CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41613|Reply: 129

Pengalaman melancong ke thailand,kemboja dan vietnam

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2008 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Suatu waktu dahulu,aku pernah melancong ke 3 negara iaitu Thailand,kemboja dan Vietnam seorang diri selama 3 bulan.Ramai org kata aku gila tp aku tak gila.Melancong 3 bulan pun gila???Macam2 manusia nih....
Habis banyak gak duit aku,dekat 6k.Tp xpe,masa tuh aku tgh duit banyak dan masih keseorangan tanpa keluarga.Kalu ada anak bini memang haru biru....
Aku bawa sedikit sahaja pakaian sebab aku tahu dalam perjalanan nanti banyak pakaian aku nak beli.
ANtara barang2 aku bawa ialah :
1.Sehelai seluar pendek.
2.5 undrwear.
3.Kompas kiblat.
4.sehelai kain sarung.
5.Kamera.
6.Bateri2.
7.Ubatan seperti mintak gamat,handyplast,panadol dll.
8.3 helai tshirt.
9.1 sweater.
10.3 pasang stokin.
11.sehelai seluar slack.
12.Buku catatan.
13.Map ringkas.

Aku memilih jalan darat iaitu menaiki bas,keretapi,motorsikal,bot dan lain-lain.

Memang mengkagumkan travel alone dan melalui jalan darat.Banyak perkara yang boleh dilihat.Banyak pengalaman dapat dikutip.

MUla2 sekali memasuki pekan Golok dr Rantau panjang.AKu tengok usahawan menyeludup pelbagai barang2 di sungai Golok dengan perahu.Best gak kat Golok.Makanan melayu bersepah2.Harga pun ok.Tak pernah pula kena sembelih,mungkin aku boleh kecek Klate,sebab tu depa tak sembelih kot.Harga barang2 pun murah2.AKu rasa safety ok.Mungkin masa tuh belum ada bom mengebom.Ramai perempuan gedik2 tepi hotel dan pasar menawarkan body tp aku tak layan.Di sini memang ayam bersepah2.DEngan pakaian seksi x cukup kain dan menggoda2.AKu dengar cite ayam kat Golok nih servis power.Myb sebab tuh ramai anak Malaysia rajin ke Golok cari ayam.
AKu tak nak layan ,dah lah dosa,silap2 kena virus aids....
Lepas lepak dan menikmati keindahan pekan Golok,aku menaiki bas ke kota raya Bangkok menaiki bas.Penat gila naik bas.3 kali berhenti makan.

To be continued...




...............................................................................................
Saidina Omar pernah melihat alas kaki.Beliau menangis teresak2.Katanya " ALangkah bagus jk aku jadi alas kaki seperti kamu.Kamu akan buruk dan menjadi sampah.Tidak perlu menghadapi alam kubur dan akhirat.Fikir2kan........

[ Last edited by  saatcham at 2-11-2008 09:14 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 08:46 PM | Show all posts
Wah..mesti seronok lu jalan2 ke negeri orang....
haku dengar kat siam tu...perkhidmatan bas intra-kota dia free..
betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 10:45 PM | Show all posts

