CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9213|Reply: 115

Teh Guru Cap Masjid bukan milik orang Islam

[Copy link]
Post time 16-3-2009 07:35 PM | Show all posts |Read mode
"Baru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu dengan penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh tersebut pun menggambarkan seperti ia adalah keluaran orang Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru Cap Masjid

Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna.



Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan yang tinggi juga terutama bab makanan.

Kisah tasbih, sejadah, kopiah buatan China yang berada di Mekah mungkin boleh diterima lagi kerana kemungkinannya di buat oleh orang Islam China dan sudah semestinya ia bukannya makanan.

Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.

Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.

Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).

Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.

Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan Islam di Malaysia.

Post asal: http://isuhangat.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 07:58 PM | Show all posts
teh nih mmg sedapp

dah lama aku carik teh nih

dlu beli kat labuan

tak sangka ada onar
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:00 PM | Show all posts
teh tu dibuat hanya utk melayu melaka.

sebab org melaka ni mudah kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:07 PM | Show all posts
Biasalah brgn2 berbunyik isele ni mmg mudah laku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:09 PM | Show all posts
Originally posted by anak_gayong at 16-3-2009 19:35
"http://2.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SbU-G7KHejI/AAAAAAAAVLA/iIOCV05iWEQ/s400/teh-masjid.jpgBaru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu d ...
bukan jenama teh nie dah lama giler wujud dipasar? slalu ada jual kat kedai runcit org india......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 08:13 PM | Show all posts

Balas #5 Acong\ catat

memang dah lama ada kat pasaran.. klu tak salah aku, kedai makan melayu ngan mapley, banyak guna teh cap nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 08:14 PM | Show all posts
burger saudi pun tokeh dia cina. asalkan dah disahkan halal siapa kita nak kata haram?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by <i>awangbok</i> at 16-3-2009 20:14<br />
burger saudi pun tokeh dia cina. asalkan dah disahkan halal siapa kita nak kata haram?
<br />
Tak lah haram kot,cuma ia menunjukkan kekuatan market org islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 08:20 PM | Show all posts

Reply #6 anak_gayong's post

iye kaa? nie cara nak kenal pasti dah ada pewarna atau tak......

campur daun teh dgn air sejuk, jika warna air bertukar dlm masa kurang dari 30s, sah ada pewarna......


daun teh yg tiada pewarna memerlukan air panas utk menghasilkan warna air teh yg sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by anak_gayong at 16-3-2009 19:35
"http://2.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SbU-G7KHejI/AAAAAAAAVLA/iIOCV05iWEQ/s400/teh-masjid.jpgBaru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu d ...



jom demo!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 08:22 PM | Show all posts

Balas #9 Acong\ catat

tenkiu.. nak try gak nie..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:22 PM | Show all posts

Reply #7 awangbok's post

artikel tu tak kata haram...bahan pewarna lebih banyak dari teh tu sendiri..jadi ko kena faham..bahan2 pewarna ni ada yg boleh mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang pengambilan..bukan takat untuk org isle je..org ugama lain termasuk kapir pon kalau ambek ada risiko dari segi kesihatan...cuma yg aku pelik tu...TAJUK tak kena dgn artikel!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:24 PM | Show all posts
kopi janda????

milik sape plak??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:26 PM | Show all posts

Reply #10 Dicota8's post

serahkan pd students uitm....... depa nie blh harap sket utk demo...... pastu depa kebal dari AUKU........ :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 08:27 PM | Show all posts

Balas #12 clairekimberly\ catat

adei, ada salah ka saya punya tajuk..?!

nie kira sensitiviti jgk nie, klu teh tu menggunakan nama yang berasaskan keislaman, mesti orang islam ramai yang beli sebab sangka tu produk buatan orang islam..

dah tu, guna nama "MASJID" pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:27 PM | Show all posts
kalau ada pewarna
baru sedap buat teh tarik

kalau tak mesti jadi teh tarik nipis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2009 08:28 PM | Show all posts

Balas #14 Acong\ catat

ekekekeke..

maka akan beraraklah pelajar uitm dan pemuda amenok untuk memperjuangkan ketuanan melayu..!!

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:28 PM | Show all posts
itu la maksud aku. tajuk macam nak provoke tu yang tak best tu.

Originally posted by clairekimberly at 16-3-2009 20:22
artikel tu tak kata haram...bahan pewarna lebih banyak dari teh tu sendiri..jadi ko kena faham..bahan2 pewarna ni ada yg boleh mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang pengambilan..bukan ta ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:32 PM | Show all posts
Itu cap masjid...tak terkezut....
Kalimah bismillah dan Allah kat Nesan pun cina yg ukir.....
Tak caya, gii Pekan Kuala Selangor....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:33 PM | Show all posts
among others...ubat gigi mukmin, barangan nur zaitun, pau ahmad (sekarang da jadi P.A. Food)

bercakap tentang dah ada tanda 'HALAL'....x semestinya 100% halal wokay...ada duit seme beresss....x lama dulu ada pegawai dari JAKIM (skang ni HDC da take over) bgtau ada syarikat pengeluar frozen food di perak yg dapat tanda halal padahal syarikat tu pun ada buat frozen food haram (utk export market) & bahan mentah disimpan dlm tempat yg sama...yg penting kenal org dalam yg boleh 'dibeli'....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.338443 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list