CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18526|Reply: 13

Batu Bersurat di Terengganu -

[Copy link]
Post time 31-3-2009 06:14 AM | Show all posts |Read mode
Penemuan Batu Bersurat

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH




KUALA TERENGGANU 30 Mac - Penemuan Batu Bersurat pada 1887 di kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah sebuah negeri terawal di Malaysia menerima Islam berbanding Melaka dan Kedah.

Malah batu itu merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.

Kemudian pada 1902, batu itu dijumpai pula oleh Saiyed Husin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.

Bagaimanapun, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali ketika itu dan orang kampung membawa batu bersurat tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin 111 dan kemudiannya diletakkan di atas Bukit Puteri.

Tulisan bertarikh 702 Hijrah dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi itu menjelaskan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan palsu serta dengan hukum mengikut taraf seseorang.

Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di muzium negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut.

Selain itu, kerajaan negeri turut mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk di negeri ini khasnya dan pelancongan amnya.

Memorial yang direka bentuk empat persegi sama seluas 11,400 x 11,400 sentimeter (sm) dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu.

Bagi mengimbau sejarah penemuan batu tersebut, muzium negeri menganjurkan Seminar Batu Bersurat selama dua hari baru-baru ini dengan menghimpunkan seramai 150 peserta yang mewakili jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.

Ketika berucap pada perasmian itu, Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah mahu sebuah Pusat Penyelidikan Jawi diwujudkan di Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang sebagai pusat penyelidikan jawi yang terunggul di negara ini.

Katanya, pemilihan di Kuala Berang itu wajar kerana daerah itu merupakan tapak penting kerana ia menjadi tempat penemuan Batu Bersurat yang membuktikan tentang pengisytiharan Islam.

''Pada masa ini kerajaan negeri telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di situ sebagai tempat kajian dan kunjungan pelawat dari dalam dan luar untuk melihat Replika Batu Bersurat yang ditemui pada 1887,'' katanya.

Menurut beliau, pada masa ini kertas cadangan mengenai pembinaan Pusat Penyelidikan jawi itu telah siap dan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan.

''Dengan adanya Pusat Penyelidikan Jawi itu, ia akan menjadi tumpuan kepada para penyelidik atau pengunjung untuk mengkaji atau membuat rujukan mengenai sejarah tulisan jawi dan kedatangan Islam di negeri ini,'' katanya.

Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam seminar yang julung kali diadakan anjuran muzium negeri.

Ia bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik usul batu yang digunakan dan mengenal pasti pengaruh tulisan yang digunakan pada ketika itu.

Antara pembentang ialah Drs. Supian Sabtu dari Jabatan Pengajian Sejarah Universiti Malaya dengan tajuk Kepentingan Batu Bersurat Dalam Konteks Arkeologi, Izziah Suraiani Arshad dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (Batu Bersurat Terengganu: Bacaan, Tafsiran dan Ulasan Isi Kandungan).

***************************************************************************************

pernah belajar tentang penemuan batu bersurat di terengganu ni
masa belajar sejarah dulu.. tapi tak ada ambil berat sangat -
tapi bila baca balik... kaji balik... memang satu penemuan yang bersejarah
tentang sejarah awal Islam datang ke tanah melayu -  dan jelas ianya
lebih awal dari melaka...  dulu ingat melaka dulu sebab pedagang2
arab datang ke pelabuhan melaka... - rupanya ada yang lebih awal dari tu -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 06:23 AM | Show all posts
heheh...terengganu....kalu betul trg terima islam dulu...kenapa ada org islam dtg ganu pada masa tu?? assuming org ganu masa tu jahilliyah....islam tu mesia

teori
arab
china
jawa

one of thee must come to trg..which one? i vote chinese muslim
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 12:30 PM | Show all posts

Reply #2 lechatdor's post

walaupun dinafikan ramai pihak, namun penyebaran Islam di asia tenggara ini terutama di tanah Melayu memang banyak membuktikan bahawa ianya disebarkan dari china.

sekiranya terengganu mula2 menerima Islam, lantas pasti sekali Islam itu datang dari bahagian utara, samada dari indo-china mahupun tanah besar china itu sendiri.

yang menimbulkan persoalan, adakah china pernah memiliki sebuah dinasti berteraskan Islam? ini kerana bukan sahaja Islam itudisebarkan ke asia tenggara oleh pedagang2 dan pendakwah2 dari china, bahkan poanglima besar angkatan laut maharaja china juga seorang Muslim.

kalau dilihat di Melaka contohnya, pengaruh china banyak kelihatan, contoh yang paling menghairankan ialah binaan masjid2 yang menyerupai pagoda. Bahkan kesultanan Melaka termasuk raja2 Melayu kini banyak dipengaruhi oleh ciri2 raja china sepertipersalinan kuning serta payung kuning.

malang sekali china kini hanyalah pengamal komunisme, dan masyarakat cina di Malaysia kini terlalu jauh dari keIslaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 08:26 AM | Show all posts
Aku pernah menggali batu ni th 1992 setelah mendapat perkenan dari guruku Tok Uban (The One), pernah diceritakan oleh Highlander 07 siapa Tok Uban ni.

