CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7966|Reply: 5

Binatang2 Liar di Zoo Transit -

[Copy link]
Post time 30-6-2008 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Sangkar transit bagai zoo mini
Oleh Faizatul Farhana Farush Khan


PENGAWASAN: Halim memantau haiwan yang ditempatkan
sementara di Perhilitan Selangor di Seksyen 8, Shah Alam.


Bangunan Perhilitan lindungi pelbagai haiwan liar yang dirampas daripada penyeludup

SHAH ALAM: Bangunan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor yang terletak di Seksyen 8, di sini, seolah-olah menjadi zoo mini apabila puluhan haiwan liar yang dilindungi ditempatkan di dalam sangkar transit di situ.


Haiwan antaranya, ungka, lotong, burung helang, ular sawa batik, iguana, burung tiong emas, kongkang, burung bayan nuri, kera, ular, labah-labah dan tenggiling ditempatkan sementara di situ selepas dirampas daripada penyeludup.

Ia diseludup masuk sindiket atau ejen tertentu di negara ini melalui jalan laut dari beberapa negara luar seperti Indonesia serta Burma dan dijual dengan harga RM250 hingga RM1,000 mengikut jenis, kepentingan dan khasiatnya.

Haiwan itu dipelihara dan diberi makan petugas di Perhilitan sebelum kes rampasannya yang dikemukakan di mahkamah selesai atau sementara menunggu ia dihantar ke tempat sepatutnya.


Tinjauan Sentral mendapati, ada tiga sangkar utama berkeluasan 10 kaki x 10 kaki setiap satu dan beberapa sangkar mini bagi menempatkan haiwan yang lebih kecil.


JINAK: Ungka dan Lotong antara spesies haiwan yang dilindungi

Pengarah Perhilitan Selangor, Rahmat Topani, berkata haiwan rampasan itu ditempatkan di situ bagi tempoh tertentu sebelum ia dikembalikan atau dihantar ke tempat sepatutnya selepas selesai kajian atau penilaian.

Katanya, semua haiwan itu diperoleh hasil rampasan Perhilitan di sekitar negeri ini, termasuk yang dirampas ketika pegawai Perhilitan menemui penjual untuk mengambil haiwan itu selepas menyamar sebagai pelanggan dan pembeli melalui laman web penjualan.

"Bagi kes mahkamah, haiwan itu akan dihantar ke negara asal selepas perbicaraan selesai dan kos penghantaran perlu dibiayai negara terbabit. Jika mereka enggan, kami akan pertimbangkan untuk dihantar ke zoo misalnya.

"Jadi tidak timbul soal sangkar tidak mencukupi atau kawasan penyimpanan yang terhad kerana haiwan itu akan dihantar ke tempat sepatutnya sebelum haiwan baru dibawa ke situ," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah pegawai Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Ab Jalal Kasim.

Rahmat berkata, polis juga sentiasa bekerjasama dengan Perhilitan dalam memberikan maklumat berkaitan kes penyeludupan haiwan atau kulit haiwan seperti ular dan tenggiling.

Dalam pada itu, katanya, Perhilitan menghadapi masalah untuk mengenal pasti kawasan utama yang dijadikan tempat perjumpaan di antara penjual dan pembeli berikutan taktik penjual yang sentiasa mengubah lokasi.

Berikutan itu, Perhilitan sentiasa memantau laman web yang digunakan penjual dan pembeli bagi urusan jual beli haiwan dilindungi selain menerima aduan dari pihak tertentu untuk mendapatkan laporan mengenai penjualan haiwan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, kes penyeludupan dan penjualan haiwan dilindungi di negeri ini tidak serius berikutan tahap kesedaran yang tinggi di kalangan penduduk Lembah Klang.

"Hanya segelintir syarikat atau individu saja yang membeli haiwan itu. Kebanyakan penduduk terutama sekitar Lembah Klang tidak melakukannya kerana mereka sedar risiko yang bakal mereka tanggung jika berbuat demikian," katanya.

