CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25246|Reply: 55

Kg Malaysia Raya - Terawal Di Sungai Besi -

[Copy link]
Post time 2-9-2008 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Terawal di Sungai Besi

Oleh NOOR HASLIZA NUSI




Namanya diabadikan daripada sebuah kapal yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk membawa jemaah haji ke Mekah.


PARA pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang menuju ke pekan Sungai Besi atau ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, mungkin tidak pernah terlepas pandang melihat mercu tanda gergasi yang tersergam indah, terletak di susur masuk utama kampung tersebut.

Kehebatan nama kampung Malaysia Raya pasti membuatkan ramai yang tertanya apakah keunikan yang ada di sebalik nama kampung ini?


PAPAN tanda pelan perumahan penduduk menyaksikan keunikan
dan keistimewaan kampung seluas 25 ekar ini.


Menyusuri sejarah kampung tersebut, namanya diabadikan daripada sebuah kapal yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk membawa jemaah haji ke Mekah. Kapal Malaysia Raya itu terbakar di tengah lautan ketika dalam perjalanan ke Mekah.

Kejadian itu meragut ribuan nyawa jemaah haji Malaysia, sekali gus menyebabkan kerajaan mengambil keputusan menamatkan operasinya pada tahun 1973. Nama kapal tersebut telah diabadikan oleh generasi pertama Kampung Malaysia Raya sehingga hari ini.

Mengikut sejarah awal, kampung tersebut adalah bekas kawasan lombong yang telah diteroka pada akhir tahun 1960-an. Pada mulanya, ia hanya menempatkan gabungan penempatan Melayu yang terdapat di daerah tersebut.

Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu yang kebanyakannya datang dari pekan Sungai Besi, kampung Ampera yang terletak di Batu 3, Jalan Sungai Besi (berhampiran TUDM Jalan Sungai Besi), para pekerja Sungai Besi Mines (The Mines Resort) dan Razak Mansion Flat, Jalan Sungai Besi.

Kampung Malaysia Raya telah mendapat kelulusan berstatus sebuah kampung sewaktu di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Mukim Petaling, yang ketika itu di bawah Kerajaan Negeri Selangor.


SEMANGAT patriotisme dalam kalangan penduduknya tidak pernah lentur.

Mendalami keunikan kampung Malaysia Raya yang terletak di kawasan seluas 25 ekar atau kira-kira 100,000 meter persegi, hampir kebanyakan reka bentuk kediaman penghuninya menggabungkan konsep kediaman batu moden. Ada juga yang masih mengekalkan seni bina rumah tradisional yang asal.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk kampung tersebut, Mohd Zainuddin Amran, kira-kira 200 buah kediaman penduduk di kampung itu telah mendapat hak milik penuh tanah bumiputera yang dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan teknologi maklumat serta sistem keselamatan.

"Ini adalah penempatan Melayu terawal di Sungai Besi yang kini didiami hampir 2,000 penduduk. Kami adalah generasi kedua yang akan mempertahankan status kampung yang dibina di tengah-tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur.

"Bagi melahirkan generasi terbilang dan bermaruah, kami berganding bahu menubuhkan dan menggabungkan beberapa pentadbiran kampung yang melibatkan seluruh penduduknya, tanpa mengira peringkat umur dan jantina.

"Ini adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam memajukan sebuah perkampungan Melayu lama yang mempunyai sejarah dan tarikan tersendiri," ujar Zainuddin merangkap pengerusi bagi keenam-enam persatuan kampung seperti Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya, Rukun Tetangga, UMNO cawangan, Gerakan Daya Wawasan dan Komuniti Bestari.



SENI bina kediaman penghuninya masih mengekalkan konsep tradisional.


Berkongsi pencapaian yang diperoleh sepanjang penubuhan Persatuan Penduduk pada tahun 2003, Zainuddin berkata, kampung tersebut telah menerima banyak pengiktirafan daripada agensi kerajaan.

Antaranya ialah Johan Pertandingan Sambutan Keceriaan sempena Hari Kemerdekaan ke-49 Peringkat Zon pada tahun 2006. Pada tahun lalu pula, kampung ini meraih dua kejayaan apabila dipilih sebagai wakil negeri ke Pertandingan Sambutan Keceriaan dan Johan Peringkat Negeri Pertandingan Sambutan Keceriaan sempena Hari Kemerdekaan ke-50.



MERCU tanda Kampung Malaysia Raya yang terletak
di susur masuk kampung tersebut.



Mengulas cabaran dalam membina semangat kemasyarakatan penduduk, khususnya golongan muda, Zainuddin, berkata, pihaknya sentiasa menekankan isu pendidikan semasa agar mereka menerapkan sifat berdisiplin dan bertanggungjawab.

