CARI Malay Forums

Title: Nabi Sulaiman, Rempah Ratus Nusantara & Ophir (Negeri yg. Kaya Dgn Emas) [Print]

Author: WonBin    Time: 14-7-2008 07:33 PM
Title: Nabi Sulaiman, Rempah Ratus Nusantara & Ophir (Negeri yg. Kaya Dgn Emas)
King Solomon (Nabi Sulaiman), the richest and wisest of all kings, acquired much of his wealth from spices.

The first hint to reach Europe concerning the existence of habitable lands to the eastward of the Ganges is to be found in the writings of Pomponius Mela (A.D. 43) which speak of Chryse, or the Golden Isle, as lying off Cape Tamus - supposed to be the most easterly point in Asia - and over against the estuary of the Ganges. Thereafter there occur vague references to Chryse in the Periplus of the Erythrean Sea, &c., but the earliest trace of anything resembling first-hand knowledge concerning the peninsula of Indo-China and Malaya is revealed in the writings of Ptolemy, whose views were mainly derived from those of his predecessor Marinus of Tyre, who in his turn drew his deductions from information supplied to him by the mariner Alexander who, there is every reason to think, had himself voyaged to the Malay Peninsula and beyond. In the light of present knowledge concerning the trade-routes of Asia, which had been in existence for thousands of years ere ever Europeans attempted to make use of them, it is safe to identify Ptolemy's Sinus Perimulicus with the Gulf of Siam, the Sinus Sabaricus with the Straits of Malacca from their southern portals to the Gulf of Martaban, the Aurea Chersonesus with the Malay Peninsula, and the island of Iabadius or Sabadius - the reading of the name is doubtful - with Sumatra, not as has often been mistakenly attempted with Java. Although the first definite endeavour to locate the Golden Chersonese thus dates from the middle of the 2nd century of our era, the name was apparently well known to the learned of Europe at a somewhat earlier period, and in his Antiquities of the Jews, written during the latter half of the 1st century, Josephus says that Solomon gave to the pilots furnished to him by Hiram of Tyre commands " that they should go along with his stewards to the land that of old was called Ophir, but now the Aurea Chersonesus, which belongs to India, to fetch gold." After the time of Ptolemy no advance in knowledge concerning the geography of south-eastern Asia was made until Cosmas Indicopleustes, a monk and an Alexandrian Greek, wrote from personal knowledge between A.D. 530 and S50. His primary object was to prove that the world was built after the same shape and fashion as the Ark made by the Children of Israel in the desert; but he was able to show that the Malay Peninsula had to be rounded and thereafter a course steered in a northerly direction if China was to be reached. As early as the 3rd century B.C. Megasthenes makes mention of spices brought to the shores of the Ganges from " the southern parts of India," and the trade in question was probably one of the most ancient in the world.


My trusty Britannica describes Ophir as “an unidentified region, famous in Old Testament times for its fine gold.
Author: WonBin    Time: 14-7-2008 07:40 PM
Kerajaan Melaka pada zaman kegemilangannya merupakan sebuah kerajaan yang amat kaya dengan emas, malahan ada mat saleh kata jika dikumpulkan segala kekayaan di Venice pun masih belum dapat menandingi kekayaan Melaka. Ini adalah kerana EMAS. Di manakan semua emas itu sekarang?
Author: noell    Time: 14-7-2008 08:53 PM
Title: Reply #2 WonBin's post
pajak gadai????
Author: WonBin    Time: 14-7-2008 10:04 PM
Terdapat perkaitan dengan teori kaum Bani Israel sepertimana yang dibincangkan di http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=339182&extra=page%3D1
namun mari kita focus pasal nabi Sulaiman dan Semenanjung Emas di dalam thread ini.
Author: mantarey    Time: 15-7-2008 12:03 PM
tggu otai2 bagi pendapat
Author: alphawolf    Time: 17-7-2008 08:23 AM
Nama omputih untuk Gunung Ledang ialah Mt OPHIR....
Author: centrix7    Time: 17-7-2008 10:27 AM
[quote]Originally posted by WonBin at 14-7-2008 07:33 PM

Although the first definite endeavour to locate the Golden Chersonese thus dates from the middle of the 2nd century of our era, the name was apparently well known to the learned of Europe at a somewhat earlier period, and in his Antiquities of the Jews, written during the latter half of the 1st century, Josephus says that Solomon gave to the pilots furnished to him by Hiram of Tyre commands " that they should go along with his stewards to the land that of old was called Ophir, but now the Aurea Chersonesus, which belongs to India, to fetch gold."

