CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18620|Reply: 24

Terowong : Kubu rahsia Hamas

[Copy link]
Post time 11-1-2009 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Kubu rahsia Hamas    Susunan Hafizah Iszahanid
[email protected]   


            



SEORANG penyeludup Palestin turun ke pintu masuk satu terowong yang berada di sempadan Gaza-Mesir.


                   Selain Koridor Philadelphi yang dikesan Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir

JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan wargaSemenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatanketenteraannya.

Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masihmemiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuangterlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawahsempadan Mesir.
        

     Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politikdan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaranserangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatansenjata.

Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai KoridorPhiladelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yangberselirat antara Gaza dan Mesir.

Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat UniversitiBar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israelbertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.

                              



PENYELUDUP bercakap menggunakan telefon dengan penyeludup lain di terowong.


                        “Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidakmenggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan danmenghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah merekaperlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akandibina pada masa depan,” katanya,

Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gazamemiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagaikedalaman dan keluasan.

Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambingkepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaandengan laluan yang lebih pendek.

Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menanganikewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan airlaut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas.Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gazapada keadaan bawah tanah yang rapuh.

        Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan juruteratentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesirbersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju padaprinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikankebenaran.

Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyakdibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasaantarabangsa memantau gencatan senjata.

Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah inidengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawahtanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.

Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan KrisisAntarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah prosesutama dan berpanjangan.

  “Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama,” katanya.

Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjataHamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapanperang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih diIran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjayaoleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.

Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yangdipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambilapabila menyerang balas.

“Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayarpeledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanyaakan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 danbukan pejuang,” katanya.

Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebasdi Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israeltetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket danharapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk kekawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuhmereka,” katanya.

Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yangdihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China.Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom,pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi.

Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikatdan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnyakeluar dari Gaza pada 2007.

Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan limabriged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-DinAl-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jikakeadaan memerlukan.

Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propagandamelawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasukiPalestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin(PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Iamenyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untukmenyerang wilayah yang dikuasai Israel.

PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itugagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkanHamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkankartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidakakan berjaya'.

[ Last edited by  Syd at 25-1-2009 11:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2009 10:41 AM | Show all posts


[ Last edited by  Syd at 12-1-2009 09:42 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2009 10:42 AM | Show all posts
Info

Terowong Gaza

# Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.

# Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

# Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.

# Upah menggali RM480 sehari.

# Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.

# Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2009 10:46 AM | Show all posts
Dulu seludup makanan, kini senjata
Susunan Hafizah Iszahanid
[email protected]





GASOLIN, beras, mentol, viagra malah pengantin, semuanya diseludup melalui laluan bawah tanah Semenanjung Gaza yang digali menuju ke sempadan Mesir. Terowong ada di mana-mana di bumi Gaza.

Ketika Israel semakin ganas menyeksa 1.4 juta penduduk Palestin dengan pelbagai sekatan termasuk ekonomi, terowong menjadi nadi mereka untuk meneruskan kehidupan di Semenanjung Gaza.

Sejak Hamas menguasai Gaza pada Jun 2006, jumlah barangan yang dibawa melalui terowong dari Mesir ke Gaza semakin bertambah. Sejarah terowong di Gaza sudah lama wujud dan kini berubah fungsi daripada dijadikan laluan menyeludup makanan kepada membawa senjata.

Ketika Intifada pertama dan sepanjang perselisihan antara Hamas dan Fatah, banyak senjata diseludup ke Gaza dari Mesir melalui terowong. Satu ketika dulu penyeludup disamakan dengan penjenayah, tetapi hari ini, desakan hidup dan sekatan ekonomi oleh Israel menjadikan hampir semua warga Palestin tidak peduli lagi dengan anggapan itu.

Difahamkan ada 750 terowong digali di bawah sempadan Mesir. Jumlah itu diketahui selepas Majlis Bandar Rafah memutuskan semua pengguna terowong mesti berdaftar dan membayar cukai sebanyak RM7,400 setahun.

