CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Carta CERAI Artis

  [Copy link]
Post time 8-6-2009 10:42 AM | Show all posts
runtuh lagi masjid...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2009 01:34 PM | Show all posts
jodoh tak panjang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 12:48 PM | Show all posts
A.R Badul cerai Muna Lisa dengan tebus talak RM1

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan penceraian pelakon dan pelawak, A.R. Badul, 60, dan isterinya, Muna Lisa Basir, 34, hari ini.

Badul melafaz cerai itu dengan tebus talak sebanyak RM1 di depan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad.

Mona Lisa perlu membayar RM1 untuk mendapatkan penceraian. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kelima Badul.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Lisa selama lapan tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 02:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 03:00 PM | Show all posts
AR Badul umur 60 dah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:42 AM | Show all posts
sian ex hubby norish...umo dh 60..tpksa mnduda lg d usia emas
pr3ttytw33ty Post at 11-11-2008 01:49

A ku sian kat norish lagi, muda muda tak ada sapa nak wat teman tido..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2009 02:18 AM | Show all posts
ermmm... kalau dah takde jodoh.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 03:31 PM | Show all posts
artis yg suam2 kuku mula2 bahagi jer..tapi lepas jer nama naik mendadak (fofular) terus rumahtangga bergolak..naper yerk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 04:46 PM | Show all posts
SUSAH NAK CAKAP
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 04:46 PM | Show all posts
SUSAH NAK CAKAP
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 05:20 PM | Show all posts
thn ni x bape ramai sgt artis cerai...compare 2008
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 05:35 PM | Show all posts
dah takde jodoh nak buat cane
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 07:42 PM | Show all posts
:kant:hobi depa kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2009 12:32 PM | Show all posts
Pelakon Santau bercerai
25/08/2009 11:43am



KAJANG 25 Ogos – Mahkamah Rendah Syariah Kajang mengesahkan pelakon filem Santau, Putri Mardiana Zainal Abidin, 28, sah bercerai secara taklik dengan talak satu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Hasan memutuskan demikian setelah berpuas hati dengan lafaz cerai taklik yang dilafazkan bekas suaminya, Shahnaz Norwawi, 32, pada 1 Jun 2009. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 01:25 PM | Show all posts
ok..yg tu tak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 01:34 PM | Show all posts
sapo nie....blakon ko....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2009 01:54 PM | Show all posts
tak kenai.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 09:21 PM | Show all posts
Emma Akma sah cerai kali ketiga


Mohd. Kamal, Noorakma Yunus

KUALA LUMPUR 29 Okt. – ‘‘Cukuplah, tiada ruang atau peluang lagi untuk dia, perceraian ini demi kebaikan.’’ Begitulah luahan pelakon drama, Emma Akma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus setelah sah bercerai kali ketiga dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan perceraian Emma Akma, 40, selepas Mohd. Kamal Jaafar Sidek, 35, seorang editor akhbar tabloid melafazkan cerai dengan talak satu.

‘‘Setelah berpuas hati dengan lafaz defendan pada pukul 9.48 pagi ini yang menepati hukum syarak, mahkamah mensabitkan jatuh talak satu antara Mohd. Kamal selaku defendan dan plaintif, Noorakma.

‘‘Memandangkan kedua- dua kamu pernah bercerai sebanyak dua kali sebelum ini, maka talak ini adalah talak bain kubra yang tidak boleh dirujuk kembali,’’ kata beliau.

Wan Mahyuddin turut memerintahkan supaya Emma Akma menjalani idah tiga kali suci bermula hari ini, membatalkan sijil nikah dan mendaftarkan perceraian tersebut di mahkamah.

Emma Akma ketika ditemui pihak media di luar mahkamah dilihat sebak dan menangis beberapa minit sebelum memohon maaf kepada semua pihak termasuk pihak media kerana terpaksa berbohong mengenai statusnya pada Mac lalu.

Menurutnya, ketika dia dan defendan rujuk semula pada Mac lalu, dia dilarang memberitahu sesiapa kerana defendan enggan perkara itu diketahui keluarga.

‘‘Ahli keluarga dia (defendan) berasa aib selepas media pada tahun lalu, melaporkan mengenai kecederaan di bahagian hidung saya akibat ditumbuk olehnya.

‘‘Selepas 11 bulan kami tinggal berasingan, kini saya sudah tidak sanggup lagi ‘disembunyikan’, apatah lagi dia sudah mempunyai seorang lagi isteri di Surabaya, Indonesia,’’ katanya.

Emma Akma yang diwakili peguam syarie, Abdullah Anuar Sahri turut menyatakan sehingga malam semalam, bekas suaminya masih memujuknya untuk membatalkan perceraian itu.

‘‘Kalau diikutkan, dia (bekas suami) tidak mahu lepaskan saya sebab itu talak ketiga, tetapi saya fikir sampai bila saya hendak ‘makan hati’,’’ katanya lagi.

Pasangan tersebut yang bernikah pada 1 Januari 2005 memiliki seorang anak angkat, Dayang Izzati Kamal berusia empat tahun yang kini dipelihara oleh Mohd. Kamal.

Mereka bercerai kali pertama pada 29 Oktober 2008 dan kali kedua pada 23 Mac lalu.

Antara drama lakonan Emma Akma termasuk Senandung Si Dayang yang disiarkan di TV3 dan Kepadamu Kekasih di TV9.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 05:51 PM | Show all posts
yg bercerai pun ada carta ek...hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 06:59 PM | Show all posts
wah seronoknyer akak bc

tahniah la kat artis2 tu

tapu xupdated sgt

nana n faizal lg baru ber ce rai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.113365 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list