CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11508|Reply: 8

Solat Orang Sakit...

[Copy link]
Post time 18-8-2008 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wrt. wbt.,
Persoalan yg nak saya ketengahkan ini bukan berkaitan dgn cara solat utk orang sakit... yg hendak saya ketengahkan ini bagaimana orang sakit boleh solat...

kes pertama, di wad hospital... katilnya sudah disusun sedemikian rupa... perlukah katil pesakit diubah mengarah ke arah kiblat apabila dia hendak bersolat?..salah satu syarat sah solat, mengadap kiblat!...

kes kedua, salah satu syarat sah solat mestilah suci dpd najis... bagaimana keadaannya jika pesakit itu sentiasa menanggung pundi kencing / pundi najis di luar badannya?... selagi di dalam badan, kencing atau tahi, tidak najis... bukan begitu? apabila sudah keluar dari badan jadi najis! ...

kes ketiga, menutup aurat... khususnya pesakit perempuan... adakah dia mendapat kelonggaran dpd syarat menutup aurat semasa solat, hanya menampakkan muka shj?...

kes keempat, jika ada anggota wuduk yg tak boleh diwudukkan, kita boleh tayamum sbg ganti wuduk... anggota tayamum adalah tangan dan muka... macam mana pulak jika anggota tayamum ini terhalang, misalnya kena balut atau kena simen?... sudahlah tak boleh wuduk, sekarang ni tayamum pun tak boleh? apa nak buat?...

[ Last edited by  lebaimandraguna at 18-8-2008 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 12:18 PM | Show all posts

Reply #1 lebaimandraguna's post

Salam,

kes kedua- my biras ada masalah ni. was told, masa nak wuduk, kena clean ie kenalah bersihkan pundi tu,selepas ambik wuduk, if ada terkeluar, dimaafkan. ada terbaca somewhere (tak ingat magazine/buku apa) wallahualam.

kes 4- my mum sekarang dalam situasi exactly the same, tangan patah (robery victim), tangan bersimen. ada tanya ustaz & dua2 kata, ambil wuduk spt biasa, xcept tangan tu. ie, kumur, basuh tangan, muka, lengan sebelah ok tu. stop and tayamum - muka & tangan...tangan yg simen tu kira syarat sajalah buat kat tpt yg expose sj. lepas tu sambung balik basuh kaki dgn air- siaplah.

wallahualam, mungkin juga ada pendapat lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 01:49 PM | Show all posts
Saya cuba jawab berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian saya menjaga beberapa orang ahli keluarga yang sakit

kes pertama, di wad hospital...
Doktor dan nurse pun sebenarnya faham kepentingan solat ke atas orang sakit. Kita boleh minta katil pesakit di hadap/hala arah kiblat bila tiba waktu solat...katil hospital biasanya beroda..
kalau pesakit boleh duduk, lebih mudah...dudukkan di kerusi malas atau wheel chair..dalam kes bapa saudara saya, bila kelurga minta dengan nurse nak solat...pesakit dipindahkan dalam bilik yang hanya ada 4 katil dan katilnya memang dihadapkan ke arah kiblat...tak ganggu susunan katil lain..Alhamdulillah Yang penting, cuba dulu,minta kebenaran dari nurse atau doktor baik-baik...kalau terpaksa tolak katil arahkan ke kiblat pun bukan lama...lebih kurang sepuluh minit selesai solat, kita betulkanlah  kedudukan katil nya...tak ada masalah..Andai selepas diusahakan, tak dapat kebenaran mengubah katil, tunaikan lah solat juga sekadar kemampuan....jangan dek sebab itu pesakit meninggalkan solat...andaikan  macam solat dalam kenderaan ..kita solat tidak mengadap kiblat pun..

