CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11800|Reply: 7

Mitsubishi Grandis

[Copy link]
Post time 18-8-2008 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Lebih maskulin di jalan raya - Mitsubishi Grandis

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN





MENJADI sebuah model kenderaan pelbagai guna (MPV), banyak aspek yang perlu diambil kira bagi membolehkannya menyerlah berbanding model-model yang lain.

Selain pengendalian seperti sebuah sedan, keselesaan penumpang, keluasan ruang kargo dan keselamatan, penjimatan penggunaan bahan api juga merupakan aspek paling kritikal yang perlu diteliti, berikutan kenaikan sumber asli itu yang amat sukar dijangka.

Justeru, dalam pasaran yang semakin tepu dengan pelbagai tawaran daripada setiap pengedar rasmi mahupun grey importer, pemilihan MPV terbaik yang menepati kemampuan, kecenderungan dan penggunaan anda amatlah penting.

Mula memasuki pasaran sejak tahun 2005, model MPV keluaran Mitsubishi ini sememangnya mendapat sambutan menggalakkan. Bersaing dalam segmen MPV bersaiz penuh seperti Honda Odyssey dan Toyota Estima, Mitsubishi Grandis nyata memiliki keistimewaan tersendiri.

Grandis dibawa oleh pengedar sahnya iaitu Mitsubishi Motor Malaysia Sdn. Bhd. dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Kebanyakan model Toyota Estima yang dijual oleh grey importer adalah model recond dan pastinya tidak memiliki aspek perkhidmatan selepas jualan sebaik yang mampu ditawarkan oleh pengedar sah.


SKRIN LCD ini melengkapkan lagi sistem hiburan yang ada pada Grandis.

Harga Mitsubishi Grandis juga cukup menarik. Memang, pada awal pengenalannya dahulu, sebuah Grandis ditawarkan pada harga sekitar RM205,000. Tetapi kini, ia telah diturunkan kepada RM163,000 seunit di atas jalan dengan insurans.

Bandingkan pula dengan model Estima dan Odyssey yang sejak dahulu lagi sudah melepasi takat harga RM200,000 seunit. Namun begitu, sudah pasti Odyssey dan Estima mempunyai kelebihan yang mungkin tidak ada pada Grandis.

Grandis yang penulis pandu uji ini merupakan model facelift yang baru diperkenalkan pada September tahun lalu bagi menggantikan model sedia ada. Melihat secara kasar, tidak banyak perubahan ketara yang boleh dikenal pasti.


BAHAGIAN belakang Grandis tidak menerima sebarang perubahan besar, selain lampu LED ini.

Antara kelainan yang dibawanya ialah gril radiator model baru ini telah ditukar kepada bentuk yang lebih lebar. Di tengah-tengahnya, tersimpan kemas logo yang dibentuk daripada gabungan tiga bentuk rombus yang membuatkan wajah Grandis semakin maskulin.

Bumper hadapan turut menerima reka bentuk baru, lengkap bersama sepasang lampu kabus.

Manakala bahagian belakangnya nampak menyerlah melalui sepasang lampu yang memanjang. Dengan perumah berwarna jernih, lampu belakang ini dipenuhi dengan butiran LED.

Tahap aerodinamik Grandis boleh dilihat pada kerangka dengan binaan tiang A yang menirus ke bahagian belakang. Garis kontur yang ada pada sisi tubuhnya juga membayangkan bahawa model ini cuba dibangunkan sehampir mungkin dengan model konsepnya.

KEDUDUKAN tombol pendingin hawa dan tuil gear yang mudah dicapai.


Penampilan itu disempurnakan lagi menerusi penggunaan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci. Anda boleh memilih satu antara empat warna yang ditawarkan pada Grandis iaitu hitam perak, kelabu dan putih.

