CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Haiwan pupus kerana.....

[Copy link]
 Author| Post time 18-5-2009 01:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2009 11:21 AM | Show all posts
Hidupan liar makin pupus
Oleh Kandau Sidi
Berita Harian, 29 Jul 2006

MIRI: Malaysia menghadapi kesukaran bagi mengawal hidupan liar di kawasan taman negara yang berkongsi dengan negara jiran, Indonesia berikutan kurang kesedaran di kalangan masyarakat di pinggir taman terbabit mengenai konsep pemuliharaan alam sekitar.

Berikutan itu, banyak hidupan liar dan spesies tumbuhan di kawasan taman negara terbabit iaitu, Taman Negara Lanjak Entimau, Batang Air di Bahagian Sri Aman yang bercantum dengan Taman Negara Betung Kerihun di barat Kalimantan Barat (Indonesia) dan Taman Negara Pulong Tau di bahagian Miri dan Limbang, dengan Taman Negara Kayan Menterang (TNKM) di utara Kalimantan Timur, Indonesia semakin diancam kepupusan.

Timbalan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad, berkata, usaha pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia, memulihara fauna dan flora di empat taman negara bersempadan antara satu sama lain kini berdepan masalah serius berikutan tindakan penduduk di sekitarnya memburu hidupan liar secara haram sehingga menyebabkan kepupusan.

Taman Negara Lanjak Entimau dan Taman Negara Betung Kerihun diwartakan sebagai taman negara merentasi sempadan antarabangsa pada 1994 manakala Taman Negara Pulong Tau dan Taman Negara Kayan Menterang (TNKM) diumumkan sebagai taman negara baru-baru ini.

Keempat-empat taman negara itu diuruskan menerusi peruntukan kewangan yang dibiayai Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO) yang memberi penekanan kepada pengurusan hutan mapan.

Tiga spesies hidupan liar yang dikategorikan paling terancam di taman berkenaan termasuk orang Utan, burung enggang dan badak Borneo yang jumlah setiap spesies itu kini dianggarkan kurang seratus ekor.

Badak Borneo yang hampir menyerupai badak Sumantera dan pernah dilihat berkeliaran di kawasan Taman Negara Pulong Tau sudahpun kehilangan jejak sejak 1995.

Selain haiwan, tumbuhan liar seperti orkid, pokok herba, pokok gaharu, rotan dan damar turut berkurangan akibat eksploitasi berlebihan penduduk yang menetap berhampiran sempadan taman negara itu.

Sapuan mengakui sukar menguruskan hidupan liar dan mengekalkan tumbuhan bernilai komersial tinggi yang terdapat di kawasan empat taman negara itu kerana kawasan yang luas dengan sistem pengurusan kedua-dua negara yang berbeza.

Beliau berkata masa depan haiwan liar tidak dapat diramalkan apabila ia keluar dari kawasan sempadan taman negara di Sarawak sama ada di Taman Negara Pulong Tau mahupun Taman Negara Lanjak Entimau.

"Biasanya haiwan liar yang masuk ke kawasan hutan Indonesia jarang balik, entah hidup atau mati. Contohnya, di Taman Negara Lanjak Entimau (Batang Ai) ia satu-satunya tempat habitat orang Utan. Orang Utan tidak terancam apabila berada di taman berkenaan. Lagipun, masyarakat Iban yang mendiami kawasan berkenaan tidak memakan orang Utan.
       

"Sebaliknya, apabila haiwan itu melepasi sempadan taman negara dan berhijrah ke Taman Negara Betung Kerihun di barat Kalimantan, Indonesia, ada penduduk tempatan menembak orang Utan dewasa untuk dimakan atau dijual dagingnya manakala anak orang Utan dieksport ke luar negara.

Safuan berkata, apabila ditanya mereka (penduduk tempatan Indonesia) mengapa bunuh orang Utan, mereka jawab: "Kami nak makan apa Pak, memburu adalah satu sumber rezeki untuk menyara keluarga di Indonesia, walaupun ia dilarang kerajaan negara berkenaan," katanya.

Ketika ditemui Berita Harian selepas pelancaran projek ITTO 224/03 Rev/1 (F) Kawasan Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi Rentas Sempadan Taman Negara Pulong Tau Sarawak di Miri, baru-baru ini, Safuan berkata, adalah mustahil untuk menghalang haiwan liar itu memasuki kawasan sempadan Indonesia kerana taman negara terbabit bersempadan antara satu sama lain.

Satu lagi spesies yang diancam kepupusan ialah burung enggang, lambang kemegahan Sarawak.

Presiden Persatuan Rurum Kelabit, Gerawat Gala berkata, terdapat tiga spesies burung enggang yang menjadi di Taman Negara Pulong Tau sebagai habitatnya.

