CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5164|Reply: 5

batu dalam hempedu

[Copy link]
Post time 12-12-2008 02:39 PM | Show all posts |Read mode
lately byk dengar kes pasal ni dulu hanya batu dlm pundi kencing je .Kenapa ye simptom ni berlaku? Ada yg kata sebab tabiat makanan seperti suka makan seafood.Ada sesiapa yg tahu? LAst few days baru ziarah kawan yg ada sakit ni kesian dia masih muda lagi dah kena dan bakal dibedah tapi dr belum kasi tarikh lagi..govt hospital lambat itu yg leceh tu so dia hanya dibekalkan dgn antibiotik shj.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 02:47 PM | Show all posts
ami asan jgn pegi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #1 vanilacup's post

Batu dalam pundi hempedu

Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:00 PM | Show all posts
Jenis-jenis batu karang hempedu

    * Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

    * Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

    * Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.


Diagnosis

Dr. Abd. Hamid memberitahu, kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain.

"Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor anda akan mengesyaki anda mempunyai penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga anda dan pemeriksaan fizikal.

"Sewaktu pemeriksaan tersebut, doktor anda akan memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata anda dan abdomen anda akan diperiksa secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh."

Jika doktor anda mengesyaki anda menghidapi penyakit batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan

    * Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:18 PM | Show all posts

Balas #1 vanilacup\ catat

dulu doktor pernah suspek aku kena benda ni sebab aku ada tanda beberapa sintom dia, tapi lepas scan rupanya muscle aku cedera sikit, tapi doktor yg check aku kata kalau kita berak dan tahi kita berwarna putih kekuning kuningan tandanya ada benda tak kena dgn hempedu kita, sebab saliran hempedu tak jalan normal.biasanya kalau sikit memang boleh makan ubat untuk flush out batu tu tapi kalau banyak kena buang hempedu teruslah.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:37 PM | Show all posts

Reply #5 skimax2's post

mengerikan gambar tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.076971 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list