CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] MENTOR 3 - TAHNIAH!!! BLACK & MAS IDAYU

[Copy link]
 Author| Post time 19-3-2009 07:09 AM | Show all posts
Mampukah Mentor 3
menyengat?
.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my



APABILA stesen televisyen swasta pertama negara, TV3 mengumumkan rancangan pencarian bakat baru terbitan mereka, Mentor yang akan kembali untuk musim ketiga, pelbagai persoalan yang mula bermain di minda.

Tidakkah TV3 belajar dari pengalaman lalu apabila dua orang juara yang pernah diangkat darpadai program itu iaitu Pija selaku juara Mentor musim pertama (2005) dan Fiq sebagai juara Mentor 2 (2006) tidak membawa sebarang impak di dalam industri?

Bukan itu sahaja, dengan lambakan rancangan realiti yang ada di dalam negara ini, apakah sebenarnya motif dan fokus TV3 untuk meneruskan Mentor untuk musim ketiga.

Menjawab persoalan itu, Muhamad Suffian Isa selaku penerbit Mentor 3 memberitahu, sepanjang tiga tahun, pihaknya telah banyak belajar daripada kesilapan dan kelemahan lalu untuk menjadikan musim ketiga ini lebih baik daripada dua musim dahulu.

Salah satu perubahan besar yang ditampilkan dalam Mentor 3 adalah dengan menjemput enam orang artis yang dipilih menjadi mentor untuk memilih, menilai dan menjalankan uji bakat sendiri dalam menentukan mereka yang terbaik untuk dijadikan protege.

"Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang apabila musim ketiga ini muncul tetapi misi kami kali ini adalah untuk melahirkan bakat baru yang mampu memberikan impak yang besar untuk industri.

"Dengan memberi sepenuh kebebasan kepada mentor untuk memilih protege mereka sendiri, kami percaya Mentor 3 mampu memberikan sesuatu yang berbeza untuk penonton dan pecinta muzik tempatan," katanya pada sidang media yang diadakan di Sri Pentas, TV3, baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Mohamed Nordin serta lima orang artis yang dipilih untuk menjadi mentor kali ini iaitu Awie, Adibah Noor, Mas Idayu, Lah Ahmad dan Jaclyn Victor.

Cuma Ajai sahaja tidak hadir kerana berada di Jakarta, Indonesia ketika itu atas urusan kerja.

Memperlihatkan nama-nama seperti Awie, Ajai, Adibah Noor dan Mas Idayu, tidak dinafikan masing-masing mempunyai kekuatan berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang industri.

Tetapi, apabila nama Jaclyn atau Jac dan Lah dipilih sebagai mentor, timbul juga keraguan memandangkan mereka boleh dikira masih lagi baru dalam bidang nyanyian.

"Kami mengambil kira dari segi kualiti dan pembabitan mereka dalam industri. Saya percaya Jac dan Lah mampu memberikan yang terbaik kepada protege mereka atas dasar bakat dan pengalaman yang pernah mereka perolehi sebelum ini.

"Jika diukur kepada usia mereka dalam bidang ini, memanglah boleh dikira sebagai baru, tetapi, mereka sebenarnya mempunyai pengalaman yang orang luar sendiri tidak pernah ketahui. Jadi, kami mahukan itu untuk mereka curahkan kepada protege mereka kelak," ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, satu lagi kelainan yang diperkenalkan dalam Mentor untuk musim ketiga ini adalah apabila sesi uji bakat tidak lagi dijalankan ke seluruh pelosok negara.

Sebaliknya, uji bakat yang telah pun bermula pada 14 Mac lalu akan diadakan selama enam minggu dan hanya bertumpu kepada satu lokasi sahaja iaitu di Theatrette, Sri Pentas, TV3 bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang.

"Ini juga sebagai salah satu cara untuk kami melihat kesungguhan dan komitmen para peserta seandainya mereka mahu menjadi seorang artis kelak," jelas Suffian sambil mengharapkan magis akan terhasil menerusi Mentor 3 tahun ini.

Uji bakat bersama Jac dan Mas Idayu telah bermula pada 14 dan 15 Mac lalu manakala pada 21 dan 22 Mac ini menyaksikan Lah Ahmad dan Adibah Noor akan menjalankan uji bakat memilih protege mereka.

Seterusnya, pada 28 Mac dan 4 April depan pula, giliran Ajai dan Awie pula memilih bakat terbaik untuk dijadikan protege mereka.

Ditanya apakah rasionalnya mengembalikan semula Mentor 3 setelah rancangan itu hampir dilupakan oleh sebahagian peminat hiburan tanah air, ini jawapan yang diberikan Sherina.