Bertambahnya pengguna terowong menyaksikan zaman terowong Gaza yang diselubungi misteri sudah lama berlalu. Dulu, sukar mengorek rahsia mengenai kewujudan terowong di bawah bumi Gaza yang merentas hingga ke sempadan Mesir. Hari ini penduduk Rafah boleh memberitahu anda terowong yang mana membawa barangan pengguna, terowong yang mana membawa senjata. Malah, terowong mana yang selamat untuk laluan pengantin baru ke majlis akad nikahnya.


POLIS Palestin menemui beberapa terowong di sempadan Gaza dalam kempen memerangi pejuang.

Terowong yang biasa panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter. Di Palestin, terowong biasanya digali bermula dari dalam bangunan yang runtuh atau rumah. Dari situ penggalian akan dilakukan hingga mencapai kedalaman antara 15 hingga 30 meter. Pembinaannya mengambil masa paling kurang enam bulan. Jika memilih untuk terowong sedia ada, bayarannya mencecah RM320,000 termasuk rasuah.

Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dibawa melalui terowong melalui Mesir. Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.

Bagi sesetengah penduduk, terowong bukan saja laluan untuk meneruskan kehidupan tetapi terowong itu adalah kehidupan mereka. Justeru, ada yang berhadapan dengan masalah apabila pihak berkuasa Mesir mengesan kehadiran terowong. Ada kalanya gas dilepaskan dalam terowong membunuh mereka yang menggunakannya.

Yang pasti, ia gagal menakutkan warga Palestin. Malah, menggali terowong adalah satu pekerjaan yang upahnya mencecah RM480 sehari. Namun bagi seorang penggali yang hanya dikenali sebagai Muhamad, 21, berkata angka itu hanya teori, ada kalanya pemilik terowong tidak membayarnya.

“Dalam hal ini pemenangnya adalah pemilik terowong,” katanya yang pernah menyaksikan dua rakannya terbunuh di hadapan mata selepas gas dilepaskan dalam terowong manakala seorang lagi melecur teruk.

Insiden itu adalah antara usaha Mesir menamatkan aktiviti penyeludupan. Namun, usaha itu tidak berjaya. Israel walaupun tahu mengenai kewujudan terowong, tidak pernah mempedulikannya.

“Kerja saya berhadapan dengan risiko kematian,” kata Muhamad.

Muhamad seperti kebanyakan warga Palestin lain tidak ada banyak pilihan untuk terus hidup. Sebelum sekatan ekonomi oleh Israel, keluarga Muhamad memiliki perniagaan jahitan. Namun, perniagaan itu terhenti kerana tiada bekalan kain. Justeru, pekerjaan yang tinggal hanyalah menjadi penggali terowong.

Sumber: SpiegelOnline International/Reuters/AFP/Gulfnews

[ Last edited by  Syd at 12-1-2009 09:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:24 AM | Show all posts
doakan yang terbaik tuk mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 11:34 AM | Show all posts
semalam dengar ceramah di surau israel ni mula jadi takut pada hamas bila hamas masukkan perkataan Allah Maha Besar dalam lagu kebangsaan mereka ... pulak tu ada perkataan Tentera Muhammad telah kembali ... (lebih kurang begitulah)

tu yg Yahudi takut sangat tu dan perangi Hamas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2009 06:20 PM | Show all posts

Balas #6 stormyrain\ catat

hah kalu dia takot hamas kenapa dia perangi hamas?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 02:34 AM | Show all posts
Doakan yang terbaik untuk Hamas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 03:44 PM | Show all posts
selalu kalau perang2 nie, US israel gebang2 yg musuh dier org nie power giller...

masa US nak serang iraq...ari2 baca berita pasal tentera iraq..power giller arr..ramai..sanggup mati....tgk videoclip tentera2 iraq berlatih...tup tup...mcm kacang putih jer dier org belasah....

dalam kes nie pon sama, israel terlalu power utk hamas....tak fair langsung.

dalam hal nie..aku berharap yg terbaik utk hamas...utk umat islam...walaupon nie bukan sumting yg boleh dipanggil perang sebab both parties tak sama kekuatan...nie lebih kepada buli
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 05:35 PM | Show all posts
Sehingga ini dah hampir 900 lebih umat Islam yg terkorban.
Strategi yg bagus...tp...klu dilengkapi dgn senjata yg lebih canggih...boleh terkulat juga rejim Israel tu.