Katanya, pokok `benatur' dan `ubung' menjadi tempat pembiakan burung enggang atau kenyalang. Tanpa pokok itu enggang sukar bersarang atau membiak, sekali gus menyebabkan populasi burung yang menjadi lambang kemegahan Sarawak diancam kepupusan.

Kesannya, Gerawat berkata, ketika ini sukar untuk melihat burung itu terbang di kawasan berhampiran taman negara.

"Mungkin ia sukar membiak kerana banyak pokok yang menjadi tempat ia bersarang ditebang penduduk atau pembalak, perkara inilah yang perlu dikawal," katanya dan menambah aktiviti manusia adalah ancaman paling sukar diatasi.

Apa yang lebih membimbangkan ialah bukti penemuan pertama badak Borneo sejak 1995, yang mana nasib badak itu masih tidak diketahui sehingga kini.

Bekas pegawai kanan Jabatan Hutan Sarawak, David Labang, 66, yang mengetuai mengetuai usaha menjejak badak liar itu 11 tahun lalu, berkata kesan tapak kaki badak liar itu dijumpai berhampiran kawasan tanah rendah di Sungai Bila Bigan, dekat Batu Lawi, di kawasan Gunung Murud.

"Kita jumpa kesan tapak kaki berkenaan yang dianggarkan sebanyak lima ekor berdasarkan perbezaan saiz tapak kakinya. Ada tampak kaki sebesar tapak tangan orang dewasa dan ada yang kecil mungkin anaknya.

"Seekor badak liar berkenaan dianggarkan seberat satu tan. Namun sejak penemuan pertama berkenaan, kita tidak ada lagi kesan tapak kaki badak berkenaan. Nasib haiwan ini sukar diketahui," katanya.
       

Menyedari hakikat itu, Jabatan Perhutanan akan memulakan kajian semula usaha mengesan badak liar berkenaan. Ia termasuk menemubual penduduk tempatan yang pernah melihat badak air di kawasan tanah tinggi itu.

Apa yang jelas ancaman terhadap hidupan liar di taman negara bukan saja datang dari luar, sebaliknya daripada penduduk tempatan sendiri.

"Kebanyakan pemburu haram ialah orang bandar. Mereka ada duit. Orang ini, beri peti sejuk kepada penduduk luar bandar. Misalnya, jika tembak babi hutan simpan di dalam peti sejuk. Lepas itu baru mereka ambil.

"Ada juga pemburu haram yang mengumpan haiwan liar di taman negara, supaya `dibiasakan' keluar dari kawasan sempadan. Selepas haiwan ini sudah biasa dan kerap keluar kawasan sempadan taman negara baru mereka tembak," kata David yang kini berkhidmat secara sukarela sebagai warden Taman Negara Pulong Tau.

Sementara itu, Pengurus projek ITTO Malaysia, Dr Paul Chai mengakui pertubuhan itu menghadapi masalah melindungi biodiversiti seperti haiwan dan tumbuhan yang ada nilai komersial di empat taman negara itu.

Sejak terbabit dalam usaha itu tahun 1994, katanya, ITTO membelanjakan lebih RM40 juta sebagai perbelanjaan mengurus taman negara terbabit, dengan harapan dapat melindungi biodivasiti taman negara itu.

Namun, katanya, peruntukan perbelanjaan yang tinggi bukan jaminan `kejayaan' melindungi haiwan dan tumbuhan di taman negara itu, jika penduduk tempatan atau negara jiran tidak memahami nilai tinggi kepentingan mengekalkan khazanah itu untuk masa depan mereka.

"Kita boleh salurkan wang yang banyak, tetapi persoalannya mampukah kita menyedarkan orang ramai supaya jangan bunuh haiwan liar, ambil orkid, tebang pokok dan ceroboh taman negara," katanya.

Ketika ini, ITTO memperuntukkan RM82.51 juta kepada Malaysia bagi menguruskan hutan secara mapan.

Peruntukan itu merangkumi perbelanjaan mengurus 26 projek ITTO di Malaysia, termasuk lapan projek baru yang akan ditentukan organisasi itu tidak lama lagi.

Sesungguhnya, usaha menyelamatkan kira-kira 2,000 jenis pokok, burung (350), mamalia (210) dan reptilia (150) di Borneo, satu pulau yang dikongsi Malaysia, Indonesia dan Brunei adalah tanggungjawab bersama.

Empat haiwan terancam lain iaitu kerbau liar berekor putih, gajah, harimau dahan, beruang dan wak-wak turut tersenarai di tempat teratas spesies terancam di Pulau Borneo.

