CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Carta CERAI Artis

  [Copy link]
 Author| Post time 24-11-2008 09:41 AM | Show all posts
EREMA & SRI BAYU BAKAL BERCERAI




Kesanggupan penyanyi mudaDayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau lebih dikenali sebagai Eremamenerima penulis lirik, Seri Bayu sebagai suaminya pernah menggemparkandunia seni. Manakan tidak, Sri Bayu atau nama sebenarnya JamaludinSulik,43, yang menghidap penyakit saraf perlu dibantu untuk melakukanaktiviti seharian. Malah masyarakat pernah tersentuh dengan ketulusanErema yang sanggup menguruskan kehidupan Sri Bayu itu.

Bagaimanapun, hubungan suci mereka tidak akan bertahan lama keranaErema difahamkan telah pun membuat tuntutan cerai dan kesnya itu akandidengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, pada 1Oktober ini. Malah perkara ini telah pun disahkan oleh penyanyi iniketika dihubungi SINAR HARIAN semalam.

“Ini adalah jalan yang terbaik untuk saya dan Abang Bayu. Bukannya sayasudah tidak tahan untuk tinggal bersamanya tetapi ada masalah tertentuyang tak dapat diselesaikan lagi. Sukar untuk saya ceritakan apakahmasalah tersebut, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cukuplahsaya katakan yang antara kami sudah tiada persefahaman dan saya tidaklagi ada perasaan terhadapnya. Namun perkara ini tidak ada kena-mengenadengan orang ketiga, ” kata Erema.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pelita Di Bawah Purnama’ inimenjelaskan yang rumah tangganya mula goyah setelah dilanda masalahpada raya pertama Aidilfitri yang lalu dan sejak itu juga dia mula naikturun mahkamah untuk membuat tuntutan fasakh. Memandangkan prosestersebut agak rumit dan mengambil masa yang lama, dia kemudiannyaberbincang dengan suaminya, agar dilepaskan dengan cara baik.

“Pada mulanya saya berat hati juga untuk memaklumkan padanya tentangkeputusan saya itu (cerai), tapi saya kuatkan juga hati. Kami dah punberbincang dengan cara baik dan dia sedia lepaskan saya. Memang sukaruntuk dia terima kenyataan ini, tetapi terpaksalah juga sebab antarakami dah tak ada persefahaman lagi. Daripada terus dibiar masalah itusemakin berlarutan, lebih baik kami berpisah.

“Walaupun hubungan kami tak sebaik dulu, namun atas dasarperikemanusiaan saya masih menjalankan tanggungjawab seperti biasadengan menguruskan makan dan minumnya setiap hari,” jelas Erema yangbekerja sebagai penyanyi kelab malam untuk menyara keluarga.

Tambah Erema, dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankanrumah tangganya, namun sebagai manusia biasa dia terpaksa akur denganketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan Sri Bayu itu hanya mampubertahan setakat itu sahaja. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching,Sarawak ini menafikan yang dia sudah hilang kesabaran untuk menjaga SriBayu yang sehingga kini masih menderita penyakit saraf itu.

“Kita hanya boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Saya jugaberharap semuanya berjalan dengan lancar, tetapi apa yang kita laluitak semuanya indah. Saya tahu orang akan kata yang saya ni dah takmampu jaga suami. Tapi terpulanglah apa yang orang nak kata, yangpenting saya dah buat yang terbaik. Saya dah jaga dia empat tahun,kalau saya nak putus asa dah lama, bukannya sekarang.

“Orang hanya nampak kita bahagia. Tapi orang tak tahu apa yangsebenarnya kita lalui. Selama ini saya dah cukup bersabar, tapi tahapkesabaran itu juga ada hadnya. Saya masih muda dan saya harusmemikirkan masa depan serta berhak mendapat kehidupan yang lebih baik,”tegasnya.

Bertanyakan tentang reaksi kedua-dua belah keluarga, kata Erema, diabersyukur kerana keputusannya untuk bercerai dengan Sri Bayu itu dapatditerima baik oleh keluarganya. Bagaimanapun ia sukar untuk diterimaoleh keluarga suaminya yang mengharapkan agar hubungan mereka dapatdipulihkan kembali.