Tapi yg dapat hanya serpihan saja. Dia ghaib selama 3 bulan.

Di batu ini ada tertulis:...Tuhan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adipertama ada....
Bermakna Islam akhir zaman akan bangkit bermula di negeri ini. Negeri berpanji hitam.

Shariff Muhammad al-Baghdadi (ahlul bait) guru Sunan Muria, kuburnya sehingga kini masih ada di tebing Sungai di Kg Jenagor, Ulu Trengganu.

Bermula di Ulu Trengganu, ahlul bait ini menurunkan Tok Pauh di kg. Pauh, kemudian turun lagi menyusuri sungai menghala ke Kuala Trengganu disambung pula oleh Tok Ku Pulau manis di kg Pulau manis dan Tok Ku Paloh di kg. Paloh Kuala Trengganu.

Ingat! Peranan menegak Islam ini dirantau ini tidak terhenti di situ.
Islam akhir zaman akan bangkit dinegeri itu sebagaimana tertulis di batu itu.

Ada kaitan dengan penyebaran Islam di rantau ini dan kebangkitan Islam di akhir zaman bermula 1430 Hijrah.
Untuk keterangan lanjut sila lihat perbincangan di sini:
http://www.harmonisers.net/forum/forum_posts.asp?TID=8023&KW=kencana%5Fmd&PN=0&TPN=1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 01:50 PM | Show all posts
sebnarnya lokasi batu bersurat ni kat jenagor...di sebuah kepulaun kecik...pastu org2 kat kualan berang angkot pi tmpt depa kat kampung buluh...aku dah tgk location asal batu bersurat kat jenagor...besooo..nak kena naik bot pegi pulau tu...rensta sungai je..tapi arus deras gak..masa ada xpedisi sekolah dulu laa..tapi terlalu banyak sgt versi sampaikan cerita asal dah jadi komersial bebeno..kata org tu propah jee banyak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 01:51 PM | Show all posts
lupa...jenagor tu satu daerah masih dlm terengganu...jalan nak menuju ke kelantan tak silap aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2009 07:59 AM | Show all posts

Batu Bersurat Terengganu Jadi Daftar Memori Dunia

Batu Bersurat diiktiraf

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Batu Bersurat Terengganu mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Daftar Memori Dunia Antarabangsa (MWIR).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa (IAC) yang bermesyuarat di Barbados, 31 Julai lalu memberi pengiktirafan itu bagi memastikan khazanah warisan itu terus terpelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

''Ini merupakan pengiktirafan keempat yang diperolehi Malaysia selepas Hikayat Hang Tuah (2001), Sejarah Melayu (2001) dan Surat-Surat Sultan Abdul Hamid (2001) iaitu di bawah kategori yang sama,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rais memberitahu, pencalonan untuk batu bersurat itu telah dibuat bersama-sama dengan Poskad Negeri-Negeri Selat pada Mac 2008 oleh kementeriannya melalui Jabatan Warisan Negara.

Bagaimanapun, jelas beliau, semasa IAC membuat pertimbangan pengiktirafan tersebut, pihak terbabit hanya menerima dan menyenaraikan batu bersurat.

Ditanya, apakah alasan IAC menolak poskad tersebut, kata beliau, ia tidak menepati kriteria yang diperlukan oleh pihak IAC, iaitu mempunyai keunikan dan kepentingan di peringkat dunia.

Rais berkata, kementerian dan Jabatan Warisan Negara memutuskan untuk mengekalkan artifak itu di Muzium Terengganu kerana ia lebih wajar diletakkan di tempat asal penemuan batu bersurat itu.