Aktivis alam sekitar bimbang haiwan dan tumbuhan yang sukar dijumpai di mana-mana bahagian lain di dunia berkenaan, mungkin lenyap seandainya usaha melindunginya menemui jalan buntu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2009 07:31 AM | Show all posts
Buru ayam hutan buat lauk kenduri

Oleh KHAIRATUL AINAL
ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my


KHIRIAH menunjukkan senapang patah dan ayam hutan yang dirampas daripada sekumpulan pemburu di Ladang LKPP Penor, Sungai Belat semalam.

KUANTAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2009 08:51 AM | Show all posts
Kulit harimau kering RM90,000 dirampas



Mohd. Noor (empat dari kanan) bersama anggota lain melihat kulit harimau siap diproses yang dirampas di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

BUKIT KAYU HITAM - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lima keping kulit harimau bernilai kira-kira RM90,000 serta menahan dua lelaki Thailand di sekatan jalan Kilometer 1.3 menghala ke Thailand di sini semalam.

Komander UPP Kedah, Mohd. Noor Idris berkata, kulit harimau bernilai kira-kira RM18,000 setiap keping itu dirampas di sekatan jalan itu pada pukul 6.50 pagi.

Menurut beliau, semasa pemeriksaan, kulit harimau tersebut ditemui dalam bungkusan plastik berwarna kelabu yang disimpan dalam but kereta Honda Civic bernombor pendaftaran Thailand yang dinaiki dua lelaki masing-masing berusia 51 dan 52 tahun.

"Kulit harimau kering sepanjang lebih dua meter dan selebar 0.6 meter itu dipercayai diseludup dari hutan sekitar kawasan negeri Perak dan Kelantan," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Mohd. Noor berkata, kulit harimau terbabit dipercayai akan dijual di pasaran Thailand pada harga yang lebih tinggi.

Jelas beliau, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk siasatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 01:06 AM | Show all posts
sayang betul ayam hutan atas meja tu, di tembak tapi tak di masak.. tak ke buang peluru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2009 12:22 AM | Show all posts
MyCat Minta Asal Lima Harimau Yang Mati Disiasat

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MyCat) mahu Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyiasat asal usul lima harimau yang ditemui mati dan kulitnya diambil dalam rampasan Sabtu lepas.

"Kulit yang mempunyai lubang akibat terkena peluru itu, menimbulkan persoalan mengenai bagaimana penyeludup kini beroperasi," kata persatuan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

MyCat berkata polis, Kastam, unit anti penyeludupan Perhilitan serta pegawai penguatkuasa perlu meningkatkan kerjasama untuk membanteras kejadian penyeludupan hidupan liar.

"Kami juga memerlukan sokongan daripada orang ramai. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian yang membahayakan hidupan liar boleh menghubungi Perhilitan atau SMS ke hotline Jenayah Hidupan Liar di 019-3564194."

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2009 12:24 PM | Show all posts
aii mananya x pupus haiwan2 ni kan...manusia ske wat tindakan x pakai otak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2009 02:17 PM | Show all posts


Bunyi kokok sayup kedengaran di pinggir kampung. Namun bayangan empunya diri sukar bertembung manusia. Itulah misteri bagi ayam-ayam liar yang hidup di hutan. Dalam Bahasa Jawa disebut dengan nama ayam alas manakala dalam Bahasa Inggeris junglefowl; semuanya merujuk pada tempat hidupnya dan sifatnya yang liar.

Ayam-ayam ini dari segi bentuk tubuh dan perilaku hampir serupa dengan ayam-ayam peliharaan, kerana hubungkait (keluarga) dengan ayam peliharaan. Perbezaan diantara jantan dengan betina adalah dari segi bentuk tubuh, warna dan ukurannya (dimorfisme seksual, sexual dimorphism). Ayam hutan jantan memiliki bulu yang berwarna-warni dan indah, manakala ayam betinanya yang cenderung berwarna monoton dan kusam. Begitu juga suara kokok, hanya ayam hutan jantan berbuat demikian. Ayam hutan betina boleh bersiul untuk menarik perhatian ayam jantan mendekatinya.

Secara umum terdapat empat spesies ayam hutan yang berhabitat mulai India, Sri Lanka sehingga sampai ke Asia Tenggara (merangkumi Malaysia) termasuk Kepulauan Nusantara. Keempat spesies itu adalah:
Ayam-hutan merah, Gallus gallus
Ayam-hutan Srilangka, Gallus lafayetii
Ayam-hutan kelabu, Gallus sonneratii
Ayam-hutan hijau, Gallus varius

Ayam hutan adalah pemakan segala, meskipun cenderung sebagai pemakan biji-bijian. Namun seperti ayam lain, ayam hutan juga memakan pucuk-pucuk rumput, serangga dan berbagai haiwan kecil yang ditemuinya.

