CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]

0

Threads

0

Fans

225

Points

Deactivate

Joined
14-4-2006
Post on 24-11-2006 02:06 PM |All posts
opppsss..sorry Mod terpost dua kali...
server tak berapa okey tadi...
ini sinopsis seindah rahsia karya Afiqah Farzana.
Rumah tangga yang dibina Sri Atiya bersama Anuar selama lima tahun hambar walaupun Sri Atiya sedaya-upaya menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Mengahwini Anuar bukanlah satu kesilapan dalam diari hidup Sri, malah dia redha dengan ketentuan ILAHI apabila terpaksa menjadi galang ganti Atira, kakaknya yang hilang di majlis perkahwinannya.
        Kehadiran Ilham sebagai ?ecret admire? telah merubah hidup Sri lebih bahagia. Pertemuan semula dengan Atira dan juga perceraiannya dengan Anuar menjadikan Sri dilanda tekanan emosi yang hebat. Sri terpaksa berhenti kerja dan tinggal bersama Atira. Kemunculan Hadi mula mencari tempat di hati Sri. Dia tidak mahu kecundang dan mahu memenangi hati Sri dan akhirnya berjaya menyemai cintanya bersama Sri.
        Perkahwinan kedua Sri berlangsung lebih meriah. Mahligai yang dibina atas dasar cinta telah melenyapkan luka di hati Sri setelah berpisah dengan Anuar. Namun jauh di sudut hati, Sri masih merindui Ilham yang hilang tanpa khabar berita. Sri yakin Ilham wujud bukan sekadar di alam telekomunikasi sahaja.
        Usia perkahwinan yang baru mencecah setahun jagung mula bergolak apabila Anuar kembali mencari peluang untuk memenangi hati Sri dengan membocorkan rahsia      bahawa Hadi mengahwininya atas dasar perjanjian cina buta.
        Sri sekali lagi merasa tertekan. Kepercayaannya pada Hadi hilang sekelip mata. Sri mahukan perpisahan seketika. Dia perlukan ketenangan. Hadi pasrah lalu membawa diri.
        Ketika konflik menyelubungi Sri, Ilham muncul semula melalui e-mel. Sri kembali bersemangat dan berjanji untuk menemui Ilham semasa hari konvokesyen pengajiannya berlangsung. Namun begitu, Sri berada dalam dilema untuk menerima Hadi atau Ilham dalam hidupnya. Dia perlu membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Kata putus pada Hadi dijanjikan di hari konvokesyennya itu.
        Semasa  hari konvokesyen berlangsung, Sri bertemu dengan Ilham seperti yang dijanjikan.Sri tergamam dengan kehadiran Hadi. Dapatkah Sri bertemu dengan Ilham, jejaka yang dirindui sejak sekian lama. Siapakah Datuk Nurilham Hadi yang muncul dan menjadi penyeri dalam hidup Sri?  Dapatkah Sri menerimanya?
1

View rating log

1

Threads

0

Fans

690

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
1-6-2006
Post on 24-11-2006 02:11 PM |All posts

Reply #15 solara's post

misteri nusantara iya, misteri thailand pun iya... hantu kanak-kanak yg datang membawa maksud...

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 25-11-2006 12:23 PM |All posts
Originally posted by buku_ink at 23-11-2006 05:55 PM
ha'ah saya dah baca kau mawarku, cinta najla&secarik harapan memang best..
ada kelainan dari novel2 terbitan lain..
kalau nak beli langgan ajer ngan pengedar nya..
kalau cari kat kedai meman ...

Nak beli secarik harapan..
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

0

Threads

0

Fans

581

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
24-11-2004
Post on 25-11-2006 07:20 PM |All posts
secarik harapan & cinta najla best..
cuma yg kurengnya buku prima ni covernya tu tak menarik hatiku... (for me la..)
once dah baca best gak...
janji kita & andai ada cinta pun best gak...

