CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 114052|Reply: 67

Haiwan pupus kerana.....

[Copy link]
Post time 15-10-2008 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Burung nasar berbulu putih makin pupus    Oleh Shamsiah Sanin
   



Burung yang gemar makan bangkai pupus disebabkan ‘diclofenac’ sejenis ubat anti bengkak yang digunakan untuk haiwan ternakan

BURUNG nasar Asia yang hidup di habitat liarnya mungkin pupus dalam tempoh 10 tahun lagi kecuali langkah diambil bagi menghentikan penggunaan ubat berasaskan kimia terhadap haiwan ternakan.

Satu kajian yang dijalankan pakar menunjukkan, populasi satu daripada spesies burung nasar berbulu putih dikenali 'white back' sudah merosot sebanyak 99.9 peratus sejak 1992.

Saintis yang menjalankan kajian berkata, India misalnya, sudah pun mengharamkan pengeluaran ‘diclofenac,’ sejenis ubat anti bengkak untuk lembu, tetapi bahan terlarang itu masih dijual dikalangan petani kerana harganya yang murah. Penemuan ini disiarkan jurnal ‘Bombay Natural History Society.’

Mereka juga mendapati, satu lagi spesies burung nasar bermuncung panjang merosot sebanyak 97 peratus dalam tempoh yang sama.

"Kami mendapati populasi kedua-dua spesies burung ini berkurangan kira-kira 16 peratus setiap tahun dan ini amat membimbangkan, terutama membabitkan spesies 'white back' yang berkurangan antara 45 peratus hingga 50 peratus setiap tahun," kata Dr Andrew Cunningham, yang turut mengambil bahagian dalam kajian itu.
                          



Burung nasar raja betina dari Amerika Selatan.


Kumpulan saintis India dan British itu berkata, kemerosotan populasi haiwan itu secara mendadak adalah disebabkan ‘diclofenac’ yang terkandung dalam bangkai haiwan.

Dr Cunningham berkata, walaupun kerajaan India mengharamkan pengeluaran ubat itu pada 2006, ia tidak memberi banyak kesan positif.

"Kerajaan hanya melarang pengeluarannya untuk merawat haiwan,tetapi pengeluaran untuk tujuan perubatan manusia tidak terjejas dengan pengharaman ini. Kita akan mengambil masa yang panjang sebelum dapat memulihkan semula populasi burung ini," katanya.

Beliau berkata, kaedah merawat haiwan menggunakan ‘diclofenac’juga tidak diharamkan dan ini menyebabkan ramai petani memilih‘diclofenac’ daripada jenis yang digunakan untuk perubatan manusia dan tidak menggunakan jenis ‘diclofenac’ khusus untuk haiwan kerana harganya lebih murah.

Pihaknyajuga mendapati ubat itu masih diimport daripada syarikat pengeluar diluar negara, sekali gus bermakna bekalan boleh diperoleh dengan mudah di pasaran.

Beberapa tahun lalu penyelidik berjaya mengenal pasti ubat alternatif dikenali ‘meloxicam’ yang tidak mempunyai kesan toksik terhadap burung nasar. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan kerana harganya dua kali ganda lebih mahal berbanding ‘diclofenac’.

Kini, harga bahan itu sudah menjadi lebih murah apabila semakin banyak syarikat mengeluarkan ubat pilihan yang selamat untuk burung nasar.

"Perbezaan harga bukanlah suatu masalah sekarang berbanding dua tahun atau tiga tahun lalu tetapi kesedaran umum terhadap perkara ini amat perlahan dan kami bimbang ia terlalu lewat untuk kita memastikan spesies burung nasar dapat terus hidup," katanya.

Kumpulan pemulihan alam sekitar baru-baru ini menubuhkan beberapa pusat pembiakan dalam kurungan bagi spesies burung nasar yang diancam kepupusan bagi membantu memulihkan populasinya.

Usaha ini diketuai Persatuan Sejarah Semula Jadi Bombay (BNHS) dengan kerjasama Inisiatif Darwin Britain dan disokong beberapa pertubuhan luar negara.

Salah sebuah pusat pembiakan itu berjaya menetaskan dua biji telur burung nasar spesies 'white back' dan bagi kumpulan pemulihan alam semula jadi itu, kejayaan yang dicapai amat menggembirakan mereka.

"Kedua-dua anak burung itu nampaknya sihat dan kami berasa amat gembira dengan kejayaan ini, tetapi kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun lagi sebelum dapat melepaskan burung nasar itu ke habitat asalnya," katanya.

Dr Cunningham berkata, usaha menangkap burung nasar 'whiteback' di habitat liarnya amat sukar kerana jumlah haiwan itu yang terlalu sedikit, berikutan itu pihaknya memberi tumpuan kepada usaha mencari sarang burung itu dan mendapatkan anaknya untuk dipelihara dalam kurungan.

"Bagaimanapun, burung nasar hanya matang selepas mencapai usia lima tahun manakala pembiakan biasanya hanya berjaya selepas dua atau tiga musim mengawan," katanya.

Dr Cunningham turut melahirkan kebimbangan kerana  ‘diclofenac’ kini memasuki pasaran Afrika sebagai ubat haiwan.

"Afrika mempunyai spesies burung nasarnya sendiri yang hampir menyerupai spesies dari India dan Asia, jadi kami tahu risiko yang bakal dihadapi," katanya.

[ Last edited by  Syd at 30-5-2009 08:50 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2009 09:29 PM | Show all posts

Haiwan pupus kerana.....