Keluarga unggas ini biasanya hidup berpasangan atau dalam kelompok kecil. Tidur di atas ranting perdu atau semak, tidak terlalu jauh dari atas tanah. Pada musim bertelur, betina membuat sarang sederhana di atas tanah dan mengeram telurnya hingga menetas. Anak-anak ayam hutan diasuh oleh induk betinanya.

Tidak seperti ayam peliharaan, ayam hutan pandai terbang; tidak lama setelah meninggalkan sarang tempatnya menetas. Penulis pernah terlihat jarak aksi terbangnya melebihi 200 meter dan yakin unggas ini mampu terbang lebih jauh jika terdesak.

Ayam hutan merupakan salah satu jenis unggas yang menjadi sinonim dengan manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Unggas ini boleh wujud berhampiran habitat manusia contohnya pinggir kampung, bukit dan hutan. Tidak hairanlah manusia sering menjumpainya atau telur jika bernasib baik. Telurnya boleh ditetaskan dengan meletakkan bersama telur ayam kampung untuk dieramkan oleh induk tumpang. Teknologi penetasan telur yang mengaplikasikan suhu juga adalah alternatif untuk menetaskan telur ayam hutan ini.

Anak ayam hutan lazimnya sukar tinggal bersama ayam peliharaan kita. Biasanya ia akan lari ke hutan dan berdikari. Jika kita membelanya, ia selalunya dikurung, namun sukar hidup lama kerana umpama sumpahannya yang masih misteri untuk dijelaskan. Selalunya ayam hutan yang dibela oleh kita telah dikacukkan dengan ayam peliharaan (ayam kampung). Kacukan ayam hutan dan ayam peliharaan biasanya dikenali ayam bekisar. Tetapi kita masih memanggilnya ayam hutan bila menjelaskannya kepada rakan disebabkan perasaan bangga memilikinya biarpun bukan tulen 100%.

Mengapa unggas ini begitu istimewa di kalangan kita? Ianya adalah kerana suara kokoknya yang merdu dan bulunya yang indah. Dan kokoknya itu bukan kokok biasa, andai kita di dalam hutan, kokoknya membawa isyarat tertentu yang sukar dijelas secara fakta. Ayam hutan mempunyai misterinya yang tersendiri, sukar melihatnya kerana haiwan ini pemalu dan sering mengelak dari bertembung manusia. Orang-orang tua berpesan minta berhati-hati mengusik atau menangkap unggas ini kerana adakalanya berkait dengan alam ghaib.

Bagi penggemar ayam hutan, mereka sanggup meredah hutan dan ladang-ladang bagi menangkap ayam hutan ini. Teknik yang digunakan ialah jerat dan racip. Ayam hutan yang ditangkap jarang dibela kerana sukar dikurung. Biasanya bila manusia mendekati, ayam hutan yang dikurung akan meronta pada jaring menyebabkan bulunya tertanggal. Ayam hutan liar yang berjaya ditangkap dan apabila dikurung akan muram dan pasif kerana dikeluarkan daripada habitat sebenar. Lazimnya tidak hidup lama apabila dikurung. Penggemar ayam hutan yang berjaya menangkap unggas ini akan menyembelih kerana isinya yang enak persis burung.

Satu lagi keistimewaan ayam hutan jantan adalah kegarangannya bila bertembung spesiesnya. Mereka akan menyerang satu sama lain untuk menentukan pemenang dan menguasai kawasan sekitar atau untuk memikat ayam betina. Serangan sesama ayam hutan jantan biasanya dengan cara mematuk menggunakan paruh. Namun senjata utama spesies ini ketika bertempur adalah taji yang terdapat pada sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Taji yang runcing dan panjang (boleh panjang melebihi 2 inci) mampu membuatkan lawannya gerun atau berundur sebelum bertempur. Andai pertempuran tercetus antara ayam hutan jantan tidak mustahil ada yang luka, cedera atau terbunuh. Yang menang berkokok riang membuktikan kekuasaannya manakala yang kalah longlai mengundur diri atau terbujur kaku, itulah hukum rimba.

Memang menarik bercerita tentang ayam hutan. Namun sebagai manusia, kita dikurniakan akal untuk berfikir. Cerita ini bukan bertujuan memberi galakan kepada kaki buru hidupan liar. Ia sekadar menyedarkan kita keistimewaan dan keunikan spesies yang diancam kepupusan ini. Kita bersyukur andai hari ini kita masih berpeluang melihatnya, namun esok belum menjamin kemandirian spesies ini kekal di bumi kita. Bersama-sama kita menghargainya supaya generasi akan datang juga berpeluang melihatnya secara langsung.

