CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] MENTOR 3 - TAHNIAH!!! BLACK & MAS IDAYU

[Copy link]
Post time 4-5-2009 01:09 AM | Show all posts
lisa baru nak tgk review persembahan tadi.....ok ke???
naper tak de sapa komen apa2 kat thread nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 01:28 AM | Show all posts
xsuker duo jacc.....baik kasi sorang je lagi best...yg eksen cam bagus tu bukan best pon..nak suh jac decide sorang..last2 jac rejek dier...hahahha..padan mukeee....protege lah vokal power..abg stacy lak p wat suare cam itik tu apesal...ikut sgt ajai tu nak jadikan JT malaysia..awie nyer xleh blah aku...adibahnye ok la...mas idayu nyer protege tatau nak ckp camne..td dgr dier nyanyi lagu MUH mcm xde perasaan je ..suare pon mcm mendatar je..xbest la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:01 AM | Show all posts
baru dpt tau...... 6 protege nih akan dibahagi group.....

group A ---bt persembahan minggu depan....
AJAI WITH PROTEGENYERRR ----CHAQ
JAC WITH PROTEGENYERRR ---- EVO
LAH WITH PROTEGENYERRR ---- FIRA (tul ke eja.....????)

group B ---bt persembahan 2 minggu lagi....
MAS IDAYU with protegenyerrr --- BLACK
ADIBAH NOOR with protegenyerr ---- THYE
AWIE with protegenyerrr ---- KEENA (tul ke eja...???)

setiap group berentap 3 minggu
jadi semua 6 minggu.......

2 markah tinggi protege setiap group (SMS & by mark judge) masuk separuh akhir
utk akhir----2 protege....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:17 AM | Show all posts
ape sudah jd nie..??

smue x best...

JAC & EVO..
- mamat brjanggut tu poyos seyh..nynyi dh la x sdap..adoiyai..

AWIE & KEENA..
- bleh tahan la..brbanding yg len..leh g jaoh kot..

LAH & FIRA..
- mcm harapan utk taon nie jek..pompuan did better today..

ADIBAH & THYE..
- why la adibah noor pilih die..vocal x sdap mne pon..mndatar je..high note pn jd rendah..

MAS & BLACK..
- interesting couple kott..sore xbest sgt pon..idk..die akan popular rsenye..

AJAI & CHAQ..
- aku bru nk root si CHAQ ni..tp,more dance dr nyanyi..adoiyai..mybe stay lme..SABAH meyh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:25 AM | Show all posts
MENTOR tak macam OIAM.... OIAM betul2 melihat kepada kualiti persembahan.....MENTOR....tak tau nak cakap mcm mana  MENTOR nie ala2 MYSTARZ LG.... tak lah glemer sangat.....


aku rasa taun lepas cam lebih baik dari taun nie.....tapi tak best jugak buat 1st impression nie... baru konsert pengenalan.... group A ajai - chaq menyerlah.... group B awie - keena menyerlah...

pandai gak dorg susun group tak letak keena and chaq dalam satu group..... sama kes ngan fiq - kat mentor 2.... sbb dorg dah tau fiq n kat yg menyerlah...... sama gak ngan taun nie, chaq n keena yg menyerlah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:30 AM | Show all posts
FIRA protege Lah tu mcm Elyana sajok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2009 02:31 AM | Show all posts
chaq actually sora dia best.... tapi ajai nak transform dia jadik justine....tu yg jadik mcm tuh.... aku dengar sora dia time dia mengganggotai BAD BOYZ boleh tahan.... tgk kat utube dia nyanyi lagu terima kasih cinta - afgan sedapp.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 08:22 AM | Show all posts
lps tgk smlm, rase cam xde smangat da nk tgk lps nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 08:55 AM | Show all posts
kalo sumer tak ske tgk, so takder la kuiz utk mentor.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 11:19 AM | Show all posts
Aduh apasal Jefri Din tak dioffer jadi Mentor mesti ramai makcik - makcik sokong anak buah dia... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 12:09 PM | Show all posts
motif konsert pertama feeling2 konsert akhir jemput perserta yg tadapat masuk bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 12:10 PM | Show all posts
motif pentas besar gedabaq mengalahkan area penonton studio
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:04 PM | Show all posts
yelah semalam tgk mentor semua mcm hampeh je..
hope konsert akan datang nie best lah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:44 PM | Show all posts
but still, protege lah, fira best r sore die!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 12:57 AM | Show all posts
pelik tul mentor taun ni...
cam punfair pulak aku tengok
siap ada abg nas-penyebuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 12:58 AM | Show all posts
yang lagi lawak.. siap ada kejutan2 cam aF
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2009 10:44 AM | Show all posts

