Hm...Rasernyer sayer pernah terbaca yang tabut ini akan dijumpai oleh Imam Mahdi pada akhir zaman nanti...ketika itu nanti akan terbukti nanti bahawasanya Islam itu benar kerana didalam tabut itu mengandungi 10 perintah Allah (The Ten Commendments) yang diberi kepada Nabi Musa a.s untuk pedoman bani Israel.
Kisah Tabut macam dalam cerita Indiana Jones tue mengarut...semua tu agenda Yahudi untuk memesongkan kefahaman Umat Islam terhadap Tabut...lagi-lagi pengarah citer tue si Steven Spielberg tu pun orang Yahudi...
Besa lah tu... Hollywood di kuasai oleh Yahudi
Jgn pecaya filem2 holiwud ni
Anyway, dalam Indiana Jones & The Lost Ark - derang memang brcerita pasai tabut (the lost ark), konon dgn tabut tu akan dapat kuasa hebat & menakluk doniaaaa
In the end, tabut tu dijumpai & dibuka... tapi sumer org dekat situ mati sbb kehebatan tabut itu
Tabut tu me'release'kan maut kaedahnya
Indie survive sbb dia pejam mata
Dalam Indiana Jones & The Last Crusade,
Sean Connery blakun jadi ayah Indie
Konon dia pejuang salib lah
Dalam part ni derang mncari Holy Grail
Yakni bekas minuman yg diguna oleh Jesus Dalam The Last supper
Konon sesape yg minum air dari gelas itu akan hidup kekal abadi
ni peti yg dikatakan sebagai Tabut Musa yg dorg jumpe
Peti ni dijumpai di sebuah Chapel di Eithopia.
Ia telah pon diangkut dan disimpan kan di tempat baru yang sementara.Kemungkinannya nanti ia akn dipertontonkan kepada dunia,tetapi tidak sekarang.
Peti Tabut ni mungkin antara peti rahsie yg tidak sebenar kerana kaum yahudi sendiri sering menipu antara mereka sendiri sehingga sukar menemui peti yg sebenar.
Apa yg mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yg diperbuat daripada emas(xtau ape yg dorg maksudkan kesan sejarah tu)
Apekah peti Tabut?
Peti Tabut adalah sebuah peti yang mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.Terdapat ukiran patung dua malaikat yang membuka sayapnya di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua setengah hasta panjang , satu setengah hasta lebar dan tinggi . Ia diperbuat dari kayu keras jenis akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut Tabut ada 4 cincin / gelang emas, penutupnya dari emas murni, kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas murni.
Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.
Kisah Tabut dlm Al-Quran
Peti Tabut telah menjadi satu hal yang misteri sekian lama . Ia disebut hanya satu kali di dalam Al-Quran . Firman Allah swt bermaksud :
“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)
wah... makan keropokp...
peti tabut ....
“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)
tapi kan kakak kat dlm ayat al-quran tu de ckp yg kat dlm tabut tu ade mende yg dpt memberi ketenangan/sakinah.maybe org yg jumpe tabut original bleh tau beza dia
kalau nak ikutkan dari sejarahnye tu citer pasal kerajaan lame kaum yahudi mase dorg mintak pada tuhan supaya dorg dapat sorg raja yg bleh pimpin dorg. pastu tuhan reply yg tuhan akan kurniakan sorg raja pada dorg n bukti org tu sebagai raja pilihan tuhan dia akan muncul dengan tabut.Lepas tu muncul sorg pemuda name dia Talut dengan peti tabut tu then jadik raja dorg.
Lagi satu, ayat tu xde bg tau pasal nabi mane yg bg tau camtu, n kerajaan mane yg dia maksudkan. maybe ayat tu citer secara general n maybe dia maksudkan kerajaan akhir zaman bawah pimpinan imam mahdi.wallahualam
Tabut ini diperbuat daripada kayu yang kemas dan tahan. Kayu penaga (akasia) adalah sejenis kayu yang ‘tidak berbulu’. Tingginya dua setengah hasta sementara lebar dan tingginya satu setengah hasta. Ia disalut dengan emas tulin luar dan dalam. Terdapat empat gelang emas tempat dimasukkan dua batang kayu pengangkut/ pengusung tabut itu. Dua batang kayu pengangkut itu tidak boleh dicabut daripada gelang-gelangnya.
ni gambar Tabut mengikut gambaran pengarah cerita indiana jones:riders of the lost ark
KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) juga ada disebutkan tentang hal ini.
Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :
"Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27
Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman. 34:28
Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu - tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29
Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20
Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah - seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa. 40:21
Berdasarkan ayat-ayat ini, apa yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai).
pasaipa yahudi yg jumpak? bukankah yg claim jumpa tabot/ark of covenant ni gereja kristian ortodoks habsyah? dekat habsyah semua gereja ada replika tabot nie, dan depa berarak bawa tabot ni pada hari Timkat (Epiphany) . claim jumpak lepaihtu simpan kt gereja tak bagi orang tengok, sapa pong bleh buat cam tu khen. wa pong buleh claim jumpak kt belakang rumah tapi nk tgk sorry
kalau nak ikutkan dari sejarahnye tu citer pasal kerajaan lame kaum y ...
kurtzuandy Post at 8-1-2012 10:42
tak de maybe pun, sebab dalam tafsir dah jelaskan yg kisah tabut, talut, jalut tu berlaku pada zaman nabi samuel iaitu zaman selepas nabi musa, nabi joshua dan judges.selepas daud hapuskan jalut, daud gantikan talut jadi raja. selepas tu baru ada kerajaan sulaiman kononnya kerajaan besar menguasai alam jin dan haiwan