Perubatan tradisional ancam pelbagai haiwan
Berita Harian, 9 Okt. 2001

MUNGKIN ramai tidak menyedari selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagimendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Namun, sejauh mana mujarabnya menggunakan anggota badan haiwan sebagai bahan makanan, perubatan atau barang hiasan memberikan‘kuasa dan kekuatan’ baru kepada tubuh manusia?

Wartawan NOR AFZAN MOHAMAD YUSOF meninjau persoalan ini.

GAJAH, badak, beruang dan penyu adalah antara spesies dilindungi yangsemakin pupus kerana sering menjadi sasaran pemburu haram bagi mendapatkan anggota badan haiwan berkenaan. Jawapan yang sering diberikan mereka ialah permintaan tinggi terhadap haiwan berkenaan.

Walaupun nyawa bagai ‘telur di hujung tanduk’, demi mendapatkan pulangan lumayan mereka sanggup menghadapi segala rintangan.

Di rantau Asia, pemburuan haram bermula sejak beratus-ratus tahun lalu dan dipercayai kerja mengeksport penyu dan kura-kura dari Sumatera keluar negara dilakukan hampir setiap minggu dan perdagangan haram dianggar mencecah nilai AS$6 bilion (RM22.8 juta) setahun.

Permintaan itu semata-mata memenuhi selera eksotik sebahagian masyarakat Asia yang percaya mengenai ‘khasiat’ anggota badan haiwan.

Pegawai Saintifik Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), StellaMelkion, berkata pemburuan itu dilakukan untuk perubatan, perhiasan,dan makanan eksotik selain dijadikan haiwan peliharaan.

“Dipercayai pundi hempedu beruang, yang didakwa menjadi penawar pelbagai penyakit ada pasaran tinggi pasaran di Korea Selatan danJepun. Jumlah badak sumbu spesies Jawa dan Sumatera yang semakin berkurangan, terus menjadi ancaman pemburu haram, semata-mata ingin mendapatkan tanduknya, yang boleh dijadikan ubat.

“Namun, sehingga kini belum terbukti badan haiwan berkenaan mampu dijadikan sebagai bahan penyembuh penyakit. Sebaliknya secara psikologi, sekiranya kita mempercayai sesuatu benda sebagai pengubat penyakit, ia akan sembuh sendiri, kerana kita percaya.

“Tiada yang cukup istimewa kerana gading gajah yang terhasil daripada dentin, turut ada dalam gigi manusia. Kenapa tidak menggunakan gigi?Inilah yang membuktikan kecantikan dan kepercayaan melebihi kebenaran,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Seiring pengecilan kawasan perhutanan, sikap rakus dan tamak manusia dalam mengumpul barang perhiasan berasaskan haiwan liar ke pasaran,membawa kesan amat buruk terhadap populasi hidupan liar.

Persoalannya, apakah yang dapat dilakukan untuk menyekat selera pengguna, memenuhi keperluan pengamal perubatan tradisional dan mengelak spesies hidupan liar daripada pupus bagi kepentingan generasi akan datang?

Justeru, bagi membantu mengurangkan ancaman terhadap haiwan ProgramKesedaran Pemuliharaan Asia (Acap) mewujudkan kempen pendidikan awam antarabangsa bertujuan mengurangkan pembelian dan penggunaan bahan atauproduk daripada spesies terancam dan menggalakkan minat dalam usaha pemuliharaan.

Kempennya mudah, ‘Apabila Pembelian Berhenti, Pembunuhan Juga Akan Turut Berhenti’.

Namun sejauh mana usaha ini berjaya bukan persoalannya. Kunci kejayaan atau kegagalan kempen itu ada dalam hati setiap individu.

Ini kerana menerusi kempen berkenaan, kita perlu memberhentikan pembelian perhiasan yang diperbuat daripada tubuh haiwan, serta cuba melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Justeru, kesedaran kepentingan melindungi dan tindakan melaporkan kepada pihak kerajaan perlu wujud. Antaranya mengambil sikap rajin mengambil tahu kegiatan jiran dan sekiranya ada yang tidak kena perlu dilaporkan.

Ini kerana kerajaan memang memainkan peranan dalam membentuk pelbagai undang-undang perlindungan terhadap hidupan liar.

Contohnya, di Malaysia, kegiatan pemburuan dikawal ketat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, haiwan di negara ini dibahagikan kepada lima kategori.

- Haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Ia tidak boleh diburu, dibela dan dimakan. Terdapat 292 jenis haiwandalam kategori itu, termasuk buaya, beruang, harimau dan kucing hutan.

- Haiwan liar dilindungi.

Ada 507 jenis haiwan dalam kategori itu yang dibahagikan kepada duakategori iaitu haiwan buruan dan haiwan yang tidak boleh diburu. Contohbagi haiwan yang boleh diburu ialah pelanduk, napuh dan musang dan yangtidak boleh diburu ialah gajah dan semua jenis monyet.

- Burung liar dilindungi sepenuhnya.

Ada 641 jenis burung dikategorikan dalam jenis itu, termasuk burung helang, hantu dan enggang.

- Burung liar dilindungi.

- Serangga dilindungi.

Ia khusus bagi 40 jenis rama-rama. Mengenai proses memburu, seseorang pemburu hanya dibenarkan memburu pada waktu siang, iaitu dari jam 6.30pagi hingga 7.30 malam. Haiwan jenis keluang terkecuali daripada sekatan itu. Keluang boleh diburu pada waktu malam, iaitu dari jam 7malam hingga 12 malam dan 5 pagi hingga 7 pagi.