1

Threads

0

Fans

690

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
1-6-2006
Post on 27-11-2006 09:16 AM |All posts

janji kita & kalau ada cinta

Aku cari ni....



JANJI KITA ~ IZZAH JOELATI

Datuk Afizal dan Datin Hidayah mempunyai seorang anak gadis bernama Izyan Amira. Izyan seorang gadis yang pintar dalam pelajaran dan sering mendapat markah tertinggi dalam pelajaran yang didudukinya. Tahun ini, Izyan akan menduduki peperiksaan STPM dan bercita-cita ingin memilih sendiri pekerjaan tanpa dikongkong oleh orang tuanya.

Datuk Afizal tidak bersetuju dan mahu anaknya itu mengikut jejak abangnya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Datin Hidayah juga membantah dan mahu Izyan mengikut kata mereka. Izyan merajuk hati dan mengikut sepupunya, Faizal pulang ke kampung.
Di kampung, Izyan telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Amir. Amir merupakan seorang usahawan kampung yang mengusahakan penternakan ayam, itik, lembu dan kerbau di samping mempunyai kolam ikan dan juga kebun sayur-sayuran. Dia merupakan pemuda kampung yang mempunyai kelulusan tinggi namun disebabkan susah hendak mendapat pekerjaan dia telah nekad untuk menjadi petani moden.

Perkenalan bermula dalam satu insiden di mana Izyan terjatuh ke dalam petak sawah. Kebetulan Amir lalu di situ dan membantu Izyan. Dari situlah mereka mula mengenali hati masing-masing namun perhubungan mereka tidak direstui oleh Datuk Afizal dan Datin Hidayah. Mereka mahukan Izyan memilih orang yang berpangkat dan berkedudukan bukannya seorang usahawan kampung seperti Amir.

Izyan tidak bersetuju dengan cadangan orang tuanya dan nekad ingin berkahwin dengan Amir. Dapatkah Izyan berkahwin dengan Amir? Apa pula tindakan Datuk Afizal dan Datin Hidayah?



KALAU ADA CINTA ~ HANA EMI HUSNA

Atas dasar simpati terhadap Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah, Shahirah sanggup berkahwin dalam usia muda. Pengorbanan yang diberikan oleh Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah menjaga Shahirah setelah kematian keluarga dalam satu kemalangan jalan raya memaksa Shahirah menerimanya. Isteri majikan tempat Pak Ngah Rafiq bekerja menyuruh dia mencarikan calon untuk suaminya, Fariz.

Julia isteri kepada Fariz. Seorang yang cantik, berbudi bahasa dan bertanggungjawab. Namun disebabkan masalah kesihatan, dia rela mencarikan pengganti untuk suaminya. Fariz tidak bersetuju kerana Julia adalah wanita yang sangat dicintai walaupun mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Tidak mungkin dia mencari lain.

Shahirah kebingungan. Tidak tahu hendak buat apa. Sanggupkah dia hidup bermadu? Lagipun Fariz tidak dicintai. Begitu juga dengan Fariz. Dia tidak boleh hidup tanpa Julia. Cintanya hanya untuk Julia. Namun Julia mahu membahagiakan Fariz. Sudah lama menderita sejak dia menghidapi penyakit serius.

Status isteri kedua membawa tanggapan negatif ibu mentua dan adik ipar Fariz. Mereka tidak menerima Shahirah dalam keluarga dan menuduh Shahirah merampas kebahagiaan Fariz. Shahirah tertekan. Perselisihan berlaku antara Fariz dan Shahirah. Akhirnya Shahriah membawa diri. Ke manakah Shahirah lari? Dan apa pula tindakan Fariz?

0

Threads

1

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
14-9-2004
Post on 27-11-2006 11:50 PM |All posts
Originally posted by wakanabe at 24-11-2006 10:39 AM
baru baru ni wakanabe prasan kat majalah KLIK iklan novel buku prima ni. Tertarik dengan novel RINTIHAN MAZLIZA cerita misteri hasil Zaifuzaman Ahmad. Wakanabe dapat beli di kedai buku MPH. Seronok ...

