CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 7042|Reply: 36

Surfing -

[Copy link]

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 14-12-2008 12:22 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


Surfing is a surface water sport in which the person surfing is carried along the face of a breaking wave, most commonly using a surfboard. Surfing-related sports such as paddleboarding and sea kayaking do not require waves, and other derivative sports such as kitesurfing and windsurfing rely primarily on wind for power, yet all of these tools may as well be used to ride waves.

Two major subdivisions within contemporary stand-up surfing are reflected by the differences in surfboard design and riding style of longboarding and shortboarding.

In tow-in surfing (most often, but not exclusively, associated with big wave surfing), a surfer is towed into the wave by a motorized water vehicle, such as a jetski, generally because standard paddling is often ineffective when trying to match a large wave's higher speed.


A surfer in Oahu


A surfer at Santa Cruz, California


Surfing in Hawaii


The geometry of tube shape can be represented as a ratio between length and width.
A perfectly cylindrical vortex has a ratio of 1:1, while the classic almond-shaped tube is nearer 3:1.
When width exceeds length, the tube is described as "square".




Learning to surf


Many popular surfing destinations offer surfing lessons and surfing camps. Surfing camps are multi day lessons that focus on the basic fundamentals of surfing. These camps are designed to take new surfers and help them become proficient riders.

Typical surf instruction is performed in a one on one lesson format but can also be done in a group setting. Popular surf locations such as Hawaii offer surfing conditions for advanced surfers but prove to be more challenging to a beginner. Surf spots more conducive to instruction typically display a different criteria of conditions suitable for learning. Of these, shallow sand bars and consistent swell are of the utmost desirable.

Equipment

Waxing a surfboard


Surfing can be done on various pieces of equipment, including surfboards, bodyboards, wave skis, kneeboards and surf mat. Surfboards were originally made of solid wood and were generally quite large and heavy (often up to 12 feet (3.7 m) long and 100 pounds / 45 kg). Lighter balsa wood surfboards (first made in the late 1940s and early 1950s) were a significant improvement, not only in portability, but also in increasing maneuverability on the wave.

Most modern surfboards are made of polyurethane foam (with one or more wooden strips or "stringers"), fiberglass cloth, and polyester resin. An emerging surf technology is an epoxy surfboard, which are stronger and lighter than traditional fiberglass. Even newer surfboard designs incorporate materials such as carbon fiber and springy 'firewire'.


Equipment used in surfing includes a leash (to stop a surfer's board from washing to shore after a "wipeout", and to prevent it from hitting other surfers), surf wax and/or traction pads (to keep a surfer's feet from slipping off the deck of the board), and "fins" (also known as "skegs") which can either be permanently attached ("glassed-on") or interchangeable. In warmer climates swimsuits, surf trunks or boardshorts are worn, and occasionally rash guards; in cold water surfers can opt to wear wetsuits, boots, hoods, and gloves to protect them against lower water temperatures.

There are many different surfboard sizes, shapes, and designs in use today. Modern longboards, generally 9 to 10 feet (3.0 m) in length, are reminiscent of the earliest surfboards, but now benefit from all the modern innovations of surfboard shaping and fin design.

The modern shortboard began its life in the late 1960s evolving up to today's common "thruster" style shortboard, a three fin design, usually around 6 to 7 feet (2.1 m) in length.

Midsize boards, often called funboards, provide more maneuverability than a longboard, with more floatation than a shortboard. While many surfers find that funboards live up to their name, providing the best of both surfing modes, others are critical. "It is the happy medium of mediocrity," writes Steven Kotler. "Funboard riders either have nothing left to prove or lack the skills to prove anything."[3]

There are also various niche styles, such as the "Egg", a longboard-style short board, the "Fish", a short and wide board with a split tail and two or four fins, and the "Gun", a long and pointed board specifically designed for big waves.