Untuk pengetahuan pembaca,
Akta perlindungan hidupan liar 1972 (akta 76) jadual empat memperuntukkan bahawa spesies ayam hutan dilindungi daripada ancaman manusia. Pihak Jabatan Perhilitan ditugaskan untuk menguatkuasakan akta bagi melindungi binatang liar, burung liar dan serangga di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) daripada pupus dan ditangkap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jenis-jenis lesen yang perlu diambil oleh orang ramai yang ingin mendapatkan binatang liar, burung liar atau serangga yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan ialah lesen binatang buruan (KPM 14A), lesen binatang liar yang diperlindungi (KPM15A), lesen serangga diperlindungi (KPM16A), lesen burung-burung pemburuan (KPM17A).

Lesen menangkap burung liar yang diperlindungi (KPM 18A), Lesen berniaga burung / binatang liar lesen dan lesen berniaga daging (KPM 19A), Lesen mengawet burung / binatang liar (KPM 20A), Lesen Import / Export Binatang / Burung Liar (KPM 21A), Lesen menangkap burung liar (KPM 22A), lesen memelihara burung liar (KPM 22A), Lesen menempat / Mengurung binatang / burung liar (KPM 24A), Lesen Terofi Binatang / Burung Liar yang diperlindungi (KPM 25A) dan Lesen mengambil dan menjual sarang burung layang-layang (KPM 26A).

Di bawah Seksyen 64 (1), mereka yang melakukan perbuatan menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-keduanya sekali. Di samping itu, di bawah Seksyen 65, mereka yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya seperti badak kerbau, harimau belang atau harimau dahan atau memiliki sebahagian daripadanya dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2009 09:45 AM | Show all posts
Timur: Jumlah penyu merosot angkara nelayan asing

KUALA TERENGGANU: Kegiatan menangkap penyu secara berleluasa membabitkan nelayan dari China, Vietnam dan Thailand menyebabkan reptilia berkenaan merosot dengan mendadak di perairan serantau dan kini di ambang kepupusan, kata Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Marin Sabah, Dr Nicolas J Piller.

Piller berkata, masalah itu menjadi semakin kritikal kerana terdapat permintaan tinggi terutama di China, sekali gus menggalakkan lagi kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan melalui peningkatan jumlah kes tangkapan oleh pihak berkuasa ke atas nelayan asing yang didapati menjalankan aktiviti menangkap penyu sebagai kegiatan utama mereka.

"Di mana-mana negara, masalah ini menjadi semakin kritikal dan semakin sukar dibendung. Misalnya pada 2004, pihak berkuasa Malaysia menahan 12 nelayan warga China bersama 160 penyu yang sudah mati untuk diseludup ke pasaran China.

揚ada 2006 pula, pihak berkuasa Malaysia menahan bot pukat tunda dari China bersama lebih 200 penyu daripada pelbagai spesies termasuk penyu karas dan agar yang dilindungi kerana hampir pupus dan daripada jumlah itu, hanya 20 yang dapat diselamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Kerjasama Serantau Bagi Menangani Masalah Penangkapan Penyu yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT), WWF Coral Triangle Program, Yayasan Penyelidikan Marin Sabah, Universiti Normal, Hainan dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Bengkel itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong.

Bengkel berkenaan disertai 30 peserta dari Thailand, China, Indonesia dan Malaysia yang terbabit secara langsung dalam aktiviti pemeliharaan penyu di negara masing-masing.

Piller berkata, bengkel selama tiga hari itu bertujuan mencari punca dan penyelesaian bagi menangani masalah penangkapan penyu oleh nelayan yang semakin sukar dikawal.

Katanya, bengkel seumpama itu yang julung kali diadakan di negara ini dan akan diteruskan pada tahun hadapan di Hainan, China.

Sementara itu, Mohktar berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan memberi sokongan padu kepada program pemeliharaan penyu dan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengharamkan penjualan telur penyu di semua tempat dalam negeri ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2009 07:20 AM | Show all posts
Malang sang cenderawasih

Kewujudannya dianggap membawa unsur sakti, tuah dan kuasa pelaris. Tercetus daripada fantasi manusia, kecantikan makhluk ini terlalu dipuja hingga tersasar matlamatnya.



KECANTIKAN eksotik pada burung cenderawasih menyebabkan ia sering diburu untuk dijadikan azimat luar biasa.

SEDANG kita duduk di sebuah restoran di utara Semenanjung Malaysia, mata akan terpandang sebuah potret hitam putih di dindingnya. Ia mendapat tempat sebaris potret pembesar dan pemerintah negeri yang lain.

Setelah dipastikan gerangannya ialah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim (1882-1943) yang pernah memerintah Kedah, kepala diangguk perlahan. Cuma, apakah istimewanya gerangan figura itu hingga potretnya digantung di restoran yang bukan di atas bumi Darul Aman?