Salam buat semua forumers, kebanyakan historian menyangka South-Indies adalah old kingdom atau Ophir ,ini kerana pelayar dari hemisfera barat akan menempuh rantau India seperti Punjab atau Punt 1 baru lah smpai ke nusantara.Ada motif tertentu pihak2 ini tak mendedahkan nama sebenar tempat yg digelar Ophir pertama, ianya sumber komoditi yg sgt bharga iaitu emas dan rempah-ratus.Sudah tentu pendedahan lokasi akan myebabkan privillege yg selama ini dimonopoli akan hilang akibat dari saingan pihak musuh.Jadi sangkaan South-Indies itu hanya utk 'camouflages' to protect oldest ancient world.
Author: centrix7    Time: 17-7-2008 01:02 PM
Title: Ophir = Nusantara
Macam mana tu? First,buktinya Pentas Sunda itu sendiri adalah unik dan salah satu bukti peninggalan benua Atlantis-Lemuria,bila sebut Lemuria ianya adlah antediluvian civilization.Maksudnya, an oldest ancient world.Pentas Sunda hanya terdapat satu di atas muka bumi ini. Antara tamadun yg awal dan canggih ialah Sumeria ,Indus,Egypt danYunani.Semuanya ada kaitan ngan nusantara .Tapi di mana ya? Melalui manuskrip purba,tulisan,comparative mythology,hasil seni pertukangan,seniarkitektur,linguistik dll memang ada hubungan.Egypt menggelar tanah asal moyang meka ialah Punt (Sumatera) meka mengimport barangan ritual agama kerana Punt ini adlah 'Land of the God' atau To-Wer (tanah asal-usul moyang).Yg brg ritual agama itu ialah kapur barus,sejenis cendawan dlm hutan hujan tropika(nusantara & Amazon sj yg ada spesies ni)utk diekstrak dadah utk meraga sukma atau astral travel(ini kerana setiap firaun yg nak ditabal mesti meraga sukma utk jumpa tuhan 'Ra' atau Osiris di dunia 'underworld'.Dadah cendawan ini melimpah ruah kan subtnace DMT dlm otak utk capai tahap gelombang otak 'Beta' .Ritual ini perlu utk Firaun tadi mjadi 'Godking' .Kemudian, dikatakan brgan spt beruk babun dan boomerang sbg cenderahati buat firaun diambil dr Papua new Guinea melalui Timor Leste.Byk lah lg brg yg disebut dlm panel queen hatshepshut.Korang cari lah dlm net pun ada.

Manakala tamadun hindus dlm manuskrip kundalari kandam mentioned nama spt : Taphrobane (tanah asal moyang jugak kot,klu tak silap la) dan jugak rantau digelar Atala tmpt asal moyang meka puak dravidian.Tamadun Indus juga menggelar semenanjung sebagai survanabumi(bumi emas)

Yg psl 'Ophir' ni muncul dlm teks Yunani kan. Dlm torah dan injil pun ada sebut.Dikatakan Nabi Sulaiman a.s mmembawa pulang 3000 tonne emas dari 'Ophir' ke baitulmaqdis utk membina istana dan juga Al-Aqsa. Emas ini dilombong dekat palembang sumatera diselenggara Dapunta kerjaan Sriwijaya di Palembang.Even ,Ptolemy mgelar Sememanajung sbg Golden Chersonese ,sptmana Indus gelar Survanabumi.

Gambarajah berbentuk Horus separuh manusia dan bkepala ada diabadikan dlm panel di Kompleks Prambanan Lorojonggrang d Pulau Jawa.sama yg terdapat dlm piramid thutmosis atau Hatshepshut klu x silap sy.

Dlm bidang matematik Tamadun Indus memepelajari penggunnaan sifar dari tamadun Melayu Sriwijaya yg tdapat di Funan.Dimana pd batu bersurat Vo Cahn tercatat penggunaan angka 'Sifar' .

