CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
View: 32348|Reply: 22

PENCARIAN 10 TEMPAT PALING MENARIK DI PERAK

[Copy link]
Post time 4-8-2008 11:55 AM | Show all posts |Read mode

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Harap kome semua boleh tolong aku

Senarai  10 tempat yg paling menarik untuk dilawati di Negeri Perak

Sbb aku bnyk dpy pertanyaan dari forumer negeri lain, apa tempat yg boleh dilawati di Perak

Kalau boleh biarlah ianya Asli dan semula jadi atau peninggalan sejarah

Dan bila dah dpt senarainya kita akan mengundi bagi menentukan pilihan terbaik yg disyorkan oleh Forumer Perak seandainya sesapa nak lawatinya

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 12:10 PM | Show all posts | Share
ok..teman try listkan ikut kriteria mike..

'Kalau boleh biarlah ianya Asli dan semula jadi atau peninggalan sejarah'...

1. KOTA BELANDA (PULAU PANGKOR)

Kota Belanda terletak di Pulau Pangkor, kira-kira 100 meter dari pantai.

1670 Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.

1690 Rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini .
1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini

Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah .

1824 Belanda dan Inggeris secara tak rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara.

1973 Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.

1997 Kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan perlancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cendera mata ada di sini.

2. LEMBAH BELUM (GERIK)

Lembah Belum merupakan sebuah kawasan hutan simpan yang melebihi 130,000 hektar di hulu Sungai Perak, Perak Utara, Malaysia. Sebahagian Lembah Belum telah ditenggelami air berikutan pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1974, dan kini kemuncak banyak bukit dahulu telah menjadi pulau-pulau di tengah-tengah sungai seperti Sungai Sara.

Lembah Belum adalah kaya dengan hidupan liar serta spesies tumbuhan dan walaupun terpencil, kini semakin popular sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi mereka yang merupakan pencinta alam.

Selain daripada mengunjungi Hutan Simpan Belum untuk melihat pokok bunga Rafflesia yang merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia, pelawat-pelawat juga dapat menyertai safari sungai di Sungai Sara untuk melihat bukit-bukit yang telah ditenggelami atau untuk membuat perjalanan jauh (bahasa Inggeris: jungle trekking) dalam hutan. Jika bernasib baik, pelawat-pelawat juga akan dapat melihat sesetengah haiwan dalam persekitaran semula jadi. Bagaimanapun, haiwan-haiwan di sini amat susah dilihat disebabkan hutan yang amat padat.

Beberapa perkampungan orang asli terdapat di sini; malu dan mengamalkan cara hidup sederhana, orang-orang asli ini adalah mampu diri.

3. MASJID UBUDIAH (KUALE KANGSOR)

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28. Pembinaan Masjid Ubudiah pernah tertangguh apabila dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan telah berkelahi yang mengakibatkan jubin marmar yang dibawa masuk dari Itali untuk pembinaan masjid tersebut habis pecah. Ketika Perang Dunia II, Masjid Ubudiah juga pernah mengalami kerosakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 12:15 PM | Show all posts | Share
sambung...

4. Kompleks Sejarah Pasir Salak

'Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli bin Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British.

Perang perak bermula da terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British. Residen British yang pertama di Perak ialah JWW Birch yang buta jiwa Melayu, tuli kepada bahasa Melayu dan naif dengan budi bahasa.

Oleh itu Jabatan Muzium dan Antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada dan menambah bangunan-bangunan kekal lain. Bangunan sedia yang ada di sana ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, tiga buah rumah kutai dan tebing sungai.

5. Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan tasik ini mencapai hingga 62 hektar.

6. Gua Tempurung (Gopeng)

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.


Gua Tempurung di Gopeng, PerakGua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

7. Air terjun Lata Kinjang (Tapah)

Air terjun yang ketinggiannya mencecah 850 meter ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikuti jalan Persekutuan yang jaraknya kira-kira 13 kilometer menuju ke pekan Cenderiang iaitu sebuah pekan lama yang paling hampir dengan kawasan air terjun tersebut.

Selain bermandi-manda, ada juga pengunjung yang datang ke sini mengambil kesempatan untuk berkelah, mengadakan aktiviti riadah dan lasak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 12:19 PM | Show all posts | Share
sambung...

8. Istana Kellie (batu gajah)

Bangunan Kellie's Castle atau Kellas House telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lif iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen.

Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan Kellas House itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang dalam keadaan 'sedang dibina' adalah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

9. Santuari Burung Kuala Gula

Kuala Gula mempunyai pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. ladang-ladang kelapa sawit dan kawasan sawah padi juga mempunyai liputan yang luas di Kuala Gula. Ia terletak di lokasi paling utara hutan Simpan Paya Bakau Larut-Matang di Daerah Kerian, Perak. Kedudukannya lebih kurang 50km ke barat Taiping, 126km ke barat-laut bandar Ipoh dan 80km ke selatan dari Pulau Pinang.

