CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30094|Reply: 35

Premis Perniagaan Di Rumah Kediaman

[Copy link]
Post time 16-12-2008 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Eisya pernah meninjau kawasan perumahan di Taman Koperrasi Polis, Fasa 2. Kebanyakan rumah dah convert jadi kedai Andaman pengantin, Butik dan salon.

Di sini eisya ingin bertanya, mengenai premis perniagaan.

Bolehkah tempat kediaman di jadikan premis perniagaan?
Contohnya rumah teres 3 tingkat, satu tingkat di buat premis perniagaan contohnya seperti salon atau Andaman/Butik pengantin.

Jika boleh, apakah syarat dan prosedur yang diperlukan?

Harap ada yang dapat membantu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 06:49 PM | Show all posts

Balas #1 Eisya\ catat

rasanya takde masalah kot tentang lokasi permis perniagaan. Lebih2 lagi kalau untuk salun dan butik pengantin. Kalau u perasan, kat area bangsar, kebanyakan rumah telah dibuat menjadi pameran pakaian2 pengantin.
Kalau u register company menggunakan nama lokasi rumah pun takde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 06:54 PM | Show all posts
serba tau elle_gogo neh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 16-12-2008 06:49 PM
rasanya takde masalah kot tentang lokasi permis perniagaan. Lebih2 lagi kalau untuk salun dan butik pengantin. Kalau u perasan, kat area bangsar, kebanyakan rumah telah dibuat menjadi pameran pak ...


Wahh itu sudah bagus...terima kasih

al-maklum je lah kedai dalam kedai ni kalau sewa RM1000 sebulan...dapat kedai kecik bawah flat je...
kalau i nak buat Butik Pengantin...bukannya hari customer datang kan...

so sesiapa yang boleh bagi secara detail pasal perkara ni...Eisya alu2 kan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 07:16 PM | Show all posts

Balas #4 Eisya\ catat

my untie cikgu sekolah. part time job dia mengandam. dan ada showroom utk pakaian sekali.
dia mmg ramai kawan2. kadang2 my mother datang rumah dia untuk buat facial sekali.
siap ada satu tempat tu barang2 kecantikan dan produk2 herba macam dcl semua.
macam2 ada kat rumah dia. termasuk untuk menggubah hantaran.

u kena baca atau menuntut dengan tuna rasanya dia pernah cerita pengalaman dia dulu. bermula dari rumah sekarang dah ada kedai bagai.. kepada forumer yang ada info pasal ni.. share la kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:48 PM | Show all posts
Rasanya tengok majlis perbandaran gak...

Kalau ikutkan... tak boleh rumah jadi premis perniagaan... salah satu sbb akan mengundang kesesakan dkt kaswasan tu.. contoh mcm banyak kereta luar akan masuk.. n kalau ada jiran tetangga yg komplen mmg kita akan kena.. Ni pernah terjadi dkt salah sorang kenalan Nani di Bangi.. buka kedai di kawasan perumahan.. kedai dia diarah tutup oleh MPKJ..

Kalau nak buat juga.. pastikan tak de singboard or any sign yg menunjukkan spt kedai sedang beroperasi.. sbb kalau kita beroperasi dr rumah.. majlis tempatan tak dpt pendapatan.. dr license.. dr bayar singboard n sebagainya..

Area bangsar different.. kalau tak silap mmg ada kebenaran/kelulusan dr DBKL..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2008 09:01 PM | Show all posts
Bangsar mmg different..parking kt kaw perumahan pun kena bayar

Tgk nature of bisnes gak, kalau service type mmg sesuai buat kt rumah

Skrg nie banyak architect firms bukak ofis kat rumah, senang dan jimat api, air, streamyx, parking etc

Kalau bisnes internet lagi sesuai wat kt rumah...emm apa tu slogan dia?? ahaa.. work from home kan? tak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:06 PM | Show all posts

Reply #1 Eisya's post

tgk pada majlis bandaran.
atau kalau nk senang, buat xtau je pasal majlis bandaran ni. yg penting lesen SSM.
tp sebelum buat xtau tu, kena tau pasal denda yg bakal dikenakan la kalau ada..

tp jgn riso sbb denda tu xkn berlipat kali ganda dr jumlah lesen, so xde hal sgt la kalo dh jimat dr segi bayar sewa.
sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2008 09:33 PM | Show all posts
Terima kasih kekawan di atas pandangan yang diberi...

