CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 3399|Reply: 2

seni buat keranda X, XL, XXL

[Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 9-9-2008 09:24 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

L, XL atau XXL
Keranda mengingatkan kita tentang kematian. Mungkin kerana itulah tidak ramai orang ingin mengambil tahu mengenai kisah keranda. Wartawan HARADIAN SHAH HAMDAN dan jurufoto, FAUZI BAHARUDIN membongkar kisah hidup seorang pembuat keranda.



KERANDA buatan Pak Ya turut dibekalkan sehingga ke
daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Dungun.



SESIAPA sahaja yang terpandang sebuah rumah di tepi jalan di Kampung Padang Mengkuang, Marang, Terengganu pasti teringatkan ajal dan maut.
Bukan niat penulis mahu menakut-nakutkan sesiapa, cuma di bahagian depan rumah dua tingkat milik Wahab Salleh, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, tersusun deretan kira-kira 60 buah keranda kayu.

Walaupun ada beranggapan 'tidak manis' meletakkan keranda yang dianggap 'kenderaan terakhir jenazah' di halaman rumah, namun bagi pembuat keranda seperti Pak Ya, beliau mempunyai sebab tertentu untuk berbuat demikian.

Selain tidak cukup ruang di bahagian lain rumahnya, Pak Ya berharap langkahnya itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf dalam kalangan pengguna jalan raya termasuk mat rempit yang selalu berlumba di depan rumahnya.

Jika kebiasaannya, kebanyakan pembuat keranda adalah mereka yang pandai bertukang, lain pula ceritanya dengan Pak Ya yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang itu sebelum ini.

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pak Ya terlebih dahulu membuka sebuah bengkel membaiki motosikal di kampungnya.

Segalanya bermula apabila beliau menyambung tradisi bapanya, Salleh Jusoh yang menguruskan kerja-kerja pembuatan keranda. Meskipun tidak pandai bertukang, Pak Ya tergerak hati untuk mengambil-alih kerja orang tuanya yang mula uzur pada tahun 1993.

"Masa itu, saya berumur 33 tahun dan pada mulanya, bapa kurang setuju kerana bimbang hasil kerja saya tidak sempurna memandangkan saya tidak pernah bertukang, apatah lagi membuat sebuah keranda," katanya.

Pak Ya dahulu sekadar memerhatikan sahaja dua bapa saudaranya bekerja dengan bapanya membuat keranda dan mengakui tidak pernah benar-benar serius melibatkan diri.

"ada peringkat awal memang susah dan saya terpaksa lukis bentuk keranda di atas kertas dan selepas itu, barulah saya potong papan dan memakunya," kata bapa kepada enam orang anak itu kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Pak Ya, ramai yang tidak peduli atau mahu ambil tahu tentang keranda kerana ia hanya digunakan apabila ada kematian dan ketika itu, barulah orang akan tercari-cari si pembuat keranda sepertinya.

Jelasnya, sama seperti pakaian, keranda juga mempunyai saiz tertentu iaitu L untuk jenazah bertubuh sederhana; XL bagi bertubuh sederhana besar dan XXL khusus untuk bertubuh besar.



KERANDA dimasukkan ke dalam van untuk dihantar kepada pembeli.



Secara mudah, katanya, keranda bersaiz L sesuai untuk memuatkan jenazah wanita, manakala XL biasanya untuk jenazah lelaki.
"Saiz XXL pula untuk mereka yang berbadan besar, macam Big Show (ahli gusti WWE)," katanya menerangkan kepada penulis perbezaan saiz keranda tersebut.

Beliau yang juga bilal di Masjid Binjai Rendah, Marang memberitahu ukuran biasa bagi keranda ialah panjangnya enam kaki dan tinggi serta lebar masing-masing satu setengah kaki.

Menyentuh mengenai harga, setiap keranda yang dihasilkannya daripada kayu durian atau kayu sentul berharga antara RM150 hingga RM250, bergantung kepada saiz.

"Saya percaya ramai yang tidak tahu harga keranda. Mungkin ada yang tak sempat tahu langsung walaupun ketika mereka dah dimasukkan ke dalam keranda," katanya penuh makna.

Berbanding semasa zaman ayahnya dulu, Pak Ya lebih beruntung kerana kemajuan teknologi membolehkan pelbagai peralatan moden digunakan sekali gus memudahkan kerja-kerjanya.

"Masa bapa saya dulu, sehari hanya dua buah keranda boleh dibuat, tetapi sekarang dah moden. Jadi, dalam satu hari boleh buat hingga enam buah keranda," ujarnya yang mendapat gelaran 'Pak Ya Keranda' dalam kalangan penduduk kampung.

Tidak seperti agama lain, keranda umat Islam mempunyai reka bentuk yang sama dan tiada ukiran atau lain-lain aksesori tambahan.

"Cukup tiga keping papan sahaja untuk buat sebuah keranda," katanya yang membuat sehingga 200 buah keranda setahun.

Menyentuh mengenai pantang larang, Pak Ya tidak melakukan sebarang amalan tertentu kecuali membaca Bismillah dan ayat Seribu Dinar sebelum memulakan kerja.

