CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6444|Reply: 7

Pati pokok kaduk boleh cegah gemuk

[Copy link]
Post time 24-10-2008 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
[email protected]

GEORGETOWN: Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama ‘nobesiti’ itu mampu menghalang pembuluh darah merebak ke seluruh tisu badan bersama lemak makanan.

“Semua lemak yang terkumpul mampu dihalang dengan pengambilan pil ini kerana bahan aktif dalam pati kaduk, iaitu daripada daun, batang, buah dan akarnya mempunyai khasiat tersendiri," katanya pada sidang media di USM di sini, semalam.

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sejak 2005 mendapati pengambilan pati pokok kaduk boleh menyekat lemak dalam badan.

“Pil itu digunakan sebagai penghalang kepada pembentukan pembuluh darah baru yang menjadi punca utama obesiti,” katanya.

Prof Dr Zhari berkata, berbeza produk lain, nobesiti bertujuan menghalang punca utama kegemukan iaitu pembentukan sel lemak dalam badan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 08:40 AM | Show all posts
berita baik kpd mereka yg mengalami masalah kegemukkan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:53 AM | Show all posts
daun kaduk ni org siam suka mkn..
dorang panggil miengkam
mmg sedap sangat... very healthy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 08:55 AM | Show all posts

dr utusan plak...

USM hasilkan ubat atasi obesiti


PULAU PINANG 23 Okt. – Seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menghasilkan ubat menguruskan badan daripada pati pokok kaduk.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Prof. Dr. Zhari Ismail berkata, produk yang dihasilkan melalui kajian sejak 2005 dijamin selamat, mujarab dan tiada kesan sampingan.

Jelasnya, produk itu telah diuji keberkesanannya melalui ujian terhadap haiwan dan beberapa ujian lain.

‘‘Secara tradisionalnya, kaduk atau nama saintifiknya, Piper Sarmentosum digunakan untuk merawat malaria, sakit pada belakang badan, otot serta sendi, masalah kecacingan dan sakit gigi. Pucuk muda daun kaduk ini dimakan mentah atau dibuat kerabu dan mempunyai rasa yang agak unik.

‘‘Bagaimanapun, penemuan kami menunjukkan pati kaduk juga mampu menurunkan berat badan kerana keupayaannya mengawal pembuluh darah daripada membesar dengan pantas yang secara tidak langsung menghalang pembentukan lemak. Apabila lemak tidak terbentuk, seseorang itu akan terhindar daripada obesiti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Produk tersebut memenangi pingat perak pada Pertandingan Bio Malaysia 2008 di ibu negara, bulan lalu.

Zhari menjelaskan, produk itu yang kini telah lengkap ujian dan kajiannya jika diamalkan secara berterusan mampu memberikan berat badan ideal.

‘‘Produk ini sedikit berbeza dengan produk lain yang berada di pasaran kerana ia mengggunakan herba yang berkualiti di samping berkhasiat bukan sahaja untuk mengawal berat badan tetapi juga untuk kesihatan diri.

‘‘USM sedang menimbangkan permintaan daripada beberapa pihak yang berminat terhadap produk ini untuk dikomersiolkan. Setelah ia dipatenkan, kami akan memilih mana-mana syarikat berkelayakan.

“Dijangka dalam setahun lagi, produk ini akan berada dalam pasaran,” katanya.

Kata Zhari, selain tidak mengandungi toksik, ubat daripada pati kaduk itu juga mampu menyerap ke dalam darah pada jangkamasa yang cepat antara empat hingga enam jam sebelum bertindak ke bahagian dalam badan untuk menghalang pembentukan lemak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:17 AM | Show all posts
daun pokok kaduk nih yg mcm daun sirih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:25 AM | Show all posts

Balas #5 fariepari\ catat

betul la...cam duan sireh..leh buat ulam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2008 07:54 PM | Show all posts

pokok kaduk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 08:00 PM | Show all posts
Kaduk



Nama Saintifik:
        
Piper sarmentosum roxb


Famili:
      
Piperaceae



Nama Biasa:
        
Kaduk



Nama lain:
        
Sirih duduk



Lokasi dijumpai:
        

Di kawasan yang agak lembab

Keterangan
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064099 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list