CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matlampir

Adakah anda suka nikah lebih dari 1 ? Khas utk lelaki aje.

[Copy link]
Post time 2-12-2008 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by angketam at 28-11-2008 08:40 PM
saya rasa kalu kerajaan kasi elaun pada siapa membenarkan suami berpoligami tentu pompuan x akan protes sgt bende nie semua...


begitu rendah ko ingat nilai cinta wanita, boleh dibeli dengan 'elaun kerajaan'. Sungguh, aku kesian dgn ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 10:13 PM | Show all posts
kalo tanya lelaki mesti suka je. tanya laki aku pun siap cakap lagi:
'lelaki bole sayang lebih dari seorg wanita. itu lah yg membezakan lelaki & wanita'
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 11:33 PM | Show all posts
tumpang lalu... oopppss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 01:31 PM | Show all posts

Reply #156 BabeYSHa's post

bicha ni 'joeblack' versi 'pempuan' lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 09:45 AM | Show all posts
Kalau ader peluang nak gak mencuba...
tapi...duit mesti mau cukup...itu yg penting...kasih sayang bagai nak giler skalipun, tapi takdak duit..nak buat aper???
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #161 Decaffeinated's post

kesian??????


kena pikir sekali lagi nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2008 03:46 PM | Show all posts
tanggungjawab besar klau nak bermadu...xsanggup...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 11:50 PM | Show all posts
hehe.. nak jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 04:31 PM | Show all posts
DITEGAH POLIGAMI JIKA TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu bersekedudukan berumahtangga (dengan penuh mesra dan kasih sayang) dengan perempuan (yang kamu kahwini) itu dengan demikian kamu telah mengambil satu perjanjian yang amat berat.” – (Surah an-Nisa, ayat 21).

Ayat tersebut dengan jelas mengingatkan suami tentang tanggungjawab berat yang perlu dipikul. Tanggungjawab tersebut tidak dapat tidak mesti dilaksanakan. Mana-mana lelaki menerima akad nikah, dengan secara automatik menyatakan persetujuan menjalankan tugas sebagai suami.

Jika dihalusi dengan mendalam, ternyata tugas suami bukan sekadar menyediakan keperluan makan minum dan nafkah batin kepada isteri semata-mata. Keperluan itu sekadar perkara ‘kulit’ yang mudah dilihat dan dinilai. Banyak tugas dan amanah perlu dilakukan dalam rumahtangga terpaksa dipikul oleh suami.

Di antara tugas suami ialah sebagai pemimpin. Lelaki dipertanggungjawabkan dalam soal kepimpinan terhadap isteri dan keluarga. Tugas ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Lelaki adalah pemimpin wanita.” – (Surah an-Nisa, ayat 34).

Justeru, rumahtangga merupakan sebuah negara kecil. Ia perlu ditadbir dan diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi menjamin kebahagiaan dan keselamatan ‘rakyat’ yang menghuninya.

Biarpun suami sebagai pemimpin, isteri juga menjalankan tugas sebagai pemimpin ketika mana suaminya tiada di rumah. Ia ketika suami keluar bekerja atau melakukan tugasan lain di luar rumah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Perempuan itu pemimpin rumahtangga suaminya.” .

Sungguhpun rumahtangga dipanggil negara kecil, memimpin rumahtangga bukan perkara mudah. Ia satu cabaran yang besar. Ramai pemimpin masyarakat dan organisasi besar yang berjaya memimpin ribuan, malah jutaan orang bawahan, tetapi gagal dalam memimpin rumahtangga sendiri.

Rumahtangga dikira gagal jika kehidupan suami isteri tidak bahagia. Biarpun kehidupan dilimpahi kemewahan dan kekayaan metarial, kejayaan sebenar rumahtangga ialah kebahagiaan dan keharmonian.
Biarpun manusia seringkali mengaitkan kekayaan dan pangkat sebagai punca kebahagiaan hidup, ia bukan faktor mutlak dalam kehidupan berkeluarga. Banyak keluarga miskin dan merepat mampu mempertahankan rumahtangga disebabkan adanya rasa bertanggungjawab dan pengorbanan terhadap keluarga.

Contoh terbaik dalam kehidupan berkeluarga ialah keluarga Rasulullah. Kehidupan keluarga Rasulullah bahagia dan harmoni biarpun tanpa kemewahan. Rasulullah hidup dalam sederhana, dan kadangkala dalam kesempitan ketiadaan keperluan hadiran.

Namun, Rasulullah mampu membahagiakan keluarga Baginda dengan sikap, tanggungjawab dan bimbingan yang baik.

Sesungguhnya ikatan perkahwinan dilakukan dengan niat berkekalan. Mana-mana perkahwinan yang dihadkan masanya dinamakan perkahwinan kontrak atau mutaaah. Perkahwinan kontrak tidak sah dan tidak dianggap sebagai satu ikatan perkahwinan.