An 11-foot (3.4 m) long board
1

View rating log

~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 14-12-2008 12:26 PM |All posts
Pelancongan terus rancak
Oleh Sariha Mohd Ali


MTPNP anjur Billabong Pro Am Cherating 2008

KUANTAN: Pertandingan luncur layar 'Billabong Pro Am Cherating 2008' yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat depan di perairan Cherating, dekat sini membuktikan aktiviti pelancongan terus rancak di Pahang walaupun pada musim tengkujuh.


Pertandingan kali ketiga yang dikendalikan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang (MTPNP) sejak 2006 itu akan disertai 100 peluncur termasuk dari Jepun, Mesir, Indonesia, Singapura, Peru, Australia dan Thailand.

Pengurus Besar MTPNP, Idros Yahya, berkata pertandingan itu sebahagian acara bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Pahang terutama pada musim tengkujuh di Pantai Timur, selain menyemai minat orang ramai khasnya golongan belia terbabit dalam sukan luncur.

Beliau berkata, penganjuran pertandingan itu memberi peluang mereka yang berminat dalam sukan berkenaan mempelajari teknik meluncur dengan betul.

"Paling penting, pertandingan ini dapat mempromosi Cherating sebagai lokasi sukan luncur dan destinasi pelancongan popular di Pahang.

"Ini membuktikan, walaupun negeri di Pantai Timur terdedah dengan cuaca dan angin Monsun Timur Laut setiap hujung tahun, tetapi pelancong masih boleh datang dan melakukan aktiviti menarik di sini menerusi program yang dirangka," katanya di sini semalam.

Idros berkata, lima kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki, wanita, junior (bawah 15 tahun), man surfing (bawah 35 tahun) dan `body boarding'

Beliau berkata, saringan awal akan berlangsung selama dua hari bermula 19 dan 20 Disember, manakala separuh akhir dan akhir akan diadakan pada 21 Disember.

"Sempena pertandingan itu, kami turut mengadakan klinik surfing yang dikendalikan pemain luncur profesional negara dan Indonesia pada jam 2 hingga 4 petang, 20 Disember ini," katanya.


***************************************************************************

last year saya pergi kat cherating tengok surfing ni -
sebab ada kawan yang masuk - fun though - -
dangerous juga.. waves as high as 3-5 metres -

pantai kat cherating memang best - kalau duk kat impiana resort
memang nampak la waves yang tinggi2 ni masa december -

antara tempat surfing yang saya dah pergi dan memang
best ialah -  bell's beach di melbourne - yang ni memang
tempat world's competition

depa buat juga kitesurfing kat sana -
tak jauh dengan warehouse billabong tu -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 14-12-2008 09:57 PM |All posts
Mencabar ombak Cherating

Ombak setinggi 1.2 meter hingga 1.8 meter sepanjang November hingga Januari telah menukar pantai Cherating menjadi gelanggang luncur air yang mencabar peserta.




SEORANG peserta antarabangsa beraksi pada cabaran meluncur
air di pantai Cherating, Pahang pada tahun 2006. -


Rentetan kejayaan Cherating King of The Point 2007 anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Pahang dan Quiksilver, pertandingan sukan luncur air terbesar di Malaysia kini kembali dengan menampilkan penaja baru yang bersedia menjadikan acara tahun ini bertaraf antarabangsa.

Menurut kenyataan pihak penganjur, pantai Cherating sekali lagi menjadi medan aksi kehebatan peserta pertandingan luncur air Billabong Pro-Am Malaysia 2008 bermula dari 19 hingga 21 Disember ini.

Acara ini dibawa oleh MTPN Pahang dan Billabong serta Satusuku Surf School iaitu satu-satunya sekolah luncur air di Malaysia.

Pertandingan luncur air terhebat negara yang turut mendapat kerjasama dan sokongan Nixon, Vonzipper, Kustom dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.

Ia terbahagi kepada lima kategori iaitu kategori Terbuka Lelaki dan Wanita, Groms, Masters dan Bodyboarding.

Billabong Pro-Am Malaysia 2008 menjanjikan cabaran yang berbeza kepada penggemar sukan luncur air dari seluruh dunia, kata kenyataan itu kepada Kosmo!.

