CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pasarmalam

Tabut- The Ark of the Covenant

[Copy link]
Post time 8-1-2012 06:16 PM | Show all posts
Reply 11# KimoraHakim


   oh baek lah sayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 06:20 PM | Show all posts
Reply 12# ChildrenOfBodom


   oh memasing claim dorg da jumpe kot,yg aku maksudkan ni dorg jumpe 7 disember lepas. so xtau mane satu yg betul, or memang ade lum jumpe lg yg original kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 06:26 PM | Show all posts
Reply 13# manap77

tq manap.tapi teory yg tabut ni akan jdk bukti keimanan n kekuasaan imam mahdi pon sesuai gak ngan tafsir tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 12:31 AM | Show all posts
ada member jewish aku dulu story2,  arc ni sebenar nya ada bahan uranium kat dalam ni. orang  dulu2 yang bukak arc ni akan kena sakit akibat radiation. Mungkin kah arc ni satu jenis senjata?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 10:06 AM | Show all posts
Reply 19# star_karat


   ade yg kate nazi penah crk arc ni sebab dlm dia ade senjata yg bleh musnahkan dunia,tp just ckp2 je kot xde bukti. tapi dari tafsir tu cume bg tau dlm dia cume ade sakinah/ketenangan,rasenye kalau senjata kimia/nuklear xdpt nak bg ketenangan huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 12:14 PM | Show all posts
Reply  star_karat


   ade yg kate nazi penah crk arc ni sebab dlm dia ade senjata yg bleh musna ...
kurtzuandy Post at 9-1-2012 10:06



    mgkin ada uranium atau "benda" berbahaya dlam tu kot. kalo dh kene uranium tu mmg dpt 'ketenangan' la.....''tenang' dan 'tenteram' di alam barzakh......hehehe....just joking

apapun dlm siri Ancient Alien kt History Channel ada tayang pasal Ark of Covenant ni, kononnya ada unsur berbahaya di dlmnya yg buleh buat org sakit. tapi kebanyakan kajian diorang cumalah teori atau hipotesis semata2 berdasarkan bible dan citer2 israelliyat....tiada kesimpulan yg dibuat....apatah lagi diorang percaya tabut ni rekaan alien.......mgkin juga golongan slps nabi musa memasukkan sesuatu dlm tabut ni agar org yg merampas/mencurinya akan sakit/mati agar takde org berani usik sbb inya sesuatu yg suci bg mereka....atau ada 'sumpahan' pd tabut ni......atau mgkin juga tabut ni ada pantang larangnya yg bila dilanggar Allah akan menimpakan azab utk org tersebut.......wallahualam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2012 12:27 PM | Show all posts
ada member jewish aku dulu story2,  arc ni sebenar nya ada bahan uranium kat dalam ni. orang  dulu2  ...
star_karat Post at 9-1-2012 00:31



    .........atau diorang bubuh racun utk elak org dr curik???? mgkn diorang dapat idea dari 'sumpahan' dlm piramid = racun, perangkap etc...... bukan ke bani israel ni golongan hamba yg dikerah utk bina piramid... so, ada kemungkinan diorang tahu tentang racun aka sumpahan ni sume.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 12:34 PM | Show all posts
jgn terpedaya dgn citer indiana jones itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2012 12:50 PM | Show all posts
Reply 21# Yustan


   haha logik gak tu, tenang ke alam barzakh
neway aku tetap rase citer tu tuk menakut2kan org je, xpon maybe sebab arc tu di jage malaikat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 12:55 PM | Show all posts
Reply 23# zidlan


   dlm indiana jone pas bukak je sume org kene cabut nyawa pastu arc lesap camtu je, sia2 je crk susah2 ape pon xbleh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 02:25 PM | Show all posts
aku suke citer2 indiana jones, merapu tapi best gak layannn

citer the mummy lakonan brendan fraser pun best gak...

sampai satu tahap aku rasa yg keje sbg ahli arkeologi ni keje paling best dlm dunia.... err..kedua best kot... paling best jadi footballer...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 02:36 PM | Show all posts
mmg best dpt jdk ahli arkeologi, puas hati dpt crk barang2 yg dah terpendam beribu2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 03:53 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 06:33 PM | Show all posts
ada member jewish aku dulu story2,  arc ni sebenar nya ada bahan uranium kat dalam ni. orang  dulu2  ...
star_karat Post at 9-1-2012 00:31



    Kalau dalam Indiana Jones & The Lost Ark... ark tu memakan nyawa bila dibuka
Indie trselamat sbb tutup mata

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by kurtzuandy at 9-1-2012 20:01

BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA?

Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :

1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut 'Zion Bumi Mala' teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.

2. Mengambil fakta daripada 'cakap-cakap' bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.

3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui 'kehebatan' Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh :
“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”

“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)

Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”

“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”
Kita lihat terjemahannya :

ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS


Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan' Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA hinggakan  ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang mungkin sedikit taksub dengan 'kehebatan/kebangkitan sebelah Timur' akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 08:03 PM | Show all posts
PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM

Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab:

1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang?

2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)

4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu?

5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya 'berbau Kristian'. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.

Bangsa Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon's Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa.

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda :

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)


sumber dari:
http://aku-macjay.blogspot.com/2 ... but-as-sakinah.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2012 11:21 PM | Show all posts
hummm...bagus2.. tp agak seram bile bace..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:44 PM | Show all posts
kalo tongkat nabi Musa ada dalam tu,
maknanya kecik la saiz orang zaman dulu,,
takde la besar mane..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:59 PM | Show all posts
Reply 33# pawangBuaya


   umat nabi musa same saiz dgn kite skang ni,leh tgk dari mumia firaun ramses yg tenggelam mase kejar nabi musa dgn kaum dia




Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2012 11:59 PM | Show all posts
sakinah tu direct translation daripada bahasa yahudi shekhinah (term utk divine presence dalam agama yahudi) ke atau membawa maksud ketenangan?

http://en.wikipedia.org/wiki/Shekhinah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065332 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list