Beliau juga telah memaklumkan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen supaya memasukkan batu bersurat itu sebagai destinasi pelancongan di negeri itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Info Mengenai Batu Bersurat

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Sejarah

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu
[sunting] Kandungan

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.
[sunting] Muka pertama

   1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
   2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
   3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
   4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
   5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
   6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
   7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
   8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
   9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
  10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
  11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

[sunting] Muka kedua

   1. Keluarga di Benua jauh kan
   2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
   3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
   4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
   5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
   6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
   7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
   8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
   9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
  10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
  11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
  12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

[sunting] Muka ketiga

   1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
   2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
   3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
   4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
   5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
   6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

[sunting] Muka keempat

   1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
   2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
   3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
   4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
   5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

[sunting] Tarikh tepat

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naguib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 08:00 AM | Show all posts
Gambar Batu Bersurat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 08:05 AM | Show all posts
Nice info...............:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 09:57 AM | Show all posts
Ada sesiapa yang tahu makna tulisan di emap muka di batu yang bersejarah tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:47 PM | Show all posts
Istilah lama dalam Inskripsi Batu Bersurat Terengganu




Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba menegoh Ugama Islam............


Tuhan atau Subhanahu wa Ta'ala telah diungkapkan dengan Dewata Mulia Raya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 12:05 PM | Show all posts
kat mana ntah ada terbaca yg mengatakan batu bersurat tu sbnrnya batu nesan ... walahualam
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 08:00 AM | Show all posts
Mustahil batu nisan....~
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 06:32 PM | Show all posts
Isyarat Astronomi - Batu Bersurat TerengganuOleh NOR AZAM MAT NOOR


INSKRIPSI yang dicatatkan pada permukaan pahatan muka hadapan Batu Bersurat Terengganu adalah dinyatakan sebagai berikut:


``Rasulullah dengan yang orang sahabi mereka sekalian, asa pada Dewata Mulia Raya; memberi hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma, meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya di benuaku ini. Pebantu agama Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam - Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Pebantu itu fardu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara, berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.''


Tulisan jawi daripada jenis perkataan Sanskrit yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu, dianggap satu manifestasi perkembangan agama Islam yang jauh lebih bererti daripada apa yang ditemui pada batu-batu nisan di Kedah dan Pahang, kerana ia mengandungi pernyataan hukum-hakam yang dinyatakan dalam al-Quran, iaitu hukuman kesalahan zina iaitu direjam bagi yang telah berkahwin dan dipalu seratus kali sebatan bagi yang masih bujang.


Namun, yang jauh lebih menarik untuk diperkatakan di sini ialah mengenai hubungan peristiwa falak yang disebutkan dalam Batu Bersurat Terengganu, iaitu makna ``tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala''.


Pada mulanya ia menjadi satu teka-teki dan kesamaran yang belum dapat disahkan, namun Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas (1971) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berhasil memecahkan masalah tarikh sebenar Batu Bersurat Terengganu dan berjaya merungkaikan beberapa kekusutan yang timbul daripadanya.


Daripada yang dapat dijelaskan bagi maksud ``adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua'', ialah Jumaat pertama dalam bulan Rejab tahun 702 Hijrah serentak dengan timbulnya buruj Saratan, tatkala perintah agama (sasanakala) yang mengisytiharkan pemahatan hukum Islam di atas Batu Bersurat itu oleh pemerintah Terengganu pada waktu itu.

Menurut Allahyarham Datuk Setia Jasa Muhammad Saleh bin Haji Awang @ Misbaha (1983), rumusan yang dicapai sebulat suara mengenai kertas kerja ``Ketetapan Tarikh Pada Batu Bersurat'' oleh Tuan Haji Mohd. Khair bin Haji Mohd. Taib dan pengulasnya Dato' Perba DiRaja di Seminar Kedatangan Islam ke Terengganu pada 13 - 14 Rejab 1401 (17 - 18 Mei 1981), yang diadakan di Kuala Terengganu adalah seperti berikut:


a. Berdasarkan kepada Saratan dalam Batu Bersurat Terengganu adalah nama Buruj (gugusan-gugusan bintang-bintang), maka menurut perkiraan Falak Takwim Julian, tarikh yang ada pada Batu Bersurat itu ialah 702 H kerana pada hari Jumaat 6 Rejab tahun 702 H, bulan didapati sedang bergerak di dalam Buruj Saratan.


b. Berdasarkan kepada bacaan Syarathan dalam Batu Bersurat adalah Syarathan sebagai nama bintang yang menandakan tahun Qamariah menurut takwim India (iaitu Nakhsyatra - penulis), maka tarikh pada Batu Bersurat ialah 702 H juga.


c. Perbandingan antara Batu Bersurat Terengganu dengan Batu-Batu Bersurat yang ditemui di tempat lain, perlulah dibuat, khususnya mengenai perkataan Saratan.


d. Satu kerjasama dengan ahli-ahli falak dari India dan dunia Islam lain perlulah dibuat kajian untuk menentukan perkataan Saratan dan tarikh Batu Bersurat Terengganu.


e. Batu Bersurat Terengganu ini menunjukkan ketinggian ilmu pengetahuan orang-orang Islam pada masa itu dalam berbagai-bagai bidang termasuk Falak.


