CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1898|Reply: 9

Asnaf Zakat...

[Copy link]
Post time 15-9-2008 09:27 AM | Show all posts |Read mode
masa mengaji dulu ustaz terangkan bahawa asanf zakat ada lapan...
1. fakir
2. miskin
3. amil
4. muallaf
5. fisabilillah - org yg berjuang di jalan Allah
6. org yg berhutang di jalan Allah
7. hamba yg nak memerdekakan dirinya
8. musafir yg keputusan belanja...

la ni kan... mana ada hamba lagi... kat dalam Malaysia ni, boleh konfom tak ada hamba lagi... perhambaan pulak adalah satu jenayah la ni, bukan saja di negara kita malah di seluruh dunia... jadi, hamba dah tak ada... tapi agihan utk asnaf hamba tetap ada... sebab asnaf ni bukan pihak jabatan agama yg bubuh... asnaf2 ni ditentukan dgn jelas oleh Allah swt dlm quran... jadi kita tak boleh nak buang... kemusykilannya... agihan utk asnaf ni setiap tahun pergi ke mana? agihan utk asnaf ni 1/8 dpd kutipan zakat dan fitrah tiap2 tahun... kalau kata dapat sejuta, dok ada RM125K... agihan utk asnaf hamba ni... sah2 jumlah yg terkumpul di baitulmal utk asnaf hamba ni bukan sedikit... mana depa salurkan? ada mana2 pejabat agama/pejabat zakat keluarkan makluman kpd orang ramai, ke mana agihan ini disalurkan?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 10:32 AM | Show all posts
ko leh check kt sini. ini kalo selangor pnye

http://www.e-zakat.com.my/baru/statistik/statistik_agihan.asp

pilih bhg agihan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #1 lebaimandraguna's post

kerajaan duk buat pusat/bangunan bagi  kursus2 untk jadi kaya (kerja) kepada orang miskin...

tapi sampai sekarang tak selesai masalah ni......

Kalau agihan zakat di lakukan dengan betul aku rasa tak ada orang miskin yang makan siput babi....

satu lagi ramai rakyat malaysia yang tak keluarkan zakat... sedangkan nisab zakat adalah RM 6400 setahun.... kalau ikutkan nisab tu, pekerja kilang pun kena keluarkan zakat.....

Kita makan nasi...adakah padi yang ditanam oleh petani di keluarkan zakat pertanian.... nasi kita yang makan mempunya unsur yang tak suci....

Kita minum susu lembu/kambing.....adakah penternak mengelurkan zakat ternakan.... susu yang kita minum ada unsur yang tak suci......

Sebab tu kita lihat akhlak muda mudi sekrang sudah teruk..... unsur makanan & minuman perlu diutamakan bagi membentuk budi perkerti yang baik.

Dizaman Khalifah Abu bakar... memerangi dengan cara berperang (bunuh la tu ) orang tak membayar zakat adalah wajib...

Kita di malaysia.... kerajaan pimpinna sekarang tak memberatkan perkara ini... entah la Pimpinan negara sendiri pun kot tak keluar juga zakat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 10:43 AM | Show all posts
ASNAF ZAKAT


"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

    *ASNAF FAKIR - Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
      
    *ASNAF MISKIN - Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
      
    *ASNAF AMIL - Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
      
    *ASNAF MUALLAF - Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
      
    *ASNAF RIQAB - Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
      
    *ASNAF GHARIMIN - Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan :
         1. Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
         2. Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
         3. Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
              
    *ASNAF FISABILILLAH - Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untukmenegakkan syiar Islam.
      
    *ASNAF IBNI SABIL - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
         1. Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
         2. Pengembaraan diharuskan oleh syarak.


LAPORAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF di Negeri Selangor...
Bulan Januari 2008

JENIS ASNAF          BIL             JUMLAH AGIHAN
BUKAN ASNAF-----2---------280,016.94
FAKIR---------------21---------57,581.17
FISABILILLAH----1041------6,144,340.83
GHORIMIN--------254--------1,327,693.23
IBNI-SABIL-------42----------48,160.00
MISKIN------------742---------3,538,893.48
MUALLAF---------184---------1,048,013.89
RIQAB          ----------10---------- 46,649.39********
                       2279           12,491,348.93

***** Tak sangkalah pulak di Negeri Selangor ni ada hamba! Macam mana klasifikasi hamba ni ditakrif oleh Jabatan Agama Selangor????
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 11:36 AM | Show all posts
org gaji tu kira hamba x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 09:40 AM | Show all posts
Setau haku mana ader zakat pendapatan......  haku pun penah tanyer ngan org PUZ dier punyer jawapan pun blurrr.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2008 05:20 PM | Show all posts
Apa rahsia Khalifah Umar Abd Aziz yang memerintah hanya 3 tahun tapi pada tahun kedua pemerintahannya, tak ada orang lagi yang layak terima zakat ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:05 PM | Show all posts

Balas #7 always_typo\ catat

selagi ada orang mengaku miskin dan fakir
tak mungkin akan wujud keadaan orang tak mau terima zakat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2008 08:45 PM | Show all posts

Reply #6 mjla's post

kerana sebenarnya tak ada ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #8 ianho's post

saya pernah dengar ada ustaz cerita pasal teknik yang digunakan oleh Khalifah umar abdul aziz. Nasnya taklah begitu jelas tapi menurut ceritanya duit zakat yang khalifah umar bagi kat orang miskin adalah mengikut kadar penggunaan orang miskin tu dan keluarganya untuk setahun dan didarab dengan jangka hayat yang ada pada orang tu mengikut jangka hayat umum manusia.

Contoh kalau orang miskin tu umur 40 tahun, kegunaan keluarganya setahun RM10,000, jadi katakanlah dia hidup lagi 40 tahun (average death age 80 tahun) jadi zakat yang diberi kepadanya adalah RM400,000.

Jadi lepas terima zakat, orang miskin tu jadi orang kaya.

Next year orang miskin tu  dah tak layak terima zakat lagi. Kalau dia masih nak mintak zakat lagi pada tahun2 akan datang, pasti kena reject, silap-silap dihukum palu pula lagi kerana tak tahu manage duit zakat yang telah diberi kepadanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.947187 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list