"Selama tiga tahun sejak Mentor 2 tamat, kami telah melakukan penyelidikan dan kami dapati kelompok peminat rancangan ini masih lagi kuat. Malah, mereka sendiri bertanyakan bilakah Mentor akan kembali.

"Disebabkan itu, pihak TV3 mahu rancangan ini kembali selain daripada menyegarkan kembali ingatan mereka terhadap Mentor," jelasnya.

Jika dua musim terdahulu, juaranya dipilih secara mutlak oleh 100 peratus menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi musim ini semuanya berubah.

Tiga juri jemputan yang akan mengadili persembahan para peserta nanti akan menyumbang kepada 50 peratus daripada markah keseluruhan manakala 30 peratus lagi adalah undian SMS dan selebihnya adalah undian daripada juri awam yang terdiri daripada penonton di studio.

Mentor 3 akan memulakan siarannya pada 19 April depan manakala konsert mingguan pula akan bermula pada setiap hari Ahad bermula 3 Mei depan pukul 9 malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2009 11:47 AM | Show all posts
Amboi..amboi...amboi..Sawie nak protege pompuan jer ker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 12:16 PM | Show all posts
Jac dan Mas Idayu mulakan pencarian protege



Jac memberi kata-kata aluan kepada peserta rancangan Mentor.

KELAHIRAN bintang program realiti daripada program yang diterbitkan oleh TV3 memberikan semangat kepada orang ramai hadir ke sesi uji bakat untuk mewarnai Mentor musim ke-3 sekaligus menjadi protege kepada penyanyi terkenal tanah air.

Seramai 300 peserta telah datang untuk menjalani uji bakat minggu pertama pada 14 & 15 Mac yang disaring oleh Jacyln Victor dan Mas Idayu bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama.

Mentor musim ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 04:40 PM | Show all posts
jac jd mentor?

kena tengok ni...w/p xpenah ikut mentor 1+2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 10:35 AM | Show all posts
Giliran Lah Ahmad dan Adibah Noor cari protege!

JACLYN Victor dan Mas Idayu sudah pun bersedia dengan calon masing-masing selepas sesi pemilihan ujibakat Mentor musim ke-3 yang diadakan di Theatrette, Sri Pentas tidak lama dulu.

Kini, giliran Lah Ahmad dan Adibah Noor pula untuk memperkenalkan protege mereka yang sedia untuk dididik dan diasah bakatnya menjadi penghibur terkenal.

Lebih kurang 300 calon telah hadir ke sesi ujibakat yang berlangsung pada hujung minggu baru-baru ini. Sebilangan besar telah pun membanjiri ruang Theatrette, Sri Pentas sejak awal pagi lagi.


Lah tekun melihat persembahan salah seorang peserta

Selain dari kawasan sekitar Lembah Klang, antara yang hadir ada yang berasal jauh dari Kedah, Pulau Pinang, Johor, Pahang termasuklah Sabah. Walaupun datang daripada latarbelakang yang berbeza, jelas sekali kesemua calon-calon yang hadir ke sesi ujibakat begitu teruja dan bersemangat untuk mencuba nasib bersama Lah Ahmad dan Adibah Noor.

揚rogram Mentor mempunyai kandungan aplikasi yang berbeza kali ini, pastinya kita boleh lihat usaha bersama diantara mentor dan prot間
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 12:03 PM | Show all posts
Uji bakat Mentor 3 akan masuk ke minggu ketiga yang akan menampilkan komposer dan penyanyi terkenal, Ajai pada hujung minggu ini (Sabtu, Mac 28). Kesemua sesi ujibakat berlangsung di Theatrette, Sri Pentas dan bermula pada 14 Mac 2009 sehingga 4 April 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga 5 petang. Oleh itu, bagi para peserta yang berminat untuk menjadi Mentor kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:-

28 Mac 2009
Uji bakat Mentor 5
Ajai

4 April
Uji bakat Mentor 6
Awie

Peserta yang ingin menyertai gelanggang Mentor semestinya berusia antara 17-25 tahun, memiliki bakat, vokal yang mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan  boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor. Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Semestinya, Mentor mempunyai kebebasan 100% untuk memilih protege hasil dari penelitian melalui uji bakat yang disaring oleh mereka. TV3 tidak meletakkan sebarang garis panduan khusus kepada Mentor untuk memilih protege masing-masing kerana kriteria dan kelayakkan ditetapkan oleh para Mentor sendiri mengikut genre mereka.