Sememangnya Kerajaan dan tamadun yg tertua di dunia adlah di nusantara.The cradle of Mankind Civilization-nusantara.
Author: muor76    Time: 17-7-2008 01:16 PM
emmmm sesuatu yang menarik...
tapi yg aku tau.. di gunung ledang dulu pernah dilakukan aktiviti melombong emas..
emas-emas itu di bawa ke bukit treh muor untuk diproses...

tarikh peristiwa 4-6-1904
                                                                Telah diterima                                                                 satu berita baik, iaitu satu lagi jalanraya (jalan                                                                 kereta lembu) telah dibina di Tanjung Agas dan                                                                 dengan ini bersambunglah bandar ini dengan                                                                 lombong Kedana Gold Mine di Gunung Ledang.

walaubagaimanepon... name ophir nih kat indon pon ade gak kat beberape negara lain pon ade gak.. aku tak tau betul ke gunung ledang yg dimaksudkan tu,,

[ Last edited by  muor76 at 17-7-2008 01:22 PM ]
Author: zahirbatin    Time: 20-5-2009 01:29 PM
kenapa tk bnyak info kt sini?kalau sungguh neegri yg kaya dgn emas tu ialah kita tentu bangga habisss
Author: yuyin05    Time: 20-5-2009 01:38 PM
Mana WonBin dapat artikel kat atas tue?
Author: sayapghaib    Time: 20-5-2009 01:50 PM
Originally posted by WonBin at 14-7-2008 19:40
Kerajaan Melaka pada zaman kegemilangannya merupakan sebuah kerajaan yang amat kaya dengan emas, malahan ada mat saleh kata jika dikumpulkan segala kekayaan di Venice pun masih belum dapat menand ...


Venice tu Kembar Melaka kat Europe.Walaupun berada di Negara Kristian, Venice mempunyai talian persahabatan yg kukuh dengan pedagang Arab Islam yg befungsi sebagai penyambung perdagangan dengan Melaka di Timur.Venice pernah membantu arab Mesir berperang menentang Portugis di Goa India.Malangnya mereka tewas dalam peperangan tersebut.Kejatuhan Melaka kepada Portugis menyebabkan kemerosotan teruk aktiviti perdagangan di Kota Venice dan akhirnya peranan Pelabuhan perdagangan di europe diambil alih oleh Lisbon Portugal.
Author: sayapghaib    Time: 20-5-2009 01:53 PM
Zaman Kerajaan Nabi Sulaiman sebenarnya adalah zaman Teknologi tinggi.Malah lebih tinggi dari teknologi zaman sekarang
Author: TimahMulia    Time: 20-5-2009 02:20 PM
Originally posted by sayapghaib at 19-5-2009 20:53
Zaman Kerajaan Nabi Sulaiman sebenarnya adalah zaman Teknologi tinggi.Malah lebih tinggi dari teknologi zaman sekarang


teringat pulak kisah Ratu balqis yang bertandang ke istana Nabi Sulaiman..
Ratu Balqis terpaksa menyinsing kainnya, kerana sangkanya lantai istana bertakung air..
sedangkan lantai istana NAbi Sulaiman itu terlalu jernihnya sehingga disangka bertakung air..
teknologi mcmana yang dibuat tu?
Author: cikepong08    Time: 20-5-2009 03:52 PM
batu marmar yang digilap...

[ Last edited by  cikepong08 at 20-5-2009 15:58 ]
Author: cikepong08    Time: 20-5-2009 03:56 PM
tunggu 200 tahun nak bagi emas tu masak balik...

sapa kat sini tau ilmu buat emas?kalau ramai tau imam mahdi dah nak muncul.


pada ku ilmu tu perlukan tembaga merah,kuning telor dan bebnerapa lagi ramuan yang perlu di bakar atau masukkan dalam oven selama 24 jam.

tembaga merah kalau dimasukkan dalam oven selama 4 jamakan jadi kuning keemasan.Itu apa yang kuperhatikan di tempat ku kije di kilang semicon.
Author: TimahMulia    Time: 20-5-2009 04:33 PM
Originally posted by cikepong08 at 19-5-2009 22:52
batu marmar yang digilap...


eh..kalau batu marmar yang digilap..
maknanya kak tim nak masuk dalam masjid mana2 yang lantainya
mamar digilap, kena singsing kain le ye..
nanti naik nafsu syahwat imam tak ke naya?
tentu lain dari yang lain kan?
Author: WonBin    Time: 20-5-2009 09:05 PM
Nabi Sulaiman, orang bunian, emas ........ Semua ada kaitan.
Author: tutankhamun!    Time: 20-5-2009 09:44 PM
Pada tahun 1995, seorang bekas Professor kimia dari Montana State University iaitu Dr Ralp A. Oslen,Ph.D telah menulis sebuah buku hasil dari kajian spesifik beliau bertajuk : The Malay Peninsular as the Setting for the Book Of Mormon , sebuah buku setebal 295 mukasurat itu menyanggah dakwaan Meso Hypothesis tetapi membuktikan kepada dunia dan zionis-Kristian bahawa apa yang mereka dakwa Land Of Promise dalam kitab Mormon itu adalah Meso America adalah palsu dan ciptaan mereka untuk mengaburi mata manusia lain di atas muka bumi ini!