Peristiwa falak yang dinyatakan pada Batu Bersurat Terengganu boleh disimulasikan kembali menggunakan satu perisian khas Starry Night Pro 4.5.2 yang boleh menjejaki kembali peristiwa kulminasi Buruj Sarathan (Ketam: Cancer) pada tarikh 22 Februari 1303 MJ.


Namun terdapat dua versi perkataan bagi Saratan (bahasa Arabnya Sarathan iaitu awalan huruf Sin) dan Syarathan (awalan huruf Syin) yang bermaksud manzilah Bulan (lunar mansion) berasal daripada perkataan Hindu, Nakhsyatra.


Simulasi perisian Starry Night Pro bagi lokasi di Kuala Berang, Terengganu menunjukkan bahawa pada hari Jumaat, 22 Februari 1303 MJ ketika terbenam matahari jam 7.22 malam, kelihatan Buruj Sarathan (Cancer) di sebelah ufuk timur.


Planet Musytari (Jupiter) yang pada ketika itu sedang berada pada tahap kecerahan seratus peratus yang boleh kelihatan pada mata kasar.
Persoalan yang timbul ialah alasan apakah yang digunakan oleh pemahat, yang memahat tulisan pada Batu Bersurat untuk mensabitkan Buruj Sarathan ketika diarahkan oleh pemerintah (raja mandalika) di tempat berkenaan, padahal terdapat banyak lagi buruj-buruj lain yang terkenal turut muncul pada waktu itu, iaitu Buruj Leo (Asad), Gemini (Virgo), Taurus (Saur), Aries (Hamal) dan Pisces (Hut)?


Bulan pada ketika ini belum lagi terserlah kerana masih berupa sabit muda di ufuk barat dengan fasa kecerahan 20 peratus dan berada di Buruj Aries.


Ini bermakna bahawa Bulan bukanlah alasan utama untuk dikaitkan dengan Buruj Sarathan, iaitu tidak sepertimana pada anggapan yang dicapai dalam resolusi Seminar Kedatangan Islam ke Terengganu, 18 Mei 1981 pada perenggan (a) di atas.


Mungkin Buruj Sarathan yang dikaitkan dalam Batu Bersurat itu, adalah disebabkan oleh planet Musytari sedang berada di buruj ini sebagai objek yang terpaling cerah ketika itu, dan menjadi ikon langit malam sebermula matahari terbenam.


Namun pada jam 10.11 malam, planet Marikh dan Zuhal yang berada di Buruj Virgo (Sunbulah), turut bersama-sama Musytari yang ketika ini tepat berkulminasi, turut menjadi ikon-ikon langit malam dengan ketiga-tiganya mempunyai kecerahan 99 dan 100 peratus masing-masing.


Menurut simulasi perisian Starry Night Pro lagi, adalah didapati bahawa Bulan dan planet Musytari adalah benar-benar berada di Buruj Sarathan pada hari Khamis, 28 Februari 1303 MJ bermula terbenam matahari (Rajah 3).


Fenomena serentak Bulan dan planet Musytari dalam Buruj Sarathan ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Khamis, 28 Februari (10 Rejab) dan hari Jumaat, 1 Mac 1303 MJ (11 Rejab 702 H) bilamana Bulan telah bergerak ke sempadan buruj tersebut. Ini bermakna bahawa peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat minggu kedua dan bukannya pada Jumaat pertama bulan Rejab 702 H.


Kesimpulannya ialah manifestasi astronomi yang ditunjukkan oleh Batu Bersurat Terengganu, pada dasarnya adalah dapat disahkan menurut kecanggihan perisian Starry Night Pro terkini, dan kita berpuas hati kerana peristiwa falak Terengganu telah dapat dizahirkan secara maya dengan bantuan simulasi komputer.


Justeru, resolusi pada para (d) Seminar Kedatangan Islam ke Terengganu semenjak 23 tahun lalu itu, mungkin dirasakan tidak diperlukan lagi dan memadai dengan apa yang telah dicapai dengan bantuan teknologi komputer pada hari ini sebagai justifikasi terhadap artifak purba itu.
- NOR AZAM MAT NOOR, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.366900 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list