Sementara itu, kawasan dilarang memburu antaranya ialah Taman Negara dan Rizab Hutan Liar di seluruh negara; Empangan Kenyir; Hutan Simpan Hulu Terengganu, Petualang dan Tembat di Terengganu; Hutan Simpan Berkelah dan Lakom di Pahang; Hutan Simpan Bukit Tapah di Perak; Hutan Simpan Hulu Muda di Kedah; Empangan Muda Pedu, Pulau Langkawi; PulauPerak dan Pulau Paya di Kedah dan Pulau Segantang di Perak.

Melkion berkata, secara umum, masyarakat negara ini sedar kepupusan haiwan akibat kegiatan pemburuan namun sukar mengatasi masalah kepercayaan terhadap semangat anggota tubuh haiwan sama ada dalam pengalaman perubatan, makanan atau perhiasan.

“Walaupun negara ini memiliki doktor yang mencukupi tetapi segelintir rakyat masih mengamalkan pemakanan anggota badan haiwan liar iaitu ular, penyu dan beruang selain masih menyimpan gigi harimau dan permaidani bulu binatang.

“Dari sudut kebudayaan pula, setiap kali masyarakat China memakan makanan luar biasa, khususnya binatang yang jarang menjadi sajian atau sukar diperoleh, ia bukan semata-mata kerana dagingnya.

“Ia lebih condong kepada kepercayaan tradisi bahawa binatang itu akanmenjadi sumber kesihatan serta mendatangkan pelbagai faedah lain,”katanya.

Melkion berkata, sukar mengubah pandangan dan kepercayaan golongan tua,khususnya masyarakat Cina, yang masih percaya kemujaraban anggota tubuhhaiwan liar, walaupun sebahagian amat payah dan mahal untuk diperoleh.

Malah perbuatan pemburuan bagi mendapatkan anggota tubuh haiwan itu adalah salah di sisi undang-udang.

“MNS bukan menentang kepercayaan tradisi, tetapi orang ramai perlu sedar jumlah hidupan liar yang masih wujud dan kesan terhadap pemburuansecara haram. Malah kami juga berharap golongan muda dapat membantu memperbetulkan persepsi itu,” katanya.

Usaha memerangi penghapusan haiwan liar menerusi kegiatan pemburuan ini agak sukar dilaksana, antaranya kerana kekurangan tenaga. Ini kerana mengharapkan agensi semata-mata seperti pihak berkuasa hidupan liar dan pertanian tentunya sukar.

“Mustahil meletakkan pegawai mereka sepenuh masa di pelabuhan ataulapangan terbang bagi mengawasi penyeludupan binatang itu, jauh sekalidaripada menjalankan rondaan di sempadan darat atau laut, yang manapenyeludupan berlaku dengan berleluasa. Justeru kerjasama orang ramaiamat diperlukan,” katanya.

Apabila membicarakan haiwan liar yang semakin pupus, ramai menyatakandemi pembangunan, haiwan memang turut terancam. Namun, dalam soal ini,ia bukan berkaitan pembangunan, sebaliknya ia seperti kembali ke zamanlampau iaitu berkaitan kepercayaan tradisional.

Justeru, sudah sampai masa manusia kembali kepada perubatan moden yangsudah pasti kemujarabannya dan biarkanlah haiwan liar ini hidup bebasmengekalkan populasinya.

Semangat dan kekuatan individu tidak tercapai dengan penggunaan tubuhhaiwan sebaliknya mengamalkan diet yang betul dan sentiasa mendapatkanpemeriksaan doktor bertauliah dan bukannya bersandarkan kepercayaantradisional semata-mata.

ACAP mengenal pasti antara haiwan yang diancam kepupusan ialah:

- Beruang – Diancam kehilangan habitat dan fragmentasi hutan, diburuuntuk kelenjar hempedunya yang digunakan dalam perubatan tradisionaldan daging serta tapak kakinya sebagai makanan eksotik

- Penyu – Diancam pengambilan berlebihan telur untuk makanan,penangkapan secara tidak sengaja dalam pukat nelayan, pencemaran lautdan kehilangan pantai tempat penyu bertelur

- Badak – Diancam kehilangan habitat dan fragmentasihutan, diburu untuk tanduk yang digunakan dalam perubatan tradisionaldan untuk membuat pemegang pisau tradisional

- Gajah – Diancam kehilangan habitat dan fragmentasi hutan, diburuuntuk gadingnya yang digunakan untuk membuat produk hiasan dan cap nama.

- Harimau – Diancam kehilangan habitat dan fragmentasi hutan, pemburuanberlebihan mangsanya, diburu untuk tulang, darah dan bahagian badanlain untuk perubatan tradisional dan gigi atau kulit sebagai barangperhiasan.

[ Last edited by  Syd at 20-3-2009 01:15 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 09:31 PM | Show all posts
Kepupusan fauna -- Mahukah kita bertanggungjawab?


Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.

KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.

Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.

Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.

Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.

Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

Kemusnahan dan perubahan habitat

Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.

Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.

Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.

Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

Pembakaran hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.

Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan.

Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.

Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.

Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.

Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.

Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.

Keperluan barangan berasaskan haiwan

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Pencemaran

Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut.

Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Perubahan suhu dunia

Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.

Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas.

Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 09:37 PM | Show all posts
sedih,kan...dah byk jgk haiwan yg pupus..


plg sedih,kemusnahan hutan,flora&fauna..
Global Warming dah peringkat kritikal..ppl masih blom change..

hopefully kita ingat utk sapot earth hour 28 March nnt ye
at lis we play small role in supporting the effort.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 09:39 PM | Show all posts
Biarkan bumi berehat selama satu jam

Tutup semua lampu anda pada masa berikut,
Tarikh:28 March 2009
Masa: 8.30PM - 9.30PM

Lebih 1000 bandar di seluruh dunia telah mengesahkan penyertaan program ini. Di malaysia, Kuala Lumpur telah memberi kesediaan untuk bergelap selama satu jam. Antara organisasi yang telah menyataan kesediaan mereka untuk bekerjasama ialah KL Tower, dimana pihak KL Tower akan menutup semua lampu di menara kuala lumpur pada masa tersebut.