Maka, syarat untuk berkekalan sehingga ke akhir hayat ialah mesti wujud kesefahaman dan rasa saling menghormati peranan dan tugas masing-masing. Agama telah menetapkan garis panduan perlu diikuti setiap pasangan suami isteri.

Institusi perkahwinan merupakan satu ikatan amanah. Justeru, amanah itu bukan sekadar di antara suami isteri, tetapi juga amanah dengan Allah. Ikatan perkahwinan merupakan satu perjanjian mematuhi segala peraturan dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan.

Lelaki sebagai suami mempunyai tanggungjawab lebih berat berbanding perempuan sebagai isteri. Maka, suami diingatkan agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Kesediaan menjadi suami bermakna bersedia menjalankan tanggungjawab.

Isteri merupakan anugerah Allah. Firman Allah bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” – (Surah al-Rum, ayat 21)

Justeru, anugerah itu perlu diterima dengan rasa ketakwaan. Rasulullah bersabda bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah dalam hal perempuan, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka menjadi isteri dengan amanah Allah dan dihalalkan kamu berkesedudukan bersama mereka dengan kalimah Allah.”

Sungguhpun berkahwin merupakan tuntutan naluri semulajadi manusia, ia dikira juga sebagai amalan beragama. Maka, ia perlu dilangsungkan atas kesedaran dan niat mematuhi kehendak agama.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Jika seseorang itu telah berkahwin maka ianya telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka bertakwalah kepada Allah di dalam separuh baki lagi.”

Justeru, berkahwin bukan satu perkara boleh dipandang mudah. Berkahwinlah dengan niat sebagai ibadat dan ingin menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Sekiranya dirasakan akan berlaku perkara buruk akibatnya, maka wajar ia difikirkan secara mendalam.

Firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim apabila kamu mengahwininya, maka kahwinlah perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih baik kepada tidak berbuat aniaya.”. – (Surah an-Nisa, ayat 3).

Islam membenarkan lelaki beristeri sehingga empat pada satu masa. Beristeri lebih daripada satu pada masa yang sama dipanggil berpoligami. Kebenaran itu banyak hikmahnya. Allah Maha Mengetahui keperluan manusia.

Bagaimanapun, ia bukan alasan lelaki berhujah atas hukum itu untuk berpoligami dengan sewenangnya. Beristeri seorang sudah banyak ‘pantang’, apa lagi berkahwin lebih daripada seorang. Perkara utama yang perlu diambil kira ialah keadilan yang mampu diberikan kepada isteri-isteri.

Berlaku adil mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan. Justeru, jika dirasakan tidak mampu berlaku adil, maka lebih baik jangan cuba buka ‘cawangan’ baru. Allah telah mengingatkan betapa sukarnya berlaku adil. Firman Allah bermaksud: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri(mu) walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.” – (Surah an-Nisa, ayat 129).

Biarpun Allah menyebut suami tidak mungkin berlaku adil dalam berpoligami, ia bukan bermakna tidak boleh adil. Keadilan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut ialah keadilan yang hakiki atau tidak sedikitpun berat sebelah. Dalam keadaan apa sekalipun, manusia tidak dapat berlaku adil sepenuhnya. Hanya Allah yang Maha Adil.

Justeru, bagi suami berpoligami memadai adil dengan cara berusaha untuk berlaku adil. Keadilan berpoligami bermakna suami melihat isteri-isteri dalam satu dimansi yang sama. Suami berpoligami tidak membezakan kecantikan, umur dan perkara lain yang berkaitan kelebihan dan kekurangan seseorang isteri.

Suami berpoligami perlu bersikap jujur menunaikan hak setiap isterinya mengikut kemampuan. Penentuan kemampuan suami berlaku adil terletak pada diri suami sendiri. Suami akan bertanggungjawab di hadapan Allah di atas sifat amanah dan tanggungjawabnya.

Suami adil membentuk kepimpinan dan contoh baik terhadap isteri-isterinya. Setiap keputusan berkaitan isteri dibuat dengan pertimbangan sebaik-baiknya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Keputusan itu bebas daripada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 04:32 PM | Show all posts
sambungan



Bersikap adil bukan bermakna membahagikan semua perkara sama rata. Ada isteri perlu diberi perhatian lebih kerana hal tertentu. Contohnya, isteri yang sedang sakit perlu diberi perhatian lebih, tetapi tidak pula sehingga mengabaikan isteri lain. Suami perlu pandai menilai keperluan setiap isteri.

Begitu juga soal kewangan. Suami wajar memberi peruntukan lebih kepada isteri mempunyai anak lebih ramai dan memerlukan perbelanjaan lebih. Pemberian itu bukan melebihkan isteri itu, tetapi tanggungjawab yang sepatutnya ditunaikan.

