CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiro

SIDI ORAZA

[Copy link]
Post time 14-10-2008 02:26 PM | Show all posts
Aku pung minat gak dgn dia ni... macho gile!

Blakon iklan pun banyak... ingat lg iklan TM yg dia jd ala2 Indiana Jones tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 02:27 PM | Show all posts
dia klu belakon watak ganaz..ganaz tul..
menakotkan..:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:27 PM | Show all posts

Reply #1 Hiro's post

aku minat giler kat Sidi Oraza..
now badan dia dah makin besau dan perut dia dah makin muncit.
Tak silap now dia dah jadi usahawan kan?
Business baja..... pernah tgk interview dia di RTM psl perniagaan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:29 PM | Show all posts
Sidi penah dipertimbangkan utk watak jebat dlm PGL.
masa tu dia dah tembam. tak jaga badan sebab dah lama tak berlakon.
tapi belakon masih powerrrrrrrrr.
anytime boleh cantas hang tuah tu...
tapi last2 watak tu kena buang, tak pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:31 PM | Show all posts
minat gak...  kalau tak silap dulu dia penah berlakon dgn umi aida dlm satu drama tv3 pastu macam intim je, so wife dia pegi tanye kat umi if ada sesuatu ke dgn hubby dia...pastu terus sidi oraza tak berlakon, maybe nak jaga ati isteri dia kot. suka couple ni...sesuwaii
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #20 supernaturalee's post

ha.... aku suka masa dia berlakon citer layar lara
best sangat masa scene dia marah ena manjalara wagiman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by mat_arof at 14-10-2008 02:15 PM
iye ke kawin dengan artis...siapa bini dia...lawa cun tak? tepek lah gambar nak tengok...

bini dia kakak ke adik kpd pelakon tengku aisyah...kalo korg tgk iklan kat astro, iklan drama sofea pe tah nama dia..ade la tengku aisyah ni...yg mcm watak jahat2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:41 PM | Show all posts
Sidi Oraza
Biodata :
Name ... Syed Osman bin Syed Rashtan
Date of birth ... 31 October 1965
Place of birth ... Ayer Itam, Penang, Malaysia


--------------------------------------------------------------------------------

Actor filmography :
Putera Merdeka (2001/in production)
Layar Lara (1997)
Siapa Dia? (1996)
Sayang Salmah (1995)
Suci Dalam Debu (1991)
Juara (1991)
Pening-Pening Lalat (1990)
Konstabel Mamat (1990)
Pelumba Malam (1989) - first film


--------------------------------------------------------------------------------

Award :
Best Actor (Layar Lara) ... 13th Malaysia Film Festival, 1997
Best Supporting Actor (Sayang Salmah) ... 41st Asia Pacific Film Festival in Auckland, New Zealand; 1996
Best Actor (Sayang Salmah) ... 12th Malaysia Film Festival, 1995
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 02:43 PM | Show all posts
NadiBiz: Sidi Oraza puas hati bantu petani BH120508




Bekas pengarah, pelakon tinggal dunia glamor mulakan perniaggan baja kimia, organik


BERBEKALKAN modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 43, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat.

Namun, beliau yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Diversatech mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an.

Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.

Sidi berkata, idea untuk beliau menceburi bidang perniagaan tercetus selepas pulang dari China. "Tujuan ke China untuk belajar berniaga.

Tetapi saya tidak dapat ilmu berniaga, cuma dapat ilmu macam mana rakyat negara itu boleh berjaya dalam perniagaan. "Antaranya ialah mereka makan, jalan dan berfikir dengan cepat, justeru apa saja boleh jadi. Malah hasil kerajinan dan kegigihan, Tembok Besar Cina dapat mereka bina.

"Kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan 1998 juga benar-benar menguji kekuatan saya. Ketika itu saya sudah tidak berlakon, bayangkan daripada hidup mewah dengan kereta besar, saya terpaksa berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.

"Pernah saya hanya ada RM1 dalam poket, saya terpaksa memilih sama ada mahu beli makanan atau naik bas pulang ke rumah di Ampang Jaya dari Zoo Negara. Saya ambil keputusan untuk jalan kaki bagi menjimatkan duit untuk makan.

"Turun naik kenderaan awam bersama isteri dan anak yang masih kecil juga adalah perkara biasa sehingga apabila terjumpa peminat dan mereka bertanyakan mengapa saya menaiki LRT, saya beritahu yang saya sedang membuat kajian untuk filem baru, padahal ketika itu saya tiada kereta," katanya sambil ketawa.

Katanya, dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka telah laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

"Nak cerita betapa susahnya masa mula-mula membuka kilang baja ini, saya dan pasukan kerja menjual baja, tidur di kilang, buat promosi kepada petani. Dari awal hingga ke akhir semua buat sendiri. Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan kerja syarikat ini berbaloi," katanya.

Beliau turut melahirkan kesyukuran mempunyai pasukan kerja yang rajin, tekun dan setia dengan syarikatnya sejak mula ditubuhkan.

"Memang tidak dinafikan setiap perniagaan pasti banyak ujian yang mendatang. Rujukan saya hanya kepada Allah. Setiap kali ditimpa masalah, saya akan solat hajat dua rakaat, Insya Allah, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan," katanya.

Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.

Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.