Beliau juga mengakui tiada kejadian mistik berlaku sepanjang lebih 15 tahun bekerja sebagai pembuat keranda walaupun ada pembuat keranda lain mendakwa merasa petanda tertentu apabila berlaku sesuatu kematian.

Oleh kerana tidak ramai pembuat keranda pada masa ini, beliau menjadi pembekal utama bukan sahaja bagi jenazah sekitar kampungnya, malah ke beberapa daerah lain seperti Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Dungun.

Memandangkan permintaan yang tinggi setiap bulan, Pak Ya terpaksa membuat keranda dalam jumlah yang banyak sebagai stok simpanan untuk digunakan sekiranya ada kematian.


PERNIAGAAN bengkel motosikal Pak Ya tetap beroperasi
walaupun beliau sibuk dengan tugas membuat keranda.



Sepanjang Ramadan pula, beliau tidak membuat keranda, maka sebab itulah kira-kira 60 buah keranda dibuat lebih awal dan diletakkan di depan rumahnya.
"Kadangkala pukul 12 tengah malam pun, ada yang datang kejutkan kami daripada tidur sebab mereka hendak keranda untuk kebumikan jenazah pada awal pagi esoknya," katanya yang merupakan anak tunggal.

Ekoran itu, Pak Ya dan isterinya, Nik Hanizam Nik Mat, 46, jarang-jarang sekali meninggalkan rumah dalam tempoh yang panjang kerana tidak mahu menghampakan orang yang datang untuk mendapatkan keranda.

Baginya, apa yang dilakukan bukanlah kerana mahu mendapat keuntungan tetapi merupakan tanggungjawab sosiol terhadap orang ramai yang dilanda kesusahan apabila berlaku kematian ahli keluarga.

Tidak hairanlah, Pak Ya sedikit terganggu apabila penulis menyebut tentang 'perniagaan keranda' kerana baginya, ia bukannya satu jenis perniagaan dan bukan wang ringgit menjadi keutamaannya.

"Saya hanya nak memudahkan masyarakat. Bayangkan orang yang sedih apabila ahli keluarga meninggal dunia terpaksa pula sediakan keranda dan lain-lain perkara.

"Sekurang-kurangnya khidmat yang saya berikan ini dapat meringankan beban dan kesedihan mereka," katanya yang turut menyediakan kain kapan dan pelbagai keperluan untuk si mati sebelum dikebumikan.

Namun, dalam nada bergurau Pak Ya memberitahu, selama ini keranda yang dibuatnya tidak pernah bermasalah kerana tidak ada 'pelanggan' (jenazah) yang merungut tentang hasil kerjanya itu.

Namun, membuat keranda bukanlah sumber pendapatan utamanya kerana dengan bengkel motosikal di bahagian depan rumah yang dibuka sejak tahun 70-an lagi sudah mampu menampung hidup mereka sekeluarga.

Dalam kalangan enam orang anaknya, Pak Ya memberitahu hanya anak bongsu, Mohd. Aiman Hafizi, 6, menunjukkan minat bertukang dan kerap 'campur tangan' setiap kali bapanya mula bekerja.

"Dia memang suka tengok dan dah pandai pegang tukul besi. Sesekali dia akan paku papan keranda," katanya yang mempunyai tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.

ANAK bongsu Pak Ya, Mohd. Aiman mungkin bakal mewarisi tugas lelaki itu sebagai pembuat keranda.

Di akhir pertemuan dengan penulis, Pak Ya sempat memberikan satu ingatan yang cukup menarik untuk direnungkan.
"Satu hari nanti, saya pun akan dimasukkan ke dalam keranda dan mungkin ia adalah keranda yang saya sendiri buat. Cuma saya tak tahu yang mana satu keranda itu.

"Yang pastinya, setiap manusia akan dapat satu keranda masing-masing, tak ada sesiapa yang akan dapat dua atau tiga keranda," katanya.




aku kalu pasai keranda2 ni memang serem.. tapi  kena hadapi gak satu hari nanti.... aku pernah pegi satu kedai cina nih..  mana ntah aku pung dah lufe...   wowzieeeeeee  mahal betul keranda yg depa juai... sebijik keranda sampai ribu lemon... siyesly....   kayu yg depa guna yg hardwood gitu...  mahogany ader.. meranti ader...   aku rasa bisness buat keranda nih mmg bagus aper.... yg tukang buat akan selalu insap gak.. sbb satu hari nanti dia mungkin masuk dalam tu jugak...    aku cakap mungkin, sbb ada yg ramai mati tarak keranda.... hilang camtu ajer....  bab yg ni tingat lak aku kat altantuya...   huhu...   
1

View rating log

YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-9-2008 10:02 AM |All posts
wei org isle ninggal masuk kerenda gak ke lam liang lahad
"more u read more u get & more u forget"
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 9-9-2008 04:09 PM |All posts
huhuhu
cuak la. tapi semua orang akan mati gak satu hari nanti. heh
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 27-8-2014 04:57 PM , Processed in 0.115773 second(s), 20 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top