Cabaran itu dijangka lebih hebat memandangkan keadaan Laut Cina Selatan yang berombak setinggi 1.2 meter hingga 1.8 meter sepanjang bulan November hingga Januari, setiap tahun telah menukar pantai Cherating menjadi gelanggang luncur air yang mencabar.

Pengurus Pemasaran Asia Tenggara Billabong, Peter Thew berkata, tinjauan yang dilakukan pihaknya pada awal tahun ini mendapati Cherating mempunyai aspek kualiti ombak yang pasti menarik minat penggemar luncur air dari segenap pelosok dunia.

Sememangnya Cherating adalah untuk sukan luncur air. Kami sudah membuat tinjauan di pantai itu pada awal tahun ini dan amat terkejut melihat kualiti ombak yang dimilikinya.

Pastinya nama-nama besar dalam sukan luncur air tidak sabar untuk menguji kehebatan mereka dalam pertandingan tahun ini,
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 19-12-2008 04:15 PM |All posts
penah cuba kat sunway aje. pastu fedup...
The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 20-12-2008 12:44 AM |All posts
minat jugak surfing nih

ada memane tempat yang best x?
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-12-2008 07:51 AM |All posts

Reply #5 yayard's post

kalau kat malaysia -
cherating la best -
ombak tinggi -

tu competition tu start sampai 21st Dec
ha - pergi sana tengok... best -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 22-12-2008 12:59 AM |All posts
Originally posted by yayard at 20-12-2008 12:44 AM

minat jugak surfing nih

ada memane tempat yang best x?


cuba gi sunway lagoon .. amat sesuai ntuk beginners



ntuk yg bebaru nak cecuba pon oke gak ..
sbb takdek risiko sangat kot terlemas ke, terhanyut ke cam kat laut nun ..
Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 22-12-2008 01:14 AM |All posts

Reply #5 yayard's post

port surf kat malaysia :

@ cherating (point break) - frekuensi +3
@ desaru (beach break)
@ teluk cempedak (beach break) - frekuensi +3
@ kemasik (beach break) - frekuensi +3
@ kerteh (beach break) - frekuensi +2
@ kijal (beach break)
@ pulau manukan (reef break) - frekuensi +2
@ tioman (pantai barat) (beach break) - frekuensi +2

lokasi lelain :

@ teluk kalong
@ tanjung jara
@ langkawi

kat borneo :

@ nexus (beach break) - frekuensi +2
@ nexus west end (beach break) - frekuensi +2
@ tanjung aru (beach break) - frekuensi +2

notes :
Beach Break is where the waves break on the sandy seabed. This type of wave is the best to start surfing on.
Point Break is a wave that breaks onto a rocky point.
Reef Break is a wave that breaks over a coral reef or a rock seabed.

mungkin berguna ntuk yg nak gi surfing :

TIDE PREDICTION FOR KUALA TERENGGANU

TIDE PREDICTION FOR KUANTAN

[ Last edited by  naen at 22-12-2008 03:31 AM ]
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 22-12-2008 03:20 AM |All posts
@ cherating





@ teluk kalong





[ Last edited by  naen at 22-12-2008 03:22 AM ]
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 22-12-2008 03:21 AM |All posts
@ kijal



@ langkawi



[ Last edited by  naen at 22-12-2008 03:23 AM ]
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 22-12-2008 03:41 AM |All posts
@ teluk cempedak





@ desaru



1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 3-1-2009 08:59 AM |All posts

news re: billabong pro am cherating -

Membelah ombak Cherating
Oleh NOREHAN SALEH


Cherating boleh dipromosikan sebagai salah satu lokasi sukan luncur ombak dan destinasi pelancongan pantai utama di Pahang.




BUKAN mudah untuk bermain sukan luncur ombak kerana anda perlu bijak membuat perimbangan badan seolah-olah seperti pertama kali belajar menunggang motosikal. Bezanya meluncur ombak dilakukan di permukaan laut yang berombak tinggi di tepi pantai manakala menunggang motosikal pula dilakukan di atas jalan raya.