Alasan eisya rasa berbaloi buka perniagaan andaman di rumah sebabnya
1. Pelanggan tkkan berpusu2 datang sebab, pelanggan akan kol eisya dulu untuk buat appointment...so eisya boleh set masa...
2. Biasanya...bakal pengantin suka datang after office hour dan weekend, kalau ada kedai buka hari2 pun..belum tentu ada pelanggan datang hari
3. Eisya boleh buat bidang ni secara partime dan masih boleh meneruskan kerja makan gaji eisya sekarang
4. Sekarang ni, eisya kerja di sebuah bank yang mmg bagi loan kepada usahawan2 kecil, so dah banyak tgk pro contra org yang bukak business ni

Kalau nak diikutkan...business Taska/nurseri pun boleh buat jalan jadi sesak...ni pengalaman eisya ambik anak di nurseri la...budak2 yang ramai...dan bising tu boleh juga menggangu jiran...tapi still boleh buat kan...

so kalau buat business kat rumah, takde la beria2 sangat...letak signboard besar depan rumah tu

Elle_gogo,
Wah pandai makcik u kan...mesti dia creative
Eisya pernah berguru ngan kak Tuna tu...pastu sambung belajar tempat lain pulak...

Iman _baby,
Terima kasih iman, nanti eisya cuba dapatkan kepastian dari DBKL, ada member kat situ

Khai149,
Yes betul tu, asalkan bijak pasang marketing strategi

Mat Macho,
...sedia kan payung sebelum ujan...
Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 11:45 PM | Show all posts
bagus...............kat rumah permulaan bisness...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 11:48 PM | Show all posts
Dr. Website DBKL

1.0       PENDAHULUAN



Garispanduan semasa tidak membenarkan mana-mana pengusaha menjalankan operasi perdagangan di dalam unit kediaman. Skim kediaman-pejabat memberi fleksibiliti kepada pengusaha berskala kecil untuk mengusahakan operasi perniagaan (pejabat) mereka di dalam rumah pada kawasan-kawasan perumahan yang telah ditentukan.  Skim ini membantu mengurangkan kos operasi perniagaan dan membolehkan perniagaan baru dapat bermula Sebagai contoh golongan profesional atatupun firma konsultant kecil yang mempunyai bilangan pekerja yang sedikit.





1.1       Tujuan



Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pemohon terhadap kehendak-kehendak pembangunan kediaman pejabat yang menimbulkan kacau ganggu kepada awam. Sehubungan itu, kawalan terhadap bentuk pembangunan kediaman pejabat yang akan dijalankan di kawasan tersebut dilakukan berdasarkan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 di mana pemaju perlu mendapatkan kelulusan perancangan sebelum sebarang kerja-kerja pembangunan dijalankan. Setiap permohonan kebenaran perancangan akan diteliti dan dinilai kesesuaiannya untuk memastikan garis panduan perancangan dipatuhi sebelum sesuatu permohonan diluluskan.

            



1.2             Skop Garis Panduan



Garispanduan ini merangkumi semua  cadangan pembangunan kediaman-pejabat di kawasan yang kediaman.





1.3       Definisi



Pembangunan kediaman-pejabat merupakan aktiviti perdagangan yang dijalankan pada unit-unit kediaman, dimana sebahagian daripada ruang unit itu tersebut dijadikan ruang pejabat .





2.0       DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN SEMASA



2.1       Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL 2020)





Dasar CO 3: DBKL akan membenarkan aktiviti K-Ekonomi di premis kediaman. (Pejabat Perniagaan dan Perkhidmatan Persendirian Aktiviti K-Ekonomi di Premis Kediaman).



Teknologi yang berkaitan dengan K-Ekonomi telah membolehkan aktiviti ekonomi dijalankan di premis kediaman. Ini telah mendatangkan banyak faedah bagi individu, perniagaan dan badan pentadbiran yang mengikuti arah aliran ini kerana perbelanjaan yang rendah dan mengurangkan permintaan terhadap infrastruktur Bandar Raya, terutamanya rangkaian pengangkutan.



Peraturan kawalan perancangan sedia ada mengehadkan premis kediaman digunakan untuk aktiviti selain kediaman. Bagi membenarkan aktiviti K-Ekonomi di premis kediaman, peraturan dan garis panduan kawalan perancangan perlu disediakan. Aktiviti sedemikian tidak mengakibatkan kacau ganggu dan tekanan kepada infrastruktur bandar. Kegiatan-kegiatan mestilah dijalankan oleh penghuni secara persendirian, melibatkan penggunaan ICT dan tidak memerlukan pembantu.





3.0       GARISPANDUAN PEMBANGUNAN KEDIAMAN-PEJABAT



a)    Kelulusan Kebenaran Perancangan skim kediaman–pejabat merupakan kelulusan kebenaran perancangan sementara. Kelulusan kebenaran perancangan akan ditarik balik sekiranya pembangunan  tersebut memberi kacau ganggu kepada jiran.



b)         Saiz setiap unit kediaman untuk kediaman pejabat tidak melebihi 2,000 kp.



c)         Aktiviti perdagangan  berasaskan teknoloji dan pengetahuan boleh                     menggunakan rumah mereka sebagai pejabat. Senarai aktiviti-aktiviti perniagaan yang sesuai seperti  di tunjukan pada Lampiran 1.