bangkok

1 time nampak bangkok,fusss,mcm x caya je...10 kali ganda maju dan mewahnya kota bangkok!jalan 2 sambung menyambung,kereta,motor,tut2,bas,lori n lain2 bersimpang siur....
sebelum aku smpai,aku ingat bangkok nih xla maju sgt...rupanya mmg maju dan kaya....
mmg bijak thaksin sinawatra,jadi Pm byk jasa bangunkan Thailand....
Masa tuh dekat election,bersepah2 poster dia dan kerabat kat jalan2....
Kat Bangkok mmg susah nak cari makanan halal.
Trpaksa makan kat restoran ada logo halal.Mmg mahal gila....
Hotel pun mahal.Perompak bin penyamun pun banyak....
Ayam pun brsepah2....
Bas free?
huhu..x pernah lak dapat naik bas free....
xtau pulak ada bas free...
Pengalaman paling best naik tu tut...motor roda tiga yg gila... driver bawa gila2,bila korner nak trbang aja rasanya....
Dok bangkok mmg terasa wang pergi banyak.Hotel,makan semua mahal.
Lepas dah boring dengan Bangkok,aku teruskan perjalanan menempuh 1 daerah demi daerah.Last sekali sampai bandar Arang ,sempadan Thailand -Kemboja.
Kat sini mmg xde langsung makanan halal.
Trpaksa beli roti yg xde minyak babi,makan
Memang lapar gila dok 2 hari kat bandar nih.
Aku jumpa mat USa,dia dah dok 8 tahun kat sini.Katanya,visa dia dah lama mati,tp thailand x kisah,jajni ada wang.Polis n emegresen pun dia kenal.Malah bini simpanan pun org Thailand...
Best kawan dgn mamat nih.Sllau dia ajak minum beer kat lobi hotel,aku x minum.AKu minum coke aja....
Dengan pakaian jaketnya,motor harley davidson,mmg kaya gile mamat nih.
Dia pernah datang penang 10 tahun lepas.Lps tuh x pernah jejak Malaysia.
Byk dia tanya ttg malaysia,so aku pun promotelah langkawi,melaka,klcc,putra jaya dll....
dia pun ada buka internet,penang dah banyak berubah dan maju sekarang.

To be continued....

[ Last edited by  saatcham at 1-11-2008 08:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 12:15 AM | Show all posts
cepat la continue...
boleh tak breakdown berapa hari kau stay kat satu2 tpt?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 04:58 PM | Show all posts
waa cerita la lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 09:06 PM | Show all posts

Sempadan

Lepas lepak 2,3 hari kat hotel kat bandar Arang,aku naik motor sambung kotak roda 2.kelakar betul motor nih.Mamat nih lak x tau b.i betul2....risau gak aku dia hantar salah tempat.
Sampai ke pekan LOk Ke,ia betul2 sempadan dengan negara kemboja.
Kira2 pekan tuh,kemudian pagar sempadan.
Best pekan nih,ada bangsa pelbagai jenis.Ada kemboja,Thailand,Vietnam,filipin dll.Ada pasar besar pelbagai jenis barangan dijual.Ramai betul usahawan berteriak dan mempromosi produk depa kat pelanggan.
Depa nih b.i memang cair.Aku tgk ramai usahawan Malaysia ada kat sana beli baju bundle dan jersi,jean dll.aku ada borak dgn mamat dr Johor.Dia datang setiap bulan beli brg2.skali beli dkat 20k jugak.hantar pakai ketapi sebab murah.Kalu pakai flight,untung sikitle...
Katanya sini plg murah berbanding Bangkok.Pilihan pun banyak.
Mmg murah.AKu tengok harga jersi MU 1 class harga RM14 aje,berbanding RM30-60 kat Malaysia.aku pun beli 2 helai.
Baju tidur pompuan dewasa lawa2.Kain pun berkualiti.RM5 aje..kalu beli borong RM3.00.
Murah gile....
Mcm2 ada kat pasar nih.Pemetik api pelbagai rupa.Syiling lama.Pistol betul dan peluru pun ada.Ngeri juga aku tengk mamat yg jual pistol nih.
Muka pun mcm lanun.Penuh badan dia mcm2 pistol....
Kalu dok pasar nih lama2,boleh bangkrap jadinya.semua nak beli.....
aku nih suka window shoping n jalan2 borak2 dgn org ramai,pelancong,usahawan dll.
Setelah puas meronda pasar koboi nih,aku berjalan kaki ikut orang2 lain.Aku rasa depa pergi sempadan dan ada emegresen.Aku rasa je sbb nmpak byk mamat jepun,mat saleh dll jalan ke arah tuh,aku follow je la...
Thai emgeresen cop kuar paspot aku.Then berjalan kaki ke arah Kemboja emegresen pulak.
Dia belek2 paspot aku.Mcm2 dia tanya.x kisah le..borak2 kosong.Masa tuh pun org x ramai.
b.i nye slang lain mcm je....ramah juga dia nih,xde mcm emegresen singapore yg tanya bape duit ada,bape kad kredit dll.
Dah byk kali aku ke singapore,tu le soalan2 sama yg ditanya.Emgresen Thai n kemboja tak tanya pasal duit.
DIa cop visa sebulan.free aje....