Menyedari hakikat bahawa sukan ini boleh menarik anak muda tempatan melakukan aksi mencabar membelah ombak, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang buat kali ketiga mengadakan pertandingan luncur Billabong Pro Am Cherating 2008 di pantai Cherating, Pahang baru-baru ini.

Tidak mahu melepaskan peluang itu, seramai 82 anak muda tempatan membuktikan kemampuan mereka meluncur dengan pelbagai skil dan teknik menggunakan sekeping papan luncur.

Memandangkan ini adalah pertandingan antarabangsa maka tidak lengkap jika tiada penyertaan peluncur luar negara. Justeru, seramai 14 peluncur dari Amerika Syarikat (AS), Jerman, Mesir, Perancis, Jepun, Singapura dan Indonesia dijemput bagi memeriahkan acara membelah ombak setinggi lima kaki di pantai yang terkenal dengan aktiviti meluncur ombak itu.

Walaupun musim angin monsun Timur Laut masih kuat melanda negeri Pahang, namun itu bukan penghalang buat para peserta beraksi lasak. Apa yang penting ialah mereka menyertai pertandingan ini dalam semangat kesukanan yang tinggi bagi merebut gelaran juara sekali gus menerima hadiah bernilai RM21,000 daripada penaja, Billabong dan Satu Suku Surf Enterprise.

Apabila minat menguasai diri, segala halangan bukan lagi dianggap 'pengacau', malah ia dianggap sebagai satu cabaran yang wajib mereka tempuh sekalipun angin lintang melanda kuat. Impian mereka tetap satu iaitu menyertai dan menjuarai pertandingan yang berprestij itu.

Pada kali ini, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu acara terbuka lelaki dan wanita, rommet (bawah 15 tahun), master (35 tahun ke atas) dan body boarding.

Pemenang dua tahun berturut-turut dalam acara lelaki terbuka, Mohd. Daud Mohd. berkata, sebelum pertandingan itu beliau amat yakin mampu meraih kemenangan walaupun mengakui mendapat persaingan daripada peluncur luar negara.

Selain itu, beliau merupakan pemegang ranking pertama negara dalam sukan meluncur ombak, selain berada dalam kelompok 10 peluncur ombak terbaik Asia.



ORANG ramai memenuhi pantai Cherating, Pahang untuk
menyaksikan pertandingan meluncur ombak baru-baru ini.



Menceritakan detik kali pertama meluncur sewaktu berusia 10 tahun, beliau berkata, bukan mudah untuk mengimbangi badan di atas papan luncur, lebih-lebih lagi di atas ombak besar.

"Kita perlu berdiri di atas board dan bermain dengan ombak. Kalau terjatuh, itu perkara biasa bagi seorang peluncur," katanya.

Beliau menambah: "Apabila sudah mula meluncur, saya menjadi semakin ghairah untuk terus meluncur dan bermula dari situ, saya mula menyertai setiap pertandingan meluncur ombak. Tidak sangka, akhirnya saya berada di ranking pertama negara."

Selain bergelar raja luncur ombak negara, anak muda berusia 19 tahun ini juga pernah menjuarai pertandingan King of the Point pada tahun lalu.

Bagi kategori body boarding, ia dimenangi oleh peluncur Malaysia, Zarul Aliff Zulkifli, diikuti Hatta Abu Bakar. Peluncur dari Mesir, Omar Emad pula menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, acara masters pula menyaksikan penguasaan peluncur dari luar negara apabila dua tempat teratas dimenangi oleh peluncur Australia, Paul Anderson dan Micheal Roberts Woods dari AS. Tempat ketiga pula dimenangi oleh peluncur tempatan, Azman Abd. Razak dari Pahang.

Kategori grooms sekali lagi memperlihatkan kehebatan peluncur negara apabila Mohd. Nazrin Nasruddin, Mohd. Didaqt Musaddiq dan Mohd. Suhaimi Daud, masing-masing menduduki tempat tiga teratas.