"Kesan masalah sosiol yang meningkat akibat pertambahan penduduk di kawasan sekitar, memaksa kami mewujudkan pelbagai aktiviti sosiol remaja termasuk skim rondaan malam yang melibatkan seluruh penduduk kampung.

"Untuk memastikan golongan muda celik IT pula, kami memperluaskan teknologi pengkomputeran wayarles dalam rangkaian pengkomputeran wayarles seperti WLAN (WiFi) di sekitar kawasan Dewan Kampung Malaysia Raya, KAMARA.

"Selain itu, kami menekankan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk dalam apa jua jenis perayaan, terutamanya sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Basarudin Mohd Tapi, pula berkata, bagi menyerap semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak muda agar menjiwai semangat kemerdekaan lampau, pelbagai aktiviti telah dijalankan.

"Sesi ceramah yang menekankan penghayatan erti kemerdekaan dan semangat kental perjuang kemerdekaan akan diadakan setiap kali menjelang detik kemerdekaan.

"Walaupun anak-anak kita hari ini tidak pernah merasai kepayahan dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air dahulu, kami mengambil inisiatif untuk menerapkan semangat kemerdekaan dengan mengadakan program mengibarkan Jalur Gemilang.




Selain itu juga, bagi menyerapkan semangat cintakan negara, kami turut menjalankan program menanam bunga kebangsaan di setiap kediaman penduduk kampung," kata Basarudin.

Seorang warga emas, Rahmat Khamis yang merupakan penduduk pertama kampung tersebut pada tahun 1970-an, berkata, program yang dianjurkan oleh persatuan penduduk harus dipuji.

"Dahulu, kami tidak pernah mendapat peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan kerana kesempitan wang.

"Kami juga terpaksa menaiki bas awam untuk ke Stadium Merdeka bagi menyaksikan upacara perbarisan yang diadakan.

"Kini, semuanya telah berubah. Kanak-kanak kecil boleh dengan mudah memperoleh sehelai bendera Malaysia dan mengibarkan di mana-mana sahaja," katanya ketika ditanya tentang perbezaan sambutan Hari Kemerdekaan dahulu dan kini di kampung tersebut.

Di samping itu, menyedari teknologi maklumat merupakan medium utama dalam menghubungkan masyarakat kampung Malaysia Raya dengan penduduk luar, sebuah laman web komuniti telah dilancarkan.

"Pengenalan laman web E-Group kgmalaysiaraya bertujuan untuk mendengar pendapat penduduk kampung serta menghebahkan aktiviti yang ingin dijalankan di kampung tersebut.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


saya tahu sangat pasal kg malaysia raya kat sg besi ni...
sebab masa kecik sokmo pergi situ  cuz my father punya abang sepupu
tinggal sana --  and now isterinya still live there (the abang sepupu tu dah meninggal) -

dah few years tak visit mak tua - tapi dengar dia sihat etc...

the kampung malaysia raya such a nice place... best - macam kat kampung2 betul -
tak sangka masih lagi kat KL kalau nak dikirakan - nak masuk kg malaysia raya pun
ada macam pintu gerbang....

rumah sedara saya tu pun betul2 macam rumah2 kampung tapi very strong foundation -
tangga dia cement.. tingkap pun jenis macam cerita p ramlee dulu2.. very nice..

very nice environment, tak bising.. and full with trees and beautiful landscape too...

dulu masa tak ada highway... nak pergi ke kg malaysia raya ni terpaksa lalu factory
LEE RUBBER.......... ya allah.. punya la dahsyat bau dia... tau la kan bau getah scrap..
macam bau skunk!! ...

now dah ada highway... cepat sampai ke sana -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 03:31 AM | Show all posts
depan kg malaysia raya ni ada org jual pau...kata orang pau nya sedap.....pernah gak ikut org gi beli pau kat situ......cuba laaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 04:03 PM | Show all posts
tapi sayangnya kawasan pekan sg besi dah habis kg org melayu kena tolak atas nama " pembangunan " yg menyebabkan warga tempatan di sg besi merempat di tempat sendiri termasuklah dgn saya2 sekali ...
         
tapi kg malaysia tuh memang untung pasal kat kawasan situ rumahnya ikut lot ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 3-9-2008 03:31 AM
depan kg malaysia raya ni ada org jual pau...kata orang pau nya sedap.....pernah gak ikut org gi beli pau kat situ......cuba laaa


Rumah tokey pau tu betul2 kat simpang 3 jika anda masuk from highway



Untuk makluman anda juga, kompleks hub pengangkutan arah selatan ( Komuter+STAR LRT+KLIA Transit + Stesen Bas) yang sedang rancak dibina di Tasik Selatan sebenarnya bersebelahan Kampung Malaysia Raya ini. Jalan kaki sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 02:39 AM | Show all posts
kat sebelah kg malaysia raya ni ader kg malaysia tambahan jugak kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2008 09:26 PM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 3-9-2008 03:31 AM
depan kg malaysia raya ni ada org jual pau...kata orang pau nya sedap.....pernah gak ikut org gi beli pau kat situ......cuba laaa



tak tau pula pasal jual pau tu... tapi bulan puasa ni ada ke..