Erema dan Sri Bayu bernikah pada 19 Disember 2006 di Masjid Danau Desa,Taman Desa Kuala Lumpur. Sri Bayu merupakan orang yang bertanggungjawabmembawa Erema dalam dunia seni suara dan pernah muncul dengan albumPelita Di Bawah Purnama.

Dalam pada itu, Mahkamah Syariah Rendah, Petaling Jaya, yang dihubungimengesahkan kes pasangan ini bakal didengar pada 1 Disember ini.




Kesanggupan penyanyi muda Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau lebih dikenali sebagai Erema menerima penulis lirik, Seri Bayu sebagai suaminya pernah menggemparkan dunia seni. Manakan tidak, Sri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik,43, yang menghidap penyakit saraf perlu dibantu untuk melakukan aktiviti seharian. Malah masyarakat pernah tersentuh dengan ketulusan Erema yang sanggup menguruskan kehidupan Sri Bayu itu.

Bagaimanapun, hubungan suci mereka tidak akan bertahan lama kerana Erema difahamkan telah pun membuat tuntutan cerai dan kesnya itu akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor, pada 1 Oktober ini. Malah perkara ini telah pun disahkan oleh penyanyi ini ketika dihubungi SINAR HARIAN semalam.

“Ini adalah jalan yang terbaik untuk saya dan Abang Bayu. Bukannya saya sudah tidak tahan untuk tinggal bersamanya tetapi ada masalah tertentu yang tak dapat diselesaikan lagi. Sukar untuk saya ceritakan apakah masalah tersebut, kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cukuplah saya katakan yang antara kami sudah tiada persefahaman dan saya tidak lagi ada perasaan terhadapnya. Namun perkara ini tidak ada kena-mengena dengan orang ketiga, ” kata Erema.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Pelita Di Bawah Purnama’ ini menjelaskan yang rumah tangganya mula goyah setelah dilanda masalah pada raya pertama Aidilfitri yang lalu dan sejak itu juga dia mula naik turun mahkamah untuk membuat tuntutan fasakh. Memandangkan proses tersebut agak rumit dan mengambil masa yang lama, dia kemudiannya berbincang dengan suaminya, agar dilepaskan dengan cara baik.

“Pada mulanya saya berat hati juga untuk memaklumkan padanya tentang keputusan saya itu (cerai), tapi saya kuatkan juga hati. Kami dah pun berbincang dengan cara baik dan dia sedia lepaskan saya. Memang sukar untuk dia terima kenyataan ini, tetapi terpaksalah juga sebab antara kami dah tak ada persefahaman lagi. Daripada terus dibiar masalah itu semakin berlarutan, lebih baik kami berpisah.

“Walaupun hubungan kami tak sebaik dulu, namun atas dasar perikemanusiaan saya masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa dengan menguruskan makan dan minumnya setiap hari,” jelas Erema yang bekerja sebagai penyanyi kelab malam untuk menyara keluarga.

Tambah Erema, dia sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangganya, namun sebagai manusia biasa dia terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodohnya dengan Sri Bayu itu hanya mampu bertahan setakat itu sahaja. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini menafikan yang dia sudah hilang kesabaran untuk menjaga Sri Bayu yang sehingga kini masih menderita penyakit saraf itu.

“Kita hanya boleh merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Saya juga berharap semuanya berjalan dengan lancar, tetapi apa yang kita lalui tak semuanya indah. Saya tahu orang akan kata yang saya ni dah tak mampu jaga suami. Tapi terpulanglah apa yang orang nak kata, yang penting saya dah buat yang terbaik. Saya dah jaga dia empat tahun, kalau saya nak putus asa dah lama, bukannya sekarang.

“Orang hanya nampak kita bahagia. Tapi orang tak tahu apa yang sebenarnya kita lalui. Selama ini saya dah cukup bersabar, tapi tahap kesabaran itu juga ada hadnya. Saya masih muda dan saya harus memikirkan masa depan serta berhak mendapat kehidupan yang lebih baik,” tegasnya.

Bertanyakan tentang reaksi kedua-dua belah keluarga, kata Erema, dia bersyukur kerana keputusannya untuk bercerai dengan Sri Bayu itu dapat diterima baik oleh keluarganya. Bagaimanapun ia sukar untuk diterima oleh keluarga suaminya yang mengharapkan agar hubungan mereka dapat dipulihkan kembali.