Untuk acara terbuka wanita, peluncur dari Jepun, Nariko Kano mengungguli saingan diikuti peluncur negara, Mariam Abas di tempat kedua dan tempat ketiga Angela Wisco dari AS.

Peringkat saringan awal berlangsung pada 19 dan 20 Disember lalu sebelum pertandingan akhir pada 21 Disember.

Kesemua pemenang tempat pertama hingga ketiga, masing-masing membawa pulang wang tunai RM500, RM300 dan RM200, selain barangan sumbangan pihak penaja bernilai RM5,000.

Penonton dan peminat sukan luncur ombak turut berpeluang menyaksikan demonstrasi yang dilakukan oleh beberapa peluncur profesional dari Indonesia dan Australia sehari sebelum pertandingan akhir berlangsung.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, Datuk Shafiq Fauzan Sharif berkata, beliau bangga dengan kemampuan anak-anak muda tempatan yang membuktikan kemampuan mereka meluncur walaupun sukan itu amat sinonim dengan peluncur luar negara.


PARA pemenang pertandingan luncur Billabong Pro Am Cherating 2008
di pantai Cherating, Pahang baru-baru ini.


Menurutnya, sukan itu merupakan satu warm up buat Pahang sebelum menjadikan pantai Cherating sebagai destinasi sirkit pertandingan luncur Asia pada tahun hadapan dalam acara Kejohanan Luncur Jemputan Billabong Malaysia 2009.

"Pertandingan surfing ini adalah kali ketiga yang dikendalikan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang sejak tahun 2006.

"Selain pertandingan, klinik meluncur juga diadakan kepada para peserta, pengunjung dan peminat untuk mempelajari teknik meluncur yang betul," katanya pada sidang media baru-baru ini.

Beliau berkata, pertandingan itu juga dapat memperkenalkan sukan pantai dan mempromosikan Cherating sebagai salah satu lokasi sukan luncur ombak serta destinasi pelancongan pantai utama di Pahang.

"Walaupun negeri di Pantai Timur terdedah dengan cuaca dan angin monsun Timur Laut setiap hujung tahun, pelancong masih boleh datang untuk melakukan aktiviti menarik di sini.

"Dengan penganjuran aktiviti seperti ini, ia menjadi satu kelebihan dan kelainan bagi memastikan pelancong terus datang ke Cherating dan pantai-pantai sekitar Kuantan," katanya.
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 13-1-2009 06:46 AM |All posts
Pertandingan Luncur Ombak Dunia Di Malaysia?

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Keadaan ombak yang tinggi di perairan Pantai Timur telah menarik minar Persatuan Luncur Ombak Profesional Dunia (ASP) untuk menganjurkan satu daripada siri Luncur Ombak Jelajah Dunia persatuan itu selewat-lewatnya awal tahun depan di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) Mohd Fazlisham Mohamed Nor berkata pihak ASP telah membuat tinjauan di beberapa lokasi di Pantai Timur dan mendapati Pantai Juara di Pulau Tioman berpotensi dijadikan lokasi pertandingan itu.

"Di sana ketinggian ombak boleh mencecah 15 kaki (5 meter), satu ketinggian yang sesuai untuk luncur ombak," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, disebabkan keadaan ombak di situ selamat, walaupun ketinggian purata ombak yang ditetapkan oleh piawaian ASP hanya sekitar tiga hingga ke empat meter, mereka telah menunjukkan minat untuk mengadakan siri kejohahan tersebut di Pulau Tioman.

ASP merancang mengadakan siri jelajah dunia itu di Malaysia pada bulan depan sebagai pembukaan siri jelajah dunianya, kata Mohd Fazlisham.

Beliau berkata ASP bagaimanapun telah memberikan hak untuk menganjurkan kejohanan Luncur Ombak Remaja November tahun ini dan Kelayakan Siri Jelajah ASP pada Disember kepada Malaysia sebagai persediaan untuk menganjurkan siri Jelajah Dunia ASP.