Kerjasama dan sokongan di antara isteri perlu bagi membolehkan suami berlaku adil. Isteri bekerja dan mempunyai cukup sumber kewangan, mungkin tidak perlu diberikan wang. Bagaimanapun, perkara ini perlu dengan kerelaan isteri berkenaan. Setiap isteri berhak mendapat pembiayaan daripada suami, walaupun dia mempunyai kewangan sendiri.

Isteri dimadu tidak wajar terlalu menuntut hak sehingga sukar ditunaikan oleh suami. Sering berlaku kerana ingin ‘membalas dendam’ kerana dimadu, isteri sengaja menimbulkan masalah. Ia dilakukan agar suami tidak rasa senang atau gembira berpoligami.

Sikap isteri itu berdosa besar. Isteri dimadukan perlu reda dengan apa terjadi. Sikap membantah dan mempersoalkan suami beristeri lebih sepertilah mempersoalkan hukum Allah. Bagi kebahagiaan suami, isteri perlu berkorban. Madu itu manis, tetapi bermadu amat pahit.

Suami berpoligami perlu tegas dalam hal memenuhi hak di antara isteri. Jangan beri peluang mana-mana isteri lebih monopoli. Hak sama rata ditunaikan. Suami bijak menilai apa yang diperlukan oleh setiap isteri.

Ini baru soal dunia, belum lagi bekalan akhirat. Suami bertanggungjawab memimpin isteri menunaikan dan mematuhi segala suruhan agama. Menjadi bebanan suami atas apa kegagalan memimpin isteri dan keluarga menjadi muslim dan muslimat sejati.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” – (al-Tahrim: 6). Ini bermakna menjadi tugas suami membimbing isteri dan ahli keluarganya taat dan patuh kepada perintah Allah. Justeru, suami sendiri perlulah menjadikan dirinya insan yang beriman dan bertakwa.

Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh suami terhadap isteri dan keluarganya akan disoal di ahkirat nanti. Kejayaan dan kesempurnaan tugas itu bermakna satu kebajikan telah dilakukan. Sebaliknya satu kecelakaan diterima jika gagal melakukannya. Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: “Setiap pemimpin akan ditanya tentang apa yang telah dilakukan.”.

Justeru, suami bercadang berpoligami perlu menimbangkan semasak-masaknya keupayaan menjalankan tugas. Soal diri sendiri dengan jujur dan menjawabnya dengan fikiran rasional tanpa dipengaruhi nafsu semata-mata.

Islam mengharuskan berpoligami bertujuan kebaikan dan bukan semata-mata kerana nafsu yang tiada kesudahannya. Oleh itu poligami ditegah jika dirasakan akan mendatangkan keburukan, terutama berlaku zalim terhadap isteri.

Dalam satu hadis qudsi Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhny Aku telah haramkan kezaliman ke atas diriKu dan Aku jadikan kezaliman itu haram dilakukan sesama kamu.”
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 01:11 PM | Show all posts
suka dan akan berbangga dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 10:01 PM | Show all posts
Pada aku tgk keadaan la...
tapi kalau utk suka2 tu...aku tak setuju la...kawin nie tanggungjawab, bukan tengok suka, tengok suka...kalau ckp camtu..aku pun nakkk.. kawin ari ni..esok  esok jumpa yg berkenan, pastu yg pompuan layan gak ...kawinnnn... dtg perkara yg sama ...kawinnnn...bila nak berenti..."cinta" tu terbit pada seorang perempuan baik pun pada lelaki utk seseorg kekasih tu, ada sekali je dan satu je...selebihnya sayang yg amat sgt kut... kalau still kata cinta tiga pat kali tu ....tipu rasanya...hikhikhik  
**itu pendapat aku la..korang mana aku tahu** lantok la
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 11:16 PM | Show all posts

Reply #162 jazz4luv's post

aku sumhow setuju ngan laki nko...
mmg fitrah laki cam tu...
anyway... sempena tahun baru ni aku berazam tak nak pikir pasal nak kawen dua...
aku akan tumpukan sepenuh perhatian pada bakal isteri
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:09 PM | Show all posts
kalau saye laki takdek nyerr nk kawin duaa nihh setia pada yg satu udahlerr lainlah kalau saye sultan brunei ..nk kawin sepuloh pown takpee
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 01:18 AM | Show all posts
Kalau boleh 10 memang aku nak buat!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 01:39 AM | Show all posts
I teringin nak ada 35 isteri macam idola I, Raja Mswati dari Swaziland tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by matlampir at 26-11-2008 11:57 AM
wanita seperti ni...



kalau semua llk mcm ni...aman dunia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 12:31 AM | Show all posts
x kot. risau klu x dapat berlaku adil nanti. tp klu bini aku yg rekemenkan, tgk la camne nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 09:38 AM | Show all posts
ramai jugak pompuan dok intai2...kot2 ader laki dia berhajat kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:07 AM | Show all posts
kadang2 kena pantau jgk mat.... mana blh lepa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.134380 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list