"Kamu lihat di kepala baginda, nampak tak bulu-bulu itu? Itu ialah bulu burung cenderawasih. Almarhum ialah Sultan yang hebat. Bulu burung itu ada kuasa dan tuah. Bos saya mahu kedai ini pun mendapat tempiasnya," kata seorang pekerja restoran.

Oh, sampai begitu sekali? Pelaris rupanya!


PIHAK Perhilitan sudah banyak kali merampas bangkai burung cenderawasih awet yang diseludup masuk ke negara ini dan pesalahnya ditahan di bawah Akta Hidupan Liar 1972.

Selama ini terlalu banyak kepercayaan yang kuat terhadap makhluk yang bernama burung cenderawasih. Kononnya ia berasal dari kayangan dan hanya minum air embun. Teringat juga pada bait lagu yang memujuk fikiran kita supaya berfantasi bahawa ia wujud tinggi di awan.

Di kalangan masyarakat Nusantara khususnya, cenderawasih diburu kerana membawa tuah, kuasa dan pengaruh. Selain turut dikaitkan dengan khasiat tinggi dalam dunia perubatan tradisional, ia juga diburu kerana bahagian tubuhnya memberi kelebihan kepada sesiapa yang memilikinya.

Legenda cenderawasih diuar-uarkan dari mulut ke mulut. Akal yang terbuai dengan cerita itu tentunya akan percaya pada kisah burung ini yang kononnya dikatakan menjadi dampingan para wali, berkicau memanggil malaikat dan juga minyaknya yang unggul untuk dijadikan ubat pengasih.

"Kalau nak tahu, cenderawasih ini dipercayai penjaga sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya. Bertuah siapa yang menemuinya. Oleh kerana tempatnya nun di langit, burung ini akan mati kalau ia terjatuh ke tanah.

"Tapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri," ujar seorang lagi yang bersungguh-sungguh percaya bahawa burung ini boleh jatuh di hutan Malaysia.

Tiada di belantara Malaysia

Menurut Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Saharudin Anan, agak mustahil untuk menemukan cenderawasih dalam habitat semula jadi negara ini.


ADA orang percaya tengkolok berbulu cenderawasih pada potret Almarhum Sultan Abdul Hamid mempunyai kuasa pelaris.

"Cenderawasih yang kita miliki dibeli dari luar negara atas permit ketat. Indonesia juga sebenarnya tidak berapa menggalakkan burung ini dieksport ke luar negaranya. Kalau ada yang ditemui di negara ini seperti yang dirampas penguatkuasa tempatan, ia selalunya sudah mati dan telah diawet," ujarnya.

Saharudin mengingatkan, barang siapa yang memiliki, menyeludup dan menjual cenderawasih boleh ditahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Seksyen 76) dan dihukum di bawah Seksyen 68 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga bulan.

"Memang mustahil untuk ia ditemui di hutan negara ini. Kebanyakan yang menjaja cerita tentang penemuannya boleh dikatakan berbohong, sama seperti cerita-cerita tentang keajaibannya," kata seorang bekas pemburu, Mohd. Yaman Hassan Basri, 76, dari Mersing, Johor ketika dihubungi Jurnal.


2006: LELAKI dari Pontian, Johor ini tertipu selepas dia membeli bulu dan minyak cenderawasih pada harga RM1,000.

Mohd. Yaman yang arif dalam selok-belok dunia hutan dan unggas turut kesal dengan penipuan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang memperdaya orang untuk membeli pelaris cenderawasih dalam bentuk bulu, minyak atau tangkal dengan harga ribuan ringgit.

Percaya pada pelaris

Sementara itu, penceramah dan perunding motivasi, Siti Nor Bahiyah Mahmood mengingatkan bahawa sebarang bentuk tangkal atau azimat untuk tujuan melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan Islam kerana ia meletakkan sesuatu kepercayaan selain daripada Allah.

"Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, jampi serapah dan tangkal azimat adalah syirik. Untuk tujuan yang sama, lebih baik menggunakan ayat-ayat suci al-Quran seperti amalan membaca surah al-Waqi'ah, Yasin dan Ayat Seribu Dinar," ujarnya.

Tapi ramai antara kita tidak lari daripada turut menyebut tentang Kitab Tajuk Muluk. Ia pernah meriwayatkan tentang khasiat perubatan yang pelbagai tentang bahagian anatomi burung cenderawasih. Namun, hari ini siapa yang boleh membuktikannya?

Alangkah rugi rasanya jika bangsa Melayu yang berbangga dengan catatan kalam kitab itu sekadar mengangkat darjat burung ini dari sudut kesaktian tanpa mendalami kepentingan aspek lain yang lebih rasional.