Reply #75 the0ne's post

abg nas terjah tu mmng terjah btul kan...tkena betul fira protage lah bila tckp tak pnh minat dgn lah sblm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 10:59 AM | Show all posts
Mentor: Mas Idayu bawa rotan ke pentas

Oleh WAHIDA ASRANI

SETELAH melalui kesukaran sewaktu proses pemilihan protege masing-masing, enam mentor bagi musim ketiga ini; Awie, Adibah Nor, Jaclyn Victor, Mas Idayu, Ajai dan Lah Ahmad buat pertama kalinya mempamerkan protege mereka di khalayak pada konsert pengenalan Mentor, Ahad lalu.

Enam protege yang bertuah itu ialah kumpulan Evo yang merupakan protege kepada Jac, Tahiruddin Sain (Adibah Nor), Hanifah Md Hanafiah (Mas Idayu), Camellus De'lelli Anam (Ajai), Suriana Abdul Wahab (Awie) dan Hunanis Zafira Huzaini (Lah).

Konsert pengenalan itu mempamerkan kehebatan persembahan setiap protege beraksi di pentas sebelum memulakan pertandingan pada minggu depan.


Mas Idayu bersama protegenya, Black

Apa yang pasti, meskipun setiap mentor mengetengahkan genre muzik tertentu, namun ternyata setiap protege diberi kebebasan dari segi muzik, asalkan memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh mentor masing-masing.

Selain disajikan dengan persembahan semua protege, Mentor kali ini juga cukup menghiburkan dengan 'keletah' mentor-mentor yang dilihat 'bersaing' sesama sendiri untuk membuktikan protege masing-masing lebih hebat!

Konsert pengenalan yang berlangsung selama sejam setengah di Auditorium MBSA, Shah Alam itu dimulakan dengan protege Jac, kumpulan Evo yang dianggotai oleh Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) dan Halhusani Razmi (Sani) yang menyampaikan lagu Hanya Kau Yang Mampu dendangan Aizat.


Jac memperkenalkan protegenya, Evo

Menariknya tentang kumpulan ini, mereka sebenarnya digandingkan atas kehendak Jac sendiri meskipun kedua-duanya sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain.

Namun begitu, Hyrul pada awalnya dikatakan tidak begitu selesa dengan gabungan itu kerana merasakan tiada keserasian antaranya dan Sani sehinggakan Jac terpaksa mengambil keputusan dengan hanya memilih Sani.

"Sewaktu sesi ujibakat yang pertama, memang mereka dipilih secara individual. Tetapi ketika sesi ujibakat kedua, saya melihat Hyrul dan Sani sebenarnya akan jadi lebih mantap jika digandingkan.

"Walaupun pada mulanya saya terpaksa memilih Sani memandangkan Hyrul rasa tidak serasi, tetapi akhirnya Hyrul bersetuju juga untuk bersama-sama dengan Sani di dalam Evo," kata Jac yang turut berpuas hati dengan persembahan sulung mereka itu.

Jika Jac mempertaruhkan duo, bekas anggota VE, Lah Ahmad pula memilih peserta berusia 18 tahun, Hunanis Zafira Huzaini atau Fira. Jika diikut kepada kriteria asal, Lah sebenarnya lebih berminat untuk mempunyai protege lelaki.


Awie mengharapkan protegenya, Keena, mampu menjadi pelapis rocker wanita Malaysia

Namun, tuturnya, setelah melihat tahap persembahan peserta pada sesi ujibakat, Lah nampaknya mengambil keputusan untuk memilih protege wanita.

"Apa yang saya lihat, Fira berjaya 'menambat' hati saya. Memang dia yang paling menyerlah sewaktu ujibakat," kata Lah.

Fira pada konsert tersebut telah menyampaikan lagu Killing Me Softly di dalam versi bahasa Melayu dan berjaya mempamerkan mutu vokal yang cukup baik.

Bagi Awie pula, protege pilihannya yang diharap mampu menjadi pelapis kepada Ratu Rock Negara, Ella, nampaknya mempunyai 'aura' tersendiri. Belum pun Suriana Abdul Wahab atau Keena memulakan persembahan, keriuhan di dewan sudah cukup membayangkan peserta berusia 22 tahun ini mampu menjadi antara peserta 'favourite' Mentor musim ini.