Mengaplikasikan unit enjin baru berkapasiti 2.4 liter, prestasi yang ditawarkan tidaklah menghampakan. Ia dipadankan dengan sistem INVECS-II (Intelligent & Innovative Vehicles Electronic Control System) dan berupaya menghasilkan kuasa sehingga 121kW (165PS) @ 6,000 rpm dan tork maksimum 217 Nm @ 4,000.

Maka tidak hairanlah jika pemanduan di kawasan bandar dan lebuh raya terasa begitu lancar dan bertenaga biarpun ia sarat dengan penumpang.

Enjin MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control) ini dipadankan dengan kotak transmisi automatik empat kelajuan yang juga boleh dikawal secara manual (sports mode). Memandangkan hanya empat gear yang disediakan, penulis lebih gemar memandunya dengan tombol gear diletakkan pada mode D.

Tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan, kerangka Mitsubishi RISE (Reinforced and Impact Safety Evolution) MPV ini dilengkapi dengan beg udara SRS berkembar, pedal brek yang akan patah jika berlaku kemalangan, sistem brek ABS, EBD dan Brake Assist.

Cuma, penulis sedikit keliru kenapa Grandis tidak mempunyai ciri kunci berpusat (central locking) pada pintunya. Sedangkan ia adalah sebuah kenderaan untuk seisi keluarga yang pastinya turut ditumpang oleh anak-anak kecil.

DENGAN adanya ciri sebegini, anda boleh menikmati minuman atau makanan dengan lebih selesa.

Ruang dalaman Grandis mengekalkan lakaran papan pemuka yang sama dengan model sebelumnya. Konsol tengahnya yang lebar dengan dua tona warna iaitu hitam dan perak menempatkan unit audio satu DIN yang nampak sedikit kosong.

Kedudukan tombol suis pendingin hawa dan tuil gear cukup mudah dioperasikan oleh pemandu. Tidak perlu bimbang untuk menyimpan barang-barang anda kerana MPV ini begitu pemurah dengan ruang penyimpanan barangnya.

Penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh duduk dengan selesa berikutan ruang kaki yang luas. Mereka juga tidak akan kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian sisi kepala.

Mahu memberikan pengalaman terbaik di dalam kabin, Grandis turut dilengkapi dengan unit paparan LCD yang tersimpan kemas di bahagian bumbungnya. Selain menayangkan filem, ia boleh menjadi paparan informasi frekuensi radio yang sedang didengar.

Bagi mereka yang tidak biasa memandu kenderaan sebesar ini, tidak perlu bimbang kerana Grandis dilengkapi dengan alat pengesan di setiap bucunya. Ia akan berbunyi sebaik sahaja kenderaan ini mendekati halangan, sekali gus memudahkan tugas anda memakir di ruang yang sempit.

Sebagai salah satu komitmen terhadap kualiti produk edarannya, Mitsubishi Motors Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer (yang mana sampai dahulu), selain tiga tahun atau 60,000 Program Penyelenggaraan Percuma kepada setiap pembelian Grandis.

Pembeli juga bakal menerima sokongan perkhidmatan selepas jualan yang sebaiknya. Mereka dibekalkan dengan kad Mitsubishi Assist 24 yang menawarkan pelbagai kelebihan termasuklah bantuan di tepi jalan 24 jam.




antara mitsubishi yg ada kualiti pada aku  grandis ler...  rega mmg ler mahal sampai 205k... tapi ada gerenti maintenance sumer.. dan ada assisted tu mmg kira berbaloi gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 04:47 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Semalam tengok kete ni kat depan kompleks pkns, bangi..mmg cun siot..tapi tak sanggup nak melabur lebih dari 100K hanya untuk sebuah kereta..tapi mmg cantik grandis ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 05:03 PM | Show all posts
service free ooo.... Kwn aku cakap, even minyak enjin & spark plug pun free.. ye ke? Ke dia salah cakap? tapi dia mmg baru beli keta nih.. entah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 01:00 PM | Show all posts
Mitsubishi Grandis MPV yang memuaskan


oleh JOHARDY IBRAHIM





PERTAMA kali memandu uji Mitsubishi Grandis pada tahun 2005, penulis memberi perakuan keupayaan kenderaan pelbagai guna (MPV) ini daripada segi estetika, prestasi enjin dan keselesaan. Cuma harganya sedikit membosankan. Ketika mula diperkenalkan itu, Grandis diletakkan pada harga RM205,000 seunit.


