Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Search
1234Next
Return to list New
5413
View
91
Reply

Makan Nasi sekali makan dengan pinggan tak perlu basuh

[Copy link]

Author: dewi_anastasia       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-12-2008 06:53 AM | Show all posts |Read mode


Pinggan pakai buang ubi kayu
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my



Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

Resume ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-12-2008 06:54 AM | Show all posts
Sesiapa yang malas tidak perlu basuh pinggan
Makan nasi terus makan pinggan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:04 AM | Show all posts
kalo boleh kenyang baik mkan pinggan je
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:04 AM | Show all posts

Balas #1 dewi_anastasia\ catat

betul ker nih??






pasni suri rumah suri rumah suma pakat beli pinggan neh...dah xde dah pinggan kaca ngan plastik @ milemin kat umah...

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:08 AM | Show all posts
idea yg kreatif....
dah tak perlu jilat pinggan lagi kalo nak merasa lebihan kuah
terus makn je pinggan tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:12 AM | Show all posts

Reply #3 molotov's post

hahahaha btol gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:19 AM | Show all posts

Reply #1 dewi_anastasia's post

agak2 pinggan ni klu dicicah dgn smbal tumis sama x sedap cam mkn ubi rebus....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:42 AM | Show all posts
lepaih ni pegi kenduri, makan "sepinggan" ja lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:51 AM | Show all posts
ni boleh mengurangkan pencemaran alam
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:52 AM | Show all posts
Aku rasa pernah keluar thread pasal benda alah nie...tapi layan ajelah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:55 AM | Show all posts
Company yg buat benda nie company india kan? habis la ketuanan melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:56 AM | Show all posts
nk tergelak pun ada aku baca berita ni...
alahaiii..lapo sgt ke smpi pinggan pun nk mkn?       
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:57 AM | Show all posts
org2 bukit antarabangsa tak makan barangkali pinggan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:58 AM | Show all posts
memudahkan surirumah nih....bagus bagus bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 07:59 AM | Show all posts
penduduk BA reti mkn ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:07 AM | Show all posts
bebudak BA kenal tak ubi kayu tu camna??
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:26 AM | Show all posts
dah kuar dah dulu neh... anyway... mmg kelako... buruk perangai tetamu nak makan pinggan kat jamuan orang....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:27 AM | Show all posts

Reply #12 fariepari's post

objektif ialah utk mengurangkan penggunaan pinggan pakai buang polisterin

utk meningkatkan penjagaan alam sekitar
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:31 AM | Show all posts
kos pengeluarannye plak cemaner? ubi kayu tuh impot ka? rasanya byk pakai ubi kayu tuhhh... setahu aku laa.. bende2 mcm nih.. yg mesra alam nih.. selalu kos die agak tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:35 AM | Show all posts
tak keras ke nak gigit tuh?   kut nenek2 mkn peh tu tetelan gigi ha kang kena saman kang.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:39 AM | Show all posts

Reply #20 sir_adam's post

ubi kayu keras ke? aku rasa polistiren lagi liat, pernah gigit ni!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:45 AM | Show all posts
x keras la..
aku penah try..
sedap plak tu..n wangi!
cam mkn kerepek
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:46 AM | Show all posts
harga utk 10keping pinggan ubi kayu = RM3.50

berapa harga pinggan polistiren or pinggan kertas?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #22 aizirina2511's post

kat mana nak beli? nak cubalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #23 niy's post

pinggan polistiren tak tahu tapi cawan polistiren 100=rm 5
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2016 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.066735s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list