nih gambar aku mula2 sampai di tanah Kemboja di bandar Poi pet.

aku kini berada di tanah kemboja.Bila keluar aja dr emegersen,berpuluh2 mamat motor datang menyergah dgn pelbagai bahasa.Ada cakap kemboja,ada cakap vietnam,ada cakap Thai,ada cakap b.i....naik pening aku!
aku mmg lapar gila nih.aku cakap " muslim food!
seorg mamat gila babi tarik tangan aku ,suruh aku naik motor dia.kira2 15 minit sampai kedai makan.Dia hantar aku ke kedai makan.Mmg islam.Depa pakai tudung.
bape bayaran naik motor?500 riel kemboja sama dengan
50 sen.Aku bagi RM10.aku cakap,take all....dia cakap tankiu berulang22222222222......
rezki dia kot,gembira sakan mamat tuh.
kat sini bandar poipet namanya.byk peniaga menjual cenderamata mcm baju,topi,poskad dan lain2 bersepah2 kat bandar nih.Nak bayar pakai duit kemboja pun boleh,guna dolar usa pun boleh.kat kmboja depa pakai 2 matawang.
ada kasino,restoran,hotel brsepah2.aku masuk gak kasino dan kelab2 jalan2.jalan2 je,aku mmg bukan kaki judi.saje2 nak tengok tempat org.lagipun dalam hotel.tengok org ramai mcm2 feel.ada nak jual jam pun ada.aku ingat kat genting aje ada mcm tuh,rupanya kat situ pun sama.
Ayam pun byk mcm kat siam.
Lps makan dgn lahap sbb dah 2,3 ari makan roti kosong,aku cari bas ke ibu negara Pnom penh.Masa tuh dah senja.
bas dah abis,so trpaksa naik teksi.
kongsi dgn 5 penumpang lain.dr poipet ke pnom penh rm60.00.Kalu naik bas rm20 aja.
Khidmat bas jam 2 petang dah abih....
driver bawa 180 km sejam.gila betul.setiap 50km ada tol askar buat sendiri.driver bagi usd 1 kat polis jaga tol tuh.aku dengar mmg biasa begitu.kalu driver tak bagi,tak boleh jalan le teksi tuh,kena tahan.byk gak tol haram...
jam 1 pagi smpai pnom penh.ibu negara kemboja.api terang benderang.aku dah ngantuk gila.terus masuk guest house.ada kipas n tv,1 malam rm40 aja.murah gak kat ibu kota.
AKu tido lena...............penat weh!

to be continued....

[ Last edited by  saatcham at 3-11-2008 07:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2008 09:25 PM | Show all posts
aku teruja baca ko nya perjalanan ..
selit2 la gambar sikit ..

aku dok plan ngan member aku, kitorang cam nak buat gini tawun depan ..
so ko punya pengalaman leh dijadikkan panduan ..

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:33 PM | Show all posts
best baca experience ko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 04:22 PM | Show all posts
cepat laaa sambung balik....tak sabar nak baca sambungan kisah ko nie........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 08:47 PM | Show all posts

Pnom penh

Ni kali pertama aku jejakkan kaki kat ibu negara pnom penh.Bagun pagi,aku cari mat motor.Ayat biasa : muslim food!dia hantar kat kedai makan kat masjid.Masjid nama masjid Bangkok.nilah satu2 naya masjid kat ibu negara kemboja.
Ada keutiau sop,mee dll.Nasi lemak bin roti canai xde..huhu...
aku makan lahap gila....
Lps makan,aku pi cari travel kompeni.AKu cari buku travel guide n minta kar depa.free aja.Byk gak buku guide aku ambik.Ada buku guide yg ada guide bahasa.so aku kena belajar cikit2 bahasa kemboja....
Peta plg penting.Aku tgk dlm map mana2 tempat2 best2.
Bandar Pnom penh nih kelam kabut.Bangunan berselerak.Paling tinggi ,10 tingkat aja.Motor plg banyak sebab motor man(teksi murah)bersepah2 cari pelanggan.Naik motor man memang murah compare dgn teksi.Kawan2 aku yg pernah sampai kemboja ansihatkan aku supaya berhati2 dengan motor man coz separuh mereka adalah perompak.terutama sekali jk mereka tahu pelancong asing.Justeru aku byk belajar ckt2.bahasa kemboja.Untuk keselamatan dan boleh tawar menawar.