Kalendar Jelajah Dunia ASP mempunyai 11 kejohanan setiap tahun dengan peserta yang layak perlu melalui pusingan kelayakan di salah satu lokasi dari 40 lokasi yang telah ditetapkan di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PLOM Amir Reza Hamzah berkata persatuan itu bercadang mengadakan beberapa program termasuk sekolah luncur ombak di Sunway di sini bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja.

"Sekarang ni dah ada generasi kedua peluncur ombak kita yang berumur antara 8 tahun hingga 12 tahun," katanya.


+ bleh aa karam (11 tahun) ngan dexa (9 tahun) join!
Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 15-1-2009 06:02 PM |All posts
kalau tak silap, awal minggu nih ada banyak kes surfers kena serang ngan jerung .. dalam tempoh 2 hari jek dah bape kes!

mungkin sebab tuh kot .. ramai surfers dah start menerjah tetempat yg takde jerung ..

pilihan terbaik rasanya BALI (indonesia) kot .. tapi tak mustahil kalau masa akan datang deme akan terjah malaysia plak ..

tapi .. yeker malaysia takdek jerung?
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 16-1-2009 10:03 PM |All posts

Balas #14 naen\ catat

ada jerung. tp yg xgigit org kot.. tp ada le.. masa karam snokling ari tu kat perhentian
The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 17-1-2009 07:27 AM |All posts

Reply #15 karambunai's post

karam...
masa saya snorkelling kat pulau lang tengah
pernah dikellilingi dengan jerung....

seram masa tu... jerung tu ada black tip -
dan panjang adalah dalam 3ft... macam tu -
ramai... ada sepuluh orang lebih kurang...
keliling kita -

dalam 3-4 min juga.. pastu dia belah -
masa tu menggigil gak gigi...
sebab takut ... dan sejuk -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Super Moderator

Post on 17-1-2009 08:12 AM |All posts
Originally posted by dexa at 17-1-2009 07:27 AM

seram masa tu... jerung tu ada black tip -
dan panjang adalah dalam 3ft... macam tu -
ramai... ada sepuluh orang lebih kurang...
keliling kita -

dalam 3-4 min juga.. pastu dia belah -
masa tu menggigil gak gigi...
sebab takut ... dan sejuk -


yg sepuluh 'orang' tu - cakap pasal orang ke, cakap pasal jerung tuh?

agaknya jerung tuh cakap : "wehhh toksah aa makan awek ni (dexa) .. ada tulang jek, takdek isi ; tak sedappppppp"
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 17-1-2009 01:12 PM |All posts

Balas #16 dexa\ catat

owh ye ke... masa karam g perhentian tu jerung kaler putih.. kecik2 aje.. mula2 nebes la sbb terpengaruh gan movie2 jerung ni.. tgk2 kalu xdiusik xda la dia serang..
The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 17-1-2009 01:13 PM |All posts

Balas #17 naen\ catat

kekekeke... tulang aje ke... dah penah jumpe dexa ke?
The greatest thing you'll ever learn is just to love and be loved in return
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 24-9-2009 12:01 PM |All posts
@ teluk cempedak









htt ...
naen Post at 22-12-2008 03:41




hehe ade pic aku lerr... malunyer

kasik up sket thread nih....

monsoon yg bakal menjelma tak lama lagi akan merancakkan semula sukan luncur air ni di sepanjang pantai timur Malaysia tercinta...

ujung tahun ni pertandingan luncur air lebih rancak berbanding tahun sebelumnyer
...di jangkakan ada 4 pertandingan kesemuanya

