CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiro

SIDI ORAZA

[Copy link]
Post time 28-12-2013 01:00 AM | Show all posts
Mak I cakap dia dah meninggal..biar betul mak I ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kambingterluka posted on 27-12-2013 10:40 PM
tengkiuuuuuu for the link. lama dah cari drama ni tak jumpa2. faveret drama ni.

sama la... terbaca kat satu forumer sebut tajuk drama ni.. iols terus gugel.. cuma iols tak paham.. napa gerak mulut ngan suara tak tally... macam tengok cite alih suara la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 01:41 AM | Show all posts
mawarbduri posted on 27-12-2013 04:19 PM
dah kaya skrg usahawan brjaya..rumah di Sunway, Semenyih

klu betul cite psl susur galur kesultanan perak.. dia ni asal org berada gak kot.. org istana

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 04:36 AM | Show all posts
Dia currently with fetilizer company. Banyak jugak dapat project glc n gov.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dia penah bercinta ngan mas idayu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:43 AM | Show all posts
google2 terjumpa nih..

ARKIB : 16/04/2000

Sidi Oraza sepikan diri selepas dibedah

''Saya akui bahawa selepas menjalani pembedahan tersebut saya ada menyatakan bahawa saya mahu bersara daripada dunia lakonan.

''Bukannya apa, ketika itu saya menerima banyak tawaran berlakon, baik drama mahupun filem. Tapi pada waktu itu, saya baru sahaja keluar dari hospital.

''Sakit akibat pembedahan tersebut masih terasa dan saya tidak larat untuk kembali menjadi pelakon.

''Nak tolak tawaran, nanti ramai yang kata saya berlagak kerana secara kebetulan sebelum menjalani pembedahan, saya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik.

''Jadi untuk menyedapkan hati semua orang, saya kata saya mahu bersara daripada dunia lakonan,'' katanya dalam loghat orang Pulau Pinang.

Bagaimanapun itu kata di mulutnya bagi menyedap hati orang di sekeliling. Di kepalanya sudah ada perancangan yang rapi bagi memastikan hidupnya sekeluarga lebih ceria.

Dalam tempoh 10 tahun membabitkan diri dalam bidang hiburan, dia dinobatkan sebagai Pelakon Drama Terbaik, Pelakon Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik Asia, Anugerah Khas Finas dan Pengarah Drama Terbaik.

Bahkan dia turut membina imejnya sebagai ahli perniagaan yang berjaya. Dan paling terbaru, dia menerima tawaran untuk mengarah drama dokumentari kesihatan.

''Penerbit Kuasatek Pictures Sdn. Bhd., Mohd. Noor Kadir ada berpesan jika ingin berniaga telur janganlah sebakul kerana kalau bakul itu jatuh, maka termenunglah kita.

''Oleh itu, kita harus mempunyai beberapa buah bakul yang berisi telur, barulah selamat,'' menurut Sidi.

Apabila terasa sihat sedikit daripada pembedahan tersebut, dia kembali ke dunia seni. Tetapi kali ini sebagai pengarah dan bukan pelakon.

Dia mengarah drama Surah Terakhir yang membariskan Umie Aida sebagai pelakon utama. Turut berlakon ialah Rose Iskandar dan Zuhairi Ibrahim.

''Dalam drama itu saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pelakon dan krew drama.

''Apatah lagi ketika itu kesan pembedahan masih terasa dan saya memang tak larat untuk bergerak. Jadi, saya mengarah dari tempat duduk sahaja,'' ujarnya.

Setelah selesai penggambaran drama itu dan secara kebetulan negara dilanda kegawatan ekonomi, dia mengambil kesempatan untuk mendalami dunia perniagaan.

Kata Sidi, dia terbang ke China dan belajar daripada seorang kawan baiknya pada masa sekolah dahulu, Azmi Isa.

Hasilnya dia berjaya membina sebuah kilang yang mengeluarkan baja tanaman, Diversatech (M) Sdn. Bhd. yang terletak dekat Taman Sentosa, Sungai Jelok, Kajang.

Setelah tiga tahun berusaha membangunkan kilang tersebut dan dalam masa yang sama dirinya sudah sembuh sepenuhnya, dia dipelawa oleh Murali Abdullah untuk berlakon dalam drama arahan Murali.