Dalam bukunya yang penuh dengan kontroversi itu,beliau telah menyokong sepenuhnya teori atau The Malay Hyphotesis ( Mala Hypothesis) setelah membuat kajian terperinci dari segala aspek termasuk mengkaji semula apa yang tertulis dalam kitab Bible dan Old Testament.


Selepas itu beliau membuat kesimpulan dan mempunyai kepercayaan yang penuh bahawa Land Of Promise itu adalah Semenanjung tanah melayu atau Semenanjung Emas ! Bukti-bukti yang dikemukan oleh beliau amat memukau pemikiran saya.Perincian dan penerangan yang khusus tentang lokasi lokasi terpilih dalam Kitab Mormon itu diterangkan secara logik,berfakta dan cukup bijak.
Author: tutankhamun!    Time: 20-5-2009 09:47 PM
Dimanakah Lokasi Sebenar Land Of Promise Itu???

.........Mereka sendiripun tidak tahu dan belum pasti di manakah lokasi Land of Promise yang sebenar seperti yang disebutkan dalam kitab Mormon itu yang ditulis oleh Joseph Smith.Pelbagai usaha dan kajian saintifik telah dibuat oleh yahudi zionis atau oleh golongan Kristian untuk menyatakan kepada dunia bahawa Land Of Promise itu di Mesoamerica. Maka terciptalah satu hypothesis iaitu “Meso Hypothesis
Author: tutankhamun!    Time: 20-5-2009 10:12 PM
Dalam kitab Bible tulis yg Ophir tue kerajaan dan rakyat.
Ophir dikatakan sebagai wilayah emas krn memberikan armada Sulaiman emas, perak, thyine (mungkin santal) kayu, batu berharga, gading, beruk , dan burung merak.
Lokasi Ophir telah dicari dan kitab Bible sendiri tidak menyatakan dimana kedudukan geografi Ophir ini , sebab itu byk keluar teori yang macam2 dimana lokasi sebenar Ophir nie.
Author: edy137    Time: 21-5-2009 10:11 PM
Originally posted by cikepong08 at 20-5-2009 15:52
batu marmar yang digilap...


kerajaan Nabi Sulaiman terdiri dari di kalangan Jin, Haiwan dan Manusia... memang tak mustahil marmar boleh jadi sejernih itu.. lebih2 lagi golongan Jin yang dikerah jadi hamba untuk gilapnya setiap hari untuk tempoh waktu mungkin beribu-ribu tahun..
Author: 2tigapuluh2    Time: 23-5-2009 05:48 PM
Pendek kata cintailah malaysia, tanah tumpah darahku... 'Semuanya ada di sini pergilah melancong'
Author: WonBin    Time: 23-5-2009 06:41 PM
Alamak, yer ker? Patutlah Hindraf pun nak mintak status Bumiputera !!

Ok. Katakanlah Nusantara ini Atlantis. Lepas tenggelam,satu puak lari ke Mesir dan satu puak lagi lari ke Amerika Latin (Tamadun Maya)
Author: tutankhamun!    Time: 23-5-2009 11:55 PM
Lelaki ini membuat untuk dirinya satu buah singgahsana besar gading dan melapisi ia dengan emas.
Singgahsana mempunyai enam langkah naik sehingga dengan dua ekor singa sangat besar pada setiap langkah - 12 dalam semua.
Kesemua peralatan dapurnya ;  cawan, mangkuk semuanya dibuat daripada emas tulen.
Istananya telah dibina daripada pokok sedar (cedar) diimport paling halus didunia.
Dan untuk hiasan-hiasan dalam istana mengandungi 300 buah perisai dibuat daripada emas.
Jika perisai itu dibuat hari ini dengan emas pada US$646 satu auns, setiap mereka 300 buah perisai akan bernilai lebih US$38,000 seketul!!
Tetapi itu bukan semuanya. Baginda kemudiannya menjadikan 200 lebih perisai lebih besar daripada emas bernilai lebih US$77,000 seketul!!!.
Kesemuanya 500 buah perisai adalah bernilai US$27,132,000 dalam warna emas.
Itu adalah hanya untuk satu aspek pedalamannya menghias.