:...., ziafuzaman dah kuar buku baru???
ni yg nak kena beli nih!
i don't want u to go...Piolo Jos¨¦ Nonato Pascual

0

Threads

0

Fans

581

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
24-11-2004
Post on 1-12-2006 06:57 PM |All posts
Novel secebis rindu plak cite pasal suami yg tak sedar diri... tak sedar untung..

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 4-12-2006 09:16 PM |All posts
Originally posted by teratai_kristal at 1-12-2006 06:57 PM
Novel secebis rindu plak cite pasal suami yg tak sedar diri... tak sedar untung..

Wah..teratai..emosi nampaknyerr...
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

1

Threads

0

Fans

690

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
1-6-2006
Post on 5-12-2006 09:27 AM |All posts
Originally posted by teratai_kristal at 1-12-2006 06:57 PM
Novel secebis rindu plak cite pasal suami yg tak sedar diri... tak sedar untung..



Ni kisah suami lupa diri... (petikan dari Dunia Buku Unit sastera Berita Harian)

SECEBIS RINDU karya Alis Ashiqin menampilkan konflik rumah tangga peniaga wati, Anis Amira dengan Fakrul Azim yang bermula sebaik sang suami meneruskan pengajian di UM, akibat campur tangan org ke3. Fakrul yg berkasih dgn Anis ketika sama2 menuntut si sekolah, diminta ayah gadis itu, Pak Malik agar bernikah terlebih dahulu sblm mendftar sebagai mahasiswa bg menjamin masa dpn Anis yg gagal mendpt tmpt di universiti. Permintaan Pak Malik dipersetujui ibu Fakrul, Mak Timah krn fhm dgn kebimbangan keluarga bakal menantunya meskipun ia pd mulanya, tdk termasuk drp rcgn keluarganya. Anis yg mengusahakan kedai jahit meluaskan rangkaian perniagaannya kpd perniagaan kedai bunga dgn izin Fakrul krn mahu meningkatkan pendapatannya bg membiayai pengajian suami dn menanggung ayah yg sakit. Di universiti, Fakrul bertemu Tengku Marsya yg jatuh hati kpdnya slps lelaki terbabit menyelamatknnya dlm satu kejadian ragut ketika kumpulan pelajar mengadakan lawatan sambil blajar. Adham Iskandar, rakan sekuliah Fakrul yg sedar dgn perubahan Fakrul tanpa jemu menasihati sahabt sebiliknya utk menjauhkan diri drp Marsya bg mengelakkan diri drp terperangkp dlm masalah. Fakrul yg pd mulanya begitu yakin cintanya kpd Anis teguh dn tdk akan terganggu gugat akhirnya tewas dgn habuan kewanagn dn layanan manja Marsya sehingga lupa diri dn terus menyepi drp menghantar berita sekalipun hanya SMS. Perniagaan ANis yg berkmbg mendpt perhatian drp En. Razif sehingga menjadi pelanggan tetap dn membeli dlm jumlah yg bsr disamping mula menaruh hati kpd wanita itu. Fakrul menyagka Marsya menyayanginya sepenuh hati, lalu menceraikan Anis slps berlaku pertengkaran kecil tetapi ditimpa kemalangan jln raya yg menyebabkan kakinya patah dn terpaksa menangguh pengajian selama 2 semester. Marsya yg berada di Korea Selatan ketika kemalangan belaku akhirnya bertunang dgn pemuda lain menyebabkan Fakrul menyesal dgn tindakannya hingga terpaksa menjilat ludahnya kembali utk bersama semula dgn Anis. Apakah Fakrul dpt menjinakkan Anis yg luluh hatinya dn mungkinkah cinta En.Razif berbalas slps peristiwa pahit itu?

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 5-12-2006 09:52 AM |All posts
Thanks for the sinopsis, wakanabe..