kes kedua, salah satu syarat sah solat mestilah suci dpd najis...
Najis yang di salurkan keluar dalam bag/kantung najis tu harus dibawa solat sebab najis itu berada dalam kantung plastik, bersih dan tiada najis yang  melekat/ menitik pada badan..sekiranya najis terkeluar sewaktu solat, itu dimaafkan kerana penyakit.....hal ini
sama kaedahnya  dengan perempuan istihadhah...sebelum solat bersihkan tempat keluar darah, balut tempat kelur darah  dengan kain atau kapas dan solat lah...seandainya keluar juga darah ketika solat, dimaafkan kerana penyakit...


kes ketiga, menutup aurat...
Mudah saja menutup aurat seandainya pesakit berbaring...tutup saja anggota badan dengan selimut atau kain  bersih..kalau perempuan tutupkan kepala dan leher dengan kain dan selimut sampai tertutup seluruh auratnya..tak perlu susahkan pesakit  memakai telekung..asal saja menutup aurat dengan apa cara sekalipun sudah sah solat..

kes keempat, jika ada anggota wuduk yg tak boleh diwudukkan

lalukan air atau tayammumkan ke atas anggota yang sakit (berbalut) sebagai syarat sahaja...sudah memadai...
contohnya sewaktu menjaga pesakit tangan bersimen, wudukkan anggota lain macam biasa, tangan yang bersimen tu tayammumkan ....ini kerana tangan ialah anggota tayammum...sebaliknya jika kaki bersimen, (kaki bukan anggota tayammum) pembantu yang mewudukkan pesakit tu hanya perlu lalukan tangannya( tangan pembantu)  yang disiram air  ke atas  simen kaki itu sebagai  syarat sahaja ..tak usah lah disiram pulak kaki bersimen tu... nanti datang mudarat yang lain pula.
Wallahua'lam, harap dapat menjawab soalan.

Sekadar ingatan untuk diriku sendiri:
Bila seseorang sakit, orang sekeliling terutama anak/saudara-mara perlu memastikan pesakit tetap menunaikan  solat meskipun sekadar kemampuannya yang terbatas YER lah...nak harap orang yang sakit tu sendiri dah tentu dia dalam keadaan tak stabil fizikal dan celaru fikirannya. Jadi tugas mengingatkan pesakit waktu solat, bantu pesakit wudhu dan permudahkan urusan solat itu menjadi tanggung jawab orang yang sihat.Islam itu mudah dan tidak menyusahkan....
keaadapun kekurangan yang berlaku kerana keuzuran itu, kita mohon keampunan Allah. Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadah pesakit dan meringankan penderitaannya.Asal saja pesakit tidak meninggalkan solat kerana perlu diingat, orang yang sakit hanya ada dua jalan iaitu jalan untuk pulih sihat semula atau jalan untuk bertemu Allah.Andai dipilih bertemu Allah, biarlah dalam keadaan bersolat.

[ Last edited by  pinatbate at 18-8-2008 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2008 04:02 PM | Show all posts
memang betul kata tuan pinatbate... orang yg menjaga orang sakitlah yg bertanggungjawab mengusahakan pesakit utk solat ... tapi terkadang2 kita terlupa yg ini, yg kita dok pentingkan, makan dia, dan makan ubat... tapi sebenarnya bukanlah mudah menjaga orang sakit ...

berbalik kpd masalah yg saya ketengahkan ... dlm kes nak alih katil ke arah kiblat, saya tanya seorg ustaz, dia kata tak payah alih... sebab darurat... mintak komen tuan/puan2...

tuan pinatbate... maksudnya najis yg tertakung di dlm pundi plastik tu tak dikira najislah?...

terfikir jugak saya, macam mana dgn yg accident, tangan atau kaki yg tergantung... jenuh jugak nak membungkusnya?...

bukankah, kalau kita wuduk, kita tak payah tayamum... kalau tayamum, tak payah wuduk... mengapa separuh kena wuduk, separuh kena tayamum?... tak boleh satu saja, kalau wuduk, wuduk shj... kalau tayamum, tayamum shj?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 06:56 PM | Show all posts