Nabi Sulaiman juga ada 1400 buah kereta kuda dan mempunyai garaj. 12,000 ekor kuda diimport dari Mesir.
Dan semua orang daripada di seluruh dunia yang sedar melihatnya dan mendengar baginda membawa satu hadiah.
Kitab Taurat berkata yang sesiapa berhasrat sebuah audiens dengan Nabi Sulaiman membawa hadiah-hadiah berupa perak, emas, jubah, senjata-senjata, rempah ratus, kuda-kuda, dan baghal.
Setiap tahun Nabi Sulaiman menerima 666 bakat emas. bersamaan US$516,800,000 setahun jika dihitung dalam nilai emas skrg.
Nabi Sulaiman memerintah selama 40 tahun.Nilai kasar emas itu lebih 40 tahun, baginda telah mengumpul US$20,672,000,000 dalam warna emas sahaja.
Belum dikira emas baginda dapat dari kapal-kapal baginda hantar setiap tiga tahun atau emas daripada peniaga-peniaga atau daripada pedagang-pedagang atau dari seluruh raja-raja bagi Arab atau dari setiap gabenor-gabenor dalam tanah wilayah baginda yang memberinya cukai-cukai tahunan dalam warna emas.
Author: tutankhamun!    Time: 23-5-2009 11:57 PM
Tue cerita kehebatan dan keunggulan kerajaan Nabi Sulaiman ...

Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.
Author: tongkatali    Time: 24-5-2009 08:05 AM
Title: Balas #25 2tigapuluh2\ catat
ZOOOMMMM Malaysia....
Author: sayapghaib    Time: 24-5-2009 12:24 PM
Originally posted by tutankhamun! at 23-5-2009 23:57
Tue cerita kehebatan dan keunggulan kerajaan Nabi Sulaiman ...

Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan p ...



Adakah wujud kemungkinan Piring-piring dan periuk yg sentiasa berada diatas tungku itu, pesawat terbang seperti UFO.
Kemungkinan ada dimana-mana.
Author: cik_chili    Time: 24-5-2009 12:44 PM
Title: Balas #3 noell\ catat
wakakkakakakakkaaaa....a'ah betul tu noell...kt pajak gadai byk gilerrr
Author: edy137    Time: 25-5-2009 12:11 AM
dah masuk UFO pulak.. petikan Qalam tersebut membawa maksud itulah.. bukan tersirat..

UFO itu semua dari kalangan JIN..
Author: tinbeskut    Time: 25-5-2009 10:23 AM
semenanjung tanah melayu juga dikenali sebagai semenanjung emas...
Author: tutankhamun!    Time: 25-5-2009 10:36 AM
Originally posted by tinbeskut at 25-5-2009 10:23
semenanjung tanah melayu juga dikenali sebagai semenanjung emas...


Golden Chersonese - Semenanjung Emas : Ptolemy ckp!
bape kali erk nak ulang

Author: tinbeskut    Time: 25-5-2009 12:30 PM
takpe.. siaran ulangan ...
Author: cikepong08    Time: 26-5-2009 02:04 AM
Originally posted by TimahMulia at 20-5-2009 16:33


eh..kalau batu marmar yang digilap..
maknanya kak tim nak masuk dalam masjid mana2 yang lantainya
mamar digilap, kena singsing kain le ye..
nanti naik nafsu syahwat imam tak ke naya? ...


puteri balqis kan tak pernah tengok batu marmar yang digilap sampai licin macam air.tu yang dia jakun...dia ingatkan air.lagi pon dia tak pernah tengok dekat dalam wilayah jajahan dia.


kalau gilap guna daun jambu batu dan batu kapur agak-agak boleh kilat tak?
Author: sayapghaib    Time: 26-5-2009 11:53 AM
Originally posted by edy137 at 25-5-2009 00:11
dah masuk UFO pulak.. petikan Qalam tersebut membawa maksud itulah.. bukan tersirat..

UFO itu semua dari kalangan JIN..


he he.bukankah Jin yang menjadi tukang periuk dan piring itu semua.Perlu di ingat teknologi zaman tu sangat canggih.Peralatan menyelam seperti Kapal Selam dah wujud di zaman Nabi Sualaiman A.S.Satu lagi teknologi lipat bumi pun berkembang luas pada masa tu.Sekarang ini ada laporan yg CIA tengah mengkaji Al Quran berkenaan dengan Transportation ke teleportation ntah,bab lipat bumi.