[ Last edited by  KRUfan at 5-12-2006 09:53 AM ]
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

1

Threads

0

Fans

6143

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
29-8-2005
Post on 5-12-2006 10:18 AM |All posts
krufan, novel mana yg u dah beli & baca?

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 5-12-2006 10:44 AM |All posts
kau mawarku...
cinta najla..

blom bace...hehehe...
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

1

Threads

0

Fans

6143

Points

Survivor

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Joined
29-8-2005
Post on 5-12-2006 10:46 AM |All posts
krufan.. belum baca : hehe. mesti buku2 tu tengah beratur tunggu giliran

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 5-12-2006 10:54 AM |All posts
Originally posted by silencez at 5-12-2006 10:46 AM
krufan.. belum baca : hehe. mesti buku2 tu tengah beratur tunggu giliran

Saya ni mmg lambat nak abeskan satu buku, silencez...semlm saya tido jam 1.30 pagi..bace buku Hanya Kau yg Satu~ Iffa Irdina..tinggal 200 pages lagi..hopefully boley abes esok..hehehh..saya bace buku ni biler baby tido d pangkuan...
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

0

Threads

0

Fans

581

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
24-11-2004
Post on 24-12-2006 05:06 PM |All posts
Originally posted by KRUfan at 4-12-2006 09:16 PM

Wah..teratai..emosi nampaknyerr...


terlambat plak nak reply... sejak akhir2 ni takde chance nak lepak kat sini la...
tapi betul KRU geram baca buku ni...

latest baca buku PRIMA bersama akhirnya. best gak. ada lagi 2 buku PRIMA baru tak smepat baca... kekadang baca novel ni ada limit dia.. bila rasa dah max dgn novel... memang block habis la tak teringin langsung nak baca..

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 25-12-2006 03:45 PM |All posts
Originally posted by teratai_kristal at 24-12-2006 05:06 PM


terlambat plak nak reply... sejak akhir2 ni takde chance nak lepak kat sini la...
tapi betul KRU geram baca buku ni...

latest baca buku PRIMA bersama akhirnya. best gak. ada lagi 2 buku  ...

Teratai, buku PRIMA maner yg best sekali yg u bace?saya nak beli..
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

0

Threads

0

Fans

4794

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
11-7-2005
Post on 26-12-2006 02:24 PM |All posts
april dah beli & baca Kalau Ada Cinta..citer bagus but ending tergantung, tu yg x syok...potong stim betul..:geram:
Living here for the hereafter

0

Threads

0

Fans

143

Points

Deactivate

Joined
15-6-2006
Post on 26-12-2006 03:43 PM |All posts
Originally posted by aprilsnow at 26-12-2006 02:24 PM
april dah beli & baca Kalau Ada Cinta..citer bagus but ending tergantung, tu yg x syok...potong stim betul..:geram:



Tak silap aku itu cara penulis nak buat second book sbg sambungannya.. Majority gaya penulisan novel memang mcm ni menurut kebanyakan penulis la...  Paling aku suke novel TAK KUDUGA, SECARIK HARAPAN, SEINDAH RAHSIA dan GERIMIS KASIH. Ni pun bebaru ni hmate aku baru beli buku SARA KIRANA ngan CITRA CINTA. Katanye baru je kluar. Aku tgk SARA KIRANA ni penulisnya kak Ramlah Rashid yg tulis cite TAK KUDUGA tu... ni aku tak sabar nak baca. Hmate aku satu hari je abis baca katanye seronok. Kalau cite CITRA CINTA pulak katanye mcm gaya penulis cite SAYANGKU LATIFAH. Entah2 penulis sama kot.