Gaya protege Ajai, Chaq ketika mendendangkan lagu My Love dalam versi Bahasa Melayu

Membawakan lagu Permata Biru, Keena dilihat berjaya lari daripada 'bayangan' Ella dan menonjolkan gaya tersendiri.

Menurut Awie, pemilihan Keena sememangnya memenuhi kriteria protege idamannya yang mana peserta itu dilihat mampu membawakan genre rock dengan baik.

"Saya memang ingin mencari protege wanita untuk menjadi pelapis rocker wanita di Malaysia. Bakat yang dia ada memang sudah mula nampak, tetapi saya sedar Keena masih banyak yang perlu digilapkan," tutur Awie yang telah mencetuskan sedikit 'isu' gara-gara menghalau peserta-peserta lelaki yang hadir pada sesi ujibakatnya bulan lalu kerana kriteria yang dicarinya adalah wanita.

Penyanyi dangdut, Mas Idayu yang tampil bersama protegenya Hanifah Md Hanafiah atau Black selepas itu telah menggamatkan suasana apabila penyanyi tersebut turut membawa rotan di pentas.

"Saya nak mengajar cara kampung. Kalau tak rotan, dia akan jadi manja," tutur Mas.

Namun begitu, berdasarkan persembahan Black yang menyampaikan Lagu Untukmu, Mas akui berpuas hati dengan prestasi awalnya.

"Secara peribadi, saya berbangga dengan dia dan saya akan terus berusaha mendidiknya," katanya.

Konsert Mentor itu diteruskan dengan persembahan Tahiruddin Sain atau Thye yang merupakan protege kepada Adibah Nor dengan lagu Lelaki Ini. Thye pada awalnya adalah salah seorang daripada dua calon akhir untuk menjadi protege Mas Idayu, namun nasib tidak menyebelahinya apabila Black yang dipilih sebagai penyanyi itu.

Apapun kesungguhan Thye yang meneruskan perjuangan di sesi ujibakat bersama Adibah akhirnya telah meyakinkan penyanyi itu untuk mengambil Thye sebagai anak didiknya.

"Dia konsisten dan menunjukkan semangat yang membara ketika ujibakat. Dia ada potensi untuk berjaya dalam bidang ini," kata Adibah.

Dalam pada itu, penyanyi dan komposer Ajai yang ingin mencari 'Justin Timberlake Malaysia' telah memilih abang kepada penyanyi Stacy, Camellus De'lelli Anam atau Chaq sebagai protegenya.

Kebolehan Chaq yang boleh menyanyi dan menari pada masa yang sama merupakan keistimewaan peserta ini yang juga pernah menyertai program Gangstarz musim pertama.

"Saya ingin cari kelainan...menyanyi sambil menari. Dan saya rasa memang dia adalah orang yang tepat," kata Ajai.

Pertandingan akan bermula pada minggu depan yang akan menyaksikan tiga orang protege dari kumpulan A iaitu Evo, Chaq dan Fira membuat persembahan. Setiap protege akan diberi peluang untuk membuat persembahan sebanyak tiga kali mengikut kumpulan masing-masing melalui konsert yang akan diadakan secara berselang-seli antara kumpulan A dan B.

Markah dari ketiga-tiga persembahan itu akan digabungkan bagi menentukan dua peserta yang mendapat markah tertinggi dari setiap kumpulan untuk ke semi-final. Protege yang mendapat markah terendah akan disingkirkan.

Pada peringkat semi-final, dua protege dari kumpulan A dan B itu akan digabungkan semula untuk berentap dan seorang protege akan disingkirkan setiap minggu bagi mencari dua peserta akhir.

Dari segi format pemarkahan, markah akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus dari juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus lagi menerusi juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi profesional dalam bidang muzik.

Mentor musim terbaru ini menampilkan pengacara terkenal Ally Iskandar sebagai hos. Selain itu, wartawan sensasi Nas Ahmad juga turut sama dalam program ini bagi mencungkil kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 05:48 PM | Show all posts

geli aku tengok abg stacy ni
dah la menari cam stacy...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 07:17 PM | Show all posts

Balas #79 the0ne\ catat

untung chaq lepas abih ni leh tros buat album ngan hajai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.076535 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list