Erema dan Sri Bayu bernikah pada 19 Disember 2006 di Masjid Danau Desa, Taman Desa Kuala Lumpur. Sri Bayu merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Erema dalam dunia seni suara dan pernah muncul dengan album Pelita Di Bawah Purnama.

Dalam pada itu, Mahkamah Syariah Rendah, Petaling Jaya, yang dihubungi mengesahkan kes pasangan ini bakal didengar pada 1 Disember ini.

[ Last edited by  Syd at 24-11-2008 09:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 10:27 AM | Show all posts

Reply #61 Syd's post

cyd.....cayang....aku cukup suspen bila umah ko yg ni bertambah page nyer....

emmmm....tak suker ah....topik ni.....

bila ekkkk...nak bukak umah baru....??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 10:28 AM | Show all posts

Reply #62 babamyra's post

hahha

pecayalah...pecayalah..


list nih akan btambah panjang

tok ti

mawi lom masuk lagi

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #63 Syd's post

siottt jerrrkkk.....Choy...!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #64 babamyra's post

itu lah kemuncak nye kan?

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:39 AM | Show all posts
ada rupe nyer thread artis/selebriti bercerai barai ni...hehehe ...

syd...wan sharmila dah boleh masuk carta tak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #66 kodoklawa's post

kalu dah daftar ke pej agama / ke mahkamah

meh lah masukkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:47 AM | Show all posts

Reply #67 Syd's post

baru angin sepoi2 aje..hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 11:49 AM | Show all posts
beginikah kehidupan artis??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:58 AM | Show all posts

Emma AkmaTekad Bercerai



DUA minggu lalu, Raja pernah menyiarkan penderitaan seorang dramatis, Emma Akma yang dipukul suami sehingga patah hidung hingga perlu menjalani pembedahan ketika umat Islam sedang berseronok dan bergembira bersama keluarga menyambut 1 Syawal.

Saya tekad Raja, saya tak sanggup melalui peristiwa ini lagi. Hari ini hidung saya patah ditumbuk dan dikerjakannya, esok lusa mungkin juga nyawa saya melayang. Siapa yang tak sayangkan perkahwinan tetapi saya juga kena fikirkan diri saya sendiri, saya tak mahu terus-terusan jadi mangsa.

Suami agak keberatan mahu melepaskan saya, tetapi selepas apa yang berlaku, saya sudah tawar hati dengannya. Hati saya hancur dengan perbuatannya. Mungkin saya boleh memaafkannya tetapi saya tidak mampu melupakan apa yang berlaku, lebih lagi apabila perkara itu berlaku ketika umat Islam meraikan Syawal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:25 PM | Show all posts

Syd's post...

melaporkan...

NASH - SOSILA X TERMASUK KEW?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #71 pinkzara's post

hehe

mahkamah ckp talak tak jatuh
dorang masih suami isteri

kalau sosila nak failkan cerai fasakh ke / tahlik ke apa

nanti masukkan sekali yek
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:30 PM | Show all posts
eh... bell dah confirm ke?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #73 arthonia's post

tgh kaunseling dan nak masuk mahkamah dah

nak tentukan talak jatuh ke idak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 01:14 PM | Show all posts



PELAKON Ngasrizal Ngasri, 28 dan isterinya, Nur Farhana Mahamd Fauri, 26 keluar selepas bicara kes perceraian mereka di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 01:35 PM | Show all posts
lainnye muka bini si bell nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2008 01:48 PM | Show all posts

Reply #76 redplum's post

mmg itu lah muka ori nye

idung dia terletak mcm sejambak bunga kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 02:23 PM | Show all posts
Syd.. Bell tu apa kes?
Tertinggal ketapi sungguh aku ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 02:27 PM | Show all posts

Reply #78 Ucu's post

kes menggila kan tino lain
siap goreng tino tu
ckp dia dah ceraikan bini dia

ayat beb
ayat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 03:20 PM | Show all posts
beego + shahira tak masuk senarai ke?

hutang beribu tapi kawin baru jejak 10 hari..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065630 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list