Selain itu, pihak 8tv juga telah menyatakan akan menghentikan siaran mereka selama satu jam pada masa tersebut sebagai tanda sokongan. Dijangkakan lebih ramai lagi badan2 korporat serta organisasi akan menyertai program ini.

Pihak earthhour juga telah mengesahkan mendapat sokongan dan kebenaran daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk menganjurkan program ini di Kuala Lumpur.


Saya dengan ini menyeru semua rakyat malaysia (terutama warga KL) untuk sama-sama memberi sokongan terhadap program ini.

Apa yang boleh saya lakukan?
- Menutup semua lampu (kecuali yang benar2 diperlukan sahaja)
- Menutup semua peralatan elektrik yang tidak perlu
- Berehat la di rumah bersama2 keluarga, x perlu keluar

Anda juga boleh mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan anda, pihak pengurusan tempat kerja anda, mahupun sekolah2 atau asrama2 tempat anda tinggal untuk sama2 menyertai program ini.

Untuk maklumat lanjut,

Official Website: http://www.earthhour.org

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 10:08 PM | Show all posts
mari2 ramai2 kite sapot earth hour tu..

pd yg mampu, ley la derma pd tabung WWF..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2009 10:36 PM | Show all posts
Anda juga boleh mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan anda, pihak pengurusan tempat kerja anda, mahupun sekolah2 atau asrama2 tempat anda tinggal untuk sama2 menyertai program ini.


beshnye kalu earth hour nih ade sejak zaman sekolah2 dlu..
kire kansel la prep utk 1 malam.. aisehhh, sabtu xde prep..
xpe, janji happening dalam gelap gulita

[ Last edited by  switnesz at 19-3-2009 22:41 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 10:36 PM | Show all posts

Reply #6 switnesz's post

heheheh

mmg sangap tul kan
waktu prep tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 12:11 AM | Show all posts
penah terbace satu artikel mengenai orang utan. tadi cari balik  sbb aritu ade save tapi xjupe2. so, saye ceritakan balik. kalu ade tersalah, terlebih, terkurang tuh pepaham je la

pengalaman sebenar seorang rescuer. orang utan hampir pupus disebabkan kebakaran hutan. ade orang utan yg mati sebab terperangkap dalam kebakaran, ade jugak yg sepatutnye survive, bergelimpangan kat tanah sebab dah xde pokok. tapi, penduduk setempat yang terkejut (dibace sebagai jakun) bunuh orang utan dewasa atas sebab rupe yang menakutkan dan beranggapan bahawa orang utan tersebut merbahaya, tapi mereka ambik anak orang utan dan bela sebab chomel. hakikatnya, orang utan adalah spesis yang lambat membiak dan ibu orang utan akan jaga anak mereka selama beberapa tahun sebelum mereka kembali bunting.

memandangkan orang utan yg seakan2 rupenya macam orang, anak2 orang utan yg chomel tuh akan dibela dah dilayan sebagai salah seorang ahli keluarga,  sesetengah pula akan diajar melakukan kerja2 yg mudah. mereka langsung x terdedah dengan kehidupan dalam utan, nak panjat pokok pon xreti padahal fitrahnya orang utan idup sepenuh masa dalam hutan dah jarang sangat jejak tanah.

masa pon berlalu, orang utan yang chomel pon menjadi dewasa, bertuka rupa menjadi beast dan tidak chomel lagi, mereka mula memberontak dan sukar dikawal (sedangkan manusia dewasa pon ikut kepala sendiri, apatah lagi orang utan kannn). si penjaga pon semakin takut dan menyampah, cara untuk menyelamatkan keadaan adalah dengan menghantar orang utan tersebut ke shelter khas sebelum dibebaskan semula ke hutan.

di shelter nih la bermulanya dugaan yg besar bagi orang utan dan rescuer. makan masa beberapa tahun untuk orang utan familiar dengan idup dalam utan dan belajar sendiri identify tumbuhan/buahan yang selamat dimakan, padahal sepatutnya meraka akan belajar semua nih semasa dalam jagaan ibu mereka selama beberapa tahun tuh. orang hutan adalah haiwan yg sangat berdikari pada asalnya tapi sekarang perlu di 'spoon-fed' oleh rescuer, dan meminta2 makanan dari pelawat. majoriti orang utan yang dilepaskan gagal meneruskan idup dalam hutan dan kembali sendiri ke shelter ble mereka rase tidak mampu survive (bukan sebab xde makanan, tapi mereka xreti nk pilih makanan). ade satu ketika, salah seorang rescuer terdengar bunyik bising di dapur, apabila tengok di luar, kelihatan orang utan yang mendokong anak sedang menunggu makanan, bersama-sama sekumpulan kucing !!


pengajaran
populasi orang utan terancam sbb:
- kebakaran hutan yang berpunca dari pembakaran terbuka secara besar2an oleh manusia.
- pembunuhan orang utan dewasa (yang sepatutnya boleh survive) oleh manusia.
- perubahan cara hidup (di mana bukan sume spesis mampu adapt) disebabkan dibela dan kemudian dibuang oleh manusia.