AKu tgk kat bandar nih xde rules.Keta,bas,lori,motir main hentam aje jalan.Lampu merah depa langgar.Lorong kanan jadi lorong kiri.Pening aku tengok depa.Kalu kat Malaysia camni,dah byk accident.tapi kat sini xde pulak aksiden wlu depa semua bawa gila2.
Aku tgk polis jalan2 tengok lalu lintas wat bodoh aja.
Bandar nih memg beterabur.Sampah bersepah2.Bau hancing di mana coz rakyat sini kencing merata2 x kira tempat!

AKu mula menghafal beberapa patah perkataan kemboja ...semua dr buku guide travel.
Oh Gon : terima kasih
Pe mhan : BApe
Mui:satu
Bi : dua ....

AKu pi Bus stand.Tertarik dengan logo bas,Genting company.Wah!kompeni Malaysia nih!
Aku nampak mamat cina kat ofis bus stop tuh.AKu ckp omputih dgn dia...
Then dia tanya " where u came from??
Malaysia?
Laaaa...u org Malaysia?
Malaysia kat mana,tanyanya?
Melaka.
I kl,katanya...
Huhu..mamat nih cina KL rupanya....
AKu tanya kat mana ada restoran makanan Malaysia?
Dia bagi guide,dekat je..u jalan terus,belok kanan,nampak sign board,bunga raya restoran.borak dgn mamat nih.byk nasihat dia bg aku.
Tq22222222222
Aku pun pi la sana.Memang betul,ada kedai Malaysia.Cina Perak tokenya.Chef semua org islam.
AKu makan nasi lemak.Mee kari,nasi ayam,roti canai,nasi ayam semua ada...
Tapi harganya Nasi lemak sepinggan Usd7!
Huhu....mahal gila.....
dah rindu nasi lemak,aku hentam je la....boleh pakai kad kredit lagi...
Borak2 gak dgn boss dia.Katanya dah 8 tahun buka.Kalu dah 8 tahun memang maju le....Ramai Org Malaysia selalu datang,specially duta Malaysia kat sana.Depa mmg suka nasi lemak dan nasi ayam.Taste Malaysia.
Cantik dalamnya.Ada gambar KLcc,penang,lgkawi dll.Lepas makan,aku cari motor man.
Aku tunjuk gambar Muzium kat dia.AKu tanya Pemhan?dia jawab Pram buan (lima ribu)
5000 sama dengan RM5.00
Aku  tawar menawar....last2 sampai 2000.dia setuju.
Dia bawa aku ke muzium.
Cantik muzium nih.Banyak koleksi lama2.
Ambik gambar kena bayar RM5.00.Aku bayar je....
besar gak muzium nih.
Penat gak merayau2 sekeliling muzium.
Abih muzium,aku cari lagi motor man.Nak pi istana SIhanouk pulak.
Dlm guide kata,dulu ini istana rasmi raja Sihanouk,tp dah buat istana baru,so istana nih dibuka untuk pelawat.
Bila dah sampai istana,bayar tiket.
RM3.00.Bawa kamera kena bayar RM5.00 lagi.
Cantik istana  nih.
mcm2 alat kelengkapan diraja ada.
Plg best ialah bilik raja.Dalam bilik nih ada patung emas 17 kg.Harganya RM70 juta...huhu...
Penuh askar bersenjata raifel dan M16 jaga bilik nih.
Sayangnya,dlm bilik nih x boleh ambik gambar....
AKu nak bagi usd 5 kat penjaga muzium agar boleh ambik gambar,dia tetap enggan.
Sayang betul....cantik bilik tuh...
Pemandangan istana mmg cantik.pelbagai bunga2 dan pokok2 ditanam.kalu la umah aku cam ni kan best!huhu.....
Ada galeri gambar Raja sihanouk dr kecil hingga besar.
besar gak istana nih.
penah weh jalan2.Nasib baik ramai pelancong jadi kameraman free untuk aku.
1 hari nih,sempat 2 tempat aja aku pi......
lenguh kaki jalan2.
Bila nak senja,aku cari guest house lain pulak.Aku nih x suka tido 1 tempat.Aku suka tido byk tempat.Kali nih aku pilih guest house ada aircond n tv satelit.
RM50.00 bayaran 1 malam.
Lps solat jamak,aku kuar pi makan kat restoran bunga raya.Makan nasi ayam pulak.
USD8 dollar.
Then aku berjalan kaki balik hotel.kira2 300 meter aja dr hotel.Aku perasan ada 3 mamat mencurigakan ikut aku.Mereka semakin dekat....
AKu berlari sekuat mungkin dan mereka ikut juga.Bila dan 100 meter ke hotel,mereka hilang.
lega aku...
Alhamdulillah selamat...
Kat bandar nih mmg ramai perompak bin lanun.Mat Malaysia keje genting bas ada cite kat aku,ada yg dicuri semuanya.hanya tinggal seluar dalam aja...kejam betul perompak nih...
Gila betul perompak kat kemboja nih.....Smpai hotel,aku tengok tv satelit smpai tv tgk aku.....