Arab terus jadi lembu di benua sendri. Hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:23 PM | Show all posts
hizbollah sendiri pernah malukan israel masa perang lubnan tahun 2006..aku tgk clip video keta kebal israel meletop kena roket hizbollah yg di beli dr russia
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 08:54 PM | Show all posts

Balas #11 kegimaru\ catat

ko tngok kat mana?? boleh embedkan tak kalo ada...??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:03 PM | Show all posts
ni ke videonya??

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by kegimaru at 13-1-2009 17:23
hizbollah sendiri pernah malukan israel masa perang lubnan tahun 2006..aku tgk clip video keta kebal israel meletop kena roket hizbollah yg di beli dr russia
Lebih tepat dikenali sbg Kornet-E Anti Tank Guided Missle (ATGM)
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 11:43 AM | Show all posts

A tunnle to Israel which was discoverd January 13th

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2009 12:45 PM | Show all posts

Reply #14 panzer's post

Kornet-E ni memang hebat..malah lebih bahaya dari RPG-29 yg ampuh tu..Malaysia mungkin akan membeli ATGM ni setelah mempelajari keupayaan dan taktik Kornet-E digunapakai Hezbollah against IDF armor. Kalau Merkava boleh bersepai inikan pula Leopard dan AMX..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2009 06:28 PM | Show all posts
aku setuju sangat beli kalau boleh beli macam 2 variasi ATGM
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 02:27 PM | Show all posts


Merkava ni bgus sngt ker berbanding yg lain lain???
story ler lagi....aq x tau ler..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 10:01 PM | Show all posts
Aper yg termampu aku buat cuma dari segi wang ringgit dgn doa saja....kemenangan tu pasti...berjuang dgn cara kita,hindarkan bagi kita saper yg perlu dihindarkan(orang tua,wanita dan kanak2 kaum mereka) sebagai contoh bagi mereka....moga perjuangan kita dirahmati Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 11:37 PM | Show all posts
Lebih banyak terowong digali


DIANGGARKAN terdapat 300 terowong seperti ini di Gaza.

SELEPAS membaiki terowong mereka Khamis lalu, pekerja untuk seorang penyeludup, Abu Wahda mula memunggah masuk makanan melalui laluan yang sempit itu.

Terowong yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir itu kembali beroperasi biarpun ratusan tan bom dan peluru berpandu dijatuhkan Israel ke muka bumi Palestin.

Pemulihan pantas terowong itu, bagaimanapun, menyukarkan pembanterasan aktiviti penyeludupan dan sekali gus menguatkan lagi ketakutan Israel bahawa pemimpin Hamas akan menggunakan rangkaian terowong itu untuk membawa masuk senjata bagi menambah semula bekalan senjata setelah mereka dibom baru-baru ini.

"Saya berjaya membaiki kerosakan (pada terowong) dalam masa tiga hari," kata Abu Wahda yang tidak mahu nama sebenarnya didedahkan.

Menjelang tengah hari, mesin pengangkut sudah memunggah masuk 12 karung besar cip kentang.

Abu Wahda berkata laluan setinggi satu meter di bawah pasir lembut Gaza itu masih belum beroperasi sepenuhnya dan berbahaya untuk lapan pekerjanya yang sedang memunggah barang dari Mesir.

"Tetapi bahaya yang lebih teruk datang dari ruang udara jika mereka (Israel) mengebom sekali lagi," katanya.