10. Gunung Bubu (Perak)
Gunung Bubu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Ketinggiannya 1,568 meter.

Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.

..
itu je..banyak lain lagi...boleh tambah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 01:17 PM | Show all posts | Share
wahhhh...dainese ni byk informasi ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 01:36 PM | Show all posts | Share
kat maxwell hill pon ok gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 02:10 PM | Show all posts | Share
Originally posted by adnilsa at 4-8-2008 01:17 PM
wahhhh...dainese ni byk informasi ya



alah..skang nih kan ke jaman di ujung jari jer...taip je kat google...semua keluo...
maxwell hill lame dah teman idak pegi..dulu last mase sekolah menengah...jalan kaki sampai atas...turun naik land roba..penin kepale dibuatnye...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 02:34 PM | Show all posts | Share
jangan lupa...suruh deme pegi galeri sultan azlan shah....
bangga giler aku jadi rakyat perak ada seghotan yang bijak cam tuanku....

taiping war memorial....

muzium tepen.....penjara tepen (paling tua kat malaysia)....

night safari kat zoo tepen...

muzium bakau kat port weld....

last sekali kalo deme dah tak tau mana nak pegi...deme leh pegi ke Pearl Centre kat taman tasik taiping....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 02:47 PM | Show all posts | Share
aku punya cdg lak

1) Beting Beras Basah - Bgn Datoh

2) Pulau Sembilan -

3) Pulau Pangkor

4) Masjid Ubaidah  Kuala Kangsar

5) Kolam Air Panas Sungkai

6) Menara Condong Teluk Intan

7) Taiping - Bandar Warisan Sejarah

8) Gua Tempurung

9) Pasir Salak - Kota Sejarah

10) Tasik Banding
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 02:48 PM | Show all posts | Share

Reply #4 dainese's post

fush siap detail lagi tu

apa2 pun time acih
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 03:44 PM | Show all posts | Share

Reply #2 dainese's post

caya la yop....
hebat nyer kome yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:04 PM | Show all posts | Share
errr ctaz..atee..ape beby avatar tuh ngomei...nguit2 je mulut dier...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:10 PM | Show all posts | Share
Originally posted by dainese at 4-8-2008 04:04 PM
errr ctaz..atee..ape beby avatar tuh ngomei...nguit2 je mulut dier...hehehe...


nak susu...nak susu.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:24 PM | Show all posts | Share
hahaha...nak tutu..nak tutu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:48 AM | Show all posts | Share
sekolah paling bersejarah dalam malaysia ni, tak harus dilupakan.  iaitu, kolej melayu kuala kangsar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 01:43 PM | Show all posts | Share
kawasan limau bali kat ipoh tak boleh senarai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 12:42 PM | Show all posts | Share
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
  • Ipoh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2008 04:33 PM | Show all posts | Share
Rumah mak teman salah satunya.....hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:29 PM | Show all posts | Share
kat menara condong, teluk intan tak ada apa2 pun...

ada budak2 muda dok beromen je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:16 AM | Show all posts | Share
Originally posted by nasuha30 at 9-8-2008 10:29 PM
kat menara condong, teluk intan tak ada apa2 pun...

ada budak2 muda dok beromen je...


beromen kat mane? menare condong tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 09:18 AM | Show all posts | Share

Reply #19 nasuha30's post

btoi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 01:22 PM | Show all posts | Share

Reply #20 TheOne's post

kkekekkee.....one...kalau pasal hal nie...laju jer ko posting ek....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2008 04:09 PM | Show all posts | Share

Reply #16 TheOne's post

Nak tanya gak apa Istimewanya dia

ad gambor tak Pak WAn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

Pesanan penting Segala pendapat dan pandangan yang dikongsi di ruangan forum atau halaman yang berkaitan merupakan pandangan peribadi individu dan tidak sesekali mewakili pendapat/pandangan CARI. CARI juga tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan yang dikongsi. Oleh kerana forum beroperasi dalam waktu sebenar atau 'real time', CARI tidak, dan tidak dapat menapis sebarang bentuk penyampaian dari pengguna setiap masa, namun CARI menggalakkan setiap pengguna mengamalkan budi bicara serta budaya hormat-menghormati untuk tidak menggunakan sebarang perkataan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat,mengganggu, memfitnah, kasar, lucah, mengeji, menceroboh privasi orang lain, bersifat kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya. CARI berhak untuk menahan dan/atau mengeluarkan mana-mana pautan yang berkemungkinan sebagai individu, entiti atau kumpulan yang berpotensi mewujudkan rasa malu dan fitnah. CARI juga berhak untuk menerima, edit dan / atau mengeluarkan apa-apa pautan yang dianggap tidak sesuai dalam mana-mana cara/keadaan/bentuk/situasi/kaedah.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Infonet

30-8-2015 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061540 second(s), 13 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list