[ Last edited by  switnesz at 20-3-2009 00:13 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 01:05 AM | Show all posts
Jejak Metro: Hotel pusat jual hiasan dari haiwan liar
Harian Metro, 6 Mei 2002

KUALA LUMPUR: Beberapa hotel terkemuka di ibu kota dikatakan dijadikan pusat penjualan barangan perhiasan diperbuat daripada anggota haiwan liar yang diharamkan penjualannya di negara ini.

Kegiatan penjualan perhiasan berasaskan hidupan liar itu dikesan awal tahun lalu apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat serbuan ke atas kedai perhiasan di tiga hotel terkemuka di ibu kota.

Dalam serbuan pada 13 Mac dan 2 April itu, Perhilitan merampas pelbagai perhiasan, termasuk 27 kotak ukiran, kipas, mangkuk, subang dan set catur diperbuat daripada gading gajah, ukiran daripada cengkerang penyu.

Dua lelaki yang memiliki tiga premis itu dikenakan denda berjumlah RM1,500 dan RM2,000.

Sebenarnya, penyeludupan haiwan liar dipengaruhi perubahan musim sesebuah negara.

Bagaimanapun, Malaysia yang tidak mengalami pertukaran musim turut menjadi penyumbang kepada kegiatan itu berikutan wujudnya permintaan tinggi.

Di China misalnya, peningkatan permintaan terhadap kura-kura dan ular yang diseludup, berlaku pada musim sejuk kerana kepercayaan memakannya dapat membantu memanaskan badan.

Penyelaras Analisis Rekod Perdagangan Flora dan Fauna (Traffic) Malaysia, Noorainie Awang Anak, berkata walaupun Malaysia tidak mengalami perubahan musim, masih ada individu yang kurang prihatin terhadap masalah kepupusan hidupan liar kerana masih menjual, membeli dan memakannya.

揌asil maklumat dan kerjasama daripada orang ramai, kami berjaya membanteras aktiviti penyeludupan haram dengan kerjasama Perhilitan.

揊ungsi kami ialah menjadi penyampai maklumat dan melaksanakan pemantauan bagi memudahkan lagi tugas Perhilitan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 01:07 AM | Show all posts
Hidangan Daging Harimau Jadi Tarikan Restoran Makanan Eksotik Di Kahang


Pekan Kahang yang terletak kira-kira 40km dari Kluang kelihatan seperti pekan-pekan lain di seluruh negara. Bagaimanapun pekan yang dikelilingi oleh Taman Negara Endau-Rompin mempunyai rahsia dan tarikannya yang tersendiri, iaitu restoran-restoran makanan eksotik yang menghidangkan haiwan yang dilindungi sebagai menunya. Foto: Mohd Haikal Isa

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

KLUANG, 22 Julai (Bernama) -- Pekan Kahang yang terletak kira-kira 40km dari Kluang kelihatan seperti pekan-pekan lain di seluruh negara.

Bagaimanapun pekan yang dikelilingi oleh Taman Negara Endau-Rompin yang diakui di antara hutan tertua dunia dan hutan-hutan dara, Kahang mempunyai rahsia dan tarikannya yang tersendiri, iaitu restoran-restoran makanan eksotik yang menghidangkan haiwan yang dilindungi sebagai menunya.

Salah satu menu yang ditawarkan oleh restoran-restoran makanan eksotik terbabit ialah hidangan daging harimau.

"Jika anda pelanggan tetap restoran dan pemiliknya mengenali anda, anda akan ditawarkan dengan pelbagai jenis hidangan haiwan dilindungi termasuk daging harimau."

"Tetapi untuk menikmati daging harimau, ia bergantung kepada bekalan semasa," menurut seorang pekerja swasta, Danny Chin, berusia dalam lingkungan 50-an yang telah beberapa kali berkunjung ke restoran terbabit di Kahang bersama rakannya.

Beliau yang berasal dari Taman Perling, Johor Baharu berkata pelanggan restoran boleh memesan hidangan daging harimau itu sama ada yang digoreng dengan tepung kari atau dimasak dengan pelbagai ramuan herba.

"Bagaimanapun saya rasa hidangan daging harimau yang digoreng dengan tepung kari menjadi kegemaran pelanggan. Tetapi disebabkan bekalan yang tidak menentu, hanya mereka yang bertuah dan datang pada hari tertentu dapat menikmatinya," katanya.

Menurut Danny, harga bagi sepinggan daging harimau digoreng tepung kari ialah kira-kira RM40 dan mendakwa, daging haiwan itu kononnya baik untuk kesihatan, selain menguatkan tenaga syahwat lelaki.

Selain hidangan daging harimau yang menjadi menu istimewa, restoran-restoran di Kahang itu turut menawarkan hidangan anak babi hutan, babi hutan, kambing gunung, tupai, pelanduk, kelawar, landak, tenggiling, kura-kura, musang dan pelbagai jenis ikan serta udang segar yang didapati di sungai-sungai di Taman Negara Endau-Rompin.

"Hidangan anak babi hutan, kambing gunung dan pelanduk turut digemari oleh pengunjung kerana dagingnya yang manis dan amat lembut," katanya.

Seorang warga Johor Baharu Lek Keng Chai, 40, pula berkata Kahang bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai destinasi makanan eksotik, tetapi ia juga popular di kalangan pengunjung Singapura.

Beliau mendakwa masyarakat Orang Asli "membekal" haiwan-haiwan liar terbabit kepada "orang tengah", yang kemudian bertindak menjualnya kepada pemilik-pemilik restoran terbabit.

Penduduk Kluang, Lee Siak Liang, 62, pula berkata restoran makanan eksotik di Kahang itu turut menawarkan hidangan sup daging ular sawa yang turut diminati pengunjung.

