CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78371|Reply: 8

Pneumonia Bayi - Punca, Tanda2, Rawatan & Pencegahan -

[Copy link]
Post time 7-9-2008 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Pneumonia bayi
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir

JANGAN cepat panik jika doktor mengatakan anak anda yang masih kecil (termasuk bayi) menghidap pneumonia. Pneumonia ialah keradangan atau jangkitan pada satu atau kedua-dua belah paru-paru yang biasanya disebabkan serangan virus. Bagaimanapun, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan pneumonia.


Jangkitan ini membuat saluran pernafasan anak ke paru-paru yang masih kecil menjadi bengkak dan menghasilkan lebih banyak cecair berlendir (mukus).

Masalah bengkak dan kehadiran cecair menyekat saluran pernafasan serta mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam badan. Pneumonia boleh berlaku pada satu bahagian atau keseluruhan paru-paru.

Lazimnya penumonia berlaku selepas jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami pneumonia sembuh dengan cepat.


Antara tanda dan gejala pneumonia ialah:


# Bayi baru lahir — Bayi baru lahir yang mendapat pneumonia jarang batuk. Tanda yang lebih kerap diperhatikan ialah pernafasan bayi menjadi cepat, mengalami gejala tarik-tarik, pernafasan berbunyi kasar dan hiposekmia iaitu kekurangan oksigen dalam badan.

Apabila mengalami pneumonia, peti suara menjadi rapat bagi meningkatkan tekanan di dalam saluran pernafasan atas dan membuka saluran pernafasan bawah. Keadaan ini menyebabkan pernafasan bayi berbunyi kasar.

Gejala ini juga boleh menjadi petanda penyakit pada saluran pernafasan bawah.

# Bayi lebih besar — Jarang menunjukkan gejala bunyi nafas yang kasar, sebaliknya pernafasan mereka menjadi cepat dan kekurangan oksigen dalam badan. Ini diikuti batuk, hidung tersumbat, demam, tidak selesa dan hilang selera makan.

# Kanak-kanak pra sekolah — Biasanya kumpulan ini mengalami demam, batuk (berkahak atau kering), pernafasan cepat dan tercungap serta hidung tersumbat. Mereka juga mungkin muntah selepas batuk tanpa berhenti.

# Kanak-kanak lebih besar dan remaja — Pada peringkat umur ini gejala yang biasa dialami termasuk demam, batuk berkahak atau kering, hidung tersumbat, sakit dada, kekurangan air dalam badan dan menjadi lesu. Mereka juga boleh berasa sakit perit dan muntah.

# Semua kanak-kanak — Ramai kanak-kanak yang diserang pneumonia cuba mengembang hidung mereka bagi meningkatkan kemasukan lebih banyak udara ke dalam badan.

Ketika ini kebanyakan kanak-kanak enggan makan. Ramai ibu bapa bimbang melihat keadaan anak tetapi ingat, anak anda akan kembali makan apabila berasa lebih sihat dan selesa.

Yang penting ialah memberi anak minum banyak air bagi mengelak masalah kekeringan. Jika anak masih kecil, suap air menggunakan sudu dan untuk bayi, beri susu (melalui botol atau susu badan) sekerap mungkin.

Punca


Banyak organisma boleh menyebabkan pneumonia seperti bakteria, virus, mikoplasma, fungus (chlamydia) dan mikobakteria. Gejala ditunjukkan biasanya lebih kurang sama dan menyebabkan ia sukar dikesan.

Ujian makmal dan radiologi juga kadangkala tidak membantu bagi menentukan punca pneumonia. Rawatan pneunomia berbeza antara pesakit.

Bagaimanapun pada peringkat umur tertentu, pengetahuan mengenai punca dapat membantu doktor membuat pilihan rawatan sesuai.

# Bayi baru lahir (sehingga 30 hari) — Patogen (kuman penyebab pneumonia) mungkin ada di dalam uterus dan bayi mendapat jangkitan ketika dilahirkan atau melalui sentuhan dari orang lain atau peralatan selepas dilahirkan.

# Bayi kecil — Punca paling biasa ialah virus yang menyebabkan kira-kira 90 peratus jangkitan salur pernafasan bawah. Virus pernafasan sinsitia (RSV) adalah patogen paling biasa diikuti virus influenza jenis 1, 2, 3, A atau B.

Jangkitan bakteria pada peringkat umur ini jarang berlaku. Jika ada pun, biasanya dia disebabkan Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza jenis B (jarang berlaku pada kanak-kanak yang mendapat suntikan imunisasi) atau Staphylococcus aureus.

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan bakteria pneumonia biasanya menunjukkan gejala lesu, tidak selesa, otot menjadi lembik (hipotonia), kekurangan oksigen dalam tisu dan cecair badan menjadi berasid.

Antara kumpulan berisiko ialah:


# Kanak-kanak di bawah umur lima tahun

# Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian

# Kanak-kanak yang kerap mengalami jangkitan telinga

Rawatan


Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.