Kesan dari permintaan dan nilai yang tinggi di pasaran antarabangsa, menyebabkan hidupan liar sentiasa menjadi sasaran pihak yang berkepentingan.

Rahmat sehubungan itu berkata, Perhilitan sentiasa mengawasi kes penyeludupan haiwan di Selangor dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk membekalkan lesen kepada mereka yang layak.

Katanya, pemegang lesen perlu mematuhi syarat yang ditetapkan ketika memburu haiwan, antaranya menggunakan jenis senjata yang dibenarkan, tempoh atau musim memburu, jenis haiwan yang dibenarkan diburu dan jumlah haiwan yang boleh diburu dalam satu-satu masa.

Lesen pemburu boleh digantung jika mereka gagal mematuhi peraturan berkenaan.

Perhilitan bertanggung jawab untuk menguatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), bagi melindungi spesies hidupan liar sama ada matang atau tidak matang, juga tanpa mengira sama ada ia boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk hidupan liar dari spesies marin, ikan dan `domesticated species' seperti kucing dan anjing.

Selain melindungi spesies hidupan liar, Perhilitan juga bertanggung jawab menjaga dan mengurus beberapa kawasan hutan yang menjadi habitat penting spesies hidupan liar negara ini, yang diwartakan sebagai taman negara, rizab dan santuari hidupan liar.

Ini bagi memastikan hidupan liar akan terus wujud di negara ini.

FAKTA: Perundangan yang dikuat kuasa Perhilitan


# Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76)

# Akta Taman Negara 1980 (Akta 226)

# Enakmen Taman Negara Pahang 1939, No 2

# Enakmen Taman Negara Terengganu 1939, No 6

# Enakmen Taman Negara Kelantan 1938, No 14

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini sebagai information bagi forum members yang sayang animals....
tak kiralah walaupun wild animals.. in fact, especially wild animals -
saya memang  'into' wild animals..dan sangat ambil berat
tentang kepentingan wild animals and species and did some
volunteer masa kat oversea - in making sure - their habitat is okay...
dan di sana ada facilities untuk mengubat binatang liar -
seperti elk, moose, deer, even a cub (baby bear) yang luka or
injured..  -  tolong bersihkan tempat 'transit' mereka...
dan juga contribution buat jualan - dapat duit tu untuk funding
makanan2 binatang liar ni -

kat seksyen 8 ni tak jauh dari rumah my sister, - saya nak juga visit
tapi tak sure dibenarkan masuk atau tidak - tapi memang akan cuba
pergi tengok... so much fun to see these kind of animals yang kita
jarang2 dapat jumpa...

not sure ada crocs or not.. nak juga tengok crocs tu -- tapi ular
memang ada...  yang penting.. kalau kita pergi visit tempat2
begini .. kita boleh belajar macam2.. tentang kehidupan 'haiwan
liar ni'  dari penjaga2 di sini .. and it would be a benefit for us
in term of gaining knowledge and understanding and appreciating
wild animals -


a great way to learn their life  etc..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2008 11:16 AM | Show all posts
comelnya ungka dan lotong tu..   patutnya manusia2 ni perlu ada kesedaran yang tinggi untuk melindungi haiwan2 macam ni...teringin nak pergi transit ni tapi tak pasti tempatnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 12:43 PM | Show all posts

Reply #2 mama_nutty's post

section 8...dekat ngan bukit cerakah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 02:40 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

eh, seksyen 8? cecco dok seksyen 9..
nape cecco tak tau ek?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #4 a.ceCCo's post

ha sebelah aje...kikikiki lerrr sec9 ke,ecco!serumpun upenye kiteee
gath x sudi pun jejak ekkk sampai hati!:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2008 03:04 PM | Show all posts

Reply #5 ati1402's post

jarang gi gath.. cam ramai tak kenal jek.. mewewewe..
ati tinggal di mana kah??
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.082918 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list