Menurut beliau restoran-restoran makanan eksotik yang menawarkan hidupan dilindungi turut wujud di pekan Jementah dan Labis di Segamat, yang juga terletak berhampiran Taman Negara Endau-Rompin.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) Abu Bakar Mohd Salleh turut mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tentang kewujudan restoran-restoran makanan eksotik di Kahang.

Harga haiwan-haiwan eksotik seperti harimau di pasaran haram amat tinggi sehingga boleh mencecah antara RM100,000 dan RM200,000 seekor.

"Tetapi kebiasaannya, mereka akan melapah daging harimau tersebut dan anggota badannya seperti daging, gigi, misai, alat kemaluan dijual kepada pihak yang berlainan," katanya.

Menurutnya ada di kalangan masyarakat Orang Asli di Kahang yang menjadi ejen untuk menangkap hidupan-hidupan liar termasuk harimau di hutan dan bertindak menjualnya di pasaran haram.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan daging harimau yang menjadi hidangan di restoran-restoran makanan eksotik di Kahang itu adalah harimau yang berasal dari Taman Negara Endau-Rompin.

"Setakat ini kita tidak mengesan aktiviti pemburuan harimau di Taman Negara Endau-Rompin, kecuali pada 2004 iaitu hanya satu kes," katanya sambil turut mengakui PTNJ tidak mempunyai maklumat tentang bilangan sebenar harimau di taman negara itu.

Sementara itu seorang penyelidik yang bertugas dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai alam sekitar mendakwa aktiviti penyeludupan hidupan haiwan liar termasuk harimau yang bergerak di sekitar Kahang amat terancang, bagi mengelak di kesan pihak berkuasa.

"Ia (sindiket penyeludupan hidupan liar) adalah jenayah terancang," dakwanya yang enggan mendedahkan identitinya atas tujuan keselamatan peribadi.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:49 PM | Show all posts
siannye org ytan terbunuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:50 PM | Show all posts
benang haku maner ilangggggggggg.....npe momod suke ilangkan benang hakuuuuuuuuuuu.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 08:01 PM | Show all posts
erkkk

benang tajuk apa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 07:38 AM | Show all posts
tajuk penyu kne bunuh.............lupe tajuk aper
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2009 10:08 AM | Show all posts

Reply #14 emiliahani's post

ohhh

mesti dah merge dgn thread penyu laaa

bawah satu tajuk besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2009 10:08 AM | Show all posts
nanti carik laa balik artikel tu

tepek kat sini sekali

sebab2 apa penyu makin pupus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2009 04:41 PM | Show all posts
Langkah menyelamat spesies penyu
Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES

BAGI kebanyakan orang membicarakan soal kepupusan penyu mungkin sesuatu yang agak membosankan walaupun ia melibatkan kawasan pelancongan terkenal seperti Pulau Redang, kecuali di kalangan pencinta atau peminat spesies itu.

Lebih-lebih lagi ada yang beranggapan ancaman terhadap penyu adalah perkara kecil berbanding pelbagai isu besar lain yang melingkari kehidupan manusia dewasa ini.

Mereka juga melihat penyu terancam secara semula jadi melalui kitaran makanan apabila ia dimakan oleh spesies lain seperti jerung dan helang tanpa mahu mengakui bahawa manusialah ancaman terbesar terhadap kelangsungan hidup spesies itu.

Mengulas senario tersebut, Ketua Unit Penyelidikan Penyu Laut (Seatru), Kolej Universiti Terengganu-Universiti Putra Malaysia (KUT-UPM), Prof. Madya Dr. Chan Eng Heng berpendapat, pelbagai langkah perlu diambil segera untuk menyelamatkan spesies pengembara laut hebat ini yang telah wujud sejak zaman dinosaur lagi.

Paling penting ialah memastikan telur penyu yang mendarat dieram 100 peratus untuk ditetaskan secara semula jadi.

Katanya, walaupun jumlah penyu yang mendarat di sekitar pantai di Terengganu semakin berkurangan terutama jenis belimbing, namun masih belum terlewat untuk memulakan satu pendekatan yang lebih konkrit untuk membanyakkan kembali spesies berkenaan.

Langkah jangka panjang itu, ujar Dr. Chan penting untuk memastikan dalam tempoh 20 hingga 50 tahun nanti pantai-pantai berkenaan kembali dikunjungi ribuan penyu.

''Jika kita dapat mengeramkan sekurang-kurangnya 70 peratus telur penyu, hasil yang membanggakan pasti boleh kita lihat mulai tahun 2020 nanti,'' ujar pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi KUT-UPM itu dengan mengambil kira kejayaan pendekatan yang sama di Pulau Penyu, Sabah.

Di Pulau Penyu, pengeraman telur penyu 100 peratus bermula sejak tahun 1970-an dan hasilnya kini, setiap tahun lebih 1,000 sarang penyu ditemui.

Berbeza keadaannya di Terengganu atau Pulau Redang, hanya kira-kira 30 peratus sahaja telur yang dibiarkan menetas.

Akibatnya, banyak pantai semakin sepi daripada pendaratan penyu dan pendapatan pemajak turut merosot.

Dalam hubungan ini, Dr. Chan, saintis yang telah 16 tahun bergelumang dalam penyelidikan penyu berkata, Seatru mempunyai strategi khusus apabila menjadikan kawasan Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang sebagai pusat penyelidikan, pembiakan dan pemuliharaan penyu di samping pantai Mak Kepit dan Mak Simpan.