d)         Pemilik perlu memastikan aktiviti-aktiviti perniagaan tidak memberi kacau          ganggu kepada jiran-jiran bersebelahan ataupun kawasan kejiranan kediaman. Aktiviti-aktiviti perniagaan seharusnya tidak mengeluarkan bunyi, asap, bau & habuk dan pengunaan kenderaan yang memberi kacau ganggu kepada kawasan jiran. Kegunaan sebagai gudang dan kegunaan bahan binaan dan merbahaya tidak dibenarkan.



e)       Bilangan pekerja yang dibenarkan adalah seramai 3 orang unit setiap unit  sekim kediaman-pejabat.



f)         Kelulusan Kebenaran Perancangan sementara akan diberi dalam tempoh       masa selama 3 tahun dan pemohon perlu mengemukakan permohonan lanjutan selepas tempoh tamat.



g)        Alamat unit kediaman boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Papan iklan perniagaan boleh dibenarkan dan pelan mengikut garispanduan yang ditetapkan.



h)       Semua keperluan aspek keselamatan perlu diambil kira untuk memastikan aktiviti-aktiviti tidak memberi kemudaratan kepada jiran bersebelahan Pemohon juga perlu mematuhi kehendak keperluan agensi-agensi teknikal yang lain seperti Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan ataupun jabatan-jabatan berkaitan.



i)          Pengiklanan ataupun pemasangan poster terhadap perniagaan tidak                  dibenarkan dan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesan sampingan kepada orang awam tidak dibenarkan.



j)          Penggunaan elektrik mesti tidak melebihi daripada penggunaan purata  unit-    unit kediaman biasa.





4.0             KEPERLUAN MENGEMUKAKAN PELAN



4.1       Pelan Tapak dan Pandangan Sisi



a)       Kegunaan utama pembangunan kediaman-pejabat ialah kediaman. Aktiviti    yang dijalankan tidak memberi kacau ganggu kepada kegunaan kediaman yang berhampiran. Setiap unit mempunyai kemudahan seperti tandas dan ruang dapur.



b)         Sempadan bagai cadangan ruang yang akan dijadikan pejabat dan kawasan     yang dikekalkan sebagai ruang kediaman.



NOTA:     Perkara a dan b di atas perlu ditunjukkan dalam pelan tapak dan     pandangan sisi.







4.2       Pelan Terperinci dan Pandangan Sisi



Pelan Lokasi menunjukan kedudukan unit kediaman dan pelan terperinci  berskala 1:50 perlu menunjukkan kawasan yang dijadikan pejabat dan yang dikekalkan sebagai kediaman.





5.0       PENUTUP



Teknologi yang berkaitan dengan K-Ekonomi telah membolehkan aktiviti ekonomi dijalankan di premis kediaman. Sehubungan itu, konsep kediaman-pejabat atau lebih dikenali sebagai ‘SOHO’ telah mendatangkan banyak faedah bagi individu, perniagaan dan badan pentadbiran yang mengikuti arah aliran ini kerana perbelanjaan yang rendah dan mengurangkan permintaan terhadap infrastruktur Bandar Raya, terutamanya rangkaian pengangkutan. Melalui garis panduan dan peraturan kawalan perancangan yang disediakan ini membolehkan premis kediaman digunakan untuk aktiviti selain kediaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 09:47 AM | Show all posts

Reply #11 Eisya's post

Wah,bagus2...rajin eisya ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 10:14 AM | Show all posts
bagus mulakan di rumah ni...jimat kos dan masa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 10:18 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by <i>Eisya</i> at 16-12-2008 11:48 PM <a href="http://mforum2.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=27782450&ptid=391054" target="_blank"><img src="http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
Dr. Website DBKL<br />
<br />
1.0
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 01:43 PM | Show all posts
Teman pun buka salon rambut kat rumah jer, ok jugalah ada pelanggan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 04:04 PM | Show all posts
selain dari yang eisya bagitau kita di atas tu. kena tgk kawasan rumah jugak. ada sesetengah kawasan tu termasuk dalam kawasan commercial address. bila kawasan dalam commercial , alamat rumah boleh digunakan sebagai alamat perniagaan. macam kat bangsar tu, kat tepi jalan tu memang kawasan commercial walalupun itu adalah rumah kediaman.

cuma utk jadikan dia sebagai premis perniagaan, tertakluk pada garis panduan seperti yg eisya letak kat atas.

ikutkan, letak alamat rumah, kalo bukan di kawasan commercial pun takleh tapi ala, teruk benola kalo dah sumernye takleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 05:55 PM | Show all posts
Korang LANGGAR aja buat biz from rumah. Asal jangan bukak restoran atau kilang sudahlah. Nak bukak office ni paling kurang akan habis dalam RM5K...... itupun office paling basic
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:00 AM | Show all posts
agong pun ofis dia kat rumah

semua istana ofis da kat situ juga

so no hal lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:03 AM | Show all posts
Zaman sekarang ni dah ada Internet, online banking dan business portal, courier pon datang ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:18 PM | Show all posts
yerlah. tak payah nak pikir nak bayar sewa kedai tiap2 bulan. yg ptg duit masuk...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074936 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list