ingat kita nak visit mak tua  soon... - nanti boleh la check it out kuih pau tu..
saya suka pau kaya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2008 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 3-9-2008 05:43 PM


Rumah tokey pau tu betul2 kat simpang 3 jika anda masuk from highway



Untuk makluman anda juga, kompleks hub pengangkutan arah selatan ( Komuter+STAR LRT+KLIA Transit + Stesen Bas) yang ...



gs... boleh la kita pau dulu wonbin dan abgboroi....  pastu belasah kuih pau!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2008 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by syazwan89 at 4-9-2008 02:39 AM
kat sebelah kg malaysia raya ni ader kg malaysia tambahan jugak kan?




yup... tapi tak sure exactly di sebelah or not.. tapi sungai besi juga -
sebab saya sokmo pergi kg malaysia raya aje...-
mungkin abgboroi or wonbin tau.. dan mungkin ada juga orang jual
pau kat kg malaysia tambahan tu.. eh -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 02:43 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 4-9-2008 09:30 PM




yup... tapi tak sure exactly di sebelah or not.. tapi sungai besi juga -
sebab saya sokmo pergi kg malaysia raya aje...-
mungkin abgboroi or wonbin tau.. dan mungkin ada juga orang jua ...



bulan bulan posa citer pasal pau plak...karang mengidam susah...hehe

saya tak tahu jalan lain...ikut hiway menghala ke sg besi...jalan lama...dekat ngan kawasan rumah kedai cina berderet deret tu...jalan sebelah atas adalah hiway utara selatan....dekat ngan kedai perabot besar tepi hiway tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 02:51 AM | Show all posts
dekat ngan highway besraya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:04 AM | Show all posts
me ade member lama dok kat kg malaysia tambahan.. kat situ la agaknye tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 04:04 PM | Show all posts
kampung malaysia tambahan x salah aku pun sebelah2 tuh gak..

kalau kampung pinang tambahan dah roboh dah.. skrg tapak dorg dah jadik kawasan PR yg sebelah Mint Hotel.. sebelah jerk nagn hgway seremban..

kg malaysia raya jalanmasuk dia jalan yg nak gi kubur islam tuh. huhuhu!!! sedara mara aku yg arwah byk dikebumikan kat situ..

well, aku duk sg besi.. skrg dah pindah duk bandar tasik selatan.. lagik dekat nganlrt!! hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 01:12 AM | Show all posts

Reply #13 JUSTcircle's post

mesti anda dduk dekat desa tun razak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 10:51 AM | Show all posts

Reply #14 syazwan89's post

dah ku kata aku duk bandar tasik selatan... bandar tasik selatan daa....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 5-9-2008 04:04 PM
kampung malaysia tambahan x salah aku pun sebelah2 tuh gak..

kalau kampung pinang tambahan dah roboh dah.. skrg tapak dorg dah jadik kawasan PR yg sebelah Mint Hotel.. sebelah jerk nagn hgway  ...



sebut psl mint hotel nie, hotel nie dah kosong kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 05:59 PM | Show all posts

Reply #19 azie_fariza's post

ha'ah.. bancrupt!! x der saper nak duk hotel tuh.. sebelah higway. dan2 plak hotel2 berdekatan stok 5-6 bintang... mines resort city, palace golden horses.. camner nak maju!!! huhuhuh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 11:58 AM | Show all posts
nampak cam hotel berhantu je kan...
especially kalo lalu malam2 tgk kat cafe dia....
kerusi2 tu menakutkan jer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 12:04 PM | Show all posts
Kampuang Malaysia Tambahan ni ramai yang orang tak sedar akan kewujudannya. Jalan kampung yang naik turun bukit, jaringan jalan kampung dan shortcut. Kedudukannya agak strategik dan tersorok di lokasi yang agak strategik di KL.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by azie_fariza at 6-9-2008 12:28 PM



sebut psl mint hotel nie, hotel nie dah kosong kan?



pernah lunch sekali kat hotel kotak ni.....
masa tu few months before dia tutup...

bancrupt.... location pun sucks.. sapa nak duduk situ -

especially dah ada hotel horses palace tu... memang tak laku
langsung mint tu -  patutnya tear down aje.. dan buat something
yang lebih benefit untuk rakyat -- tapi mint tu jauh dari kg malaysia raya ni -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 12:09 PM | Show all posts

Reply #22 WonBin's post

dan dia ni kira macam kampung in bandar.... which is nice actually -
almost macam kg abdullah hukum juga -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.586496 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list