Berpegang kepada slogan 'Kenali Penyu, Cintai Penyu dan Selamatkan Penyu', beliau turut tidak lupa untuk melibatkan penduduk setempat dalam usahanya itu seperti mengadakan kempen kesedaran pemuliharaan penyu di kalangan kanak-kanak dan program penyertaan tenaga sukarela.

Hasilnya, semakin banyak penyu mendarat di pulau itu dan sejak tahun 1993 hingga tahun lalu sahaja sebanyak 3,700 sarang penyu ditemui.

Dari jumlah itu, sebanyak 2,488 sarang menetas dengan sejumlah 189,021 ekor anak penyu berjaya dilepaskan - mencakupi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan anak penyu yang menetas di Terengganu - terdiri daripada spesies agar, lipas dan karah.

Walaupun begitu, penyu yang menetas ini biasanya tidak panjang usianya, seterusnya membantutkan usaha menambah bilangan penyu dewasa.

Bagi ahli biologi marin, Liew Hock Chark terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penyu mati muda berbanding jangka hayatnya yang boleh mencecah sehingga 70 tahun.

Antaranya ialah pencemaran air laut, penyakit, kematian akibat tersangkut dalam pukat, pembangunan di kawasan pantai yang menjadi kawasan penyu bertelur dan tindakan segelintir pihak yang memburu penyu untuk mendapat daging dan cengkerangnya.

Menurut Liew, kejadian di atas adalah serius dan berlaku di banyak negara yang menjadi laluan pengembaraan penyu.

Bagaimanapun, tegas saintis Seatru itu, faktor utama kepupusan penyu ialah eksploitasi manusia ke atas telurnya.

''Di Terengganu misalnya, sebahagian besar telur yang ada berakhir di perut manusia dan mereka membunuh penyu dengan cara ini,'' katanya.

Berdasarkan pengalamannya, beliau mengakui proses ke arah mewujudkan ibu penyu adalah sukar dan memakan masa yang lama.

''Untuk mendapatkan 100 ekor ibu penyu sahaja bermakna sebanyak 100,000 telur harus ditetaskan. Ini kerana banyak yang mati ketika usia muda,'' jelas Liew yang juga suami kepada Dr. Chan.

Masalah itu diburukkan lagi dengan adanya sistem pajakan.

Persoalannya, berapa lamakah lagi sistem ini harus dikekalkan?

Sedangkan ia terbukti telah menyebabkan banyak telur penyu terjual untuk memenuhi 'kegilaan' penggemarnya.

Sistem pajakan yang diperkenalkan sejak hampir 40 tahun lalu, membolehkan penduduk menjual telur ini dengan agak mudah kecuali jenis belimbing yang diharamkan jualannya.

Walaupun telah timbul desakan memansuhkan sistem tersebut, namun kerajaan Terengganu nampaknya masih mahu mengekalkannya atas kepentingan tertentu.

''Pemansuhannya mempunyai kesan dari segi sosial dan politik,'' kata Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Terengganu, Mazlan Ngah.

Perkara itu turut diakui oleh Pengerusi Majlis Penasihat Santuari Penyu Terengganu, Datuk Senara Muda Mazlan Hashim yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Kata beliau, rasional sistem itu diadakan dahulu adalah supaya pantai terbabit terjaga sambil mensyaratkan telur-telur yang dipungut oleh pemajak dijual balik kepada agensi kerajaan untuk ditetas bagi tujuan pemuliharaan.

Masalah bagaimanapun, mula timbul apabila pemajak mengenakan bayaran yang agak mahal bagi setiap biji telur yang dijual dan peruntukan pemuliharaan pula tidak mencakupi.

Memandangkan ancaman terhadap penyu semakin memuncak, Mazlan menegaskan, pihaknya bersedia mengkaji semula sistem pajakan itu demi mengelakkan usaha pemuliharaan tergugat.

Bagaimanapun, golongan pencinta penyu pula mahu kerajaan negeri bertindak lebih berani dengan mewarta dan menyerahkan terus pantai terbabit kepada agensi kerajaan atau pihak tertentu.

Di Pulau Redang misalnya, terdapat 30 keluarga yang bergantung hidup dengan mengutip dan menjual telur penyu.

Dalam hubungan ini, pujian harus diberikan kepada Seatru yang telah bertindak bijak apabila menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Setiajaya Pulau Redang (KSPR) dalam usaha pemuliharaan itu.

Langkah berkenaan sekali gus memudahkan proses penjualan dan pemungutan telur dilakukan tanpa menjejaskan pendapatan pemajak.

Pengerusi KSPR Tawang Ali, berkata, walaupun pendapatan menjual telur kepada Seatru agak kurang berbanding di pasaran terbuka, namun atas dasar kesedaran mereka tetap menerimanya. Harga yang dijual oleh pemajak kepada Seatru ialah RM1.20 sebiji manakala harga pasaran boleh mencecah RM2 sebiji.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil telur penyu, beberapa daripada keluarga terbabit telah diberikan tender membersihkan sampah di pulau tersebut sebagai sumber pendapatan alternatif.

Meskipun begitu, rasa bimbang tetap ada di hati mereka iaitu kemerosotan pendapatan, lebih-lebih lagi dengan keadaan pendaratan penyu yang tidak menentu.

Apa pun untuk merungkai dilema ini, Rektor KUT-UPM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mahyuddin Mohamed Dahan mempunyai pendekatan tersendiri.

Katanya, sekiranya kerajaan mahu melihat kesemua telur penyu dieramkan, maka penggunaan telur penyu sebagai sumber makanan mestilah dihentikan.

''Lagipun telur penyu ini bukannya mempunyai khasiat seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya ia boleh menambah kekuatan seks. Ini tidak benar,'' katanya.