ff: Tapi hari minggu aritu aku pegi kedai MPH tanye psal buku prima ni. MPH kata crite yg terbaru spt RINTIHAN MAZLIZA, SEINDAH RAHSIA dan PELANGI KASIH ni terlalu laju jualannya. Pasal kenape susah nak dpt. Org kedai tu kata bukan salah buku prima tapi salah marketingnya. MPH kata marketingnya ALAF 21. MPH ni pun pelik kenapa alaf ni hadkan marketing prima ni. Kalo kita tgk website alaf pun ada buat marketing KRU tapi aku perasan gak buku KRU ada 2,3 buah aje. Eiii... dengki jugak alaf ni...  Pernah jugak dgr cite tak elok tntg alaf 21 ni sampai ramai penulis lama mereka lari....ff:
1

View rating log

0

Threads

0

Fans

4794

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
11-7-2005
Post on 26-12-2006 04:44 PM |All posts
Originally posted by de_turquoise at 26-12-2006 03:43 PM



Tak silap aku itu cara penulis nak buat second book sbg sambungannya.. Majority gaya penulisan novel memang mcm ni menurut kebanyakan penulis la ...


kalau mmg Hana Emi Husna nak buat sekuel  cite nie mmg bagus...april pun nak tau gak kesudahan cite Ira samada dia akan pilih Hadi or ex-husband dia Fariz...:nerd:
Living here for the hereafter

0

Threads

0

Fans

143

Points

Deactivate

Joined
15-6-2006
Post on 27-12-2006 11:30 AM |All posts
de_turqoise baru aje jumpa blogspot ni...   

http://www.bukuprima.blogspot.com
1

View rating log

0

Threads

0

Fans

581

Points

Keeper

Rank: 4

Joined
24-11-2004
Post on 28-12-2006 06:22 PM |All posts
Originally posted by KRUfan at 25-12-2006 03:45 PM

Teratai, buku PRIMA maner yg best sekali yg u bace?saya nak beli..


seperti biasa terlambat je reply..
buku paling best... hmm teratai dah baca byk sangat... asal keluar je buku baru baca.. so sebenarmya cerita2 novel ni kalau dikaji (cewahh..) hampir sama cuma cara ayat je rasanya yg buat kita tertarik...
latest buku PRIMA  yg teratai baca Bersama Akhirnya. best cite dia.
:hmm:
secara jujurnya tak reti nak cakap yg mana paling best...

1

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
10-10-2004
Post on 29-12-2006 07:07 AM |All posts
Thanks, teratai..
~~Aaliyah Rayyana~~
188 foreva...

0

Threads

0

Fans

225

Points

Deactivate

Joined
14-4-2006
Post on 3-1-2007 03:18 PM |All posts
Originally posted by teratai_kristal at 28-12-2006 06:22 PM


seperti biasa terlambat je reply..
buku paling best... hmm teratai dah baca byk sangat... asal keluar je buku baru baca.. so sebenarmya cerita2 novel ni kalau dikaji (cewahh..) hampir sama cum ...


citer bersama akhirnya saya dah baca...jalan ceritanya best...
banyak konflik yang menimpa watak utamanya diana aima disamping hubungan dengan Hasriq danial yang terumbang-ambing..
walaupun masih baru dalam bidang penulisan novel tapi penulis novel nie bijak memaparkan konflik dalam diri watak utamanya.
tak sabar nak tunggu novel kedua karya penulis 'Bersama Akhirnya' NUR FATIHAH MAHMUD.:love::love:
1

View rating log

7

Threads

1

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
7-1-2006
Post on 11-1-2007 10:25 AM |All posts
tak perasan lar...kat Minerva ada tak Buku Prima nih. tgk blog dia novel & sinopsis nampak mengancam arr.....mana nak dapat ek?
NaL & Kay

0

Threads

0

Fans

4794

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
11-7-2005
Post on 11-1-2007 12:06 PM |All posts
Originally posted by Acun at 11-1-2007 10:25 AM
tak perasan lar...kat Minerva ada tak Buku Prima nih. tgk blog dia novel & sinopsis nampak mengancam arr.....mana nak dapat ek?


acun..kat minerva jln TAR ada banyak..april beli kat situ lah...
Living here for the hereafter
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-5-2013 01:08 PM , Processed in 0.229970 second(s), 23 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top