1. ombak strike bodyboard challenge --------teluk chempedak- 5&6 Dec09
2. thick pipes bodyboard challenge --------teluk chempedak- penghujung Dec09 (tarikh belum ditetapkan)
3. monsoon mayhem surf challenge ---------desaru - 2&3 Jan 2010
4. billabong proam surf challenge ---------- cherating 8-10 Jan 2010 (comp ni dijangka besar sebab ada pro surfer Mark   Occhilupo bekas juara dunia dari Australia akan datang)

jadi pada mereka2 yg berminat nak belajar/mengetahui/mendalami sukan luncur air kat Malaysia ni dijemput hadir menyaksikan
pertandingan2 nih..... kalau ada ape2 benda nak tanya pasal surfing nih dipersilakan......
1

View rating log

luvsuk
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 26-9-2009 10:14 PM |All posts
Post Last Edit by karambunai at 29-9-2009 02:51

jelesnye tgk dorg ni.bila la turn aku nk reti surfing nie?

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 28-9-2009 07:03 PM |All posts
jelesnye tgk dorg ni.bila la turn aku nk reti surfing nie?

http://www.youtube.com/watch?v=TpBfaVMx6v8
ceempaka Post at 26-9-2009 22:14


hi ceempaka....mari ler belajar surf....kalau awak area KL..bole pi sunway lagoon test power kat sana...kalau awak kat  pantai timur lagi best...laut sedia ada...pasal mana nak dapat board boleh diusahakan...secondhand pon boleh carik...

monsoon tak lama lagi jer ni...saya dan kawan2 surf semua sedang menunggu dengan sabor pertukaran arah angin....dijanggakan insyaallah ujung bulan 10 nih...lagi cepat lagi bagus uhuhuhuhuh
luvsuk
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-9-2009 09:32 PM |All posts
22# luvsuk
bro,sy kategori zero..ade ke yg buley ajarkan kalo kat sunway tu? btw fees dia cemana eh? ikotkan mau mintak tulun mmber ajarkan kat pantai je trus,bajet sket..tp mcm2 hal la dorg tu
balik dr bali taun lepas trus minat ngn menatang ni.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 28-9-2009 10:19 PM |All posts
22# luvsuk
bro,sy kategori zero..ade ke yg buley ajarkan kalo kat sunway tu? btw fees dia cemana eh? ikotkan mau mintak tulun mmber ajarkan kat pantai je trus,bajet sket..tp mcm2 hal la dorg tu
...
ceempaka Post at 28-9-2009 21:32


kalau kat sunway tu takde instuctor..kena blaja sendiri...ni ada tips sket...awak tengok perhati sape2 yg pandai surf time awak surf tu...jgn segan2 panggil je dorang tu mintak tolong ajar sket2....basic thingy macam cara nak paddle atas board, cara nak kejar wave, nak berdiri....saya percaya dorang takde masalah nak tolong... saya dah jarang pi sunway sebab mahal sgt blanjernyer

entrance fee dlm rm40....
sewa surfboard rm50 (RM20deposit, sewa RM30) pukul 5.30 - 6.30pm
sewa bodyboard RM30 (RM10deposit, sewa RM20) pukul 3-4pm

kedua2 session ari sabtu ahad shj.... last sekali sya pergi bulan 8 aritu...
awak duk kat area pantai timur ke? belajar kat laut lebih terbaik...

memang sukan surfing ni banyak jugak berbelanjanya terutama dari segi travelling la...cam saya duk KL..ulang alik ke pantai timur tu ... tapi kepuasan surfing ni berbaloi ngan duit yg dah dibelanja.....

bak kata para surfers 'Only a Surfer Knows The Feeling'.........
1

View rating log

luvsuk
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-9-2009 10:51 PM |All posts
24# luvsuk
owh kat sunway cuma wiken jer...baru tau.gud info,tenkiu bro!
sy stay kl gak,dan ade mmber dok kat pantai timur tp bila kita dh on dia pulak ade hal..lama2 dok pendam takut ilang minat lak.
some of my fren kata kalo tak expert berenang tak yah berangan la nk men surfing nie.tp betul gak,so better sy gilap skill berenang yg ade dulu..(berenang lombong reti la) then baru proceed cari org yg sudi ajarkan.
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-12-2014 04:58 AM , Processed in 0.142603 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top