CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kg Malaysia Raya - Terawal Di Sungai Besi -

[Copy link]
Post time 7-9-2008 04:31 PM | Show all posts

Reply #21 azie_fariza's post

x pernah plak aku lalau mint hotel tuh dgn lebih dekat sampai nampak kerusi2nyer..

well, kat kg malaysia raya nih kalo ak dekat pilihanraya mmg meriah tul ngan bendera sana sini..
ngan ceramah2 parti *** n part ** dan seangkatan dgnnya.. masa aku kecik2 dlula..
skrg x taulah.. tapi yg kesiannya.. kat sana selalu gak kena banjir!!
sian dorg!! tengok jerlah..kanan kiri bukit.. kira dorg kawasan rendah la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 7-9-2008 04:31 PM
x pernah plak aku lalau mint hotel tuh dgn lebih dekat sampai nampak kerusi2nyer..

well, kat kg malaysia raya nih kalo ak dekat pilihanraya mmg meriah tul ngan bendera sana sini..
ngan cerama ...


ala, kalo pas tol depan palace golden horses tu...kita nampak la ade satu bhgn bercermin, aku rasa tu kafeteria...byk kusi2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 12:08 PM | Show all posts
sungai besi mmg hometown aku.. aku duk kt kg. pinang tambahan dulu. skrg dh pindah tasik selatan.
kg malaysia raya ni plak mmg banyak sedara aku... antara org lama yg aku kenal kt saner arwah haji Tapi (moyang aku).. anak2 moyang aku pun still tggl kt saner skrg. dulu masa kecik2 aku rajin gak jalan kaki (masa raya) dari kg pinang tambahan ke kg malaysia raya..(kumpul duit raya)..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 12:11 PM | Show all posts
pernah gak pi mint hotel ni dulu.. lift dia stail lama... menakutkan pun ada. yang bahagian cermin tu mmg cafe dia. ada gak citer2 seram yg aku dengar dari member2 aku yg pernah kerja kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 02:17 AM | Show all posts

Reply #33 azie_fariza's post

x pernah tengok ngan lebih dekat.. maaf!! x leh nak komen paer!! huhuhu!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 02:18 AM | Show all posts

Reply #34 sungai's post

ko duk PPR yg sebelah masjid BTS tuh ker?
sbb kampung pinang tambahan tempat sedara aku.. ramai pindah situ gak!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2008 02:19 AM | Show all posts

Reply #36 six_points's post

ha'ah.. aper laik.. citerlah.. tapi kat umah paranormal lah.. kang marah plak tuan umah kang!!! hehehehe!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 10:23 AM | Show all posts
Kampung Malaysia Raya ni yang dulu nama nya Kampung Selamat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 10-9-2008 06:18 AM
ko duk PPR yg sebelah masjid BTS tuh ker?
sbb kampung pinang tambahan tempat sedara aku.. ramai pindah situ gak!!




mmg pindah kt situ pun... duduk kt kg pinang tu dh 23 tahun...
ala xder lah citer2 seram sgt,,,.. ala suam2 kuku jer...
xpyh citer pun xper...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #42 Catalyst's post

Bukan.. Kampung Selamat dah lama roboh.. aku adalah penduduk Kampung Selamat dlu.. 8 tahun.. sbb masa darjah 3 kitorg kena pindah kat perumahan flat awam Desa Tasik!!! itulah tempat baru kampung selamat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #43 sungai's post

hahahaha!! it's up to you!!

so, tuan umah mana? dexa? mana info2 lain?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 05:14 PM | Show all posts
kg selamat tu dekat dgn pekan sg. besi kan.... kt sekolah sg. besi (sekolah aku)!!!!

mcm2 kg ada dulu kt sg besi ni... kg pinang, kg. muhibah, kg selamat, kg malaysia...
tp semua tu dh tggl sejarah...

berbalik pada kg. malaysia raya... dulu kt entrance masuk kg ni ramai yg bukak kedai makan. sedap2.... tp skrg dh xder....
kuih pau yg korang kata tu pun aku pernah rasa....
Moyang aku dulu iman kt kg ni... klu sebut haji.Tapi kt saner org confirm kenal (ada gak yg tak kenal..hehehe) ...rumah dia depan surau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 09:02 PM | Show all posts

