CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100702|Reply: 305

Carta CERAI Artis

  [Copy link]
Post time 10-11-2008 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 2-2-2012 22:18

Tahun 2010



Anne Ngasri & Wafi




Sabrina Ali & Shahrin





Maya Karin & Steven




Azrinaz & SB





Aida & Joe




Badrul & Julia





Ramlah Ram & Kamal





Nadia & Sulaiman (Pengacara WHI)









Aleeza Kassim & Fauzi



Raja Azura & Adzmin





Sein & Nana Muhd Taib





Asdayanti Daut & Che' Zambil





Ida Nerina & Shahrin





            Selasa Disember 28, 2010


                      SOROTAN 2010: Suratan Takdir, Berpisah Jua         
                     
Oleh WAHIDUZZAMAN





PETALING JAYA: Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tahun 2010 meninggalkan satu kenangan pahit buat golongan artis kita apabila rumah tangga yang dibina tidak kekal lama.

1. DIRA ZAHAR: Keretakan rumah tangga pelakon muda ini membuka tirai perceraian artis tanah air 2010 apabila Dira dan suaminya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (Ash) disahkan bercerai pada 8 April 2010.

Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Hasil perkahwinan selama empat tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Tengku Anggun Deandra, 2.

Timbul juga desas-desus yang mengaitkan perceraian mereka dengan badi menyertai program Sehati Berdansa (SB) musim ketiga.
2. SABRINA ALI: Pelakon berdarah kacukan Melayu-Afganistan ini berpisah dengan suaminya Shahrin Abdul Halim, 38, pada sekitar Jun 2010. Pasangan yang berkahwin pada 21 Mei 2006 itu dikurniakan seorang puteri Ariyana, 2.

Perceraian Sabrina dan Shahrin menjadikan mereka pasangan ke-enam yang dikaitkan dengan badi program SB.

Punca perceraian enggan dikongsikan oleh Sabrina demi menghormati keluarga kedua belah pihak.

Terbaru, pelakon filem Khurafat ini sedang berbahagia dengan kekasih baru dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada 2011.

3. RADHI OAG: Vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali bercerai dengan Shazlin Shariff pada 8 Jun 2010 selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan.

Mereka berkahwin pada 1 Januari 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki Rifdhi Muslim, 5.

4. ANNE NGASRI: Pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, dan pasangannya Abdul Wafi Hassan bercerai pada 25 Jun 2010.

Mereka yang berkahwin pada 26 Mei 2006 dikurniakan tiga orang anak Abdul Warits, 2, Abdul Wafri, empat bulan, dan Nazharah Afrozah, satu bulan.
        


5. MAYA KARIN: Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman ini bercerai dengan suami Steven David Shortose pada 16 Julai 2010. Pasangan itu berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.

6. AIDA RADZWILL: Dramatis terkenal Khalida Adibah Ahmad, 53, atau Aida Radzwill bercerai dengan suami Ismail Ahmad@mohd Radzwill, 39, (Joe Radzwill) pada 26 Ogos 2010 selepas lapan tahun berkahwin. Pasangan yang tidak dikurniakan anak itu berkahwin pada 6 November 2002.

Selepas bercerai, Aida mengumumkan dia kini menggunakan nama Aida Khalida. Menariknya, sebelum ini Aida turut dikenali sebagai Aida Rahim.
        


7. RAJA AZURA: Perceraian penyampai radio dan pengacara popular Raja Azura dan suami Adzmin Tan Sri Osman merupakan kes penceraian artis paling panas untuk tahun 2010.

Pada 28 September lalu, terputuslah ikatan mereka sebagai suami isteri selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Mereka berkahwin pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 4, dan Puteri Mia Maizurah, 4.
        


8. ALEEZA KASIM: Peragawati dan pelakon Aleeza Kasim dan suami Datuk Mohd Fauzi Che Ros bercerai pada 27 Oktober 2010 selepas empat tahun berkahwin. Mereka berkahwin pada 15 Julai 2006.

9. SEIN: Anggota kumpulan Ruffedge, Sein atau sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 27, disahkan bercerai pada 8 Disember lalu dengan isteri Noor Diyana Muhammad atau Nana, 26.
        


Hasil perkahwinan selama empat tahun, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Sein menjelaskan perceraian mereka bukan disebabkan oleh badi program realiti Sehati Berdansa atau kemunculan orang ketiga.
Suratan atau kebetulan, perceraian Sein dan Nana menjadikan mereka pasangan ke-tujuh daripada program tersebut yang mengalami episod duka itu.

Pasangan lain yang turut mengalami nasib serupa termasuk Asheed (Def Gab C) dan Shima (SB1), Atilia dan Ariff (SB1), Dira dan Ash (SB3), Radhi (OAG) dan Shazlin (SB1), Sabrina dan Shahrin (SB2) dan Anne dan Wafi (SB1).

10. IDA NERINA: Aktres berkarisma ini disahkan bercerai dengan Sha'arin Mohd Razali (Shahrin) yang juga bekas pemain dram kumpulan Blackrose pada 13 Disember 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Perceraian ini berlaku lebih enam bulan selepas mahkamah sama memutuskan bahawa pasangan itu masih sah bergelar suami isteri apabila menolak permohonan pengesahan lafaz cerai yang didakwa berlaku di luar mahkamah.

Permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Shahrin kerana mendakwa dia telah melafazkan cerai terhadap Ida pada Hari Raya Aidilfitri kedua, 22 September 2009.

Pasangan itu berkahwin pada 2 Jun 2006 dan tidak dikurniakan anak. Last edited by Syd on 18-12-2014 02:43 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2008 10:26 AM | Show all posts
2008




Abby Abadi & Norman Hakim




Anis Suraya & Wan Kasmizi



Aripah Damanhuri & Norhariman Muhammad (gambo aku tak jupe, tapi aku jupe legas case dia vs bank muamalat)


Azharina & Datuk Shukri



Bell & Shasha




Cham VE & Karmila


Emma Akma Yunus & Mohd Kamal


Farah Asyikin & Dr Fariz


Hawa & Izzat


Lina Hangat & Delaloy


Nora Danish & Rizal Ashram


Noraniza Idris & Alien


Norish Karman & Hashimudin


Raja Azhar & Charmine


Siti Fairuz & Muhamad Zainuddin Kordi

[ Last edited by  Syd at 20-2-2009 02:59 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 10:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 30-10-2009 21:20

2009


Roslin Hashim & Faizah Mohamad


Beego & Intan



Atalia & Ariff



Nash & Sosilawati



Sarimah & Amir






Mohd. Kamal, Noorakma Yunus
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 10:31 AM | Show all posts
sedihlah....penceraian ni jalan terakhir bila dah buntu takda solution   
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 10:33 AM | Show all posts
atilia tu bukan baru2 ni kan...dah berbulan dah   
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 10:33 AM | Show all posts
Tiada iman dan kesabaran..mereka ambik jalan mudah..bercerai..

Jadi mangsa anak..Golongan ni yg besok melahirkan anak2 yg tak bermoral...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2008 10:38 AM | Show all posts
biasa la, bila ada duit lebih siket, kalau x menghimpit, org lain yg himpit. sume2 tu dasar pisau cukur / mata duitan semata. dosa pahala tolak tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 11:43 AM | Show all posts
TAKUTNYA...............................................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 01:41 PM | Show all posts
jgn ler aku tergolong dlm kelompok di atas............amin
takot woooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 10-11-2008 10:26 AM
1. Bell Ngasri - p kaunseling dah

2. Radhi OAG - dikatakan pun dah mendaftar dalam kelompok nih



eehhh.... yer ker nie...????
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:46 PM | Show all posts
dlm manyak2 benang ko...syd... benang ni yg paling aku phobia skali...

aku cuma kesian kat anak2 dorang tu jerkk...
emmmmm.....yg belum beranak tu, lantak dia ler...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:51 PM | Show all posts
tah nak jadik holiwud senang2 je nak kawin cerai. tu la kata org2 tua, nak kawin kn siasat latar belakang betul2 dan keluarga dia. jgn main redah je. ni kang siasat 'benda' lain, dok bercinta bagai nak rak, last2 kawin tak berapa hari dah tak sesuai. abis masa bcinta ok je plak.

on the other hand, mmg dah takda jodoh diorg. agak2 org biasa cerai gak tp xheboh pon kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #11 babamyra's post

aku debar gak bila baca..

ni lah benang ko...


rupanya paling fobia

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:05 PM | Show all posts
syd..mehla bukak carta...kita undi reramai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #14 pink_evil's post

nanti aku kasik compile

kisah artis cerai berai dari jaman dulu lagi

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:10 PM | Show all posts
bila ilmu agama tak cukup inilah akibatnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 04:10 PM | Show all posts

Balas #15 Syd\ catat

cam dh xda keje je ko ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:10 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 10-11-2008 10:26 AM
si bell pun sama??

[ Last edited by  mamasaffiya at 10-11-2008 04:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:13 PM | Show all posts
Aku pun kesian kat anak2.. cam abby & NH.. life goes on utk anak2.. perkahwinan artis dah mcm question mark plak.. baper lama ble tahan... Artis2 yang still on cm sofea jane, should get credit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 04:39 PM | Show all posts
Pelakon Norish Karman peroleh hak penjagaan anak

SHAH ALAM: Dramatis terkenal, Norish Karman, memperoleh hak penjagaan terhadap tiga anaknya, manakala suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, bersetuju dengan hak lawatan terhadap anak mereka, selepas kedua-duanya melalui majlis sulh yang diadakan pagi tadi.

Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan untuk membolehkan satu perjanjian persetujuan dalam bentuk perintah diperoleh.

Terdahulu, peguam bela Norish, 34, Akbardin Abdul Kader, memberitahu mahkamah kedua-dua pihak berjaya mencapai penyelesaian melalui majlis sulh yang berjalan pagi tadi.

Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua pasangan itu disahkan bercerai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Mereka berkahwin pada 11 Januari 1998 dan didaftarkan di Perlis.

Hasil perkahwinan itu, Norish dan Hashimuddin memperoleh tiga anak iaitu Muhammad Haqiem Amany, sembilan, Muhammad Hady Amieran, lima dan Nur Hanyz Amanda, empat tahun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.209772 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list