[ Last edited by  sayapghaib at 26-5-2009 11:59 ]
Author: hamizao    Time: 30-5-2009 06:09 PM
Old Testament memang ada sebut ttg OPHIR...3 tahun berlayar kapal baru sampai balek.
OPHIR adalah juga nama seorang cucu pada Eber / Abir (keturunan dia dipanggil "Hebrew";)
Bapa Ophir ialah Yoktan adik kepada Peleg dan mereka hidup sezaman dengan Nimrod.

Semasa zaman diaspora ada yang berhijrah sejauh "kepulauan yang jauh". Ada  kajian dari Filipina pula yang menyatakan bahasa2 Sri Vijaya yaitu Bisaya dan Tagalog adalah bahasa Hebrew kuno. mereka juga punya bukti adanya kesan lombong emas yang berusia kira2 dari 1000 BC. Apabila orang2 Spanyol tiba , mereka dapati orang2 Moro biasa dengan kerja  lombong emas , besi dll Meraka kata Ophir adalah nama Filipina sebelum ditukar  mengambil sempena nama King Philip.

Boleh difikirkan bersama.........

[ Last edited by  hamizao at 31-5-2009 23:18 ]
Author: TimahMulia    Time: 31-5-2009 10:58 AM
Originally posted by cikepong08 at 25-5-2009 09:04


puteri balqis kan tak pernah tengok batu marmar yang digilap sampai licin macam air.tu yang dia jakun...dia ingatkan air.lagi pon dia tak pernah tengok dekat dalam wilayah jajahan dia.


k ...


rasanya lebih praktikal kalau kita gosok2kan jambut batu n kapur kat bawah armpit..
baru jadi mcm ketiak artis.. tapi tak termasuk ketiak dayang nur faizah le
Author: Dunhill.    Time: 1-6-2009 11:01 PM
Siapa Kata sejarah tu merepek.Yg kata merepek tu lah sebenaqnya benak. Hang nak tau tak the tribe memang hadir di nusantara mencari 'Promising Land', depa bawak sekali At-tabut As-Shekinnah bersama-sama dlm perjalanan tu.Al-Asbaath(The 2 tribe keturunan anak-anak nabi Yaakob yang 12) mengembara dengan Nabi Musa serta nabi Harun A.S keluar dari bumi Firauan yakni Mesir.Mereka lari dari Firaun Menrere II atau Pepi II pada 2200 SM.Perjalanan mereka melalui 'Jalan Sutera' @Silk Road @ Old king highway lalu masuk ke banjaran gunung Himalaya.

Sebelum tu depa tempuh banjaran karakoram di negeri Parsi merempuh bandar Agade di IRAQ.Di gunung Himalaya ini lah sesetengah pihak kata ianya gunung Melayu @Malaya.Di sana depa tinggal beberapa sign (tengok bendera negeri tibet ada tanda 12 tribe) pastu pulak di monasteri tok sami tibet ada mohor gambar singa ala cap mohor raja Parsi.Ok tu asal sesetengah pndpt mengatakan bangsa Nepal tu adalah Naphtali (Al-Asbaath).

Ok dari Himalaya sana 12Puak bani Israel turun lagi ke Kanaan@Kina @Cina tetapi depa tak berani masuk Kina@Cina fasal bangsa dia ganas sangat pastu (ingat tak bila Allah Taala perintah 12puak Israel masuk ada satu wilayah ni depa tak mau pasal gentar dgn kekuatan bangsa itu tadi.Lalu Allah Taala laknat 12puak Israel merana dan melarat tanpa tuju selama 40 tahun.Tu pasal ada isitlah kota larangan @ forbiddden city @kawasan larangan wujud lama sebelum Shih Huang Ti lagi.Shih Huang Ti ni dikatakan Islam dengan pangkal 'Shih' itu sebenaqnya bermaksud 'Shikh @sheikh' (rujuk blog sejarah negara Kedah).

Pastu lg dlm blog sejarah negara Kedah ada kata dlm sulalatus Salatin ka tak silap ada sebut keturunan Raja2 Melayu ada pertalian dengan Maharaja Cina sampai Maharaja Cina hantaq perutusan nak erat silaturahim yg mempunyai moyang yang sama yakni jalur keturunan Nabi SulaimanA.S anak kepda Nabi Daud cicit kepada Nabi Yaakob A.S anak kepada Nabi Ishak iaitu putera Ke-dua Nabi Ibrahim a.s dengan Siti Sarah.Darah keturunan ini lah menerusi 12tribe atau Al-Asbaath mengembara cari promising land dengan nabi musa a.s dan nabi haron a.s.