Yang jelas, pemuliharaan penyu ini sememangnya memerlukan penggemblengan tenaga semua pihak termasuk swasta terutama untuk mengumpul dana penyelidikan.

Untuk memastikan kelangsungan hidup penyu ini juga, kerjasama serantau yang lebih kukuh amat diperlukan memandangkan masih banyak negara termasuk negara jiran kita yang membenarkan penyu dibunuh untuk tujuan daging dan cengkerangnya.

Jika ini terlaksana, mungkin pada tahun 2020 nanti kita boleh menarik nafas lebih lega ketika menyaksikan anak-anak penyu ini dilepaskan ke laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 10:45 AM | Show all posts
Johor: Spesies burung botak makin pupus
Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my


POKOK Pulai berhampiran Taman Emas, menjadi salah satu habitat burung botak di Batu Pahat.

Penebangan pokok punca haiwan gemar bersarang tinggi hilang habitat

BATU PAHAT: Penebangan pokok tinggi berhampiran muara sungai untuk tujuan pembangunan dikenal pasti antara punca utama habitat burung botak (Leptotilos Javanicus) kini semakin berkurangan.

Spesies burung semakin pupus di dunia itu dikatakan gemar memilih pokok yang tingginya lebih 30 meter untuk bersarang.

Namun, penebangan yang tidak terkawal menyebabkan burung itu semakin kehilangan tempat untuk membiak dan dikhuatiri akan mempercepatkan kepupusannya.

Pakar kepelbagaian biologi Johor, Vincent Chow, berkata usaha untuk mengekalkan habitat burung berkenaan perlu dilaksanakan dengan menguatkuasakan larangan menebang pokok tinggi terutamanya di muara sungai atau berhampiran kawasan berair.

Beliau berkata, ketika ini hanya beberapa kawasan menjadi tempat persinggahan burung botak untuk bersarang iaitu di Parit Jawa, Muar; berhampiran Taman Emas, Batu Pahat dan di selatan Pontian.

"Kita tidak boleh membiarkan pokok tinggi di muara sungai atau yang berdekatan dengan takungan air seperti paya ditebang sesuka hati kerana kita khuatir perbuatan itu akan membantu mempercepatkan kepupusan spesies burung botak.

"Ketika ini, tidak banyak tempat sesuai untuk burung itu bersarang di negeri ini dan usaha harus kita jalankan untuk memastikan tempat sedia ada di tiga lokasi itu tidak diusik," katanya.

Vincent berkata, hasil pemerhatiannya sejak beberapa tahun lalu dianggarkan 50 burung botak bersarang di beberapa pokok pulai yang tingginya lebih 30 meter berhampiran Taman Emas, di sini.

Beliau berkata, selain Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), agensi kerajaan lain, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan habitat burung botak tidak dirosakkan akibat pembangunan.

"Usaha kita mengekalkan habitat burung botak itu bukan saja dapat membantu menghalang kepupusannya tetapi boleh membantu industri pelancongan kita.

"Kehadiran burung botak membina sarang seperti di kawasan berhampiran Taman Emas itu sebenarnya berpotensi untuk menarik kehadiran pelancong terutamanya penggemar burung. Namun, kawasan sekitar harus diselenggara dengan baik seperti memastikan saliran atau takungan air tidak terbiar dan berbau busuk," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 05:43 PM | Show all posts
Sukar hapus kepercayaan khasiat makanan eksotik
         
Berita Harian, 10 Mei 2004          
         
Oleh Magendran Rajagopal

SAMA seperti kebanyakan restoran lain di ibu negara, sebuah peti ais berpenutup cermin memperagakan pelbagai hidangan daging yang siap dilumur rempah menyambut pelanggan yang melangkah masuk. Cuma bezanya di sini ialah juadah yang disediakan semuanya hidupan liar yang semakin pupus.

Kaki beruang yang ditetak paras pergelangan dan masih dibasahi darah menunjukkan ia baru saja dipotong, disusun sebaris dengan daging musang pulut, tenggiling, kucing batu, tupai, ular sawa dan beberapa ketulan daging lain yang tidak diketahui asal-usulnya.

Cebisan kulit dan kepala beberapa haiwan turut dipamerkan, seolah-olah bagi membuktikan ketulenan daging yang dijual itu. Berhampiran dengan ruang dapur pula ditempatkan beberapa periuk besar dengan tiga tukang masak mundar-mandir tidak menang tangan memasak.

Di tengah restoran terdapat beberapa almari kaca yang diisi anggota binatang yang dikeringkan. Penulis difahamkan kebanyakannya adalah cula haiwan seperti harimau, seladang, beruang, buaya, harimau akar dan sebagainya.

Ruang hadapan restoran pula dipenuhi dengan pelanggan yang sudah membuat tempahan awal, hampir semuanya berbangsa Cina dengan segelintir berketurunan India dan Melayu, sabar menanti juadah yang dipesan.

Beberapa kereta yang diletakkan di pekarangan restoran papan bersaiz sederhana beratapkan zink itu memiliki nombor plet Singapura dan berdasarkan cara pergaulan dengan tuan punya kedai ternyata ini bukan kali pertama mereka berkunjung ke sana.

Pengalaman berada di restoran itu membuatkan seseorang sukar mempercayai kebanyakan khazanah hidupan liar negara diancam kepupusan kerana kegiatan itu berlaku di tengah ibu kota dan dikunjungi pula pelancong asing.

揃anyak kuat, boleh lawan sama harimau, badan pun banyak kuat. Cuba dulu nanti baru cakap,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.086557 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list