CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27202|Reply: 23

kesan Implan

[Copy link]
Post time 17-2-2009 09:06 AM | Show all posts |Read mode
saya nak tanya sesiapa yg memakai implan sebagai perancang keluarga, adakah berat badan naik, saya dah pakai implan selama setahun, berat badan naik mendadak, sekarang kena diet, tak tahulah cam ne, naik tang perut  n punggung,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 09:26 AM | Show all posts

Reply #1 yana1003's post

CEO tak pakai..implan tu apa yer? yang plastic surgery tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:36 AM | Show all posts
bagus gak topic ni, baru cadang nak guna implan nak tgk feedback dulu. member sy pakai implan mmg berat dia naik pastu time dia period pening2 kepala... Biras saya kata klu seseorg tu serasi ngan suntik perancang kuarga dia juga akan serasi ngan implan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 10:04 AM | Show all posts
tak tau..takde pengalaman lg....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 10:57 AM | Show all posts
lom tawen agie... takleh nak komen apa... rasanya kalo ko mukak kat bod PARENTING isu neh.. insya-allah ramai yg leh tolong
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by yana1003 at 17-2-2009 09:06 AM
saya nak tanya sesiapa yg memakai implan sebagai perancang keluarga, adakah berat badan naik, saya dah pakai implan selama setahun, berat badan naik mendadak, sekarang kena diet, tak tahulah cam  ...


I merancang sendiri  x pernah pakai impian ,injection atau mkn pil perancang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2009 11:56 AM | Show all posts
klu pakai injection setiap 3 bln tu ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by ziela81 at 17-2-2009 11:56 AM
klu pakai injection setiap 3 bln tu ok ke?


baru ni amik suntikan kat klinik putrajaya, suntik tu dah 2 bulan sekali, dulu 3 bln skali. tapi suntikan sy bengkak dan gatal, nurse kata depa tukar ubat lain, mmg ramai komplen bengkak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 12:30 AM | Show all posts
apa bende nie

share2 la ngan kami anak dara nie
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 12:54 AM | Show all posts
breast implant tau le..

implan kat mane tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 12:54 PM | Show all posts
ni suntikan cegah hamil..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 18-2-2009 12:30 AM
apa bende nie

share2 la ngan kami anak dara nie


implan @ implanon nie adalah alat utk merancang keluarga...
senang citer, nak elak pregnant (org blum kawin jgn gatai nak pakai ek)..
implan akan dimasukkan di bawah lengan......


ni rupa implanon tu........



ni cara implanon di pasang.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:14 PM | Show all posts
owhhh...benda ni mcm perisik gune je..hati2..tah2 FBI leh pantau n leh mind control lak...sape tau..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:46 PM | Show all posts

Reply #12 libra_gurlz's post

pasang kat lengan??... pastuh cemana dia cegah kehamilan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 07:25 AM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 18-2-2009 05:46 PM
pasang kat lengan??... pastuh cemana dia cegah kehamilan tuh


ni LG quote dari internet........

Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional sepertimemakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil,kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi ‘kelegaan’ bagipasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnyapelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakandan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.


Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon.
“Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasanghanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.


Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidakmemerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassandari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan PembangunanKeluarga Negara (LPPKN).
Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangatberkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanonyang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semulaselepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidakmengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.


“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.
Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkanmukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan spermake dalam tiub fallopian.
Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yangmana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.


Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perludimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr.Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjangpemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.


“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.
Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.


Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlakukesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tigahingga empat bulan penggunaan.


Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid ataumengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yangnormal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan.Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanonditanggalkan.
Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempatsebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam disekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanoningin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.


Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsilain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga bolehberlaku kepada pemakai implanon.
Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.


Siapa yang boleh menggunakan implanon?


Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang danditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana iadipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yangdipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepadaestrogen sintetik.
Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?


Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogendependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyaisejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsihati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant,carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.
Fakta mengenai implanon:


l berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
l implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
l mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudiandiluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai olehlebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.


Cara pemakaian:


Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alattrokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawahlapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanyadoktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagimengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yangtidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini.Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempattermasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 10:30 AM | Show all posts
implanon adalah kaedah halangan yang sangatberkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanonyang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semulaselepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidakmengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.


wah! mcm bagus jerk

thanks libra bg input
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 12:42 PM | Show all posts

Balas #16 sosimple\ catat

sama2........ sharing is caring maaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 03:53 PM | Show all posts

Reply #1 yana1003's post

kakak dea pakai ni..nampak dia cam ok jek..xde plak naik berat badan ke apa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2009 10:07 PM | Show all posts
berat badan saya naik, n selalu sakit kepala, kalau period lamalahhh hampir 2 minggui, tapi kuar sikit2 je,tu yg x best, doktor ada ckap dulu, semasa blum pasang implan, dia bg tau memang kita selalu akan sakit kepala, emosi tak menentu gak, x bleh salah sikitlaaa, mula lah naik angin, biasanya husbandlah jdi mangsa. mungkin ikut hormon juga agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2009 10:11 PM | Show all posts
kalau suntik ok juga kot, tapi nak kena p klinik 2 or 3 bln sekali tu yg malas, kalau yg tak nak naik bdan pakai IUD, tu memang tak melibatkan hormon, merancang sendiri memang bagus n menjimatkan tapi takut juga kot2 terlekat plak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.204494 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list