Jika benar pun misteri khasiat itu, kita tidak mampu lagi untuk mengorbankan burung yang diancam kepupusan ini di makmal atas dasar membuktikan semua persoalan tersebut. Sememangnya cenderawasih terlalu cantik dan berharga namun ketaksuban manusia membawa malang kepadanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 04:30 PM | Show all posts
Perhilitan rampas tulang harimau dan burung murai
10/06/2009 2:09pm

KUALA LUMPUR 10 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 04:33 PM | Show all posts
murai batu



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 04:53 PM | Show all posts
Gigi Harimau, Gading Gajah
Kuala Lumpur
5 Mac 2009

Tidak ramai mengetahui bahawa, memiliki, menyimpan, menjual haiwan samada yang masih hidup atau dijadikan perhiasan yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar, adalah menjadi kesalahan yang boleh membawa hukuman denda dan penjara.



Tidak kurang yang mengetahui kesalahan itu, tetapi tetap menyimpan atau melakukan aktiviti yang sebenarnya memberi keuntungan lumayan.

Permit diperlukan untuk memiliki atau menjualnya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara - Perhilitan tertakluk dengan beberapa syarat.

http://www.wildlife.gov.my/



Dalam satu serbuan di 4 premis di satu kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur hari ini, pelbagai barangan perhiasan yang asasnya adalah dari bahagian anggota haiwan yang dilindungi atau dilindungi sepenuhnya, dirampas di premis tersebut.




Antaranya termasuk:

1. Keris dan pedang yang bahagian ulu dan sarungnya diperbuat dari ukiran gading gajah. Ada antara keris terbabit dijual RM30,000 sebilah.

2. Tengkorak haiwan yang belum dikenalpasti spesisnya , berharga lebih RM5000

3. Kuku harimau

4. Pelbagai perhiasan yang dibuat dari gading gajah.

5. Burung cederawasih yang diawet.

6. Pelbagai tulang dari pelbagai spesis haiwan seperti rusa.



Serbuan diketuai Timbalan Pengarah Perhilitan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan, Celescoriano Razond bersama 19 anggota dan pegawai.



Ada antara premis yang diserbu,pernah dikenakan tindakan beberapa tahun lalu atas kesalahan sama.

Dan ada juga yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu.


Barangan berukiran ini yang dijual merupakan antara tarikan kepada pelancong asing untuk datang membeli dan memberi pulangan lumayan.

Siasatan dilakukan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76 yang mana hukuman yang dikenakan denda sehingga RM3000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



Oleh itu, jika anda telah lama bergiata dalam kegiatan ini terutama menjual,atau memburu, sila ambil perhatian kerana anda sebenarnya melakukan kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 05:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 09:41 AM | Show all posts


Sampah-sarap ancam kehidupan marin di Pulau Perhentian

KUALA TERENGGANU: Pulau Perhentian Besar dan Kecil mungkin bukan lagi "syurga" bagi kehidupan marin ekoran kelemahan dalam perancangan pembangunan, pembetungan dan pembuangan sampah-sarap.

Kerajaan negeri bimbang keadaan tersebut jika tidak diatasi akan memusnahkan terumbu karang di pulau-pulau tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw berkata, pembinaan chalet-chalet baru memburukkan lagi keadaan.

Ini kerana katanya, kebanyakan chalet itu tidak mempunyai pembetungan dan sistem pembuangan sampah-sarap yang sistematik.

"Sesetengah operator mengambil jalan mudah dengan menyalurkan semua sisa dari chalet masing-masing terus ke laut," katanya dalam satu temuramah semalam.

Toh berkata dalam musim puncak, longgokan sampah-sarap boleh dilihat di sekitar pulau-pulau itu. Ia dipercayai ditinggalkan oleh operator-operator tersebut.

"Mereka menyalahkan kami kerana tidak memusatkan sistem pembetungan dan pemungutan sampah-sarap. Tanpa disedari mereka, kerajaan negeri memerlukan kos yang tinggi untuk berbuat demikian.

"Kami telah memberikan kerja-kerja memungut sampah-sarap dari pulau dan membuangnya di tanah besar kepada kontraktor. Bagaimanapun, kebanyakan operator tersebut enggan membayar yuran penyelenggaraan dan masih membuang sampah-sarap sewenang-wenangnya ke laut," tambahnya.

Toh berkata kerajaan negeri bersedia membina satu pusat rawatan pembetungan di pulau-pulau terbabit jika operator-operator sanggup membayar yuran bulanan penyelenggaraan.

Bagaimanapun katanya, beliau was-was mereka sanggup berbuat demikian kerana mereka enggan berkongsi sebahagian keuntungan mereka untuk usaha-usaha pengawalan pencemaran seperti yang disokong kerajaan negeri.

"Kami akan memperhebat program menyemai kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan alam sekitar selain menggalakkan operator-operator memperbaiki kemudahan pelupusan sampah-sarap mereka.

