
Post on 2-7-2008 11:06 AM |View author' posts
hmm... skrg aku tgh cuba minum air halia. dr forum ni gak ada kawan2 yg cadangkan cuba. hiris halia nipis2 dlm 4 ke 5 hiris... pastu tarukkan gula sket n air panas. minum suam2... sodap... loya tu.. kurangla.. tp.. angin.. hmmm.. takde apa pon. maybe halia nye sikit sangat or baru sangat try kot kan... cuba la. tp jgn mium kerap2.. sbb dorang kata hlia ni panas. so test dulu ok ke tak k
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

14#
Post on 4-7-2008 04:26 PM |View author' posts
Originally posted by yuzzy at 30-6-2008 12:48 PM
tq, very good info. Saya mmg tgh suffer masalah ni. rasa mcm nak nangis pun ada. Ingatkan makan masam2 bole kurang rasa mabuk, rupa2nye makin teruk jdnye. Skrg yuz mmg minum air halia utk redakan ...


yelah girly pon camtuh... tak larat rasanya.. yang first ok.. tpi seken ni plak?????

xper ar.. yang first tak rasa, so rasalah sume tuh sekarang.. nikmat!!!
Don't compare ur life with others.
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 21-4-2014 08:03 PM , Processed in 0.141066 second(s), 25 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top