View: 8019|Reply: 52
|
Dynas akui tak bertegur sapa dgn pelakon Ezora.. sape??
[Copy link]
|
|
Dynas akuiRap | TIADA angin, masakan pokok bergoyang. Begitulah mula diperkatakan berikutan timbul gosip hangat di sebalik drama Ezora, kononnya ada di antara pelakon mereka tidak bertegur sapa di lokasi. | Ia berpunca gara-gara rasa tidak puas hati sesama mereka sehingga berlaku perselisihan.
Keadaan menjadi kompleks apabila ada yang mendakwa pelakon drama disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di TV3 itu, mula berpuak-puak dan memusuhi antara satu sama lain.
Seorang pelakon Ezora, Wan Intan Edrinas (Dynaz) Datuk Wan Mokhtar ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Aidilfitri rekaan Michael Shu, tidak menafikan cerita hangat diperkatakan itu.
Bagaimanapun, katanya isu berkenaan sudah diselesaikan dan hubungan antara pelakon kembali baik.
"Saya tidak tahu bagaimana cerita ini boleh tersebar kerana ia hanya membabitkan orang di dalam produksi drama Ezora saja. Kalau boleh saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara itu.
"Saya bimbang jika tersalah cakap, ia kelak mengguris hati pihak lain kerana hubungan dingin sesama kami sudah dapat dijernihkan kembali. Jika boleh usahlah dibesar-besarkan. Biarlah apa yang berlaku hanya diketahui sesama kami," kata Dynas cuba mengelak beri komen panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
loo sape la pulak nak bermasam-masam muka Ni?
tak Elokla dah besar panjang nak gaduh-gaduh |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes plak..
dynas xtegor sape ni?... |
|
|
|
|
|
|
|
saper plak nehh..xkan ngan fazura??? |
|
|
|
|
|
|
|
tensen kot belakon citer mcm kalut lg mengarut tue..
tue yg perang sesama sendirik tue.. memasing sakit kepala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungan kembali jernih
Rap
SEKALIPUN cuba mengelak apa terjadi di sebalik drama Ezora, sebaik didesak Wan Intan Edrinas Datuk Wan Mokhtar atau Dynaz, berkata masalah peribadi mengakibatkan mereka berselisih faham.
Saya sendiri menghadapi tekanan membabitkan masalah peribadi, tetapi ia tidaklah terlalu berat. Bukan nak kata, sebagai rakan saya turut bersimpati dengan masalah dihadapi teman lain dalam Ezora.
Sekadar contoh pelakon utama drama ini, Fazura kini masih lagi berhadapan dengan kes pergaduhan yang di bicarakan di mahkamah. Begitu juga dengan Beego, masalah perceraiannya masih belum selesai.
Apabila berhadapan dengan perkara seperti ini menye babkan tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya pada kerja. Tidak dapat tidak hal ini membuatkan pelakon lain tidak puas hati,?katanya.
Kata Dynaz, kesalahan tidak boleh diletakkan kepada pelakon yang berasa tidak puas hati kerana mereka tidak tahu kedudukan sebenar.
Selepas timbul perselisihan faham dan ada antara pelakon mula meluahkan perasaan barulah masing-masing tahu dan faham. Perselisihan faham berlaku bagaimanapun tidak ber panjangan.
Selepas mendapat penjelasan, semua pelakon kembali bermaaf-maafan dan memberi tumpuan kepada kerja. Me reka juga tidak simpan di hati dan melaksanakan tugas dengan penuh profesional,?katanya.
Dynaz akui perkara terjadi sedikit sebanyak menyebabkan dia berasa sedih, apatah lagi mereka yang membintangi drama itu terdiri daripada rakan-rakan rapatnya.
Justeru saya bercadang mahu mengurangkan tumpuan kepada bidang lakonan selepas ini kerana apa yang berlaku benar-benar memberikan pengajaran dan tekanan pada diri.
Sekarang saya bersama seorang lagi teman artis iaitu Awal, mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan fesyen. In syaAllah sekiranya segala perancangan berjalan lancar saya akan membuka butik pakaian tidak lama lagi.
Selepas itu saya akan memberi tumpuan pada perniagaan. Sekiranya mahu berlakon saya akan nilai dulu skrip dan siapa pelakonnya. Bidang lakonan pada saya pada waktu itu bukan sebagai mata pencarian utama, tetapi lebih kepada minat,?katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak la xnak bertegur saper ke...nk gaduh ke...nak guling2 ke..janji drama Ezora best.... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bukan dynas je kot...ikut pada berita...mmg ada masam2 muka..tp wartawan cuma dpt kan komen dr dynas je...so maybe bole sapa2 je kot...
onnie ngan yg lain2 ke..maklum la..dlm drama tu..onnie kan jahat |
|
|
|
|
|
|
|
kalo betul dah baik semula....tak yah le reporter nak gali2 lagi...anggap dah selesai je sudah lah.....esok2 dek tulisan2 provokasi ni kang...benda yg dah baik pun boleh jadik harubiru balik... |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon lain tak puas hati kut
coz fazura n beego takleh focus on diaorang nyer keje
tapi kene fahamlah yang diaorang ade masalah besar
dynaz pun ader personal prob..
huhuhu
biasalah kes tak puas hati ni
yang penting fahami masalah orang lain...
fazura n beego pun kene faham pelakon lain pun cari makan gak
n maybe dorang pun sebuk
saling memahami membawa bahagia... |
|
|
|
|
|
|
|
oo..ye ke.dah2 la kalau dh baek.korek2 kang gaduh beso blk.cube la phm reporter oi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ngan pakcik tu kot... |
|
|
|
|
|
|
|
gaduh ngan pak zaki kot...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ngn Onni lah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|