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

to be continued...

[ Last edited by  saatcham at 2-11-2008 09:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:23 PM | Show all posts
aku pnah ke hatyai.....bandar di mmg tmpt utk shoping..mcm2 benda ada...tp yg plg aku rase mcm bos mafia bile msk pusat snooker..siap ada guard yg ada pisau rambo jaga kitaorg.....org thai bile dia dgr kita dari malaysia dia akan layan kita dgn baik.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 02:57 PM | Show all posts
nak share exp pg kemboja..bulan 6 hr tu 1st timalik e pg kemboja..turun kat phnom phenn blk dr sieam reap...btul mcm saatcham ckp dionye traffic mmg giler. kat dalam teksi tu berapa kali menjerit pon xtau...la..dia nye jalan mcm ngam2 jer..tp btul xder plak accident...jan sehala tu boleh jd 3,4 hala....kt sana nak shoppin xbyk sgt kalu ada mcm kain2 silk dia tp kalu yg dah gunting sesiap diorg 3.8meter jer so kalu nk beli wat bj kurung agak senteng la kot sb stdar kita bj kurung 4m...

kat siam reap best sb angkor watt jer..fuh mmg besar giler angkor watt tu...kat sana diorg kebanyakkan guna dollar..bila bukak mulut tanya 'how much' jer mest start ngan 5 dollar' biler nak beli sliper jepun bodo biasa pon 5 dollar..
tp makanan halal susah jgk la nasib baik dpt guide yg islam..senang makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 07:43 PM | Show all posts

Ke kg cham.

Lepas bangun tido,aku bersarapan di kedai dekat masjid Bangkok,pnom penh.
Lepas sarapan,aku cari motor man untuk ke Bus stand.Di bus stand,aku mencari2 kereta atau van untuk ke daerah Kampong Cham.
Aku dengar di sini ramai org Melayu.
Bayaran RM5.00 naik van penuih sesak dengan penumpang.Tensen gila.
Kira2 6 jam,sampailah ke situ.Aku lihat sebuat stesyen petrol Petronas.bangga aku melihat syarikat tempatan bertapak di negara asing.
AKu berjalan2 bandarTersebut.
Bandar ini tak besar sangat.Ada banyak kedai dan pasar menjual pelbagai barang2.
AKu singgah makan di sebuah kedai makan org islam.
Makan nasi dan sup daging,RM2.00.Huhu..murah gila....Kalu kt Malaysia,busuk2 pun RM5.00.
Aku mencari motor man untuk ke destinasi seterusnya.Setelah tawar menawar,dia setuju dengan tambang RM10.00.
AKu sampai di sebuah kampung yang majoritinya org Melayu islam.Ada masjid,surau dan sekolah.
Kampung nih terletak di persisiran sungai .Sungai ini amat panjang dan menghala ke Vietnam.
AKu menjejakkan kaki di kampung ini.AIr mata mula merembes.....
AKu melihat pelbagai rumah dan perkampungan nelayan.
AIr mataku mula merembes laju.
Aku teringat 30 tahun lampau.
aku terus menangis dan menangis.......
Ya Allah......................................................