"Kami juga akan melibatkan pihak berkuasa berkenaan untuk memupuk peri pentingnya penjagaan ekosistem pulau dalam kalangan operator tersebut," tambahnya. THE STAR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 02:21 PM | Show all posts
Seekor lagi gajah mati diracun

JAKARTA: Seekor gajah Sumatera yang ditemui mati semalam dengan gadingnya dipotong dipercayai dibunuh oleh pemburu yang menggunakan nanas beracun.

Ia adalah gajah kesembilan ditemui mati di Sumatera dalam masa tiga bulan, empat daripadanya bulan lalu, kata pegawai kerajaan, Syahimin.

Polis berkata mereka menyiasat semua kejadian tetapi hingga kini belum ada tangkapan dibuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2009 11:39 AM | Show all posts
Harimau dijerat pemburu haram

Oleh Ahmad Syakir Sazili
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my


HARIMAU yang cedera selepas masuk perangkap pemburu haram diberi suntikan pelali sebelum dibawa keluar dari Hutan Belum, Gerik ke Zoo Melaka kelmarin.IPOH - Perangkap yang dipasang oleh pemburu haram untuk menjerat harimau sudah pun mengena, namun tindakan pantas kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan haiwan spesies dilindungi itu daripada dijual di pasaran gelap.

Mereka lebih dahulu menemui harimau berusia lima tahun dan seberat 120 kilogram itu kelmarin selepas ia terperangkap dalam jerat yang dipasang dalam Hutan Belum-Temenggor dekat Gerik.

Haiwan itu juga cedera selepas kakinya ditembusi besi jerat tersebut.


KAKITANGAN Perhilitan menarik keluar besi perangkap pemburu dari celah kaki seekor harimau di Hutan Belum, Gerik.

Usaha mengesan perangkap itu dilaku- kan bersama kakitangan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) selepas menerima maklumat awam pada Sabtu lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff berkata, penemuan itu mengejutkan kerana inilah kali pertama harimau hidup ditemui dalam perangkap sejak empat tahun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 05:58 PM | Show all posts
Haiwan marin semakin pupus?

Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 26 Okt. - Mungkinkah suatu hari nanti generasi akan datang hanya mengenali penyu, dugong dan ikan yu melalui internet atau majalah?

Ini kerana spesies berkenaan dikatakan diancam kepupusan yang semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 pindaan 2008, sebanyak 25 spesies ikan dan tujuh spesies yu gergaji diwartakan sebagai spesies haiwan marin terancam dan dikenal pasti akan mengalami kepupusan.

Selain itu, sebanyak 18 spesies ikan air tawar seperti arowana, temoleh, kelah dan betta juga disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Kesatuan Antarabangsa Berhubung Pemulihan Alam Sekitar (IUCN).

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, salah satu faktor kepupusan beberapa spesies ikan itu disebabkan ketidakseimbangan antara tekanan daripada kegiatan manusia dan industri perikanan serta keupayaan alam sekitar menjana sumber aslinya.

Beliau berkata, spesies marin terancam itu adalah daripada kumpulan penyu, dugong, yu paus, paus, lumba-lumba, kima dan yu gergasi.

Mengenai penyu, katanya, pendaratan reptilia marin yang telah wujud lebih 100 juta tahun itu semakin berkurangan sejak beberapa dekad lalu.

"Haiwan yang mempunyai kepentingan nilai ekonomi ini dieksploitasi dengan pelbagai cara apabila telur dan dagingnya dijadikan makanan eksotik manakala cengkerangnya dijadikan perhiasan.

"Sektor ekopelancongan turut menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur di tepi pantai yang menjadi ancaman kepada populasi penyu," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam teks ucapan perasmian program Kesedaran Awam Bagi Spesies Terancam dan Berpotensi Terancam anjuran Jabatan Perikanan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Ia dibacakan Pengarah Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman.

Menurut Junaidi, Jabatan Perikanan sentiasa melindungi spesies haiwan marin yang mengalami ancaman kepupusan melalui pewartaan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 pindaan 2008.

Bagaimanapun, katanya, usaha pemuliharaan spesies terancam itu akan gagal tanpa kerjasama dan komitmen jitu semua pihak termasuk nelayan, komuniti setempat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Sehubungan itu, katanya, program yang diadakan itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat mengenai kewujudan khazanah negara yang amat bernilai serta perlu dilindungi.

"Hubungan bestari antara pihak berkepentingan dengan Jabatan Perikanan adalah penting bagi menjamin spesies ini berkekalan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 01:13 AM | Show all posts
Bila sekali dah pupus ia takkan datang selamanya.. i love quagga,Tasmania devil and persian lion
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 09:20 AM | Show all posts
macam burung dudo kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.423312 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list