Dia menerima tawaran itu walaupun drama Metropolitan yang diterbitkan oleh HVD, syarikat yang sering dikritik kerana menghasilkan drama yang kurang bermutu.

''Saya tahu drama itu terbitan HVD. Tapi masa itu saya terimanya kerana saya ingin mengubah imej HVD.

''Ia bagaikan perumpamaan dalam mesyuarat sekumpulan tikus yang ingin tahu bagaimana untuk mengesan kedatangan kucing.

''Caranya adalah menggantungkan loceng di leher kucing itu. Tapi siapakah kalangan tikus yang sanggup mengantungkan loceng itu?

''Dengan kemasukan saya yang bergelar Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, ramai pelakon yang popular masa kini mula menerima tawaran berlakon dalam drama-drama terbitan HVD,'' katanya.



copy dri utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2014 08:54 PM | Show all posts
fidjb posted on 14-10-2008 02:05 PM
dia kahwin dgn artis gak kan, lepas kahwin dah senyap

kan ke wife dia Mas Idayu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 08:57 PM | Show all posts
soraya posted on 14-10-2008 02:31 PM
minat gak...  kalau tak silap dulu dia penah berlakon dgn umi aida dlm satu drama tv3 pastu macam  ...

Bukan ke wife dia Mas Idayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2014 09:06 PM | Show all posts
Mas Idayu penah kawen ngan Aman Graseka...

Pastu penah digosipkan ngan Sidi Oraza plak ke??
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 09:45 PM | Show all posts
Kenal pelakon ni ketika aku meningkat rumaja..
Ting. 1 aku dah pandai merembes kat dia ni..
Sidi Oraza ni kalo aktif berlakon sampai skang mau kalah abg rosyam..
Salah seorang pelakon paling berbakat dan versatile..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 09:47 PM | Show all posts
soraya posted on 14-10-2008 02:31 PM
minat gak...  kalau tak silap dulu dia penah berlakon dgn umi aida dlm satu drama tv3 pastu macam  ...

Drama ISKETAMBOLA tak silap aku..
Komedi romantik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bkn dah lebih kearah keagamaan ke skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ninazaihasra posted on 1-1-2014 08:57 PM
Bukan ke wife dia Mas Idayu

bukan la. dia kawin dgn sorang artis tengku apa ntah nama dia. dulu artis tu pelakon drama rtm waktu ptg.  sweet je orgnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 10:19 PM | Show all posts
Gigih aku google gambar sidi ni sebab nak ingat balik muke dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 11:00 PM | Show all posts
kristal posted on 28-12-2013 09:43 AM
google2 terjumpa nih..

ARKIB : 16/04/2000

thn 2000 HVD ade lg ke?bkn da berkubur around 1998..btw ak ske pelakon hvd dlu..syahrulzaman
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 03:07 AM | Show all posts
mnaa posted on 28-12-2013 01:41 AM
klu betul cite psl susur galur kesultanan perak.. dia ni asal org berada gak kot.. org istana

walau dah lama citer i nak tempek gak...

Sidi Oraza mmg usahawan berjaya sekrg..

syarikat baja dia : http://www.diversatechfertilizer.com/eng/index.html








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 04:12 AM | Show all posts
Berisi dia sekarang ye. Lain dah rupa. Kalau tak dibagitahu mmg tak tahu tu sidi oraza. Selamat maju jaya dlm apa jua bidang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
eva posted on 3-9-2014 03:07 AM
walau dah lama citer i nak tempek gak...

Sidi Oraza mmg usahawan berjaya sekrg..

Wahh thanks 4 the update. Tertanya2 gak dia g mn skg. Igt lg masa kecik2 tgk dia berlakon Sayang Salmah mcm real jerr bawak watak schizo
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 04:49 AM | Show all posts
dahulu petang-petang ada lagu Abang Sidi, Opie Zami yang nyanyi

♫...abang, abang sidi, abang sidi ceritalah lagi...♫



http://youtu.be/bbRQF6uKdEQ
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 2-9-2014 08:49 PM
dahulu petang-petang ada lagu Abang Sidi, Opie Zami yang nyanyi

...abang, abang sidi, aban ...

Kaka

sorry saya nk tanya abag sidi oraza bukan kah sudah tiada lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076329 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list