Seorang remaja diarah bersedia di pintu masuk untuk memerhatikan kapal terbang Israel.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, berkata bahawa Israel sanggup untuk memulakan semula perang jika pengeboman masih belum memadai untuk menghentikan penyeludupan.

HAIWAN ternakan turut diseludup melalui laluan sempit ini.

"Jika kami perlu lakukan operasi ketenteraan tambahan untuk menghentikan penyeludupan, ia akan dilakukan," katanya kepada Radio Israel. "Israel mempunyai hak untuk menentang penyeludupan, itu saja."

Untuk menghentikan penyeludupan itu - di samping menghentikan Hamas daripada melancarkan serangan roket di selatan Israel - merupakan objektif utama serangan Israel, yang telah membunuh 1,285 rakyat Palestin, dengan kebanyakannya orang awam.

Tentera Israel berkata mereka telah memusnahkan antara 60 hingga 70 peratus daripada terowong yang ada sebelum gencatan senjata Ahad lalu. Israel menganggarkan terdapat kira-kira 300 terowong sebelum serangan itu.

Penyeludup di Rafah, bandar sempadan selatan Gaza, tempat sebahagian besar terowong dikorek, memberitahu bahawa terdapat kira-kira 1,000 terowong beroperasi sebelum serangan itu dan sehingga 90 peratus daripadanya dimusnahkan.

Kebanyakan terowong dikorek selepas Israel dan Mesir menutup pintu keluar dan masuk ke Gaza berikutan rampasan kuasa Hamas pada Jun 2007.

Manakala Israel percaya terowong itu digunakan Hamas untuk menyeludup masuk senjata, terowong itu sebenarnya digunakan untuk melepasi sekatan Israel mengimport barangan yang sukar untuk ditemui di Gaza seperti minyak, pakaian, bekalan pembinaan, rokok dan juga cip kentang yang sudah lama mereka tinggalkan sejak diserang.

LEBIH banyak terowong akan digali selagi sekatan di Semsalamenanjung Gaza tidak ditarik balik.

Terowong itu yang berada pada kedudukan 15 meter di bawah permukaan bumi, sebelum ini dikorek sepanjang 800 meter dari Gaza ke Mesir dengan pintu masuknya tersorok dalam rumah-rumah.

Abu Wahda dan penyeludup lain menegaskan mereka tidak pernah membawa masuk senjata untuk Hamas. Kata mereka, Hamas menjalankan penyeludupan melalui terowong mereka sendiri di kawasan yang tidak dapat dimasuki oleh orang luar.

Seorang penyeludup, Abu Bilal berkata dia gembira jika diberi peluang membawa masuk senjata untuk Hamas, tetapi sejujurnya, Hamas tidak pernah meminta kami melakukannya."

Hamas pula tidak pernah menyebut sama ada mereka membawa masuk senjata atau wang melalui terowong itu, tetapi berkata urusan yang dijalankan adalah sah.

"Orang ramai tidak akan memerlukan terowong ini jika sempadan dibuka," kata Ehab Ghussein, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas.

Menariknya, aktiviti penyeludupan di Gaza dilakukan secara terbuka. Ratusan pekerja beroperasi pada Khamis lalu di bawah khemah-khemah lusuh dan rumah hijau palsu sejauh satu batu. Berdozen-dozen lagi pintu masuk ke terowong-terowong itu adalah terbuka dan tidak ditutup.

Malah, ada yang yang membuka perniagaan dalam terowong itu dengan nama The Underground Crossings.

Pemiliknya, Mahmoud Baroud, memulakan semula operasi selepas gencatan senjata bermula dan menjangkakan sekurang-kurangnya 200 pelanggan datang untuk makan tengah hari di situ.

Sekarung barangan seperti cip kentang, pakaian atau rokok yang sebelum ini dijual pada harga AS$40 (RM119) setiap satu kini mencecah AS$400 (RM1,190). - Agensi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.540380 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list