CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3807|Reply: 20

Longkai

[Copy link]
Post time 21-8-2008 11:44 AM | Show all posts |Read mode
aku dah selak sampai page 6 (malas nak selak sampai abis...), kalau dah ada pasal benda ni....mcm biasa la,  merge je la.



KUALA LUMPUR  - Span berisi paku dan besi tajam yang diubahsuai kini menjadi 'perangkap' sindiket perancang kemalangan dengan niat meraih keuntungan atau 'longkai' selain menuang minyak bagi memerangkap mangsa di jalan raya.
      
Taktik berkenaan antara dikesan melalui kajian yang dijalankan selama sembilan tahun oleh sekumpulan penyelidik dan aktivis keselamatan bebas di negara ini.
      
Jurucakapnya, K. Balasupramaniam berkata, 'longkai' berkenaan biasanya meletakkan 'perangkap' di kawasan yang jauh daripada pengawasan pihak berkuasa.
      
"Jika dilihat dengan mata kasar ia t ida k berbahaya kerana kita hanya nampak span, tetapi kalau dilanggar, tayar boleh pancit dan berlaku kemalangan,'' kata beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia kepada KOSMO! semalam.
      
Jelas Balasupram ani am, pengubahsuaian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan impak yang besar selepas kemalangan berlaku dan akhirnya memerlukan bantuan daripada 'longkai' untuk dibawa ke bengkel yang didakwa  bersubahat dengan mereka.
      
"Kadangkala pengguna tidak sedar, perbuatan seperti ini boleh membawa maut kepada pemandu terutamanya penunggang motosikal dan kereta yang dipandu laju. "Apa yang lebih merisaukan, kebanyakan 'barang' tersebut  diletakkan di kawasan berisiko kemalangan seperti di selekoh tajam dan di lorong kanan jalan,'' ujarnya.
      
Antara jalan yang popular dijadikan lokasi kemalangan ialah susur keluar lebuh raya termasuk di sekitar Puchong dan jalan persekutuan di sekitar Sungai Buloh dan Kuala Selangor.
      
Mereka juga katanya, melakukan perbuatan itu jauh dari lokasi yang mempunyai kamera dan plaza tol bagi mengelak dikesan. Jelasnya lagi, walaupun masalah tersebut pernah dipanjangkan ke Majlis Keselamatan Jalan Raya, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikannya kerana tiada bukti dan laporan daripada mangsa sendiri.
      
Pihak berkuasa juga katanya, t ida k dapat mendakwa 'longkai' ini kerana tiada undang-undang yang digubal khas untuk menghalang kegiatan mereka. "Apa yang boleh dibuat ialah kesedaran sivik pengguna sendiri untuk terus berhati-hati dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku disamping tidak terpedaya dengan janji-janji m ani s 'longkai','' jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 11:47 AM | Show all posts
terima kasih atas maklumat...
kekwan hati hati
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 12:08 PM | Show all posts
mmg siolan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 12:26 PM | Show all posts
kalau kena kat aku la, mmg aku takkan halalkan dunia akhirat duit yg aku kena keluarkan utk fix the prob kalau kengkonon longkai bangkai nihh dtg tolong! :@    :@    :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 12:52 PM | Show all posts
asal nampak apa2 benda kat jalan raya kalau boleh cuba elakkan..aku nampak plastik pun aku bagi masuk bawa keta jer, jgn kena pada tayar, sebab kita tak tau apa dalam benda2 ni..tengok span pun dorang letak paku..beruk betul manusia2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 21-8-2008 12:52 PM
asal nampak apa2 benda kat jalan raya kalau boleh cuba elakkan..aku nampak plastik pun aku bagi masuk bawa keta jer, jgn kena pada tayar, sebab kita tak tau apa dalam benda2 ni..tengok span pun d ...


yer la...sblm ni pun aku tak penah terpikir benda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2008 02:25 PM | Show all posts
Camni...mamat2 atau minha2 harem yg taruk emndeni boleh dianggap pembunuh la...

silaka tul org2 yg kaut untung dgn cara berpuaka ni......:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 21-8-2008 02:25 PM
Camni...mamat2 atau minha2 harem yg taruk emndeni boleh dianggap pembunuh la...

silaka tul org2 yg kaut untung dgn cara berpuaka ni......:@ :@ :@ :@


marah btul ni..sampai eja pun silap..punya la cepat nak taip ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 04:57 PM | Show all posts

Reply #8 md_aie's post

marah satu hal..
menambah keje AAM satu hal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 05:11 PM | Show all posts
cari rezeki ngan cara kotor...nama pun longkai perangai macam bangkai mmg orang takde akai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 21-8-2008 05:11 PM
cari rezeki ngan cara kotor...nama pun longkai perangai macam bangkai mmg orang takde akai


boleh buat pantun ni... hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 05:26 PM | Show all posts

Reply #6 viper_2803's post

aku penah terpk org wat jaat.. mcm tabur batu/paku atas jln... seme tu sabotaj :@
mcm2 org wat semata2 utk duit.. kalo aku dpt org yg wat keje2 mcm ni, mmg aku langgo idup2

[ Last edited by  chillycomel at 21-8-2008 05:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by d34n at 21-8-2008 04:57 PM
marah satu hal..
menambah keje AAM satu hal..


.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 07:00 PM | Show all posts

Balas #11 viper_2803\ catat

Pagi Ahad memandu ke SungKAI
Tengah Pandu Ternampak LongKAI
Mmg Hati LongKAI Tahap bangKAI
BangKAI longKAI Konpem Takder aKAI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 09:14 PM | Show all posts
ish,dorg ni,kejam btul..bley bawa maut ni..:@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 09:29 PM | Show all posts
Yang pasal minyak taruk kat tgh jalan mmg dah biasa aku dgr..in fact member aku dah kena dah kat genting sempah kuar jek dari tunnel tuh..terus terbabas...licin katanya uncontrollable. wallhua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 10:17 PM | Show all posts

Balas #5 sixfullbar\ catat

Longkai ni pun pandai gak....kalau merujuk gambar, diaorg pakai sponge yg warna kelabu, so cam camo dgn warna jalan...kalau sekali imbas mmg susah gak nak perasan.....

BTW...si Longkai dan rakan2 skutunya mmg hamjadah.....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 10:20 PM | Show all posts
pernah tgk eksiden kat kesas melibatkan moto (kat lorong moto)...penunggang tu arwah sbb moto dia pancit langgar paku yg geng2 hamjadah ni tabur....staff kesass cabut 3 btg paku yg baru dari tayar moto arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 01:23 AM | Show all posts

Reply #1 viper_2803's post

baik suh longkai ni gi rompak bank jerr.. senang skit kaya maa
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 01:32 AM | Show all posts
Kalau pakai tayar Run Flat.

Okay kan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.276990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list