Kebanyakan kes jangkitan pneumonia kanak-kanak boleh dirawat di rumah. Apa yang mereka perlu ialah:

# Banyak rehat

# Minum banyak air dalam kuantiti kecil tetapi kerap

# Mereka akan lebih selesa jika dibaringkan dalam kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan

# Jika anak mengalami sakit dada, mereka mungkin perlukan ubat pelega seperti paracetamol

# Jangan beri ubat batuk kepada anak. Ia tidak akan membantu

# Jangan merokok berhampiran anak yang sakit

Keadaan kanak-kanak dengan jangkitan bakteria biasanya bertambah baik dalam masa 24 hingga 48 jam selepas diberi antibiotik. Demam akan kebah, anak lebih bertenaga dan pernafasan lebih lancar.

Bagaimanapun, batuk mungkin berlanjutan beberapa hari hingga minggu. Pastikan anak menghabiskan semua antibiotik yang biasanya diberi untuk tujuh hingga 10 hari.

Jika pneumonia disebabkan jangkitan virus, proses penyembuhan biasanya lebih perlahan, iaitu antara dua hingga empat minggu. Mereka tidak akan diberi antibiotik kerana antibiotik hanya untuk jangkitan bakteria.

Rawatan di hospital


Antara pesakit pneumonia kanak-kanak yang perlu dimasukkan ke hospital ialah:

# Berumur kurang setahun

# Tidak boleh makan ubat

# Mengalami kekurangan air dalam badan

# Mengalami masalah pernafasan teruk

Ketika di hospital, anak anda dipantau dan mungkin memerlukan rawatan susulan. Antibiotik diberi melalui suntikan ke dalam salur darah; jika ia disyaki disebabkan jangkitan bakteria.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu oksigen untuk membolehkan mereka bernafas dengan selesa. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan air diberi cecair melalui drip.

Pencegahan

Pastikan anak anda diberi suntikan imunisasi mengikut jadual. Suntikan vaksin flu tahunan juga boleh melindungi kanak-kanak.

Ajar kanak-kanak sekolah rendah untuk tidak berkongsi sudu, garpu, makanan dan alat permainan dengan orang lain. Langkah ini mungkin payah bagi kanak-kanak kecil kerana mereka suka memasukkan permainan ke dalam mulut.

Selain itu, ajar anak membasuh tangan selepas batuk atau bersin untuk mencegah penyebaran bakteria atau virus.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


pada parents yang mungkin bayi2 mengalami symptom pneumonia ni
boleh la tahu serba sedikit apa yang perlu dilakukan...

a great article for us to learn a bit or two about pneumonia happens
to babies -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 08:38 AM | Show all posts
aku risau jgk kot2 anak aku kene ni....dia kerap sgt demam panas skrg ni....start ngn selsema lps tu batuk....kalo mlm makin bertambah panas.....plk tu lps aku blk kursus ni dia langsung x nak menyusu bdn lg.....mmg dr kecik pon dia ada problem kahak byk ni.....aku lak ade athma....tp baby bwh umur sthn xleh diagnose lg ade athma ke x....

mlm td bwk dia gi klinik buat kesekian kalinya.....sbb dh 3 hari demam...doc kene prescribed antibiotic...mkn ubat demam biasa pon x jln...actually lately dh makin ssh nk bg dia mkn ubat...dh bosan kot sbb 2 minggu lps dmm teruk byk kene mkn ubat.....so mlm td paksa dia mkn antibiotics n ubat dmm....Alhamdulillah panas turun...

aku ade tanya doc pasal suntikan pneumonia ni....dia kata penyakit ni bkn dr jenis satu virus je....n adakalanya dr bakteria mcm dlm article tu kata....so kdg2 suntikan pon x menepati n x menjamin anak kita x akan kene penyakit ni....tp katanya kalo nk suntik jgk dia x larang...sbb ubat utk suntikan ni cater utk satu2 jenis virus je...tp katanya jgk....rasanye imunasasi wajib tu dh mencukupi so far.....n klinik yg slalu aku patronize tu pon mmg xde provide suntikan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 09:39 AM | Show all posts
thanks 4 d info.. my son menghidap pneumonia waktu dia berumur 9 bln.. now umur dia dah 1 thn.. rabu ni ada app dkt hospital utk jumpa paed.. risau sgt tiap kali dia selsema/ demam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 01:06 PM | Show all posts
kalau kiter dengar kahak byk dr pernafasan die tuh...kire tuh tanda pneumonia jugak ker erk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 09:48 AM | Show all posts

Balas #1 dexa\ catat

baca lg sekali baru la terperasan paed me rupanya.. dah byk kali gak dia suruh amik injection.. tp mahai gak.. mmg ada niat nak bg gak kat baby... takut nanti berulang lg... so far alhamdulillah baru2 ni punya app doktor kata dia ok... nafas pun lancar.. paru2 pun ok... cuma takut nanti akan jd lg sbb dia tiap kali batuk senang sgt berbunyi nafas dia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 03:48 PM | Show all posts
Ader sesiapa tak tahu berapa harga Injection untuk Pneumonia ????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2008 01:27 PM | Show all posts

Reply #11 kiki-lala's post

emm senang ingat injection ni nama PREVENAR
senang nak sebut
average price dlm rm280 and above
depend on paed price la
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nak bagi pendapat sedikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2017 02:33 PM | Show all posts
kalau baby 5 bulan selsema smpai berhari2..cmne nak buat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.230923 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list