Diversatech turut diberikan pelesenan ekslusif menghasilkan dan memasarkan dua produk pertanian hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia iaitu Vita Grow dan Zappa. Menerusi pelesenan itu, Dr Syed Omar dan Prof Madya Dr Ahmad Husni Mohd Haniff, iaitu penyelidik produk berkenaan dilantik sebagai penasihat teknikal, selain memegang ekuiti dalam syarikat berkenaan.

Enam produk syarikat itu ialah Zappa Plus, bahan rawatan benih padi yang dirumus bagi menggalakkan kecergasan anak padi dan bertindak sebagai perisai terhadap serangan kulat serta penyakit.

Baja organik Jitu pula dihasilkan bagi memperbaiki kesuburan dan struktur tanah, manakala baja Dammar bagi memberi ketahanan pada pokok padi daripada serangan siput gondang mas.

Baja padi NPK, Mampan pula mampu membantu tanaman mendapat hasil yang maksimum dan baja Robust berfungsi meningkatkan kekebalan pokok secara semula jadi daripada serangan kulat seperti hawar seludang serta karah.

Produk baja Ajib yang dihasilkan menerusi teknologi dari Jerman pula mempunyai enzim aktif dan mikro nutrien lengkap dalam bentuk terlarut, yang diperbuat khusus untuk menampung kekurangan dan mencapai keseimbangan zat makanan dalam tanah tropika untuk tanaman kelapa sawit.

Sidi berkata, beliau menerima tawaran menjual syarikatnya sejak dari tahun pertama membuka kilang baja lagi, tetapi menolaknya kerana tujuannya bukan untuk meraih keuntungan mudah.

"Ketika itu, kilang kami masih menggunakan tangan membancuh baja, tanpa sebarang peralatan moden. Kalau gelap mata, memang lama sudah menerima tawaran itu. Tetapi bagi saya menceburi bidang perniagaan bukan hanya memburu keuntungan.

"Saya berniaga bukan untuk diri sendiri tetapi untuk beri balik apa yang kami dapat kepada masyarakat terutama golongan sasar iaitu petani dan peladang," katanya yang dikurniakan empat cahaya mata berusia antara dua hingga 12 tahun hasil perkahwinan dengan bekas pelakon drama, Tengku Ismawati Badrulzaman.

Sidi berkata, bidang yang diceburi kini jauh berbeza dengan lakonan kerana menerusi perniagaan itu beliau dapat merapati golongan petani dan peladang.

"Syarikat ini bukan saja mengilang dan mengeluarkan baja, tetapi turut memasarkan dan turun padang mengajar petani cara penggunaan dan mengadakan pemantauan. Kajian dan penyelidikan secara berterusan dijalankan bagi memastikan hasil tanaman meningkat.

Bagi memastikan penyelidikan yang berterusan yang sekali gus dapat menghasilkan produk bermutu tinggi, Diversatech yang berpegang kepada slogan 'Kami Membantu Petani Menyediakan makanan Dunia', kini mempunyai 75 kakitangan termasuk tujuh ahli sains dari dalam dan luar negara dalam bidang berkenaan.

Sidi berkata, syarikatnya banyak mendapat sokongan daripada agensi agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Mardi dalam usaha memasarkan produk syarikat itu.

Malah, katanya, produk keluaran syarikat itu turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2008 02:45 PM | Show all posts
PAtut dia orang cuba suruh dia berlakon balik lah coz aku duk bosan tengok pelakon baru jer memanjang atleast ada pelakon pelakon macam dia orang ni syok gak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:45 PM | Show all posts
dah ada rupanya artikel pasal dia

[ Last edited by  cap_ayam at 14-10-2008 02:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:46 PM | Show all posts
Dia ni nikah dgn Umie Aida kat negara Timur Tengah nun......tak tahan lama marriage depa...3-4 bulan saja....pasai bini tua sudah dapat hidu laaaa....takot bini rhopa2nya!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:48 PM | Show all posts
bini dia ni kan tengku apa ntah....
errr betul ke dia penah nikah ngan umie aida
aku mmg suka tgk dia berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:50 PM | Show all posts

Balas #32 subee\ catat

betol kaaaaaaaa?????????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2008 02:50 PM | Show all posts
Dah nampak tua lah Sidi ni

Tul nyer alim gak macam pelakon ali setan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 02:51 PM | Show all posts
aku ske tgk dia berlakon cite dominan.. dia jd tan sri lokman hakim.. yg jd isteri dia masa tu azizah mahzan.. sorg bisnes woman yg berjaya ada syarikat sendiri nama cosmolaps, sedangkan dia masa tu kerani cabuk je kot.. akhirnya dia berusaha bila anak n isteri dah x menghormati diri dia sbg suami dlm umah tu.. mmg dia cool giler dlm cite tu.. mmg hensem.:victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 02:52 PM | Show all posts

Balas #32 subee\ catat

betul ke statement kau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 03:04 PM | Show all posts
bini dia nama tengku ismawati...pelakon spectra dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 03:09 PM | Show all posts
Aku pon mmg minat gak lakunan dier... kalau die dah wat busines... mana le ada masa nak berlakun kan...

Anyway, kalau dia berlakun balik mmg minat nak nengok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 03:11 PM | Show all posts



Gambo kawen @ Wisma MPSA Shah Alam
(1996).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.327789 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list