Balas #4 lebaimandraguna\ catat

Tuan Lebaiman,

berbalik kpd masalah yg saya ketengahkan ... dlm kes nak alih katil ke arah kiblat, saya tanya seorg ustaz, dia kata tak payah alih... sebab darurat... mintak komen tuan/puan2...

sebagaimana yang saya tulis tadi, kita usahakan dulu...minta kebenaran doktor atau nurse..jika tidak dapat kebenaran mengalihkan katil mengadap kiblat barulah dikira darurat..lagi pun mungkin pada situasi tertentu pesakit tidak boleh digerakkan terlalu banyak atau alatan perubatan seperti wayar dan sebagainya sukar dialihkan..pada ketika itu ya, dikira darurat..



maksudnya najis yg tertakung di dlm pundi plastik tu tak dikira najislah?...

najis itu tetap najis...tetapi  sifat najis itu terpisah daripada  badan dan keadaan kantung plastiknya yang bersih , tidak menyebabkan kekotoran melekat pada anggota orang yang solat....berbeza dengan pesakit yang ada najis dipunggung misalnya..keadaan begini nyata tidak sah kerana najis itu melekat pada badan ( punggung ).

mungkin juga boleh minta nurse tanggalkan sebentar kantung najis dan pasang semula selepas solat, atau pasang kantung baru yang kosong setiap kali nak solat...rasanya tak jadi masalah melainkan menambah kerja nurse lah...

( Tambahan mungkin boleh dijadikan contoh seumpama: )
Anak kecil yang memakai diaper..mengandungi najis di dalamnya...bermain atau duduk dipangkuan atau di belakang badan ibu yang sedang solat, sedang diyakini najis itu duduk diam dalam diaper tak tercicir atau mengotorkan tubuh , tempat atau pakaian solat ibunya, solat ibu itu sah..tak ada masalah.



bukankah, kalau kita wuduk, kita tak payah tayamum... kalau tayamum, tak payah wuduk... mengapa separuh kena wuduk, separuh kena tayamum?... tak boleh satu saja, kalau wuduk, wuduk shj... kalau tayamum, tayamum shj?..

Tayammum yang tuan nyatakan di atas ialah untuk mengangkat hadas menggantikan wuduk kerana ketiadaan air.
Tayammum yang kita bincangkan ialah dalam situasi ada air tetapi anggota wuduk tidak boleh kena air kerana sakit atau berbalut...Jadi, kita wudukkan anggota yang tidak sakit macam biasa, hanya yang sakit atau berbalut saja kita tayammumkan sebagai mengganti wuduk..

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 10:05 PM | Show all posts
2 tahun lepas, tahun 2006, pergelangan tangan kroit patah, tergelincir..

kena balut sampai ke siku, ..

nak amik wuduk cam biasa, lumur sikit air atas simen tu.. jangan banyak2, nanti simen tu cair..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2008 12:59 AM | Show all posts
ada tak cara cara solat semasa sakit ni...
boleh bagi link  ker atau maklumat nya..
sesiapa saja ...
sebel;um tu terimakasih dululah pada yang sudi ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 12:56 AM | Show all posts
I tak lalukan pun air kat bahagian yg sakit.   Sebab ada surgical wound and kaki kena pakai air-cast.  Tak boleh buka sampai 2 bulan.  

Almost 6 bulan sembahyang kat sofa sebab tak boleh nak sujud.  In fact sekarang ni pun duduk antara 2 sujud still tak boleh.  :cry:   

Kalau sembahyang kat surau/majid orang selalu tengok kat I macam pelik sebab sembahyang guna kerusi.  As if I mengada-ngada.  Orang lain yg guna kerusi dah berumur.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2009 12:20 PM | Show all posts
http://www.telagabiru.net.my/index/produk/buku/30-indahnya-hidup-bersyariat.html

Mungkin buku ini boleh membantu.  Di dalamnya ada ditunjukkan (bergambar) cara2 solat bg yg sakit.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.219252 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list