Di Cina tu tadi 12tribe masuk Daerah Yunnan berdekatan Xiamen atau Xian,ianya satu wilayah yg juga terletak makam Shih Huang Ti.Dari Xiamen atau Xian ini dikatakan puak 12 Israel keturunan dari Al-Asbaath mengembara sampai Asia Tenggara lalu membentuk penempatan atau kerajaan 12puak israel di Kambujudesa ,pada hari ini terletak dlam wilayah Kambodia.Disinilah bermulanya era pemerintahan salah satu keturunan al-Asbaath yakni keturunan anak nabi Yaakob a.s yg kedua Shimon@Simeon lalu disebut berkurun-kurun lamanya mengikut pelat tempatan menjadi Siam.

Bangsa Melayu keturunan Siam adalah pembuka kerajaan Funan (Lord of the mountain) mountain mana tu? dah tentu Himalaya yg awal moyang al-asbaath merangkak lari dari Firaun Pepi II.

Siam juga diberi penghormatan oleh Iskandar Zulkarnaian yg datang ke nusantara mencari Uyun Hayah dengan mengelar puak Siam adalah Summu Ul-Amir = bangsa berderjat tinggi beraja mulia.Siapa raja mulia tu ? sama ada nabi sulaiman a.s yang membina haikalnya di Kambujuddah @kambodia pada hari ini di atas tapak Angkor Wat dimana lokasi ni sejajar dengan Baitul Maqdis.Pasal gelaran Summu Ul Ammir hangpa kena rujuk statement dlm blog sejarah nagara Kedah,K.Seterusnya Kerajaan Funan(funan istilah bahasa Cina 'Lord of the mountain), ini pun rekod Funan didapati dlm kerajaan Cina.Kerajaan Lord of the Mountain dlm bahasa Melayu aku tak tahu nak tau carik sendiri,
Ok bila kerajaan dinasti Han (Lama stelah Shih Huang ti mati) melebarkan empayarnya maka puak2 Cina selatan desperate lalu redah Indo-China.

Puak2 China Selatan yang dimaksudkan ini puak cina Thai,Viet,Mon-Khmer,Laos(darah monggol),,mmm lagi apa yek argh hangpa rujuk link forum ni http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=4314. bila mana puak Cina desperado ni tertekan masuk Selatan maka kerajaan Funan diserang berkali2 so Funan pun lemah jatuh lalu dinasti keturunan Raja Funan lari jauh ke Selatan bina kerajaan Sailendra maksud dlm Sanskrit pun 'King of the Mountain' so nak kekalkan memori keturunan ni turun dari mountain Himalaya ok.Ini teori dari George Coedes France Historian,k .

That why bila raja mon-khmer nak bina kerajaan Angkor Khmer,Jayavarman7ka kalau tak silap pi Sailendra nak mintak pertabalan dari keturunan lord of the mountain nak dpt title devaraja.Tilte keturunan dinasti Melayu Funan ada persamaan dengan tilte keturunan dinasti Sailendra,Sriwijaya dan Sanjaya.Ini di sokong oleh George Coedes ttp dibantah sarjana lain.Seolah2 ada puak lain yg curi legasi keturunan dinasti Funan dengan menciplak title raja2 Funan.Salah satu penciplak itu ialah dinasti Angkor kalau x silap saya.Maka keturunan raja2 melayu Siguntang memang dari darah raja Lord of the Mountain @Funan bilamana parameswara berdarah raja dinasti Sailendra @King of the Mountain.Even puak thai pun cuba curi title Siam menerusi kesepakatan dgn Inggeris menerusi perang musuh bisik 1872 kalau tak silap(ni hangpa masuk lah blog sejarah negara kedah lagi) .

Bukti artifak ialah Angkor wat, cuba hangpa kaji angkor ni banyak sign tentang sejarah di atas cuba baca link blog ni http://www.godkings.com/mainpage.html
Ni mamat mat Salleh ni Freelance terpulang la hangpa nak kata merepek ka, gila ka tapi kaji lah dulu dlm pelbagai rujukan dan compare it!!!

Fuiyoh letih beb nak cerita sejarah melayu ni, ni belum lagi citer link dengan Lemuria Atlantis pastu keturunanan nabi Nuh yang memakmurkan tanah bekas Atlantis /Lemuria ni ,ada lagi last sekali link dengan ahlul bait ,maka bercantumlah  dua keturunan nabi Ibrahim a.s yakni keturunanan nabi ishak menerusi Al-asbaath serta keturunan Ismail menerusi Ahlul Bait.Wow berwarna-warni nya Sejarah Melayu ni.