To be continued...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 07:44 PM | Show all posts

map

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2008 08:14 PM | Show all posts

Pengangkutan di Kemboja



aku naik trak nih.dia bawa barang2 dan orang.tambang memang murah.Jauhnya kira2 50 km hanya RM2.00!
tapi memang x selesa.

ni pulak bot yang digunakan penduduk tempatan menyeberang sungai.Kebanyakan daerah dan kampung masih tiada jambatan,so nilah pengangkutan depa.
Bayaran 50 sen :500 riel Kemboja.
Boleh memuatkan kereta,motor,kuda,barang2 dll.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by saatcham at 3-11-2008 07:43 PM
Lepas bangun tido,aku bersarapan di kedai dekat masjid Bangkok,pnom penh.
Lepas sarapan,aku cari motor man untuk ke Bus stand.Di bus stand,aku mencari2 kereta atau van untuk ke daerah Kampong Ch ...

kg cham ni la kot yg krew/artis wat pengambaran masa raya aritu utk rancangan REMAJA..

mmm..apasal ko sedih?..ko asal dr sana ke?
(sori kalau aku blur skit)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 01:05 AM | Show all posts
pengalaman menarik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 08:01 PM | Show all posts

Pengalaman bersama keluarga Melayu

Daerah Kampong Cham adalah daerah yg paling banyak perkampungan melayu.Mereka adalah bangsa Melayu yang berasal dr Champa.
Kebanyakan penduduk bertani dan menjadi nelayan.
AKu lihat rumah-rumah mereka.Ada yang macam reban....
Bila melihat kesusahan dan keperitan org lain,barulah bersyukur menjadi anak Malaysia.
Menitis air mata melihat kedaifan
AKu memasuki banyak masjdi dan surau.Teramat daif.Tiada kipas dan kelengkapan sempurna.Masih mengguna air perigi dan pelita.
Menurut internet,penduduk Melayu sejumlah 700,000 drpd 14 juta penduduk Kemboja.
Kebanyakan masjid dan surau di kemboja dibantu pembiayaan negara2 arab dan juga Malaysia.
Ada jutawan Melaka membina sebuah sekolah.Itu yg aku dengar cite.

to be continued
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 11:45 PM | Show all posts
err......pasal ko bersedih sangat kat sana???
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by saatcham at 2-11-2008 08:47 PM
Ni kali pertama aku jejakkan kaki kat ibu negara pnom penh.Bagun pagi,aku cari mat motor.Ayat biasa : muslim food!dia hantar kat kedai makan kat masjid.Masjid nama masjid Bangkok.nilah satu2 naya ...


bagus kau ni mmg berjiwa pengembara....pure traveller....

apesal kau sedih? kau asal kemboja ke apa?

cos dulu masa aku kecik2 dulu, ada ramai gak kawan2 sekolah rendah aku mmg asal dari sana, masa tu kan ramai pelarian kemboja dtg ke negeri2 pantai timur.... terimagine kejap, best gak tu kisah seorang lelaki yg sewaktu kecilnya dilahirkan dikemboja, kemudian lari bersama keluarga ke malaysia dan sehingga menjalani hari2 dewasa di malaysia, satu hari pergi ke kemboja mencari asal usul nya....

anyway, sambung ler citer ko aku tak sabar nak baca...

[ Last edited by  runaway_train at 5-11-2008 09:37 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.085937 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list