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) cepat belajar daripada rungutan orang ramai dan menurunkannya ke paras harga berdaya saing iaitu RM163,000 sebuah. Namun, ia tidak bermakna Mitsubishi mengurangkan ciri-ciri yang terdapat dalam kenderaan ini, sebaliknya melancarkan model dipertingkatkan (facelifted).

Satu aspek yang diketahui dikurangkan ialah beg udara iaitu dari enam sebelum ini, menjadi dua sahaja iaitu pemandu dan penumpang hadapan.

Lain daripada itu, lampu-lampunya menggunakan teknologi LED, jeriji telah ditukar kepada bentuk yang lebih lebar. Bumper hadapan turut menerima reka bentuk baru, lengkap bersama sepasang lampu kabus.

Bahagian belakangnya nampak menyerlah melalui sepasang lampu yang memanjang. Dengan asas lampunya berwarna jernih, lampu belakang ini dipenuhi dengan butiran LED.

Tahap aerodinamik Grandis boleh dilihat pada kerangka dengan binaan tiang A yang menirus ke bahagian belakang.

Daripada enjin, Grandis dipasang dengan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control) iaitu enjin 2.4 liter 16-injap SOHC yang juga menjadi penanda aras baru dari segi kecekapan dan pengeluaran asap yang rendah. Ia juga boleh mengubah masa pengubahan injap bagi prestasi optimum bagi semua keadaan pemanduan. Ia membolehkan enjin ini menghasilkan tork lebih tinggi pada jangkauan revolusi per minit (rpm) yang rendah untuk permulaan pantas, bersih dan kuasa lebih tinggi.

Ia dipadankan dengan sistem INVECS-II (Intelligent & Innovative Vehicles Electronic Control System) dan berupaya menghasilkan kuasa sehingga 121kW (165PS) @ 6,000 rpm dan tork maksimum 217 Nm @ 4,000.

Uji pandu dengan muatan penumpang enam orang mengesahkan kenderaan ini tidak menghilangkan keupayaan memecut atau memotong terutama di lebuh raya. Malah dalam kebanyakan masa, bilangan penumpang penuh itu juga memberi suatu keseimbangan semasa mengambil selekoh.

Enjin MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control) ini dipadankan dengan kotak transmisi automatik empat kelajuan yang juga boleh dikawal secara manual (sports mode) yang lazimnya diguna semasa hendak memotong kenderaan lain.

Daripada aspek keselamatan, kerangka Mitsubishi RISE (Reinforced and Impact Safety Evolution) MPV ini dilengkapi dengan beg udara SRS berkembar, pedal brek yang akan patah jika berlaku kemalangan, sistem brek ABS, EBD dan Brake Assist.

Kedudukan tombol suis pendingin hawa dan tuil gear cukup mudah dioperasikan oleh pemandu. Tidak perlu bimbang untuk menyimpan barang-barang anda kerana MPV ini begitu pemurah dengan ruang penyimpanan barangnya. Malah terdapat 'tebing' pada but belakang yang memastikan barang tidak tercampak keluar bila pintu dibuka.

Penumpang di barisan tempat duduk kedua dan ketiga boleh duduk dengan selesa kerana ruang kaki yang luas. Mereka juga tidak akan kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian atas kepala.

Grandis turut dilengkapi dengan unit paparan LCD yang tersimpan kemas di bahagian bumbungnya. Selain menayangkan filem, ia boleh menjadi paparan maklumat frekuensi radio yang sedang didengar.