Nampak tak jejak-jejak cantuman ni Keturunan Nabi Ibrahim a.s,keturunan nabi Sulaiman a.s anak nabi Daud dan keturunan Nabi Muhammad a.s menerusi ahlul-baitnya (rujuk hadis dari riwayat Saad Bin Waqas).

Satu lagi korang kena faham Keturunan Lemuria/Atlantis ada pelbagai ras mengikut warna kulit @varna kasta ni masih diamalkan dlm agama hindu peninggalan tamadun atlantis.Brahmin(pendeta) =putih,Kesatria(Royal,pemerintah)=merah,Vaisya(peniaga,petukang)=Kuning/Cina, Sudra(khadam,pembantu)=Hitam.
Ok back tu cantuman dua keturunan ini akan munculny yang dicari-cari baik lawan dan kawan.Pk2 lah yerr.

kredit : fossil
Author: Dunhill.    Time: 1-6-2009 11:14 PM
Originally posted by hamizao at 30-5-2009 18:09
Old Testament memang ada sebut ttg OPHIR...3 tahun berlayar kapal baru sampai balek.
OPHIR adalah juga nama seorang cucu pada Eber / Abir (keturunan dia dipanggil "Hebrew";)
Bapa Ophir ialah Yo ...

Bahasa Tagalog dan Visayas berasal dari bahasa Sri Vijaya ??? wow menarik..
Author: hamizao    Time: 14-6-2009 06:24 PM
Title: Reply #41 Dunhill.'s post
Memanglah dari dulu lagi manusia dok cari Lombong Emas Raja Sulaiman. Jadi tiap kali Mat Salleh jumpa bukit/gunung yang ada emas depa berikan nama Ophir. Itulah sebabnya ada beberapa tempat yang bernama Ophir di dunia.

Kisah yang amat popular ialah dipercayai Ophir yang asal ialah di Afrika.

[ Last edited by  hamizao at 16-6-2009 21:01 ]
Author: thamrong    Time: 14-6-2009 08:04 PM
Mt. Ophir ni nama gelaran gunung Ledang yang diberi oleh pegawai jabatan ukur British di Straits Settlement yang berpusat di Melaka. Tidak ada kena mengena dengan sejarah silam Hebrew Solomon. Dalam cartography maritine tentera laut dan kapal dagang memang tempat itu di nama Mt Ophir. Digunnakan sebagai beacon dalam urusan pelayaran di Selat Melaka. Jug gunung Jerai di Kedah si utara semenanjung.
Author: Dunhill.    Time: 14-6-2009 10:43 PM
Title: Reply #43 thamrong's post
maknanya ramai petualang Barat dtg ke sini dan Sumatera utk mencari emas pd kurun ke 15 & 16 utk mencari emas yang dikatakan itu hmy3: hmy3:
Author: thamrong    Time: 15-6-2009 02:30 PM
Title: Balas #44 Dunhill.\ catat
Correction  bro!
Orang barat menjelajah keNusantara untuk mencari rempah ratus bukan emas. Monopoli Belanda menyebabkan British datang ke Timur untuk tujuan menjajah.
Cerita melombong mas dan perak memang tertulis dalam annal Imperium China. Di semenanjung ada legenda yang mengatakan orang-orang Siam pernah ke Pahang dan Trangganu untuk melombong mas. Mas juga terdapat di Sarawak tetapi diusaha oleh rayaat dari tanah besar China kira 400 tahun yang lampau. Kelompok China banyak terdapat di daerah Sarawak Samba dan Pontianak di waktu sehinggakan Ketua asli tempatan ( orang Melayu dan Dayak) tidak dapat mengawalnya untuk tujuan cukai.
Author: yaminz    Time: 15-6-2009 06:44 PM
Title: Reply #2 WonBin's post
Bukan sbab byk emas, tapi pusat pdagangan utama d rantau asia...
Author: tutankhamun!    Time: 17-6-2009 12:43 AM
Originally posted by Dunhill. at 14-6-2009 22:43
maknanya ramai petualang Barat dtg ke sini dan Sumatera utk mencari emas pd kurun ke 15 & 16 utk mencari emas yang dikatakan itu hmy3: hmy3:


petualang Barat paling cilakak Tome Pires byk memanipulasi sejarah silam Tanah Melayu,
mungkin jgk sbb masing2 seantero dunia nie ada nyatakan bukti mount ophir ditempat mereka
jadik generasi yg kemudian hari disogok dgn cerita2 legenda tempatan ...kemungkinan ..




Welcome CARI Malay Forums (http://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X2.5