Program Mentor mula diperkenalkan pada tahun 2005 mempamerkan barisan Mentor yang tergolong dari penyanyi popular tanah air  iaitu Nora, Hattan, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Ning Baizura, Cat Ruffedge, Noraniza Idris, Kumpulan VE, Amy Search dan Hazami. Mentor 1 berjaya menjulang Pija dan Zainal Abidin sebagai Mentor manakala Mentor 2, kemenangan berjaya diraih oleh Fiq melalui hasil tunjuk ajar sifunya, Amy Search.

Program Mentor akan ditayangkan bermula pada 19 April 2009, setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam (Konsert Mingguan Mentor akan bermula pada 3 Mei 2009), Jurnal Prot間
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2009 07:47 AM | Show all posts



Ujibakat Mentor Bersama Awie

Sesi ujibakat progr am realiti Mentor Musim ke–3 kini diteruskan! Lima orang mentor, Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Noor dan Ajai telah pun menemui protege mereka. Kini tibalah giliran Awie untuk mencari protegenya untuk dilatih sebagai penghibur berbakat.

Seperti mentor-mentor yang lain, Awie juga mempunyai hak 100% untuk memilih protegenya berdasarkan kriteria dan kelayakkan yang ditetapkan olehnya sendiri. Oleh itu beliau juga akan turun padang menghadiri sesi uji bakat sekaligus memilih sendiri protege mereka.

Kepada pembaca yang berbakat dan rasa boleh jadi protege kepada Awie, silalah datang ke ujibakat:

Hari/Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)

Waktu : 8.30 pagi

Tempat : Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur (Bersebelahan PWTC)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 09:00 PM | Show all posts
wah!! nk buat kat hotel jerk!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 01:07 AM | Show all posts
so....peserta 6 je laa ke??? dah 6 mentor???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 08:08 AM | Show all posts
Sekitar Ujibakat Mentor Musim Ke-3 Bersama Awie


AWIE HANYA MENGUJI BAKAT PESERTA WANITA, PESERTA LELAKI DISURUH PULANG!!

Sesi ujibakat program realiti Mentor Musim ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 11:40 AM | Show all posts
arusla nt ade selingan konsert jom heboh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 11:12 PM | Show all posts
Protoge Ajai is Camellus De'lelli Anam a.k.a Chaq BAD Boy (abang Stacy )
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 11:18 PM | Show all posts
CAK: Abang Stacy dalam Mentor 3



Rap


KETIKA ini Akademi Fantasia 7 dan One In A Million tengah berdendang. Bersambung pula dengan Mentor 3 yang bermula hari ini, jam 9 malam selama 90 minit.
Bagaimanapun, awal-awal lagi ada cerita menarik mengenai mentor dan protege ini apabila CAK diberitahu sumber dalaman yang abang Stacy turut serta. CAK hanya kenali namanya lebih kurang Chaq aka Camellus De抣elli Anam.

Kalau penggemar program realiti perasan, Chaq dan Stacy pernah menyertai Gang Starz musim pertama melalui kumpulan Evoke. Meletup jugalah kumpulan dari Sabah ni. Selepas Stacy jadi juara AF6, mungkinkah Chaq ada peluang mengikuti jejak juara adiknya?

Barisan Mentor yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dalam program kali ini ialah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 01:00 AM | Show all posts

Reply #32 toritonz82's post

ni mmg betul ke??? or tak tau lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:04 AM | Show all posts
huih agak strict jugak these guys...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 08:00 AM | Show all posts
CAK: Abang Stacy dalam Mentor 3



Rap
KETIKA ini Akademi Fantasia 7 dan One In A Million tengah berdendang. Bersambung pula dengan Mentor 3 yang bermula hari ini, jam 9 malam selama 90 minit.

Bagaimanapun, awal-awal lagi ada cerita menarik mengenai mentor dan protege ini apabila CAK diberitahu sumber dalaman yang abang Stacy turut serta. CAK hanya kenali namanya lebih kurang Chaq aka Camellus De’lelli Anam.

Kalau penggemar program realiti perasan, Chaq dan Stacy pernah menyertai Gang Starz musim pertama melalui kumpulan Evoke. Meletup jugalah kumpulan dari Sabah ni. Selepas Stacy jadi juara AF6, mungkinkah Chaq ada peluang mengikuti jejak juara adiknya?

Barisan Mentor yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dalam program kali ini ialah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 08:12 AM | Show all posts
haku rasa tahun nie, pemilihan protege terlalu banyak gimik laa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 09:50 AM | Show all posts
lemau r mentor smlm.. nape la prlu ade 'CEREKARAMA' yg xspatutnyer tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:00 AM | Show all posts
Sapala Awie pilih wahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:28 AM | Show all posts
perluke si ally tu berselindung bagai.. choii cam org takenal jek sore die
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.464423 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list