Reply #46 sungai's post

yup. kg selamat kat sungai besi. aku pun dlu sekolah rendah kat situ!!!
ada gak kalangan kengkawan aku sekolah kat sg besi gak!!!
skrg kawasan umah tuh dah byk tanahnya digunakan tuk wat pembangunan lain. cth: ERL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2008 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 10-9-2008 01:03 PM
hahahaha!! it's up to you!!

so, tuan umah mana? dexa? mana info2 lain?


nanti saya cari lagi..

actually saya tengah nak dapat first hand info
dari my mom - sebab dulu masa dia muda dia sokmo
pergi kg malaysia raya ni -

bila ada latest info - fo sho saya akan post  --

suka baca info dari forum members lain juga -
thanks for sharing -
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 09:45 AM | Show all posts
hari tu kan ade kuar paper kata ade org indon tinggal kat rumah 16...
pastu wat bisnes jahit2 la...
kat kampung nie kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #49 azie_fariza's post

x tau plak? ada artikel dia tak azie? kalo dapat leh x paste kat sini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 11-9-2008 11:36 AM
x tau plak? ada artikel dia tak azie? kalo dapat leh x paste kat sini?


artikel tu ade kat sini...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 02:10 PM | Show all posts
Misteri 'Rumah 16 Pintu' terjawab terbongkar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan AMMAR JAZLAN MAD LELA
berita@kosmo.com.my

INILAH rumah yang dijadikan tempat penginapan rakyat asing yang diserbu imigresen semalam.

KUALA LUMPUR - Rahsia 'Rumah 16 Pintu' dekat Kampung Malaysia Raya yang selama ini menerima 'kunjungan misteri' warga Bangladesh dan Indonesia secara silih berganti pada setiap malam sejak hampir tiga tahun lalu akhirnya terbongkar semalam.

Ini kerana, di sebalik kesuraman 'Rumah 16 Pintu' itu rupa-rupanya menjadi tempat terhimpun segala bentuk 'jenayah tersembunyi' yang berpusat pada satu bangunan tetapi berlainan lot kediaman.

Premis itu bukan sahaja menjadi tempat perlindungan beberapa pendatang tasing tanpa izin (PATI), malah turut dijadikan 'transit' sindiket membekal dan memalsukan ribuan pasport kepada warga asing.

Semua aktiviti itu terbongkar semalam apabila diserbu pihak imigresen dan ia turut menyebabkan lebih 2,000 penduduk kampung di situ tergamam kerana tidak menyangka aktiviti haram di sebalik premis berkenaan.

DUA warga asing yang bekerja sebagai tukang jahit ditahan di Kampung Malaysia Raya.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan ke atas beberapa warga asing yang menyewa di situ juga mendapati mereka dengan selamba telah membuka 'kedai jahitan kelas pertama' secara haram dengan menerima tempahan langsir raya dan baju kurung daripada penduduk tempatan.

Penduduk sekitar menggelarnya 'Rumah 16 Pintu' disebabkan bangunan yang didirikan di atas tanah persendirian itu mempunyai 16 buah rumah yang bersaiz sederhana serta berkongsi bekalan elektrik dan air.

Serbuan yang diketuai oleh Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu mendapati, kesemua warga asing di premis berkenaan sedang lena tidur dan terkebil-kebil apabila diminta menunjukkan dokumen perjalanan.

Keadaan rumah tingkat bawah itu berselerak dengan gulungan benang, kain ela dan kain perca selain menemui tujuh unit mesin jahit automatik termasuk berela-ela kain langsir yang menunggu masa untuk disiapkan.

"Tukang jahitnya adalah empat lelaki warga Bangladesh, mereka disyaki menyalahgunakan permit kerja dan berdasarkan rekod, mereka sebenarnya bekerja dalam sektor pembinaan tetapi menjadi 'tukang jahit yang tak bertauliah'.

"Kita syak pusat jahitan ini didalangi oleh seorang rakyat tempatan yang sentiasa membawa tempahan daripada pelanggan luar dan kini kita sedang cari dia," kata Ishak yang tidak menyangka warga asing itu 'boleh hidup' di negara ini dengan mengambil upah menjahit langsir dan pakaian.

Menurut beliau, semua tukang jahit berkenaan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 sebulan melalui ratusan tempahan yang diterima sejak ia beroperasi lebih dua tahun lalu.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 07:03 PM | Show all posts

Reply #55 azie_fariza's post

huh x pernah tau ada umah nih kat kg ni!!

good jon azie!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 06:25 PM | Show all posts
Reply 39# JUSTcircle


    budak tol ader lagi ker eheheheheheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.079510 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list