Bagi mereka yang tidak biasa memandu kenderaan sebesar ini, tidak perlu bimbang kerana Grandis dilengkapi dengan alat pengesan objek di setiap bucunya. Ia akan berbunyi sebaik sahaja kenderaan ini mendekati halangan, sekali gus memudahkan tugas meletak kereta di ruang yang sempit.

Beberapa kenalan bertanya mengenai perbezaan MPV ini dengan lain-lain jenama. Jika diperhalusi, saiz Grandis iaitu panjang 4,755 milimeter (mm), lebar 1,795 mm dan tinggi 1,655 mm adalah lebih besar berbanding MPV seperti Citra, Mazda5, Honda Stream dan beberapa lagi.

Grandis sebenarnya adalah saingan langsung kepada MPV yang diimport oleh pengimport bebas iaitu Toyota Estima, misalnya. Dari konteks ini, pembeli mungkin mendapat lebih manfaat bila memiliki kenderaan yang dibawa oleh pemegang francais sendiri, khususnya bagi servis selepas jualan. Manfaat sebegini jarang dapat disediakan oleh pengimport bebas.

Mitsubishi menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer (yang mana dahulu), selain tiga tahun atau 60,000 Program Penyelenggaraan Percuma kepada setiap pembelian Grandis.

Pembeli juga bakal menerima sokongan perkhidmatan selepas jualan yang sebaiknya. Mereka dibekalkan dengan kad Mitsubishi Assist 24 yang menawarkan pelbagai kelebihan termasuklah bantuan di tepi jalan 24 jam.

Grandis juga memberi nilai pada pembelian kerana pada harga yang bersaing dengan lain-lain model yang saiznya lebih kecil (bermakna ruang dalaman lebih sempit), tentunya saiz menjadi penentu.




worang bujang nak pakai grandis... besaq sangat aku rasa..   pada aku.. aku pakai hillux lagi aku suka.... kalu dah ada kuarga.... grandis ni mmg baguih pung !!! :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 01:45 PM | Show all posts
rege baru rm163k utk model CBU .... blh dikatakan murah la ni.
Lg pun ada 'free maintenance' utk 3 th/60000km. Semua part/oil & upah free je sepanjang tempoh tu.
Cuma biasa la .... org kat sini suka brand hondak & toyotak .... w/pun amik yg 2nd hen tp tetap bangge giler utang 9 tahun tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 11:18 AM | Show all posts
aku minat gak dgn grandis ni. nak masuk tahun baru ni xde diskaun lg ke klu dpt bwh 150k cantek gak tu, boleh trade in. keta waja aku pun dah mula buat hal.. hangin btul:@  mcm nak bakar je rasa..bulan lps dah kopak dompet aku, pg ni buat hal lg..:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2008 12:46 PM | Show all posts
cuba korang perhatikan profile hood , front grilles, front lamp dan bumper dgn proton MPV ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 12:13 PM | Show all posts
Ada sesapa yg dah cuba atau beli kereta ni tak?  Aku tengah runsing sebab  hubby aku nampak sangat minat dengan kereta ni.  Tapi masa gi survey tu, aku tengok seat 2nd row macam kecik je untuk 3 orang duduk selesa.  Pastu anak2 aku kecik lagi, ada yg duduk car seat, pasti lagi tak selesa.  Anak aku 5 orang, tak ada choice, semua seat akan penuh.

Pastu bonet dia pun kecik aje, apa la yg dapat diisi kat dlm tu kalau nak pergi bercuti sekeluarga selama seminggu.  Tapi hubby aku kata bonet MPV lain lagi kecik, betul ke?

Selain Grandis, pergi survey Odessey dengan Estima je.  Yg dua tu pun dia mcm dah tak minat sebab recond, takut risiko.

[ Last edited by  aurorae at 11-2-2009 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.089959 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list